Thursday 14 January 2016

RESEPI ROTI JALA



ROTI JALA
=========

BAHAN-BAHAN :
1 kilo tepung gandum
2 biji telur ayam
1 tin susu cair Carnation
1 sudu marjerin
Sedikit garam
Setitik pewarna kuning

CARA-CARA :
a. Bancuh tepung bersama susu cair, garam, mentega dan telur. Apabila sudah sebati letakkan pewarna. Adunan tersebut mesti agak cair agar mudah dijalin. Anda juga boleh menapis adunan tersebut bagi memastikan ia tidak berketul dan menyumbat bekas jalinan. Setelah sebati, panaskan kuali yang rata dan sapukan sedikit minyak.

b. Masukkan adunan cair tersebut kedalam bekas penjalin, atau gunakan plastik yang ditebuk lubang kecil dan kemudian kemudian layangkan tepung yang telah cair keatas kuali rata tersebut.

c. Setelah selesai, angkat dan gulong segi empat atau dilipat segi tiga.
.
.
LIKE dan FOLLOW kami , banyak info yang akan kami kongsikan
Jika bermanfaat silakan " SHARE "
=============================================
www.facebook.com / Nrz Enterprise
www.blogger.com / Nrz Santai D'Maya

ANTROPOLOGI MAKANAN MELAYU - ROTI JALA



ANTROPOLOGI MAKANAN MELAYU - ROTI JALA
========================================
a. Roti Jala merupakan makananan kegemaran di Malaysia, dan juga di negara-negara Asean. Roti jala adalah sejenis hidangan berbentuk jala. Biasanya rroti jala dimakan berkuah bersama kari ayam atau kuah durian. Bekas khas yang mempunyai beberapa lubang biasanya digunakan bagi menghasilkan roti jala yang dimasak di atas kuali leper.

b. Roti jala sering kali menjadi pilihan pada perayaan istimewa dan dihidangkan dengan kari atau gulai ayam atau daging. Roti jala dinamakan sedemikian kerana bentuknya semasa dibuat seperti jala menangkap ikan.
Terdapat 2 jenis kuah, iaitu kuah manis (popular di negeri-negeri pantai timur), dan kuah gulai, terutama gulai ayam (popular di pantai barat.)
.
.
 LIKE dan FOLLOW kami , banyak info yang akan kami kongsikan
Jika bermanfaat silakan " SHARE "
==============================================
www.facebook.com / Nrz Enterprise
www.blogger.com / Nrz Santai D'Maya

PERKHIDMATAN WELDING di kawasan TELUK INTAN

Memikirkan / tercari-cari PERKHIDMATAN WELDING di kawasan TELUK INTAN atau kawasan sekitar yang berhampiran
.
.
Antara produk kami :
- PINTU PAGAR ( BUNGA MAS/BIASA )
- GRILL PINTU / TINGKAP
- ATAP AWNING
- WROUGHT IRON
- PENYIDAI KAIN
- PENUTUP LONGKANG
- KERJA KERJA BERKAITAN BESI
.
.
Jangan risau...$$$$(harga) boleh dirunding
Mungkin kami dapat membantu anda
.
.
- Hubungi kami untuk keterangan lanjut :
- Dwan 012 - 336 0861 ( Call / WhatsApp / Sms )
.
.
- Syarikat berdaftar di SSM
- Syarikat Bumiputra
.
LIKE dan FOLLOW kami , banyak info yang akan kami kongsikan

===================================================
www.facebook.com / Nrz Enterprise
www.blogger.com / Nrz Santai D'Maya
.
.

Memikirkan / tercari-cari PERKHIDMATAN WELDING di kawasan TELUK INTAN atau kawasan sekitar yang berhampiran
.
.
Antara produk kami :
- PINTU PAGAR ( BUNGA MAS/BIASA )
- GRILL PINTU / TINGKAP
- ATAP AWNING
- WROUGHT IRON
- PENYIDAI KAIN
- PENUTUP LONGKANG
- KERJA KERJA BERKAITAN BESI
.
.
Jangan risau...$$$$(harga) boleh dirunding
Mungkin kami dapat membantu anda
.
.
- Hubungi kami untuk keterangan lanjut :
- Dwan 012 - 336 0861 ( Call / WhatsApp / Sms )
.
.
- Syarikat berdaftar di SSM
- Syarikat Bumiputra
.
LIKE dan FOLLOW kami , banyak info yang akan kami kongsikan

===================================================
www.facebook.com / Nrz Enterprise
www.blogger.com / Nrz Santai D'Maya



Memikirkan / tercari-cari PERKHIDMATAN WELDING di kawasan TELUK INTAN atau kawasan sekitar yang berhampiran
.
.
Antara produk kami :
- PINTU PAGAR ( BUNGA MAS/BIASA )
- GRILL PINTU / TINGKAP
- ATAP AWNING
- WROUGHT IRON
- PENYIDAI KAIN
- PENUTUP LONGKANG
- KERJA KERJA BERKAITAN BESI
.
.
Jangan risau...$$$$(harga) boleh dirunding
Mungkin kami dapat membantu anda
.
.
- Hubungi kami untuk keterangan lanjut :
- Dwan 012 - 336 0861 ( Call / WhatsApp / Sms )
.
.
- Syarikat berdaftar di SSM
- Syarikat Bumiputra
.
LIKE dan FOLLOW kami , banyak info yang akan kami kongsikan

===================================================
www.facebook.com / Nrz Enterprise
www.blogger.com / Nrz Santai D'Maya

RESEPI AYAM MASAM MANIS




AYAM MASAM MANIS
=================

BAHAN-BAHAN :

300g dada ayam, potong dadu
3 sudu besar tepung jagung atau tepung gandum
1/2 biji capsicum hijau
1 biji bawang besar
1 biji telur
3 ulas bawang putih, hiris nipis
1 inci halia, hiris nipis
1 biji tomato, potong dadu
1 sudu besar sos ikan
4 sudu besar sos cili
2 sudu besar cili kisar
1/2 sudu besar serbuk lada hitam

Nenas, potong dadu (pilihan anda)
Daun bawang
Garam dan gula secukup rasa

CARA-CARA :

Perap ayam yg telah dipotong dadu bersama serbuk black pepper dan garam selama 1/2 jam.
Gaulkan ayam yang telah diperap bersama telur. Celup isi ayam di dalam tepung dan goreng sehingga garing. Angkat dan sejukkan.
Untuk kuah, panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih, halia dan cili kisar sehingga pecah minyak. Masukkan tomato dan kacau sehingga tomato hancur. Masukkan sos cili, nenas dan sos ikan. Tuang sedikit air dan masak sehingga pekat. Masukkan sedikit bancuhan tepung jagung jika anda mahu kuah menjadi lebih pekat.
Masukkan ayam goreng tadi bersama capsicum, bawang besar, garam dan gula secukup rasa.
Angkat dan hidangkan bersama sedikit hirisan daun bawang atau cili merah.
Selamat Mencuba!
.
.
 
LIKE dan FOLLOW kami , banyak info yang akan kami kongsikan
Jika bermanfaat silakan " SHARE "
===================================================
www.facebook.com / Nrz Enterprise
www.blogger.com / Nrz Santai D'Maya

BERSYUKURLAH DIPILIH SEBAGAI UMAT RASULULLAH SAW


BERSYUKURLAH DIPILIH SEBAGAI UMAT RASULULLAH SAW
=================================================

Pada suatu masa, terjadi percakapan antara ALLAH SWT dengan NABI MUSA AS NABI MUSA AS:
" Wahai ALLAH, sungguh aku telah membaca pada kitab TAURAT itu terdapat satu nama yang sangat kau cintai yaitu "AHMAD (NABI MUHAMMAD SAW)". Nabi terakhir yang KAU utus ke dunia ini. Aku juga membaca, bahawa nanti akan ada umat yang apabila dia baru sekadar berniat baik maka KAU sudah mencatat baginya satu pahala, dan apabila niat itu dikerjakannya maka kau akan memberikan baginya 10 pahala.

Maka Jadikanlah mereka ini menjadi umat ku.
" ALLAH SWT: "Wahai MUSA, mereka itu adalah umatnya "AHMAD (NABI MUHAMMAD SAW)."
NABI MUSA AS: "Aku juga membaca bahawa nanti akan ada umat yang apabila dia baru sekadar berniat buruk, maka kau tidak mencatat baginya dosa. Jika dia melakukannya baru KAU mencatatnya sebagai dosa.

Maka jadikanlah mereka umatku.
" ALLAH SWT: "Wahai MUSA, mereka adalah umatnya AHMAD."
NABI MUSA AS: "Dan sungguh aku juga membaca dalam kitab TAURAT bahwa nanti akan ada umat yang masuk syurganya paling dahulu, dan tidak KAU izinkan umat dari NABI dan RASUL manapun masuk syurga sebelum umat ini masuk syurga dahulu seluruhnya.

Maka jadikanlah mereka umat ku
." ALLAH SWT: " Wahai MUSA, mereka adalah umatnya AHMAD."
Lalu NABI MUSA AS berkata lagi: "Jikalau seperti itu, MAKA JADIKANLAH AKU UMATNYA AHMAD WAHAI ALLAH.
" ALLAH SWT: "Wahai MUSA, sungguh aku telah menjadikanmu seorang NABI, Kau bergelar KALIMULLAH, kau mempunyai mukjizat dapat bercakap-cakap denganku.

Maka, ambillah apa-apa yang telah AKU berikan kepadamu wahai MUSA. "
NABI MUSA AS: "Rodhitu Yaa ROBB, Kalau begitu aku rela, aku redha wahai ALLAH atas ketentuan MU."
(Hadis Riwayat Abu Nuaim dan Ibnu Asakir)

Itulah kisah tentang percakapan NABI MUSA AS dengan ALLAH SWT. Dapat kah kalian bayangkan seorang NABI meminta kepada ALLAH SWT agar dijadikan sebagai umatnya BAGINDA NABI MUHAMMAD SAW.

Sedangkan kita semua tidakk meminta kepada ALAH SWT agar dijadikn sebagai umatnya NABI MUHAMMAD SAW tetapi ALLAH SWT sudah menjadikan kita sebagai umatnya NABI MUHAMMAD SAW. NABI MUSA AS meminta kepada ALLAH SWT agar dijadikan sebagai umatnya NABI MUHAMMAD SAW lantaran NABI MUSA AS mengetahui bahwa ALLAH memberikan banyak sekali kemuliaan, keberkahan, dan keberuntungan bagi umat NABI MUHAMMAD SAW.

Ketahuilah, sungguh wajib bagi kita bersyukur kepada ALLAH SWT kerana telah dijadikan sebagai umat NABI MUHAMMAD SAW. Perbanyakkanlah berselawat keatas Rasulullah saw sebagai tanda syukur tersebut....Sollu AlanNabi S.A.W

TERUSKAN BERBAKTI WALAU TIDAK DIPUJI


SUKA TAPI TAK SUKA

Ada.
Manusia seperti ini memang kita akan jumpa.
Dia tak suka kita, tapi suka ambil tahu tentang kita.
 

Dia sakit hati tapi tetap ambil peduli.
Dia benci, tapi tetap enggan pergi.


Bila kita berjaya, dia rasa tercabar.
Bila kita gagal, dia senyum lebar.

Bila orang lain suka kita, dia cemburu.
Dia kutuk cara kita, tapi dia tiru.

Aneh.
Dia mahu jadi kita.
Tapi dia tak suka kita.

Manusia seperti dia memang ada.

Semoga dia bukan kita
Dan semoga kita bukan dia.
.
.
# BondaNor
#Perbaiki Diri Sendiri #MogaSentapDihati...

PETUA UNTUK BERHENTI MEROKOK



PETUA UNTUK BERHENTI MEROKOK
==============================

1. Melengah-lengahkan -
Lengahkan tindak balas ke atas keinginan merokok seperti melambat-lambatkan mencari rokok. Sekiranya rokok ada di tangan, jangan dinyalakan terus, tunggu sekurang-kurangnya 5 minit. Keinginan untuk merokok ini kesudahannya akan hilang juga.

2. Tarik Nafas Panjang -
Tarik nafas anda dengan panjang sekurang-kurangnya 3 kali dengan perlahan-lahan.

3. Banyak Minum Air -
 Minum air banyak-banyak. Sebaik-baiknya air galian atau air masak suam. Jangan minum air berkafein seperti kopi atau teh kerana minuman ini biasanya akan membuatkan anda ingin merokok selepas meminumnya.

4. Buat Sesuatu -
Buatlah sesuatu yang boleh mengalihkan fikiran anda daripada rokok. Contohnya bersiar-siar atau makan angin, telefon kawan, membaca buku, bermain muzik, membuat silang kata, berkebun dan sebagainya.

5. Kunyah Sesuatu -
Kunyah sesuatu seperti gula-gula getah, lobak merah, buah epal dan sebagainya. Elakkan sesuatu yang manis seperti gula-gula biasa.

6. Mandi atau Basuh Tangan -
Sekiranya anda berada di rumah, mandilah seberapa kerap atau basuh tangan setiap kali terasa hendak merokok.

7. Melakukan Senaman Regangan -
 Lakukan senaman regangan setiap kali anda merasa mengantuk kerana tidak merokok.
.
.
 LIKE dan FOLLOW kami , banyak info yang akan kami kongsikan
Jika bermanfaat silakan " SHARE "
===================================================
www.facebook.com / Nrz Enterprise
www.blogger.com / Nrz Santai D'Maya

KEK KEJU SEDAP DAN GEBU


KEK KEJU SEDAP DAN GEBU
=======================

BAHAN-BAHAN :
250 g mentega
230 g gula kastor
4 biji telur Gred A
80 g keju cheddar, didadu sederhana besar
100 ml susu segar
280 g tepung gandum
1 camca teh baking powder


CARA - CARA :
Putar mentega dan gula kastor hingga berkrim. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga adunan kembang.
Tambah kiub-kiun keju dan gaul adunan hingga sebati.
Satukan tepung bersama serbuk penaik dan diayak. Kemudian masukkan tepung berselang seli dengan susu segar hingga habis. Gunakan speed perlahan. Gaul rata.
Tuang adunan ke dalam loaf tin yang telah digris dengan mentega dan dialas kertas pada dasarnya.
Bakar dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 175C selama 45 minit atau hingga masak.
Boleh juga ditaburkan keju cheddar parut diatas adunan kek sebelum membakar..
.
.
LIKE dan FOLLOW kami , banyak info yang akan kami kongsikan
Jika bermanfaat silakan " SHARE "
===================================================
www.facebook.com / Nrz Enterprise
www.blogger.com / Nrz Santai D'Maya

TEMPAT-TEMAPAT MENARIK DI TAIPING

Taiping adalah ibu negeri Perak sebelum 1947 sebelum Ipoh. Dlm bahasa cina bermaksud "aman" dan "damai"...sebagai tempat pelancongan yg sesuai dgn namannya...jom jalan jalan sini














Tempat - tempat  menarik disini :
======================
1. Bukit Larut (Maxwell Hill), di Taiping
2. Kediaman Residen British, di Taiping
3. Taman Tasik Taiping, di Taiping
4. Muzium Perak, Taiping, di Taiping
5. Zoo Taiping, di Taiping
6. Burmese Pool di Taiping
7. Tanah Perkuburan Perang Taiping di Taiping
8. Taiping Equine Park di Taiping
9. Kompleks Sejarah Kota Ngah Ibrahim di Taiping
10. Port Weld, Kuala Sepetang di Taiping
11. Paya Bakau Daerah Kerian di Taiping
12. Santuari Burung Kuala Gula di Taiping
13. Pantai Ban Pecah di Taiping
14. Taman Tema Air Bukit Merah, di Taiping
15. Kg Dew Fireflies Eco Tourism, di Taiping
.
.
 LIKE dan FOLLOW kami , banyak info yang akan kami kongsikan
Jika bermanfaat silakan " SHARE "
===================================================
www.facebook.com / Nrz Enterprise
www.blogger.com / Nrz Santai D'Maya