Tuesday 22 December 2015

WAHAI PERINDU SYURGA

WAHAI PERINDU SYURGA

Moga kelak kamu akan temui bahagia.

Allah tidak nilai pada banyaknya amal kita
Tapi Allah nilai pada keikhlasan beramal untukNya.

Ramai orang menyangka perubahan itu berlaku secara fizikal.
Sedangkan yang perlu diubati dan diubah adalah hati di dalam jiwa.

Luangkanlah masa untuk kita mendidik jiwa kita
Itulah raja pada setiap anggota badan kita.

Bukankah Nabi S.A.W bersabda, " di dalam diri manusia ada seketul daging. Jika baik daging itu maka baiklah seluruh anggotanya. Jika jahat daging itu maka jahatlah seluruh anggotanya. Ketahuilah bahawa daging itulah hati."

Maka laburkanlah masa kita untuk perbaiki hati kita.
Didiklah ia dengan :

1) jirusan al-Quran - ia mampu membersihkan hati
2) ketengan qiyamullail - ia mampu melapangkan hati
3) menziarahi kubur dan ingati mati - ia akan melembutkan hati yang keras
4) berkawan dengan orang soleh- ia mencegah kita dari berbuat kemungkaran dan maksiat
5) menuntut ilmu - ia memberikan cahaya dan hidayah berterusan dalam kehidupan.

Keburukan akhlak kita bermula dari kepincangan hati kita.

Investlah masa untuk perbaiki hati.
Nescaya anda akan melihat kesannya pada peribadi dan perwatakan anda.

Moga kita dikurniakan hati yang berterusan suci lagi membersihkan !!

RESEPI - KUDAPAN WAKTU PETANG atau PAGI






TUNA SAVOURY MUFFIN

BAHAN A
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh garam halus
.
BAHAN B
80gm ikan tuna mayonaise - pedas
2 biji telur gred A
250ml susu segar
20gm mentega - di cairkan
2 keping kepingan keju cheddar - di hiris
.
BAHAN C
2 tangkai daun bawang - di hiris
1 tangkai daun sup - di hiris
2 sudu besar lada benggala di cincang - pilihan
3 sudu besar lobak merah di parut - pilihan
1/2 labu bawang besar - di cincang halus
.
CARA-CARA
.
1. Panaskan oven pada suhu 180'c. Ayak semua bahan A kedalam mangkuk besar. Ketepikan seketika.
2. Di dalam bekas lain pukul telur dengan garfu dan masukkan mentega cair di ikuti dengan semua bahan C. Kacau seketika.
3. Masukkan pula ikan tuna pedas, separuh dari kepingan cheese yang di potong dan susu segar. Kacau agar semuanya bercampur. Kalau mau lebih pedas, bolehlah masukkan sedikit serbuk cili mengikut selera.
4. Tuang bahan basah yang di kacau tadi kedalam tepung yang di ayak dan kacau dengan spatula atau 'hand whisk' sekadar semuanya bercampur. Jangan terlebih kacau, jika tidak muffin akan menjadi keras. Jangan risau sekiranya masih ada gumpalan kecil tepung kerana sebaik sahaja di bakar ianya akan hilang.
5. Masukkan kedalam acuan muffin dan taburkan lebihan potongan cheese di atasnya. Boleh juga taburkan lebihan daun bawang dan lada benggala di sebelum di bakar.
6. Bakar muffin dengan suhu 180'c selama 15 - 20minit atau sehingga masak, dan bolehlah di hidangkan

.
Sumber : AnekaResepiMasakan
.
.



CHEESE MUFFIN

BAHAN KERING:
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar baking powder
3 sudu besar gula kastor
1 sudu teh garam
 

BAHAN BASAH :
1 biji telur gred A
1 cawan susu segar/ susu cair
1/2 cawan minyak jagung / minyak masak
1/2 cawan cheddar cheese - diparut
.
CARA-CARA:
.
-Ayak bahan kering tepung - baking powder - gula kastor dan garam. Ketepikan.
-Di mangkuk lain campur bahan basah telur - susu - minyak.
-Pukul dengan hand whisk sekejap saja sekadar
bercampur.Tak perlu hingga kembang.
-Tuang campuran telur yang dipukul tadi ke campuran tepung dan gaul rata. Tak payah gaul lama sangat sekadar bercampur saja.
-Kemudian masukkan keju parut dan gaul lagi hingga tercampur rata.
-Sudukan adunan ke dalam acuan muffin yang sudah diglis sedikit butter dan ditabur sedikit tepung. Boleh juga kalau nak diletak dalam papercup isi 3/4 penuh. Tabur sedikit parutan cheddar cheese diatas nya kalau suka.
.
Panaskan oven 180 - 200C, bakar selama 20 - 25 minit atau hingga muffin masak.
.
NOTA : Muffin memang termasuk kuih yang padat dan agak keras. Membuat muffin, telur tidak perlu dipukul, cukup dipukul dengan hand whisk saja. Suhu oven sebaiknya tinggi, 180 - 200 C. Panaskan oven dahulu selama 15 minit. Bila dah masukkan adunan muffin baru turunkan suhu oven. Insya'Allah si muffin akan menjulang dengan cantikny

.
Sumber : AnekaResepiMasakan
.
.




CEKODOK PISANG BERKELAPA

BAHAN-BAHAN :
2 ½ cawan pisang yang dilenyek
2 cawan tepong gandum
1 cawan kelapa parut yang muda (diparut putih)
4 sudu besar gula (ikut manis masing2 lah ye..)
1 ¼ tsp soda bikarbonat (ayak kedalam tepong gandum)
4 sudu besar air (kalau guna pisang jenis berair.. tak perlu boh air.. pisang sematu ni tak berair sgt walaupun dah ranum)
Minyak secukupnya untuk menggoreng

CARA-CARA:
Bancuh rata semua bahan2 (kecuali minyak). Panaskan minyak secukupnya & sudukan bancuhan ke dalam minyak panas. Boleh gunakan 2 sudu untuk membentuk cekodok jadi cantik bulat2..Goreng hingga warna bertukar kecoklatan di kedua2 belah. Angkat & toskan. Hidang panas2.

.
Sumber : AnekaResepiMasakan
.
.






CUCUR UDANG RANGUP

BAHAN-BAHAN:
500g Udang – kopek kulit (jika suka), buang kepala (jika suka) dan bersihkan
1 biji Bawang Besar – hiris
1 genggam Taugeh
1 cekak Kucai – potong pendek
1 bj Putih Telur
1 sb Minyak Masak
1 st Cuka
1/2 kiub Ayam Knorr
4 senduk Tepung Gandum
1/2 st Serbuk Kunyit
Garam, Air – secukupnya
Minyak untuk menggoreng

BAHAN KUAH KACANG:

3 genggam Kacang Tanah
3 ulas Bwg Merah
10 biji Cili Kering
Air Asam Jawa
Garam, Gula

CARA-CARA:
1. Masukkan kesemua bahan, kecuali air ke dalam satu bekas besar. Gaul rata dan masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi adunan yang dikehendaki (tidak terlalu pekat atau cair).
2. Panaskan minyak dalam kuali besar untuk goreng terendam. Ambil adunan sesudu besar dan lenyekkan di tepi kuali supaya nipis.
3. Balikkan cucur apabila lekang dari kuali dan goreng sehingga garing dan rangup. Angkat dan toskan minyak berlebihan.
4. Potong-potong dan hidangkan dengan hirisan timun, sengkuang dan kuah kacang.
 
BUAT KUAH KACANG :

1. Goreng kacang tanah dengan sedikit minyak sehingga rangup. Angkat dan ketepikan.
2. Goreng hirisan bawang merah dan angkat. Goreng cili kering dan angkat.
4. Kisar kesemua bahan-bahan dengan air secukupnya.
.
Sumber : AnekaResepiMasakan
.
.


ROTI BAKAR TELOR BERSAMA KEJU

7keping roti
4 biji telur
1 Biji bawang besar - dipotong dadu
1 1/2 camca besar serbuk lada hitam
secubit garam
1 camca minyak bijan (jika suka)
hirisan keju mozarella ikut lah sebanyak mana yg anda suka
minyak untuk menggoreng (kalau tak guna non-stick pan)

CARA CARA

1. Whisk kan telur,lada hitam,garam, bawang dan minyak bijan.
2. Ambil sekeping roti, dan letakkan didalam adunan telur tadi. Terbalik-balik kan supaya rata.
3.Didalam kuali, griskan minyak. Masukkan roti tadi kedalam kuali.
4. Sementara menunggu bahagian bawah masak, taburkan keju diatas roti.
5. Terbalikkan pula bahagian yg ade keju tersebut.
6. Goreng sehingga keperangan. Ulang steps sampai roti habis.
.
Sumber : AnekaResepiMasakan
.
.
 
CARROT SOUP

BAHAN-BAHAN:
 4 biji kentang besar
1 biji carrot besar
1 pelepah celery
1 kiub pati ayam ~ saya guna 1 1/2 kiub
1 tin susu cair
Air secukupnya untuk kuah ( ikut kepekatan yg anda suka)
garam secukup rasa
sedikit lada sulah ~ saya guna lada sulah berperisa AjiShio

CARA-CARA:
1. Kupas kulit kentang dan carrot, potong kasar2 dan rebus kdua2nya bersama celery hingga empuk.
2. Tunggu suam, kemudian blender dgn air rebusan sekali hingga halus.
3. Tuang dalam periuk, tambah susu cair, kiub ayam dan air secukupnya. Air bergantung kepada kepekatan yang kita suka.
4. Tambah garam dan lada sulah secukup rasa, masak hingga mendidih.
5. Sedia dihidangkan bersama garlic bread ataupun roti bakar.

GARLIC BREAD

BAHAN-BAHAN:
Roti Prancis ~ saya guna roti biasa
100gm butter
50gm margerin
sedikit serbuk lada sulah
4 ulas bawang putih ~ cincang halus

CARA-CARA:
1. Gaul sebati semua bahan. ( saya tak campur lada sulah, hanya tabur atas roti)
2. Roti dipotong serong (roti prancis) , potong tiga segi ( roti biasa).
3. Sapu atas roti dgn adunan butter dan tabur lada sulah. Susun dlm dulang pembakar.
4. Panaskan oven pada suhu 160C dan bakar selama 5 minit atau keperangaan dan nampak garing.
5. Sedia dinikmati panas2.
.
Sumber : AnekaResepiMasakan
.
.

KARIPAP DAGING

BAHAN INTI DAGING :
3 biji kentang ( potong dadu )
200g daging ( dipotong dadu )
1/2 biji bawang besaq + 1 ulas bawang putih + 1 sudu kecik udang kering ( di blender )
1/2 biji bawang besaq ( dipotong dadu )
1 sudu kecik serbuk kari
2 tangkai daun sup ( dihiris halus )
Garam n lada hitam secukup rasa
2 sudu besaq minyak.
1 cawan air

CARA-CARA:
Panaskan minyak n tumis bahan blender sampai pecah minyak, Pastu masukkan daging kacau rata, masak sampai air daging kering. Kemudian masukkan serbuk kari ( aku tuangkan je serbuk tu ) kacau rata n masukkan kentang n bawang besaq dadu serta secawan air, sesuaikan rasa garam n lada hitam, masak sampai kentang empuk dan inti agak kering. Pastu masukkan daun sup n kacau rata, tutup api n sejukkan..

BAHAN KULIT KARIPAP:
2 cawan tepung gandum
1 sudu besaq tepung beras
1 sudu besaq tepung jagung
1 sudu besaq minyak
1 sudu besaq butter
Secubit garam
Air panas tuk menguli

CARA-CARA :
Masukkan tepung2 sumer n garam dlm mangkuk. Panaskan minyak n butter, kemudian tuangkan dlm mangkuk tepung td pelan2 sambil kacau tepung ngan sudu. Kacau hingga adunan jd cam serbuk roti. Pastu masukkan air sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh. Uli sekejap sampai doh menjadi licin n sejukkan. siap tuk kelim mengelim.
.
Sumber : AnekaResepiMasakan
.
.
 KASWI KENTANG

BAHAN-BAHAN:
500gm kentang yg telah dibuang kulit ~ direbus
300gm gula pasir
500ml santan sederhana pekat
700ml air
300gm tepung sagu
150gm tepung gandum
50gm tepung jagung
1st garam
1st kapur masakan
1st esen vanilla
Pewarna kuning lemon
Daun pandan ~ disimpul
Kelapa parut putih + sedikit garam ~ dikukus sebentar

CARA-CARA :
1. Satukan semua bahan kecuali daun pandan. Gaul sebati kemudian mesin hingga halus.
2. Masukkan dlm periuk bersama daun pandan dan masak sekejap hingga naik wap.
3. Sapu acuan lompang dgn sedikit minyak masak. Tuang adunan hingga penuh kemudian kukus selama 15 - 20 minit dgn api sederhana.
4. Sejukkan dulu dan keluarkan dari acuan. Golekkan dlm kelapa parut yg telah dikukus sebentar.
.
Sumber : AnekaResepiMasakan
.
.
 KUIH LOMPANG

BAHAN-BAHAN :
250 g tepung beras*
120 g tepung ubi*(disatukan dan diayak)
1 cawan air kelapa
3/4 cawan air
1 cawan gula*
1 cawan air*
2 helai daun pandan*(*dimasak hingga larut dan biar sejuk sedikit)
Pewarna makanan mengikut kegemaran
Kelapa parut putih + secubit garam, gaul rata

CARA-CARA :
1.Panaskan kukusan. Lenser acuan dengan sedikit minyak masak. Ketepikan.
2.Masukkan tepung tadi dalam satu bekas, tuang air kelapa, air dan juga air gula. Kacau hingga rata dan tapis. Letak pewarna kegemaran dan kacau hingga sebati.
3.Panaskan acuan sekejap dalam kukusan. Tuang bancuhan kuih 3/4 penuh. Buat hingga siap dan kukus 10 - 15 minit. Biar kuih betul2 sejuk sebelum dikeluarkan dari acuan.
4.Hidangkan bersama kelapa parut tadi..
.
Sumber : AnekaResepiMasakan
.
.

CUCUR BAWANG
.
BAHAN-BAHAN :
.
1) Tepung gandum - 2 cawan
2) Bawang besar sebiji - potong dadu
3) 1 sudu kecil serbuk ikan bilis - bancuh dengan air
4) Air secukupnya
5) Garam (setengah sudu kecil)
6) 1 sudu kecil minyak masak (petua untuk bagi rangup dan lembut cucur tu nanti, biar pun dah sejuk)
.
CARA-CARA:
1) Campurkan tepung dan bawang besar - gaul sekata
2) Masukkan bancuhan air ikan bilis, garam dan minyak. Gaul bagi sebati.
3) Tambahkan air sedikit demi sedikit, sehingga adunan likat. Jangan terlebih air, nanti adunan cair, susah pulak nak masukkan dalam kuali masa nak goreng nanti.
4) Panaskan minyak dan menggunakan sudu, ambik adunan dan masukkan dalam kuali.
5) Tunggu hingga ia sedikit kekuningan, angkat dan toskan.
.
Sumber : AnekaResepiMasakan
.
.







CUCUR KENTANG
.
BAHAN-BAHAN:
.
3 biji kentang (dikupas dan diparut)
5 sdb tepung jagung
4 sdb tepung gandum
1 biji telur
1 biji bawang besar (dipotong)
1 biji cili merah (dihiris)
sedikit daun bawang (dihiris halus)
sedikit lada sulah
garam
minyak masak untuk menggoreng
.
CARA-CARA:
1. Satukan kentang yang sudah diparut dengan tepung jagung, tepung gandum, daun bawang, telur, bawang besar, serbuk lada sulah serta garam.Gaulkan sebati.
2. Panaskan minyak, pastikan minyak betul-betul panas supaya kentang tidak menyerap minyak.
3. Sudukan dalam kuali dan leperkan.biarkan garing baru terbalikkan sebelah lagi.
4. Goreng hingga keperangan. Angkat dan letakkan atas tisu dapur supaya serap minyaknya.
5. Sedia untuk dihidang. Sedap dimakan dengan sos cili.
 

.
Sumber : AnekaResepiMasakan
.
.
 CUCUR ROTI BERUDANG
.
BAHAN-BAHAN :
Beberapa keping kulit roti yang keras
10 ekor udang - sedarhana besar
1 cawan tepung gandum
1 labu bawang besar ~ dihiris
1 biji lada merah ~ diracik
1 ikat daun bawang ~ dihiris
1 sudu teh sebuk kari ikan
1 biji telur
secubit garam
.
CARA-CARA :
.
Kepingan roti keras dipotong kecil. Rendam dalam sedikit air suam hingga kembang.
kemudian toskan airnya
Udang dibuang kulit dibasuh dan ditoskan
Campurkan roti dengan tepung gandum dan digaul rata. (tepung dicampur air)
Tambahkan sedikit garam
Campurkan semua bahan yang diracik dan dihiris
Gaul hingga menjadi adunan cucur jemput2 atau cekodok.
Panaskan minyak. Masukan senduk leper dan direndam dalam minyak panas seketika.
Letakkan sedikit adunan ke dalam senduk dan letakkan udang di atasnya.
Rendam dalam minyak panas hingga tertanggal adunan tadi dari senduk.
Goreng hingga keemasan dan siap untuk dihidangkan bersama sos cili.

.
Sumber : AnekaResepiMasakan
.
.

ROTI JALA

BAHAN-BAHAN :
kira-kira 12 biji
● 2 biji telur
● 2 3/4 cawan santan atau susu segar
● 2 cawan tepung gandum, diayak
● garam 1/2 sudu teh
● minyak 2 sudu besar untuk menggoreng - sapu

CARA-CARA:
1. Pukul telur dengan sempurna, tambahkan susu dan kacau.
2. Masukkan tepung dan garam ke dalam mangkuk besar dan tambah santan/susu segar dengan menuangkan ke tengah-tengah tepung sambil bergaul dengan senduk kayu.
3. Jangan tambah santan/ susu segar terlalu perlahan-lahan pada awalnya sebab mungkin jadi sukar untuk menghilangkan ketulan.
4. Apabila semua bahan telah ditambah, pukul sehingga adunan rata.
5. Panaskan kuali leper dan sapukan minyak masak dgn kertas dapur telah dicelup ke dalam minyak.
6. Tuangkan adunan ke dalam kuali, gerakan senduk pergi balik supaya roti jala berbentuk lubang.
7. Masak sehingga roti jala keemasan dibawahnya dan balikkan utk masak sbelahnya.
8. Teruskan sehingga semua adunan habis.
9. Jika adunan terlalu pekat, boleh tambah sedikit air dan kacau rata.
Lempeng ni sedap dihidangkan dengan gulai kambing atau kaya mahupun kuah kari.

.
Sumber : AnekaResepiMasakan
.
.

BINGKA LABU

BAHAN-BAHAN:
1 biji labu kuning saiz sederhana ~ kopek, dadu, rebus & tos
240 gm gula pasir
250 gm tepung gandum
3 biji telur (A)
1 cawan santan pekat
125 gm marjerin ~ cairkan

CARA-CARA :
1. Blend labu rebus, gula, telur dan santan hingga halus.
2. Masukkan bahan blend ke dalam mangkuk besar.
3. Masukkan tepung sikit demi sedikit dan kacau rata.
4. Masukkan marjerin yang dicairkan dan kacau. Jika adunan berketul2.. boleh ditapis atau diblend sekali lagi.
5. Panaskan ketuhar 175C.
6. Lenserkan acuan dengan marjerin/butter.
7. Masukkan adunan ke dalam acuan dan bakar selama 40 minit atau hingga masak bergantung saiz loyang & saiz oven anda.

Nota: Cara menguji kuih.. cucuk kuih dengan lidi penguji jika lidi keluar bersih.. bermakna kuih sudah masak.. jika lidi penguji masih bersalut dengan kuih teruskan membakar dengan menurunkan suhu ke 160C utk mengelakkan kuih dari hangus.

.
Sumber : AnekaResepiMasakan
.
.
LEPAT JAGUNG

BAHAN-BAHAN :
1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
3 cawan santan
2 tongkol jagung dihiris
1 s.k garam
daun pisang [dilayurkan dn potong kecil]

CARA-CARA:
1. Campurkan semua bahan kecuali jagung dan tapiskan.
2. Masukkan jagung dan kacau rata.
3. Kacau/Masakkan adunan sehingga kental.
4. Panaskan kukusan.
5. Ambil sesudu adunan dan letakkan atas daun pisang dan lipat.
6. Masukkan dlam loyang kukusan dan kukuskan selama 15 minit.
7. Sejukkan dan hidangkan.

.
Sumber : AnekaResepiMasakan
.
.
CUCUR BADAK

BAHAN - BAHAN :


UNTUK INTI :
1) ½ biji kelapa parut
2) 100 gram udang kering (rendam dan kisar)
3) 1 ulas bawang putih
4) 3 biji bawang merah
5) 7 tangkai lada merah
6) 1 cm halia
7) 1 batang serai
8) 1 sudu teh serbuk kunyit
9) 2 sudu makan gula
10) ½ sudu teh garam
11) 2 sudu makan minyak masak

UNTUK DOH :
1) 250 gram keledek (rebus dan lenyek)
2) 3 ½ sudu makan tepung gandum
3) ½ sudu teh garam
4) ½ kg minyak masak (untuk menggoreng)

CARA-CARA :

UNTUK INTI :
1) Panaskan minyak. Masukkan semua bahan yang telah dikisar. Masak hingga menggelegak.
2) Masukkan kelapa. Kacau rata. Tutup api dan ketepikan.

UNTUK KUIH :
1) Gaul rata semua bahan doh kecuali minyak masak membentuk doh. Tambah tepung sedikit demi sedikit sekiranya doh lembik dan melekat.
2) Ambil sedikit doh dan bentukkan bulat sebesar bola golf. Isikan inti di tengah tengahnya.
3) Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali.
4) Goreng doh yang telah diisi inti sehingga keemasan. Angkat dan tos.
 

.
Sumber : AnekaResepiMasakan
.
.

KEK KUKUS OREN

BAHAN-BAHAN :
10 biji telor (asingkan putih dengan kuning)
12 oz mentega
10 oz gula halus
9 oz tepung gandum
5 oz susu cair (boleh digantikan dengan 1 tins Nestle cream)
1 biji limau sunkist (kulitnya diparut, jusnya diambil 1 sudu teh)
1 sudu teh esen oren
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam halus

CARA -CARA :
1.Mentega, esen oren, garam, kulit limau dan jusnya dipukul hingga gebu dan putih. Masukkan susu cair sedikit demi sedikit sambil dipukul adunan hingga mesra.
2.Pukul putih telor bersama baking powder hingga kembang. 3.Masukkan gula sedikit demi sedikit hingga habis. Masukkan kuning telor sebiji demi sebiji hingga habis ke dalam mentega yang dikacau tadi hingga rata. Masukkan tepung, kacau rata dan tuangkan ke dalam loyang. Kukus hingga masak.

.
Sumber : AnekaResepiMakanan
.
Memikirkan / tercari-cari PERKHIDMATAN WELDING di kawasan TELUK INTAN atau kawasan sekitar yang berhampiran ???
.
.
Antara produk kami :
- PINTU PAGAR ( BUNGA MAS / BIASA )
- GRILL PINTU / TINGKAP
- ATAP AWNING
- SLIDING DOOR ( HOLLOW / BIASA )
- WROUGHT IRON
- STAINLESS STEEL
- PENYIDAI KAIN
- PENUTUP LONGKANG
- DAN KERJA-KERJA BERKAITAN BESI
.
.
Jangan risau... $$$$$ ( harga ) kami boleh berunding
Mungkin kami dapat membantu anda..
*** SYARIKAT BUMIPUTERA
*** SYARIKAT BERDAFTAR DI SSM
.
.
---->>> WHATSAPP sekarang : 012 - 336 0861
---->>> Dwan
.
.
JIKA BERMANFAAT silakan " SHARE "
=========================
Banyak info terkini akan kami kongsikan.
https://www.facebook.com/nrzenterprise
https://nrzenterprise.blogspot.com


PERKHIDMATAN WELDING di kawasan TELUK INTAN


Memikirkan / tercari-cari PERKHIDMATAN WELDING di kawasan TELUK INTAN atau kawasan sekitar yang berhampiran ???
.
.
Antara produk kami :
- PINTU PAGAR ( BUNGA MAS / BIASA )
- GRILL PINTU / TINGKAP
- ATAP AWNING
- SLIDING DOOR ( HOLLOW / BIASA )
- WROUGHT IRON
- STAINLESS STEEL
- PENYIDAI KAIN
- PENUTUP LONGKANG
- DAN KERJA-KERJA BERKAITAN BESI
.
.
Jangan risau... $$$$$ ( harga ) kami boleh berunding
Mungkin kami dapat membantu anda..
*** SYARIKAT BUMIPUTERA
*** SYARIKAT BERDAFTAR DI SSM
.
.
---->>> WHATSAPP sekarang : 012 - 336 0861
---->>> Dwan
.
.
=========================
Banyak info terkini akan kami kongsikan.
https://www.facebook.com/nrzenterprise
https://nrzenterprise.blogspot.com

PERKONGSIAN ILMU - INILAH MANIFESTASI CINTA








INILAH MANIFESTASI CINTA

Cinta adalah salah satu perkara ajaib dalam hidup. Setiap yang mempunyai roh khususnya insan dahagakan cinta. Manusia hidup dengan cinta. Hidup membela cinta. Bahagia kerana cinta. Derita kerana cinta. Bahkan sanggup mati kerana cinta. Segala perjuangan atau episod hidup yang diselit unsur cinta mempunyai rasa dan warna yang tersendiri. Derita kerana cinta ada kelazatannya yang luar biasa. Sakit kerana cinta ada rasa yang berbeza. Gembira meraikan cinta tidak sama dengan gembira biasa. Korban cinta, indah pada cerita dan rasa. Manifestasi itu muncul dalam kehidupan dan memberikan nilai dan rencah yang pelbagai rupa, warna dan rasa.

Sesiapa yang memusuhi dan memungkiri cinta dia merupakan pemilik jiwa kontang yang kering dari nilai insani yang sejati. Cinta itu fitrah. Ia satu keperluan. Bahkan mungkin suatu kewajipan ataupun rukun dalam menikmati kebahgiaan hidup dunia dan akhirat. Cinta mampu merubah segala yang ada dalam jiwa seorang insan. Telinga, mata dan segala anggota kadang-kala terpaksa tunduk kepada falsafah cinta. Tunduk kepada nilaian cinta. Pahit boleh menjadi manis. Manis boleh menjadi pahit. Indah boleh menjadi buruk. Usang boleh menjadi baru. Hodoh boleh menjadi cantik. Berat boleh menjadi ringan. Susah boleh menjadi senang. Segalanya terbalik dan berubah penilaian dan rasa hanya kerana cinta. Ini mengingatkan kita kepada rangkap puisi yang disandarkan kepada al-Imam al-Syafi’e (meninggal 204H) :

مَرِضَ الْحَبِيبُ فَعُدْتُهُ فَمَرِضْت مِنْ حَذَرِي عَلَيْهِ
فَأَتَى الْحَبِيبُ يَعُودُنِي فَشُفِيتُ مِنْ نَظَرِي إلَيْهِ
Telah gering sang kekasih, maka daku menziarahinya
daku juga turut gering kerana risaukannya
datangnya sang kekasih menziarahiku
maka daku pun sembuh kerana melihatnya
(lihat: Ibn Muflih, al-Adab al-Shar’iyyah, 2/296).
Manifestasi Cinta

Demikian manifestasi cinta itu boeh menjelma dalam pelbagai rupa. Banyak tindakan yang luarbiasa boleh terhasil dari cinta. Sehingga kadang-kala tidaklah dapat difahami oleh akal yang memikirnya tanpa melihat dari jendela kasih. Saya merenung riwayat Abu Ya’la yang dinilai sahih oleh al-Hafizd Ibn Hajar al-‘Asqalani dalam al-Isabah daripada Anas bin Malik r.a yang menceritakan tentang hari Abu Quhafah, iaitu bapa Saidina Abu Bakar al-Siddiq menganut Islam. Pengislaman beliau agak lewat. Abu Bakar r.a memang begitu mengharapkan bapanya itu menerima Islam. Menariknya, pada hari Abu Quhafah menghulurkan tangannya kepada Nabi s.a.w untuk menganut Islam, Abu Bakar menangis. Nabi s.a.w bertanya: “Apakah yang membuatkan engkau menangis wahai Abu Bakar?”. Jawabnya: “Seandainya tangan bapa saudaramu (Abu Talib) berada di tempat bapaku sekarang, lalu dia (Abu Talib) menganut Islam sehingga engkau gembira lebih aku suka dari bapaku sendiri menganut Islam”.

Demikian halusnya perasaan Abu Bakar, kegembiraan bapanya menganut Islam itu tenggelam apabila mengenang Nabi s.a.w tidak memperolehi kegembiraan yang sama disebabkan bapa saudara kesayangan baginda (Abu Talib) tidak menganut Islam. Abu Bakar membayangkan alangkah baik jika Abu Talib yang berada di tempat bapanya ketika itu. Itulah cinta. Itulah berkorban apa sahaja. Tiada rasa gembira jika kekasih berduka. Tiada rasa gembira jika kekasih tidak kongsi bersama. Kehidupan Abu Bakar; tindakan dan pergerakannya adalah manifestasi cinta yang sangat dalam dalam terhadap seorang rasul. Dia telah memenuhi makna sabda Nabi s.a.w: “Demi (Tuhan) yang diriku berada dalam tangannya, tidak beriman seseorang kamu sehingga aku lebih dikasihinya dari dirinya, bapanya dan anaknya” (Riwayat al-Bukhari).
Justeru itu, fahamlah kita makna kemanisan bercinta kerana Allah dan RasulNYA. Cinta seperti itu telah mencetuskan pelbagai keajaiban dan kehairanan manusia biasa sepanjang sejarah kemanusiaan. Sanggup berkorban dan terkorban sebagai manifestasi cinta. Para sahabah sanggup meninggal keluarga dan sahabah handal. Sanggup kehilangan harta dan nyawa. Semuanya kerana cinta. Pada mata manusia mereka menderita. Di lubuk jiwa, mereka sedang tenggelam dalam satu kemanisan yang sukar yang hendak digambarkan dalam tulisan dan perkataan. Kemanisan iman! Inilah yang disebut oleh Nabi s.a.w: “Tiga perkara sesiapa yang ada padanya maka dia mendapati kemanisan iman. (pertama) Hendaklah Allah dan rasulNya lebih dicintai mengatasi selain keduanya. (kedua) Hendaklah dia mencintai seseorang, tidak dia cintainya kecuali kerana Allah. (ketiga) Hendaklah dia benci untuk kembali kepada kekufuran sepertimana dia benci untuk dicampakkan ke dalam neraka” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Cinta Menafikan Cinta
Cinta juga menafikan cinta. Jika kita benar-benar sayang kepada seseorang, sudah pasti kita tidak akan menyayangi orang yang membenci kekasih kita tanpa sebab yang benar. Sudah pasti kita dapat menerima orang memusuhi kekasih kita tanpa suatu alasan yang boleh dimaafkan. Bagaimana boleh berhimpun dua kekasih yang bermusuhan dalam satu perasaan, melainkan kadar cinta kita itu tidak memenuhi ruang. Di sinilah yang al-Quran tegaskan bahawa tidak mungkin seseorang yang mencintai Allah dan RasulNYA, tetapi dalam masa yang sama menyayangi mereka yang memerangi Allah dan RasulNYA. Firman Allah: (maksudnya) “Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka. Mereka itu (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam jantung hati mereka, dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadanya; dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah redha kepada mereka dan mereka redha kepadaNYA. Merekalah hizbulLah (golongan Allah). Ketahuilah! Sesungguhnya golongan Allah itulah orang-orang yang berjaya”. (Surah al-Mujadilah: 22).

Islam tidak menyuruh kita memerangi bukan muslim tanpa sebab yang diiktiraf oleh agama. Kita mungkin boleh duduk berbincang dengan bukan muslim, atau muslim yang tidak kuat berpegang dengan agama. Bersimpati dengan mereka, berkawan dan bertukar manfaat kehidupan dunia. Menyampaikan pandangan dan pendapat dan saling menghormati. Ini selagi mana mereka semua tidak menzahirkan peperangan, penghinaan dan pencercaan terbuka terhadap Allah dan RasulNYA. Jika itu berlaku, tidak mungkin ada berhimpun dalam suatu jantung cinta Allah dan sayangkan penentang Allah.
Maulid

Saya tidak mahu membahaskan tentang maulid sebab saya telah sebut dalam artikel yang lain tentang perbahasan dan perbezaan para sarjana mengenai tarikh kelahiran Nabi s.a.w dan pandangan terhadap sambutan itu sendiri. Setiap tempat mungkin ada penilaian yang berbeza berdasarkan perbezaan cara dan maksud. Cumanya, hubungan muslim dengan Nabi mereka bukan seperti hubungan antara kita dengan tokoh-tokoh dunia yang lain yang di sambut sekadar mengenai jasa atau sekadar satu pesta. Hubungan kita dengan baginda adalah hubungan cinta yang menzahirkan manifestasinya. Para sahabat Nabi s.a.w tidak ada sebarang perayaan mengenai Nabi s.a.w tetapi manifestasi cinta itu menjelma saban hari dan waktu dalam kehidupan mereka. Mereka berjaya membawa obor iman dalam kehidupan sekalipun tanpa perayaan. Sedangkan kita dengan segala perayaan gagal menunai manifestasi cinta itu. Bahkan dalam perayaan kita, orang-orang besar, menteri dan raja hadir dengan penuh gaya dan pakaian kesombongan yang sama sekali berbeza dengan kehadiran Nabi s.a.w semasa hayatnya ke dalam majlis para sahabat tercinta! Cinta melahirkan manifestasinya.

IDEA KREATIF

IDEA KREATIF CANTIK JADINYA...
SELAMAT MENCUBA !!!









6 TIPS MENJAUHI SIFAT MALAS







6 TIPS MENJAUHI SIFAT MALAS

1. Berwudhuk – Cara begini mampu menghindarkan diri dari bisikan syaitan yang mengajak anda menjadi malas.

2. Solat di awal waktu – Apabila anda mudah bertangguh solat, itu bermakna anda sudah terkena tempias-tempias malas.

3. Doa – Amalkan doa ini.
((الْلَّهُم إِنِّي أَعُوْذ بِك مِن الْهَم و الْحَزَن , و أَعُوْذ بِك مِن الْعَجْز و الْكَسَل , و أَعُوْذ بِك مِن الْجُبْن و الْبُخْل , و أَعُوْذ بِك مِن غَلَبَة الدَّيْن و قَهْر الْرِّجَال)).
Maksudnya: "Ya Allah, aku berlindung kepadamu dari rundungan sedih dan duka, aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas, aku berlindung kepada-Mu dari sifat kikir dan penakut, aku berlindung kepada-Mu dari beban hutang dan penindasan orang."

4. Bangun Awal - Bila anda bangun awal, anda akan rasa segar dan hilang rasa malas.

5. Bergaul Dengan Orang Yang Rajin – Anda perlu pengaruh yang kuat untuk menjadi rajin. Jika anda bercampur atau bergaul dengan orang yang malas, malaslah jadinya.

6. Bersenam – Ini amat penting. Anda mesti bersenam dan keluarkan peluh anda 4 kali seminggu. Pasti rasa malas akan hilang kerana minda dan badan anda akan menjadi aktif.

RESEPI LEKOR PALING SIMPLE,LEMBUT & PENUH RASA IKAN


RESEPI LEKOR PALING SIMPLE,LEMBUT & PENUH RASA IKAN


BAHAN-BAHAN DAN CARA-CARA :


1) ikan kembung/lumahan 2kg
-buang kepala,tulang tengah dan perut (bila pegang tengkuk ikan dan tarik ke ekor..insyallah isi tertanggal)
-blender letak air sikit sahaja janji blender oleh pusing
-blender tak perlu lama..biar nmpk lagi bentuk isi ikan 

- da blen masuk dalam besen besar sakit
 

2) baking soda ( masuk dalam isi ikan)
- 2sudu makan atau 4sudu kecil KFC
 

3) garam dan aji secukup rasa sahaja (masuk dlm isi ikan)
 

4) lada putih serbuk
-2sudu makan

sebatikan semua dan biarkan 5minit (nampak adunan isi ikan jadi kembang sakit dan ringan)

5) masukkan tepung kanji 2cawan
-gaul rata dengan isi ikan
 

6) masukkan tepung gandum
 

-agak2 sampai adunan kental macam doh donut atau melekit2 kat tangan
-proses uli..tabur tepung gandum atas talam
-ambil adunan isi ikan 1sudu makan penuh
-uli memanjang dalam 12cm gitu (rupa lekor memag berbedak dengan tepung tapi luar je ye,jangan uli adunan bagi keras smpi dalam...sekarang ni kita tabur tepung supaya tak melekat masa kita uli sahaja
-uli smpi adunan habis dan susun dalam bekas
-didihkan air dalam periuk dah mendidih masukkan lekor tadi tuggu sampai lekor timbul atau 3-5minit bergantung pada besar api dan periuk masing2 

-dah sejuk bleh potong serong tebal atau tipis pun bleh sebab lekor tetap lembut

.
.
Memikirkan / tercari-cari PERKHIDMATAN WELDING di kawasan TELUK INTAN atau kawasan sekitar yang berhampiran ???
.
.
Antara produk kami :
- PINTU PAGAR ( BUNGA MAS / BIASA )
- GRILL PINTU / TINGKAP
- ATAP AWNING
- SLIDING DOOR ( HOLLOW / BIASA )
- WROUGHT IRON
- STAINLESS STEEL
- PENYIDAI KAIN
- PENUTUP LONGKANG
- DAN KERJA-KERJA BERKAITAN BESI
.
.
Jangan risau... $$$$$ ( harga ) kami boleh berunding
Mungkin kami dapat membantu anda..
*** SYARIKAT BUMIPUTERA
*** SYARIKAT BERDAFTAR DI SSM
.
.
---->>> WHATSAPP sekarang : 012 - 336 0861
---->>> Dwan
.
.

JIKA BERMANFAAT silakan " SHARE "
=========================
Banyak info terkini akan kami kongsikan.
https://www.facebook.com/nrzenterprise
https://nrzenterprise.blogspot.com

JANGAN IMPIKAN ROH IMAN TANPA MENGHAYATI WAHYU

Mari kunyah dan hadamkan sepotong ayat sehari buat menghidupkan rohani.
Allah katakan kita tidak akan tahu apa itu iman (percaya), tidak akan terbit ROH keislaman dan keimanan kita, juga tidak akan berada di jalan yang lurus tanpa kita benar-benar menghayati wahyu NYA
.
.






JANGAN IMPIKAN ROH IMAN TANPA MENGHAYATI WAHYU

Semakin lama kita ditinggalkan Nabi SAW, semakin jauh kefahaman dan penghayatan kita tentang wahyu. Akibatnya, semakin mati ROH keIslaman dan keimanan kita.

Wahyu itu sendiri dari kata pokok HAYAT. Ia mampu menghidupkan jiwa yang mati jika dihayati. Wajarlah keyakinan kita akan menurun dan iman kita semakin mati jika kita tidak memahami dan menghayatinya.
Inilah hakikat hidup umat Islam hari ini. Kita berfirqah dan bersifat assobiyah di seluruh dunia. Setiap diri meraba-raba dan bersangka-sangka dalam menetapkan halatuju dan cara hidup. AlQuran di tangan hanya dibaca 'tanpa maknanya' apabila ada orang mati, di malam jumaat atau di bulan puasa saja.

Mari sama-sama kita keluar dari hidup yang dibelenggu kegelapan tanpa CAHAYA petunjuk yang terang benderang ini. Mari buang ego diri dan suburkan sifat HAMBA agar kita turut menjadi pilihan ALLAH untuk melayakkan diri menerima petunjukNya.

Mari sama-sama kita bina dan tiupkan semula ROH ISLAM dalam diri, keluarga dan masyarakat kita. Mari tingkatkan usaha untuk memahami dan MENGHAYATI WAHYU agar kita mampu membimbing dan menunjukkan pula jalan yang lurus, yang harus kita istiqomahkan kepada generasi yang bakal kita tinggalkan.

QS; 42. Asy Syuura

52. Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu suatu ROH dengan perintah Kami. Sebelumnya kamu tidaklah mengetahui apakah Al Kitab dan tidak (mengetahui) iman, tetapi Kami menjadikannya suatu cahaya, yang Kami tunjuki dengan dia siapa yang kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya kamu benar- benar memberi petunjuk kepada jalan yang lurus.

53. (Yaitu) jalan Allah yang kepunyaan-Nya segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Bahwasanya, kepada Allah-lah kembali semua urusan.

TIDAK KIRA SAMADA KITA INI GOLONGAN ATAS (LANGIT) MAHUPUN BAWAH (BUMI), MARI KEMBALIKAN URUSAN KITA MENGIKUT MANUAL & TATACARA YANG TELAH ALLAH BERIKAN.
.
.
 Memikirkan / tercari-cari PERKHIDMATAN WELDING di kawasan TELUK INTAN atau kawasan sekitar yang berhampiran ???
.
.
Antara produk kami :
- PINTU PAGAR ( BUNGA MAS / BIASA )
- GRILL PINTU / TINGKAP
- ATAP AWNING
- SLIDING DOOR ( HOLLOW / BIASA )
- WROUGHT IRON
- STAINLESS STEEL
- PENYIDAI KAIN
- PENUTUP LONGKANG
- DAN KERJA-KERJA BERKAITAN BESI
.
.
Jangan risau... $$$$$ ( harga ) kami boleh berunding
Mungkin kami dapat membantu anda..
*** SYARIKAT BUMIPUTERA
*** SYARIKAT BERDAFTAR DI SSM
.
.
---->>> WHATSAPP sekarang : 012 - 336 0861
---->>> Dwan
.
.

JIKAN BERMANFAAT silakan " SHARE"
=========================
Banyak info terkini akan kami kongsikan.
https://www.facebook.com/nrzenterprise
https://nrzenterprise.blogspot.com



TEKNIK SEMAIAN POKOK CARA PALING MUDAH

TEKNIK SEMAIAN POKOK CARA PALING MUDAH


Teknik sebegini terkenal di thailand,di sana pelbagai kaedah di hasil kan untuk menanam/semaian pelbagai jenis pokok bunga/hiasan/buah-buahan,kan memudahkan kerja kita ni.

Mai kita cuba teknik ini.
Sama2 kita kongsi ilmu yang berguna dan baik ini, untuk semua .
.
.

BAHAN-BAHAN :
1) Span bunga basah.
2) Ubat akar/serbuk putih. Boleh di beli di pusat jualan pasu dan tanaman.
3) Air secukupnya
KAEDAH :
1. Potong span ikut saiz kecil
2. Kerat batang pokok yg sesuai untuk semaian dan celup dlm ubat akar.untuk cepat tumbuh akar
3. Cucukkan pada span tadi
4. Rendam di dalam air
5. Biarkan hingga dia berakar
6. Ubah ke dalam pasu kecil
7. Bila sudah mulai membesar ubah ke dalam polibag
8. Pembajaan yang cukup
9. Siap untuk di tanam ke atas tanah.
.
.

Memikirkan / tercari-cari PERKHIDMATAN WELDING di kawasan TELUK INTAN atau kawasan sekitar yang berhampiran ???
.
.
Antara produk kami :
- PINTU PAGAR ( BUNGA MAS / BIASA )
- GRILL PINTU / TINGKAP
- ATAP AWNING
- SLIDING DOOR ( HOLLOW / BIASA )
- WROUGHT IRON
- STAINLESS STEEL
- PENYIDAI KAIN
- PENUTUP LONGKANG
- DAN KERJA-KERJA BERKAITAN BESI
.
.
Jangan risau... $$$$$ ( harga ) kami boleh berunding
Mungkin kami dapat membantu anda..
*** SYARIKAT BUMIPUTERA
*** SYARIKAT BERDAFTAR DI SSM
.
.
---->>> WHATSAPP sekarang : 012 - 336 0861
---->>> Dwan
.
JIKA BERMANFAAT silakan " SHARE "
=========================
Banyak info terkini akan kami kongsikan.
https://www.facebook.com/nrzenterprise
https://nrzenterprise.blogspot.com