Monday 4 January 2016

KAYA HATI

KAYA HATI

Kekayaan hakiki sebenarnya bukan terletak pada benda-benda material, akan tetapi ia sesuatu yang berada di dalam hati manusia.

Rasulullah SAW bersabda: Bukanlah kaya itu dengan memiliki banyak harta. Akan tetapi kaya (sebenar) adalah kekayaan hati. (riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Dalam hadis riwayat Ibnu Hibban, Rasulullah SAW bersabda kepada Abu Zar: "Wahai Abu Zar, adakah engkau menyangka bahawa banyak harta itu bermakna kaya?" Abu Zar berkata: "Ya."Baginda bersabda lagi: "Dan adakah engkau menyangka bahawa ketiadaan harta itulah kefakiran?" Abu Zar berkata: "Ya."
Baginda lalu menjelaskan: "Kekayaan sebenar adalah kekayaan hati. Dan kefakiran sebenar adalah kefakiran hati."

Kaya hati - adalah merasa cukup dengan yang ada. Sifat ini disebut juga dengan qana'ah. Berkata Al-Hafiz Ibnu Hajar: "Kekayaan hati terbit daripada sifat reda atas ketentuan Allah dan bersyukur atas segala pemberian-Nya."

Bagi orang yang kaya hati, rezeki yang sedikit terasa banyak. Akibatnya, ia dapat menikmati pemberian Allah SWT itu dengan sepenuh hati. Hatinya tidak lagi tercari-cari sesuatu yang kurang, apa lagi runsing memikirkan cara untuk mendapatkannya. Sebaliknya, ia selalu merasa riang gembira kerana limpahan rahmat daripada Allah SWT yang tidak pernah terputus.

Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa yang bangun pagi dalam keadaan aman sentosa, sihat tubuh badan dan memiliki apa yang boleh dimakan, maka seolah ia telah memiliki seluruh isi dunia." (riwayat al-Tirmizi)

Luangkan sedikit masa
Kaya hati hanya dapat diperoleh apabila kita kembali kepada Allah SWT. Allah SWT hanya meminta sedikit daripada kita, namun memberi sangat banyak. Luangkanlah sedikit masa untuk beribadat kepada-Nya, membelek al-Quran dan buku-buku agama. Nescaya pintu kekayaan akan terbuka luas di dalam hati kita.

Dalam sebuah hadis kudsi, Allah SWT berfirman: "Wahai anak Adam, luangkan masamu untuk menyembah-Ku, nescaya Aku akan memenuhi hatimu dengan kekayaan, dan Aku akan menutupi kefakiranmu. Namun jika engkau enggan melakukannya, nescaya Aku akan membebanimu dengan pelbagai kesibukan, tetapi aku tidak menutupi kefakiranmu." (riwayat Al-Tirmizi)

Subhanallah...
Syukur Alhamdulillah
Tahniah!
Kalian sebenarnya telah kaya kerana memiliki  yang sihat.

PERKHIDMATAN WELDING di kawasan TELUK INTAN

                       TEMPAHAN UNTUK  RUMAH CIK JAH @ CIK BEDUL CHENDERONG BALAI




PERKHIDMATAN WELDING di kawasan TELUK INTAN

Memikirkan / tercari-cari PERKHIDMATAN WELDING di kawasan TELUK INTAN atau kawasan sekitar yang berhampiran ???
.
.
Antara produk kami :
- PINTU PAGAR ( BUNGA MAS / BIASA )
- GRILL PINTU / TINGKAP
- ATAP AWNING
- SLIDING DOOR ( HOLLOW / BIASA )
- WROUGHT IRON
- PENYIDAI KAIN
- PENUTUP LONGKANG
- DAN KERJA-KERJA BERKAITAN BESI
.
.
Jangan risau... $$$$$ ( harga ) kami boleh berunding
Mungkin kami dapat membantu anda..
*** SYARIKAT BUMIPUTERA
*** SYARIKAT BERDAFTAR DI SSM
.
.
---->>> WHATSAPP sekarang : 012 - 336 0861
---->>> Dwan
.
.
=========================
Banyak info terkini akan kami kongsikan.
https://www.facebook.com/nrzenterprise
https://nrzenterprise.blogspot.com

IDEA KREATIF HIASAN BAKUL















RESEPI - ROTI JOHN

ANAK2 MULA SEKOLAH. JOM BUAT SARAPAN MUDAH

Roti John Mudah, tapi sedap!

5 biji telur atau lebih dikocak rata.
Letak serbuk perasa dan lada putih.
Letak daun sup sebab wangi.
Letak bawang putih goreng.
 

Then, letak filling macam hotdog ker filet ketam ker daging burger ker tapi semuanya mestilah dicincang dulu.
Letak kobis yang diracik halus-halus ke dalam adunan telur. Masak macam telur dadar. Lepas tu tempelkan dengan roti gardenia.
Garing-garing kan.

Akhir sekali letak sos/mayo/cheezy mayo/black pepper.

Siap.

Anak / suami pergi kerja dengan penuh tenaga. Kite? Pun grab la roti john ni. Boleh bungkus buat bekal.

HADAPI HIDUP DENGAN CINTA KEPADA ALLAH

HADAPI HIDUP DENGAN CINTA KEPADA ALLAH

Sebesar apa-pun penderitaan bila dihadapi dengan cinta kepada Allah, maka ia akan terasa ringan.
Bukti rasa cinta kita kepada Allah adalah sikap taat, sabar, ikhlas dan redha diatas semua keputusan-Nya, serta selalu bersyukur atas rahmat dan cinta-Nya. Maka, mari perkaya jiwa kita dengan ghairah cinta kepada Allah.

Abu Zarr r.a mengatakan bahawa Rasulullah SAW bertanya kepadaku: "Wahai Abu Dzar...! Apakah menurutmu harta yang banyak itu menandakan kekayaan?". Aku menjawab: "Benar, wahai Rasulullah!". Tanya beliau kembali: "Apakah menurutmu harta yang sedikit menandakan kefakiran?" Jawabku: Benar, Wahai Rasulullah!"

Kemudian Rasulullah SAW bersabda: "Ketahuilah, bahawa sesungguhnya orang yang kaya adalah orang yang kaya jiwanya. Dan yang fakir adalah yang fakir jiwanya. Kerana itu siapa saja yang kaya jiwanya, maka tidak akan berbahaya baginya segala penderitaan yang dia alami di dunia ini. Sebaliknya, siapa saja yang fakir jiwanya, maka sesungguhnya harta benda yang melimpah ruah tidak akan menjadikan dirinya kaya, melainkan kekayaan itu akan membuat dirinya serakah dan bakhil !" (HR Ibnu Majah)