Tuesday 22 December 2015

PERKONGSIAN ILMU - MAULIDUR RASUL 1437H : Biodata Rasulullah ﷺ







" MAULIDUR RASUL 1437H : Biodata Rasulullah ﷺ]

Siapa idola kita?

A: Idola yang saya kagumi "Prof..."
B: Saya nak jadi macam "Doktor..."
C: Saya suka contohi "Ustaz..."


Tahukah anda siapa idola yang terbaik untuk kita?

Idola pertama dan terakhir kita di atas muka bumi ini. Tak lain dan tak bukan, baginda yang teragung, Nabi Muhammad ﷺ yang menunjukkan qudwah hasanah kepada kita.

Allah telah mengutuskan seorang nabi untuk menjadi pembimbing dan petunjuk kepada kita ke jalan yang benar.
وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ
Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.
(al-Anbiya': 107)

Mari kita sama-sama kenal dengan lebih dekat idola kita, Rasulullah ﷺ. Tak kenal maka tak cinta.

✅ BIODATA RASULULLAH ﷺ
 ==========================

NAMA :
Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib.

TARIKH LAHIR :
Subuh Isnin,12 Rabi'ulawwal bersamaan 20 April 571 Masehi Tahun Gajah.

TEMPAT LAHIR :
Rumah Abu Talib, Makkatul Mukarramah.

Gelaran: AL AMIN
NAMA BAPA:
Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.

NAMA IBU :
Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.

Pengasuh Pertama:
Ummu Aiman
Ibu Susu Pertama:
Thuwaibatul Aslamiah
Ibu Susu Kedua:
Halimah As Saadiah

Isteri-Isteri Rasulullah :
1] Khadijah bt Khuwailid.
2] Aisyah bt Abu Bakar.
3] Hafsah bt Umar.
4] Ummi Habibah bt Abu Sufyan
5] Hindun bt Umaiyah.
6] Saudah bt Zam'ah
7] Zainab bt Jahsy.
8] Zainab bt Khuzaimah
9] Maimunah bt Harith.
10] Safiyah bt Huyai.

Anak-Anak Rasulullah :
1) Qassim
2) Abdullah
3) Ibrahim
4) Zainab
5) Ruqaiyah
6) Ummi Kalthum
7) Fatimah Az Zahra'

Sabda Rasulullah ﷺ: "Sesiapa yang menghidupkan Sunnahku,maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam Syurga." (Riwayat Al Sajary daripada Anas)
Kongsikan kepada seluruh Umat ISLAM sebagai tanda kecintaan kita kepada NABI MUHAMMAD ﷺ.
Mari berselawat!
 ..

اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد

No comments:

Post a Comment