Thursday, 31 December 2015

WAKTU DILARANG MANDI

3 WAKTU DILARANG MANDI

.
1. 30 Minit Setelah Solat Asar.
2. Setelah Maghrib.
3. Setelah Isya' sehingga pukul 12 malam
.
Penjelasan :
.
Pertama :
30 minit setelah solat asar itu adalah waktu dimana darah didalam diri kita ketika itu sedang panas, jika kita mandi ketika itu, akan menyebabkan badan menjadi lelah dan penat untuk melakukan perkerjaan
.
Kedua :
jantung kita setelah maghrib sudah mulai lemah untuk melakukan perkerjaan. Jadi, kajian menunjukkan bahwa ketika ini jika kita mandi akan menyebabkan paru-paru boleh di masuki air dan boleh menyebabkan paru-paru basah
.
Ketiga :
Setelah solat isya, ini saatnya jantung kita berhenti dan melakukan istirahat, jika mandi ketika ini akan menyebabkan kerosakan jantung akibat kemasukan air
.
Sebaiknya mandi setelah 1 jam dari jam 12 malam. Antara pukul 2 - 3 pagi, itu akan lebih memberikan energy kepada badan seperti mana bateri yang telah lemah di cas semula
.
.
.
Dikatakan :-
۞ Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.

۞ Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.

۞ Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.

۞ Surah Al-Waqi’ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.

۞ Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.

۞ Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.

۞ Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.

۞ Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.

۞ Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.

۞ Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.

Seterusnya, bagi menangani Syaitan Durjana,
Dikatakan juga:-

۞ Ketika anda membawa AL-QURAN, respon syaitan ialah biasa saja, tengok je...

® Ketika anda membukanya, syaitan mula curiga.

۞ Ketika anda membacanya, syaitan mula gelisah. Ketika anda memahaminya, dia mula kejang.

۞ Ketika anda mengamalkan AL-QURAN, dalam kehidupan setiap hari, dia stroke.... Teruskan membaca AL-QURAN dan mengamalkannya agar syaitan terus stroke.

AYAM BAKAR ROSEMARY

AYAM BAKAR ROSEMARY

.
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | dipotong empat
5-6 ulas bawang putih | dihiris
1 sudu besar daun rosemary kering | ditumbuk
1 inci halia | ditumbuk halus
1 sudu besar lada hitam | ditumbuk
½ sudu besar jintan manis | ditumbuk
½ sudu besar jintan putih | ditumbuk
2-3 sudu besar gula perang
2 sudu kecil garam
Sedikit serbuk pati ayam
2 sudu besar jus lemon
3 sudu besar minyak zaitun
5 biji kentang
2 biji tomato
1 biji lobak merah
Sedikit mentega
.
CARA - CARA :
1. Lumur halia tumbuk pada ayam. Ketepikan seketika.
2. Panaskan minyak zaitun dan goreng bawang putih hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
3. Masukkan kesemua bahan tumbuk ke dalam mangkuk dan tuang lebihan minyak zaitun ke dalamnya.
4. Kemudian tambahkan gula perang, garam, serbuk perasa dan jus limau. Gaul rata.
5. Ambil ayam yang telah dilumur halia tadi dan gaulkan bersama bancuhan rempah. Perap selama dua jam.
6. Susun ayam didalam dulang pembakar dan masak selama 1 jam pada suhu 190’c.
.

JAGA ISTERI MEMANG SUSAH

JAGA ISTERI

Memang Susah .
Memang Penat .
Memang Rasa Rimas .
Suka Membebel .
Suka Marah-Marah .
Suka Merajuk .

TAPI...Ketahuilah ...

Mulut Yang Bising Itulah Yang Banyak Menenangkan Kamu .
Mulut Yang Bising Itulah Memeriahkan Rumah Kamu .
Mulut Yang Bising Itulah Yang Banyak Menyedarkan Kamu .

DAN...

Individu Yang Kuat Merajuk Itulah Mendidik Rasa Sabar Kamu .
Wanita Yang Bising Itulah Yang Banyak Membelai Kamu .
Wanita Yang Bising Itu Jugalah Yang Banyak Memeluk Kamu .

DAN...

Wanita Yang Bising Itulah Banyak Bersama Kamu .
Tanpa Mengira Susah Atau Senangnya Kamu .
Tanpa Mengira Bertapa Dia Terluka Dengan Cara Layananmu .
Dan Nasihatku ..

' Hargailah Isteri Seperti Seorang Ibu '

KERANA ...

Kamu Akan Mengerti ..
Bertapa Berharganya Mulut Bising Itu ..
Ketika Kamu Kehilangannya ...

DAN KETAHUILAH....

Kamu Pasti Akan Merindui Bebelannya.
Ramai yang lupa pesan Rasulullah:

“Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap keluarganya (istrinya). Dan aku adalah orang yang paling baik di antara kalian terhadap keluargaku (istriku).”

BANYAKKAN BERZIKIR BOLEH MENGHIDUPKAN HATI DAN SENTIASA DI KASIHI ALLAH

Banyakkan Berzikir Boleh Menghidupkan Hati Dan Sentiasa Di Kasihi Allah.
.
Seorang pemuda bertanya kepada Rasulullah SAW :  “Ya Rasulullah, sesungguhnya pintu-pintu kebaikan itu banyak, tapi aku tak mampu melakukan seluruhnya. Beritahukanlah kepadaku nasihat apa yang dapat aku pegang teguh, nasihat yang singkat sehingga aku tidak mudah melupakannya.”Rasulullah SAW menjawab, “Basahlah lidahmu selalu dengan zikrullah.”(Hadis Riwayat Tirmizi)
.
Terdapat 15 Kebaikan Zikir :
.
1. Zikir menjauhkan syaitan dan melemahkan kekuatannya
.
2. Zikir menyebabkan Allah redha
.
3. Zikir menjauhkan dukacita daripada hati manusia
.
4. Zikir menggembirakan hati
.
5. Zikir menguatkan badan dan menyeronokan sanubari
.
6. Zikir memurahkan rezeki
.
7. Zikir adalah sinaran hati dan muka.
.
8. Zikir adalah membawa orang yang berzikir itu kepada kehebatan dan kegagahan yakni dengan memandang wajahnya seseorang merasa gentar
.
9. Zikir melahirkan cinta sejati kepada Allah kerana cinta itulah roh islam, jiwa agama, dan sumber kejayaan dan kebahagiaan. Zikrullah itu merupakan pintu cinta Ilahi.
.
10. Zikir adalah mendatangkan hakikat Muraqabah dan Muraqabah itu membawa seseorang kepada martabat ihsan. Dengan adanya martabat ihsan maka manusia dapat beribadat kepada Allah dalam keadaan yang seolah-olah ia melihatNya
.
11. Zikir membawa seseorang kepada penyerahan diri dengan sebulat-bulatnya kepada Allah. Dengan ini lama kelamaan maka setiap urusan dan dalam setiap keadaan Allah menjadi pelindung dan pembantu baginya.
.
12. Zikir adalah membawa seseorang kepada Takarrub (mendekatkan diri) kepada Allah. Jika zikir itu bertambah banyak maka dengan sendirinya ia bertambah dekat kepada Allah dan semakin bertambah lalai daripada berzikir maka dengan sendirinya ia bertambah jauh dari Allah.
.
13. Zikir adalah membuka pintu makrifat Allah.
.
14. Zikir melahirkan keagungan dan kehebatan Allah dan semangat merapatkan diri kepada Allah.
.
15. Zikir adalah menyebabkan Allah ingat kepada seseorang yang ingat kepada-Nya seperti mana disebutkan di dalam Al-Quran (surah Al Baqarah ayat 152) "Fazkuruunii azkurkum" ertinya; "kerana itu ingatlah kamu kepadaKu, nescaya Aku ingat pula kepada mu".

MENJAUHI SIFAT MALAS

6 TIPS MENJAUHI SIFAT MALAS

1. Berwudhuk – Cara begini mampu menghindarkan diri dari bisikan syaitan yang mengajak anda menjadi malas.

2. Solat di awal waktu – Apabila anda mudah bertangguh solat, itu bermakna anda sudah terkena tempias-tempias malas.

3. Doa – Amalkan doa ini.

((الْلَّهُم إِنِّي أَعُوْذ بِك مِن الْهَم و الْحَزَن , و أَعُوْذ بِك مِن الْعَجْز و الْكَسَل , و أَعُوْذ بِك مِن الْجُبْن و الْبُخْل , و أَعُوْذ بِك مِن غَلَبَة الدَّيْن و قَهْر الْرِّجَال)).

Maksudnya: "Ya Allah, aku berlindung kepadamu dari rundungan sedih dan duka, aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas, aku berlindung kepada-Mu dari sifat kikir dan penakut, aku berlindung kepada-Mu dari beban hutang dan penindasan orang."

4. Bangun Awal - Bila anda bangun awal, anda akan rasa segar dan hilang rasa malas.

5. Bergaul Dengan Orang Yang Rajin – Anda perlu pengaruh yang kuat untuk menjadi rajin. Jika anda bercampur atau bergaul dengan orang yang malas, malaslah jadinya.

6. Bersenam – Ini amat penting. Anda mesti bersenam dan keluarkan peluh anda 4 kali seminggu. Pasti rasa malas akan hilang kerana minda dan badan anda akan menjadi aktif.

MARI BERSIHKAN DIRI SEBELUM TERLAMBAT

MARI BERSIHKAN DIRI SEBELUM TERLAMBAT

Syeikh Ibnu ‘Atha’illah mengatakan:
“Siapa saja yang mencintai dunia dengan hatinya, maka ia bagaikan orang yang mendirikan bangunan yang indah, namun tandas di atasnya terus menerus menitiskan air busuk. Keadaannya tetap seperti itu hingga bahagian luarnya kelihatan seperti bahagian dalamnya.

Di antara mereka ada yang selalu membersihkan diri sehingga hatinya tetap putih bersih. Cara membersihkannya adalah dengan taubat, zikir, menyesal dan beristigfar. Begitu pula dirimu ketika berada di hadapan Allah SWT. Keadaanmu kotor akibat maksiat yang selalu kau lakukan. Engkau memakan yang haram dan melihat segala sesuatu yang terlarang. Barangsiapa melakukan pelanggaran dan mengikuti syahwat, hatinya akan menjadi gelap. Jika ia tidak bertaubat di saat sihat, boleh jadi ia diuji dengan berbagai penyakit dan ujian sehingga keluar dari dosa laksana pakaian saat dicuci.”

--Syeikh Ibnu ‘Atha’illah dalam Taj Al-‘Arus

TIGA HAL YANG PERLU DIJAGA OLEH SETIAP MUKMIN

Tiga hal mutlak bagi seorang Mukmin, dalam segala keadaan, iaitu:

(1) hendaklah menjaga perintah-perintah Allah.

(2) hendaklah menghindar dari segala yang haram.

(3) hendaklah redha dengan takdir Yang Maha Kuasa.

Jadi seorang Mukmin, paling tidak, memiliki tiga hal ini. Bererti, ia harus memutuskan untuk ini, dan berbicara dengan diri sendiri tentang hal ini serta mengikat organ-organ tubuhnya dengan ini.

- Kitab Futuuhul Ghaib, Sheikh Abdul Qadir Al Jailani.

BILA DALAM POKET TINGGAL RM10 SAHAJA !!






BILA DALAM POKET TINGGAL RM10 SAHAJA !!

"Setahun selepas itu.... saya mendapat satu projek dari agensi kerajaan di Perak.

Pada hari saya ingin pergi menguruskan projek tersebut, wang yang ada pada tangan saya ketika itu hanya RM10. Duit dalam akaun bank pula, tinggal cukup syarat sahaja. Nasib baik ada baki minyak kereta yang masih penuh. Tak perlu fikir soal nak isi minyak. Masa itu saya dan isteri tengah teruk diserang sihir dan duit kami habis digunakan untuk berubat.

Sebelum bertolak, saya telefon isteri beritahu yang saya hanya ada RM10 untuk pergi ke Perak ini. Tak pasti ianya cukup atau tak untuk balik ke KL semula.

Namun saya tetap mahu pergi juga kerana projek ini kalau saya dapat siapkan maka adalah sedikit pendapatan. Boleh juga buat berubat dan bayar hutang bulanan kata saya.

Yang memeritkan lagi wang syarikat saya pula semua sedang tersangkut dengan beberapa projek masih belum bayar bulan itu.

Saya selongkar di kereta mana tahu ada wang-­wang tersorok barang seringgit dua.

Akhirnya ada duit tapi cukup untuk bayar tol setelah campur RM10 saya tadi.
Saya nekad pergi juga, kalau saya tak lepas balik KL maka saya akan menebal muka telefon minta pada mak atau kawan-­‐kawan.

Saya bertolak sebelum zohor dalam pukul 11 pagi ke Perak

Setelah selesai urusan di Perak saya sudah mula perjalanan nak balik ke Kuala Lumpur. Sengaja saya memandu perlahan kerana tengah berfikir mana nak cari duit buat bayar tol nanti.

Kuasa Allah! Lebih kurang jam 3 petang isteri saya telefon,

“Sayang tahu tak dalam akaun company ada RM10,000 lebih!”

Isteri saya berkata lagi beliau ada berdoa pada Allah lepas saya telefon tadi agar urusan saya dipermudahkan dan saya dimurahkan rezeki hari itu untuk ada sedikit wang untuk balik ke KL semula.

MasyaAllah.... masa tu saya sukar nak percaya.

Saya kata.. betul ke atau dia tersilap tengok. Dia kata “betul!”

Saya bergegas cari ATM dan check baki akaun syarikat saya.
Al-­hamdulillah memang ada RM10,380.

Oh baru saya tahu ini rupanya payment dari agensi yang dah hampir setahun tak buat bayaran dan baru hari ni bayaran itu dapat pada saya. Allah maha mengaturkan semuanya!

Pada hari itu saya menangis di dalam kereta semasa memandu pulang ke KL kerana tersentuh dengan kuasa dan aturan Allah S.W.T."


* Semoga semakin ramai yang kembali yakin dan sentiasa yakin dengan segala aturan daripada-Nya. Tugas kita sebagai hamba adalah menurut segala perintah dan tinggalkan segala tegahan-NYa dan jangan sesekali putus asa atau berhenti berusaha...

.
.
 

RESEPI - BUTTER PRAWNS




BUTTER PRAWNS

BAHAN-BAHAN :
-Udang besar/ sederhana besar
-Tepung jagung – jika suka
-Lada sulah
-Kuning telur – pukul bersama sedikit garam dan lada sulah
-Cili api – dipotong-potong
-Daun kari
-Bawang putih – cincang
-Garam
-Minyak masak
-Butter
-Susu cair
-Penapis besi


CARA-CARA :
Cara membuat egg floss:
1. Panaskan butter dan minyak dalam kuali (wok) dan tuangkan kuning telur tinggi sedikit dari permukaan minyak supaya kuning telur jatuh dalam aliran yang kecil.
2. Sambil menuang tu kacau tanpa henti kuning telur di dalam kuali. Kacau sentiasa hingga garing, terpulang kalau nak floss tu kekuningan sahaja atau keperangan .
3. Angkat dengan penapis besi dan toskan minyaknya. Lebih mudah jika letakkan penapis santan atau penapis besi yang agak besar di atas bekas yang tahan panas.
4. Bila egg floss dah siap masak, angkat kuali dengan hati- hati dan tuangkan bahan-bahan dimasak tadi atas penapis dan toskan minyak.
Cara memasak udang:
1. Bersihkan udang (terpulang samada nak buang kulit atau tidak). Gaul udang bersama tepung jagung (jika suka), garam dan lada sulah.
2. Masukkan lebihan minyak dan butter yang digunakan untuk membuat egg floss tadi dalam kuali dan panaskan semula kuali.
3. Goreng udang hingga masak. Angkat dan ketepikan. Jika perlu buangkan sedikit lebihan minyak dalam kuali tadi dan tumis cili api, bawang putih dan daun kari hingga wangi.
4. Masukkan susu cair, lada sulah dan garam jika perlu (kalau tak suka susu, tak masukkanpun ok jer).
5. Masukkan udang dan kacau hingga sebati.
6. Angkat dan masukkan udang ke dalam bekas hidangan dan tabur egg floss di atasnya.
Selamat mencuba.
.
.
 JIKA BERMANFAAT silakan " SHARE "
=======================================================
Jom LIKE dan FOLLOW kami, banyak info terkini akan kami kongsikan
http://www.facebook.com/Nrz Enterprise
http://nrzenterprise.blogspot.com

DAHSYATNYA SURAT AL-IKHLAS







DAHSYATNYA SURAT AL-IKHLAS...

Sempatkanlah sebentar untuk membaca tulisan ini..

Rasulullah Muhammad SAW pada suatu ketika bersabda,
”Demi Allah yang jiwa ku di genggaman-Nya, sesungguhnya

QUL HUWALLAHU AHAD itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s,
ALLAHHUS SOMAD itu tertulis disayap malaikat Mikail a.s,
LAMYALID WALAM YUULAD tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s,
WALAM YAKULLAHU KUFUWAN AHAD tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s".

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahwa Rasulullah SAW telah bersabda, "Ketika aku (Rasulullah SAW) isra’ ke langit, saya melihat Arasy di atas 360,000 pilar dan jarak jauh antara satu pilar ke satu pilar yang lain ialah 300,000 tahun perjalanan.

Pada tiap-tiap pilar itu terdapat padang pasir yang jumlahnya 12,000 dan luasnya setiap satu padang itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surat Al-Ikhlas.

Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka, ”Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik lelaki mau pun perempuan".

Riwayat Anas bin Malik juga merakam kisah berkaitan surat Al-Ikhlas. Suatu ketika 70.000 malaikat diutus datang kepada seorang sahabat di Madinah yang meninggal. Kedatangan para malaikat itu hingga meredupkan cahaya matahari.

70,000 malaikat itu diutus hanya kerana arwah sering membaca surah ini. Anas bin Malik yang saat itu bersama Nabi Muhammad SAW di Tabuk merasakan cahaya matahari redup tidak seperti biasanya dan malaikat Jibril datang kepada Nabi untuk memberitakan kejadian yang sedang terjadi di Madinah.
Rasulullah S.A.W bersabda,

"Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka tubuhnya tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga".
(HR Qurthuby).

SubhanAllah.... Semoga kita dapat mengamalkannya setiap waktu..
.
.
JIKA BERMANFAAT silakan " SHARE "
=======================================================
Jom LIKE dan FOLLOW kami, banyak info terkini akan kami kongsikan
http://www.Facebook.com/nrzenterprise
http://nrzenterprise.blogspot.com

RESEPI - AYAM MASAM MANIS







AYAM MASAM MANIS


BAHAN-BAHAN :
300g dada ayam, potong dadu
3 sudu besar tepung jagung atau tepung gandum
1/2 biji capsicum hijau
1 biji bawang besar
1 biji telur
3 ulas bawang putih, hiris nipis
1 inci halia, hiris nipis
1 biji tomato, potong dadu
1 sudu besar sos ikan
4 sudu besar sos cili
2 sudu besar cili kisar
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
Nenas, potong dadu (pilihan anda)
Daun bawang
Garam dan gula secukup rasa

CARA-CARA :
Perap ayam yg telah dipotong dadu bersama serbuk black pepper dan garam selama 1/2 jam.
Gaulkan ayam yang telah diperap bersama telur. Celup isi ayam di dalam tepung dan goreng sehingga garing. Angkat dan sejukkan.
Untuk kuah, panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih, halia dan cili kisar sehingga pecah minyak. Masukkan tomato dan kacau sehingga tomato hancur. Masukkan sos cili, nenas dan sos ikan. Tuang sedikit air dan masak sehingga pekat. Masukkan sedikit bancuhan tepung jagung jika anda mahu kuah menjadi lebih pekat.
Masukkan ayam goreng tadi bersama capsicum, bawang besar, garam dan gula secukup rasa.
Angkat dan hidangkan bersama sedikit hirisan daun bawang atau cili merah..
.
.
 Memikirkan / tercari-cari PERKHIDMATAN WELDING di kawasan TELUK INTAN atau kawasan sekitar yang berhampiran ???
.
.
Antara produk kami :
- PINTU PAGAR ( BUNGA MAS / BIASA )
- GRILL PINTU / TINGKAP
- ATAP AWNING
- SLIDING DOOR ( HOLLOW / BIASA )
- WROUGHT IRON
- PENYIDAI KAIN
- PENUTUP LONGKANG
- DAN KERJA-KERJA BERKAITAN BESI
.
.
Jangan risau... $$$$$ ( harga ) kami boleh berunding
Mungkin kami dapat membantu anda..
*** SYARIKAT BUMIPUTERA
*** SYARIKAT BERDAFTAR DI SSM
.
.
---->>> WHATSAPP sekarang : 012 - 336 0861
---->>> Dwan
.
.
JIKA BERMANFAAT silakan " SHARE "
=========================
Banyak info terkini akan kami kongsikan.
https://www.facebook.com/nrzenterprise
https://nrzenterprise.blogspot.com

HIJRAH - HARGAILAH PROSES SESEORANG UNTUK MENJADI BAIK


HIJRAH - HARGAILAH PROSES SESEORANG UNTUK MENJADI BAIK


Dari tak pakai tudung,
Mula memakai tudung,
Dari tudung singkat,
Mula labuhkan tudung,
Dari labuhkan tudung,
Mula melabuhkan lagi dan lagi.
Dari tangan terdedah,
Mula ditutup baju lengan panjang,
Dari ditutup dengan baju,
Mula pakai sarung tangan
Dari kaki terbuka,
Mula tutup biar tak terdedah.

ingat senang ke semua tu?
ingat mudah ke nak tempuh semua tu?
Belum lagi tempuh cacian orang.
Belum lagi tempuh pandangan sedara mara.
Belum lagi tempuh kritikan kawan kawan.
Ya semua tak mudah.
Dalam perit menerima kritikan dan kejian,

NAK TAHU APA YANG PALING PERIT BAGI ORANG YANG CUBA BERHIJRAH MENCARI SEKELUMIT REDHA ALLAH?

YANG PALING PERIT ADALAH,
bila orang pandang kita baik,
Pandang kita sempurna,
Pandang kita cukup terjaga,
Sedangkan hati masih dicemari dosa dosa.
Sedangkan ilmu masih lagi tak ada apa apa.
Lagha sini sana.
Kpop merata rata.
Ikhtilat entah kemana.
Gelak tak ingat dunia.
Gedik terkinja kinja

Sedangkan,
Orang ingat,
Muslimah bertudung labuh itu tinggi ilmunya.
Muslimah berpurdah itu baik akhlaknya.
Muslimah tertutup itu sempurna orangnya.

Sedih bukan dianggap begitu?
Sedangkan diri tak seindah itu.
Orang yang memandang itu tak tahu.
Apa yang muslimah itu rasa.
Apa yang muslimah itu tempuh.
Dalam waktu2 dia mencuba.

Orang itu tak tahu.
Muslimah itu kadang kadang rapuh.
Kadang kadang jatuh.
Kadang kadang tak utuh.
Kadang kadang menyimpang jauh.

Muslimah itu kadang kadang tersasar
Kadang kadang lebih berdosa dari pendosa.
Kadang kadang terpesong dari landasannya.

Orang itu tak tahu.
Muslimah itu sama.
Manusia biasa.
Ada rasa.
Ada jiwa.

Orang itu tak tahu.
Muslimah itu juga sedang berperang melawan nafsu dunia.
Kerana dia sedar,
Hatinya tidak sejernih yang orang lain kata.

Dia berusaha mencapai harapan orang orang yang berharap tinggi padanya.
Tabah lah muslimah.
Andai jalan itu yang di pilih.
Allah telah pun memelihara kita
Allah telah menjaga kita

Lalu, ia terpulang pada cara kita menjaga apa yang Allah jaga untuk kita
Hidayah Allah itu perlu di cari.
Bukan di nanti.
Cari sejauh mungkin.
Gali sedalam dalamnya.

Lalu, bila ia telahpun di temui,
Ia juga terpulang pada diri sendiri.
Sama ada nak grab dan terus mencari redha ilahi,
Atau biarkan saja hidayah itu pergi.
Kononnya tak cukup kuat lagi.
Kononnya nak tunggu lain kali.
Kononnya nak tunggu bersihnya hati.

Hidayah Allah itu ada waktunya.
Hidayah itu tidak menunggu kita andai kita tak pergi mendapatkannya.
Bila hidayah dah ada,
Grab terus walau hati keras berkata,
Belum bersedia.

Kerana perubahan itu tak perlu yang secara tiba tiba.
Kayuh pelan pelan asalkan ia berjalan.
Jangan biar hidayah itu pergi tanpa kita cuba mengambilnya.
Kerana bila ia pergi, belum tentu ia datang kembali.

Hati belum sedia tak apa,
Asalkan nampak usaha kita,
Sebab itu lah,
Kadang kadang
Ada juga muslimah yang memilih untuk menutup luarannya.
Bukan nak tutup dosa-dosa nya.
Bukan kerana nak meraih pandangan baik manusia.
Tapi Sekurang kurangnya,
Dia cuba menutup apa yang sepatutnya dia Jaga.
Melindungi Apa yang telah Allah amanahkan padanya.

Mana tahu, dengan kita menjaga hidayah yang Allah beri,
Allah beri pula kita rasa untuk mendidik hati dari dalam?
Sebab kadang kadang,
Dengan menjaga luaran, juga terdidik lah yang dalaman.
In sha Allah.
Aamiin Allahuma Aamiin..

Namun begitu,
Bila kita sudah melangkah untuk berubah,
Masih juga terkadang Muslimah itu,
Ada kesalahannya.
Ada silap langkahnya.
Ada kekurangannya.

Betul.
Manusia itu tak sempurna.
Namun jika benar perubahan itu lillahitaala,
Semua kerana Allah.
Jangan lembik!
Jangan lemah!
Bila jatuh, bangun lagi.
Bila tersungkur bangkit lagi.
Jangan mengalah.
Inginkan kan syurga,

Maka beramal lah seperti ahli syurga.
Dan yang paling penting,
Biar saja apa manusia nak kata.
Jangan expect semua manusia akan suka perubahan kita.
Deal?
Senyum.
Pegang dada.
Sematkan dalam diri.
"Aku lakukan ini kerana aku ingin bertemu kekasihku Rasulullah di syurga nanti. Aku lakukan ini kerana kasih sayang Allah yang cukup banyak membimbing aku ke sini"
.......................................................................................................
Dan untuk insan lain yang bergelar hamba Allah yang juga manusia biasa.
Sebagai manusia punya rasa yang sama,
Bila muslimah itu salah dalam langkahnya,
Jangan lah melabel dia hina hanya kerana imej yang dia bawa.

"Pakai tudung labuh je lebih.. "
"Tutup semua konon.. padahal.. "
Tudung labuh itu tak berdosa.
Tudung itu amanah Allah padanya.
Tudung labuh itu tak bersalah atas dosa yang dia lakukan.
Jika dia berdosa, salahkan dirinya.
Bukan tudung yang ada di kepalanya.

Tolong,
Jangan salahkan tudungnya.
Jangan salahkan imej yang dia bawa.
Kerana Itu soal akhlaknya.
Imej yang dia bawa itu sempurna.
Cuma dia yang tidak pernah sempurna.
dia yang tak lari dari berbuat dosa.

Jangan lah dianggap dia sempurna tanpa cela.
Jangan expect terlalu tinggi.
Kerana dia juga baru ingin merubah dirinya.
Terlalu besar tanggapan dan harapan padanya.

Cuba belajar menerima mereka.
Jika kamu tidak mahu terima perubahan dia,
Jangan lah kamu menghina imej yang dia bawa.
Kerana dia berusaha menjaga amanah Allah padanya.
Muslimah bertudung labuh tertutup sempurna itu juga manusia biasa
Dan untuk mu muslimah,

Jangan gentar bila ada yang mengeji.
Mencaci.
Memaki.
Dugaan.
Ujian.

Tak semua orang akan suka perubahan kamu.
Tak semua orang akan senyum dengan pakaianmu.
Tak semua orang akan bahagia melihat akhlak dan perubahanmu.

Ingat satu.
Penilaian itu semua Allah yang tahu.
Kita tak tahu.
Mereka juga tak tahu.
Kerana mereka juga manusia sepertimu.

Jadikan mereka kekuatan untuk terus melangkah.
Bukan alasan untuk kamu rebah.
Ini namanya medan.
Medan perjuangan menuju jannah.
Menuju redha Allah.
.
.

20 PETUA UNTUK MENJADI SUAMI MITHALI







20 PETUA UNTUK MENJADI SUAMI MITHALI...

1. Sentiasa berdoa agar disayangi.
2. Bila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain.
3.Tunjukkan keperihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri sepanjang hari.
4. Berlatih untuk MENDENGAR dengan baik.
5. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati.
6. Berikan masa sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yang "berkualiti" terhadap isteri.
7. Belikan bunga atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk memujuk.
8. Tolong masak atau ajak makan diluar sekali-sekala.
9. Beri pujian mengenai penampilan isteri -- rambut, wajah, pakaian dll.
10. Pujuk bila isteri marah atau kecil hati.
11. Beri bantuan atau kerjasama setakat yang mampu.
12. Luangkan masa yang lebih agar tidak mendesak isteri untuk lebih cepat bergerak atau bertindak.
13. Bila lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefon rumah.
14. Bila isteri minta bantuan, nyatakan "boleh" atau "tidak boleh" dengan tidak mengungkit atau banyak komen.
15. Jika perlu menjauhkan diri sekali-sekala, beritahu bila anda akan pulang. Beritahu yang anda perlu bersendirian untuk berfikir.
16. Bila sudah sejuk, beritahu isteri apa yang mengganggu fikiran secara sopan.Jangan menyalahkan isteri.
17. Bila isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya, letakkan surat khabar atau tutup televisyen.
18. Bila keluar, tanya isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan.
19. Beri tahu bila kita ingin berehat atau tidur.
20. Peluk isteri dengan penuh kasih sayang empat kali sehari..

.
.
 
Memikirkan / tercari-cari PERKHIDMATAN WELDING di kawasan TELUK INTAN atau kawasan sekitar yang berhampiran ???
.
.
Antara produk kami :
- PINTU PAGAR ( BUNGA MAS / BIASA )
- GRILL PINTU / TINGKAP
- ATAP AWNING
- SLIDING DOOR ( HOLLOW / BIASA )
- WROUGHT IRON
- PENYIDAI KAIN
- PENUTUP LONGKANG
- DAN KERJA-KERJA BERKAITAN BESI
.
.
Jangan risau... $$$$$ ( harga ) kami boleh berunding
Mungkin kami dapat membantu anda..
*** SYARIKAT BUMIPUTERA
*** SYARIKAT BERDAFTAR DI SSM
.
.
---->>> WHATSAPP sekarang : 012 - 336 0861
---->>> Dwan
.
.
JIKA BERMANFAAT silakan " SHARE "
=========================
Banyak info terkini akan kami kongsikan.
https://www.facebook.com/nrzenterprise
https://nrzenterprise.blogspot.com


RESEPI - PAIS IKAN KEMBUNG






PAIS IKAN KEMBUNG



BAHAN-BAHAN :
3 ekor ikan kembung
4 tangkai lada besar merah
3 ulas bawang merah
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
halia dan kunyit hidup
3 batang serai
3 sudu santan kotak
Sedikit air asam jawa
Garam secukupnya
3 helai daun limau purut hiris halus
sedikit serbuk lada


 CARA-CARA :
 kisar kesemua bahan.
gaulkan bahan-bahan tadi bersama air asam jawa dan garam,letak sedikit pati ayam.
masukkan ikan kembung dan gaul sebati.
sediakan daun pisang,susun ikan dan bungkus,
pin kan kiri dan kanan menggunakan lidi.
panggang atas api sehingga masak..
.
.
 Memikirkan / tercari-cari PERKHIDMATAN WELDING di kawasan TELUK INTAN atau kawasan sekitar yang berhampiran ???
.
.
Antara produk kami :
- PINTU PAGAR ( BUNGA MAS / BIASA )
- GRILL PINTU / TINGKAP
- ATAP AWNING
- SLIDING DOOR ( HOLLOW / BIASA )
- WROUGHT IRON
- PENYIDAI KAIN
- PENUTUP LONGKANG
- DAN KERJA-KERJA BERKAITAN BESI
.
.
Jangan risau... $$$$$ ( harga ) kami boleh berunding
Mungkin kami dapat membantu anda..
*** SYARIKAT BUMIPUTERA
*** SYARIKAT BERDAFTAR DI SSM
.
.
---->>> WHATSAPP sekarang : 012 - 336 0861
---->>> Dwan
.
.
JIKA BERMANFAAT silakan " SHARE "
=========================
Banyak info terkini akan kami kongsikan.
https://www.facebook.com/nrzenterprise
https://nrzenterprise.blogspot.com

GIGI ANDA BERUBAH WARNA?








GIGI ANDA BERUBAH WARNA?

Perubahan warna gigi (penstainan) menimbulkan kebimbangan kepada orang ramai kerana ia boleh menjejaskan senyuman kita. Keadaan ini boleh terjadi kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa. Ia boleh dikategorikan kepada:
 

• Intrinsik - Perubahan berlaku di dalam struktur gigi yang disebabkan oleh faktor-faktor internal
• Ekstrinsik - Perubahan berlaku pada permukaan luar gigi yang disebabkan oleh faktor-faktor eksternal

Bagaimanakah perubahan warna gigi terjadi?
Warna gigi boleh berubah menjadi:

• Kekuningan
• Coklat
• Hitam
• Hijau
• Kelabu kebiruan
• Putih legap

Sebab-sebab
Penstainan intrinsik boleh disebabkan oleh:
• Kerosakan gigi (karies)
• Ubat-ubatan seperti pengambilan tetrasiklina (tetracycline) semasa dalam kandungan atau kanak-kanak(di bawah 12 tahun)
• Pengambilan fluorida yang berlebihan semasa tempoh pembentukan gigi
• Kecederaan gigi yang menyebabkan pendarahan pulpa
• Gigi yang telah mati disebabkan trauma atau rosak
• Masalah kesihatan dan gangguan semasa tempoh pembentukan dan proses pertumbuhan gigi
• Masalah kongenital saluran hempedu
• Jangkitan semasa proses pertumbuhan gigi
• Pertambahan usia
• Faktor keturunan

Penstainan ekstrinsik boleh disebabkan oleh:
• Tahap kebersihan mulut yang tidak baik .
• Makanan dan minuman seperti teh, kopi, wain merah dan kola / minuman berkarbonat.
• Penggunaan tembakau
• Penggunaan secara berpanjangan bahan kumur yang mengandungi klorheksidina (chlorhexidine)
• Tabiat mengunyah sireh pinang
• Pengambilan ubat-ubatan yang berpanjangan seperti tambahan zat besi
• Bakteria dalam mulut.

Kesan Akibat Penstainan Gigi
Individu yang mengalami penstainan gigi mungkin akan mempunyai kurang keyakinan diri disebabkan penampilan yang kurang menarik.

Bolehkah Penstainan Gigi Dihilangkan?
Penstainan ekstrinsik boleh dihilangkan dengan penskaleran dan penggilapan (polishing) manakala penstainan intrinsik memerlukan kaedah rawatan yang lebih rumit.

Rawatan Oleh Doktor Pergigian
Dapatkan pemeriksaan di klinik pergigian. Anda mungkin memerlukan rawatan:
• Penskaleran dan penggilapan (polishing)
• Pemutihan gigi
• Restorasi menggunakan tampalan sewarna gigi atau restorasi tak langsung (seperti venir dan korona)

Apa Yang Anda Boleh Lakukan Untuk Mencegah Gigi Berubah Warna?
• Amalkan penjagaan kesihatan pergigian yang baik.
• Dapatkan pemeriksaan pergigian secara berkala.
• Elakkan penggunaan tembakau, kopi dan minuman lain yang boleh mewarnakan gigi.
• Hentikan tabiat merokok
• Cuba gunakan ubat pemutih gigi.
• Beri tunjuk ajar kepada kanak-kanak tentang penggunaan ubat gigi berfluorida bagi mengelakkan penggunaan yang berlebihan.
• Kenal pasti antibiotik yang diberi kepada anak anda bagi mengelakkan daripada pengambilan tetrasiklina dan kumpulannya.
• Guna alat pelindung mulut semasa aktiviti lasak seperti berbasikal dan ragbi untuk mengelakkan kecederaan gigi..
.
.
Memikirkan / tercari-cari PERKHIDMATAN WELDING di kawasan TELUK INTAN atau kawasan sekitar yang berhampiran ???
.
.
Antara produk kami :
- PINTU PAGAR ( BUNGA MAS / BIASA )
- GRILL PINTU / TINGKAP
- ATAP AWNING
- SLIDING DOOR ( HOLLOW / BIASA )
- WROUGHT IRON
- PENYIDAI KAIN
- PENUTUP LONGKANG
- DAN KERJA-KERJA BERKAITAN BESI
.
.
Jangan risau... $$$$$ ( harga ) kami boleh berunding
Mungkin kami dapat membantu anda..
*** SYARIKAT BUMIPUTERA
*** SYARIKAT BERDAFTAR DI SSM
.
.
---->>> WHATSAPP sekarang : 012 - 336 0861
---->>> Dwan
.
.
JIKA BERMANFAAT silakan " SHARE "
=========================
Banyak info terkini akan kami kongsikan.
https://www.facebook.com/nrzenterprise
https://nrzenterprise.blogspot.com

MASALAH JERAGAT ??







JERAGAT?

Jangan dibiarkan sebab ia akan merebak dengan banyaknya. cuba rawatan traditional ini atau beli set idasofia rm90 satu set tahan sebulan lebih.

Petua hilangkan jeragat 1:
Ambil segenggam beras, rendam dalam air anggaran selama sejam. Toskan beras dan tumbuk bersama anggaran 1cm kunyit hidup hingga lumat. Gaulkan bersama perahan sebiji limau nipis dan sebiji putih telur hingga mesra. Sapukan ke seluruhan muka sebagai masker. Biarkan hingga kering. Bilas dengan air suam untuk kekalkan kelembapan kulit.
Buatlah setiap hari sehingga berpuas hati.
 

Petua hilangkan jeragat 2:
Ambil sesudu susu tepung dan gaul dengan perahan limau nipis sehingga membentuk paste. Sapukan ke seluruhan muka sebagai masker. Biarkan hingga kering. Bilas dengan air suam untuk kekalkan kelembapan kulit.
campurkan satu sudu besar air limau nipis dengan susu tepung
sapu dekat muka dengan penuh lomah gemalai
biarkan kering sampai jadi osman kering..eh eh...
lepastu dah 20 min camtu basuh cuci kasi bersih
Sangat bagus tau sebab dapat hilangkan parut jerawat,jeragat dan juga kulit kusam
......................................................................................
cara seterusnya campurkan oat, susu tepung, dan gula perang atau gula melaka dalam satu bekas
blender tapi jangan terlampau lumat tahu! AWAS!
buat kan dia jadi scrub
buat lah dalam 3 kali seminggu ke before tidur ke 30-40 minit..sebab time tu muka kita nak relax kan..lepastu
cuci kasi bersih..kang besomut pulak kang
...........................................................................................
Cara seterusnya pula adalah campurkan daun basil yang sudah ditumbuk dengan penuh kasih sayang lagi bernafsu dengan air lemon..
sapu dekat muka
biarkan kering
cuci balik kasi bersih
.......................................................................................
cara lain pula, ambil almond dan rendam kan ia semalaman kasi dia mesra-mesra alam gitu...kasi can lah "malam pertama " cewahh... lepastu..
blender dengan susu tepung dan jadikan ia scruub..lepastu
cuci kasi bersih...
................................................................................
ambil kulit oren , blender dalam keadaan kering tau lepastu letak sedikit air.Gosok dekat muka lepastu cuci...Haaa ni senang...
ambil limau nipis , potong setengah dan sapu dekat muka sebelum tidur
tunggu 15 minit
cuci kasi bersih itu limau
tapi kalau nak biarkan semalaman tempek kat muka pon boleh..
JANGAN LUPA BASUH TAU!
......................................................................................
Suka makan pisang?? Ambil pisang potong dadu, dan blender sampai hancur tau...ni klu buat cucoq kodok mesti sedapppp tak sangga!!
Sapu dekat muka jadi masker
Tunggu kering dan basuh ATAU LG BAGUS TAK PAYAH DIBASUH TERUS JE GI OPIS ATAU JALAN JALAN PERGI KEMANA MANA DULU...DENGAN MUKA MCM TU BALIK KANG BARU CUCI....LG CEPAT KESANNYA...

.
.
 
Memikirkan / tercari-cari PERKHIDMATAN WELDING di kawasan TELUK INTAN atau kawasan sekitar yang berhampiran ???
.
.
Antara produk kami :
- PINTU PAGAR ( BUNGA MAS / BIASA )
- GRILL PINTU / TINGKAP
- ATAP AWNING
- SLIDING DOOR ( HOLLOW / BIASA )
- WROUGHT IRON
- PENYIDAI KAIN
- PENUTUP LONGKANG
- DAN KERJA-KERJA BERKAITAN BESI
.
.
Jangan risau... $$$$$ ( harga ) kami boleh berunding
Mungkin kami dapat membantu anda..
*** SYARIKAT BUMIPUTERA
*** SYARIKAT BERDAFTAR DI SSM
.
.
---->>> WHATSAPP sekarang : 012 - 336 0861
---->>> Dwan
.
.
JIKA BERMANFAAT silakan " SHARE "
=========================
Banyak info terkini akan kami kongsikan.
https://www.facebook.com/nrzenterprise
https://nrzenterprise.blogspot.com

BILA BERKOMUNIKASI TENGOK HASILNYA








BILA BERKOMUNIKASI TENGOK HASILNYA...

Dua mingguyang lepas, Ibu bersembang dengan anak Ibu, Shaimaa' mengenai perihal berkomunikasi dengan anak yang belum betul-betul faham arahan kita ni.

Lalu dia berkongsi pengalamannya; Selama hari ni, bila dia hendak solat dan kedua-dua anaknya yang masih kecil Muhammad dan Yusuf, 2 dan 1 tahun tidak tidur, dia akan meminta si abang untuk jaga adiknya. Dia akan berkata begini,

" Muhammad, take care of Yusuf okay!" Maka Muhammad pun mengangguk tanda setuju.
Bila memberi salam, tersedarlah bahawa Muhammad cuba mengangkat Yusuf adiknya dan memegang di tengkok. Boleh bayang kan tak? Dan Yusuf menangis sebab sakit. Nampak Muhammad confuse sebab dia hendak mengangkat adiknya yYsuf kerana mama suruh 'take care'.

Pada kefahaman Muhammad itulah maksud 'take care'. Dia tidak ada niat pun nak sakitkan adiknya. Dia cuma nak 'take care'. 'Take Care' maksudnya angkat adik. Itulah kefahaman Muhammad. Beberapa kali jugalah kejadian begitu berlaku sebelum mama dia terperasan bahawa Muhammad salah faham.
Bila mamanya sudah faham apa yang Muhammad faham mengenai perkataan Take Care, dia tidak pula sibuk nak terangkan apa itu maksud Take Care, sebab dia tahu pada usia 2 tahun begitu, kefahaman anak memang belum menjangkau untuk diterangkan konsep kompleks.

Maka dia mengambil pendekatan mengubah perkataan daripada 'take care' atau 'jaga' kepada 'make adik happy' atau 'buat adik seronok'.

Semenjak itu, tidaklah terdengar Yusuf menangis kerana abangnya sakiti dia. Sekarang, bila mamanya suruh Make Adik Happy, Muhammad akan beri toys dan main seronok-seronok dengan adiknya Yusuf. Dapatlah mamanya solat dengan lebih tenang.

Inilah yang Ibu ingin kongsikan, kerana ramai ibu bapa, bila nampak anak-anak kecil sekecil 3 tahun ke bawh ini melakukan apa yang nampak sebagai kekasaran, cepat melenting dan menyangka dan yang lebih teruk melebel anak itu jahat.

Jikalah mama Muhammad tidak faham perkembangan berfikir anaknya Muhammad, sudah tentu dunia anaknya Muhammad itu penuh dengan keliru dan kegelapan. Nak buat baik, tapi orang marah pula.
Ibu berpesan dan to a certain extend merayu, janganlah cepat sangat bersangka buruk kepada anak-anak kecil ni. Jangan mengukur perbuatan mereka dengan perbuatan yang sama bila dilakukan oleh orang dewasa.
Contohnya, bila anak kecil 2-3 tahun itu menendang adik, janganlah terus menyangka dia ganas. Kadang-kadang dia melakukan demikian kerana dia ingat bila mengguna kaki pun boleh membelai. Dia belum ada awareness - atau lefahaman mengenai akhlak.

Oleh itu buka mata dan hati kita untuk melihat apakah yang anak kecil kita faham dan jika mereka salah faham akan komunikasi kita, maka bersabarlah membantu dia untuk faham.

" Maksud komunikasi anda adalah maklum balas yang anda terima."
.
.
 Memikirkan / tercari-cari PERKHIDMATAN WELDING di kawasan TELUK INTAN atau kawasan sekitar yang berhampiran ???
.
.
Antara produk kami :
- PINTU PAGAR ( BUNGA MAS / BIASA )
- GRILL PINTU / TINGKAP
- ATAP AWNING
- SLIDING DOOR ( HOLLOW / BIASA )
- WROUGHT IRON
- PENYIDAI KAIN
- PENUTUP LONGKANG
- DAN KERJA-KERJA BERKAITAN BESI
.
.
Jangan risau... $$$$$ ( harga ) kami boleh berunding
Mungkin kami dapat membantu anda..
*** SYARIKAT BUMIPUTERA
*** SYARIKAT BERDAFTAR DI SSM
.
.
---->>> WHATSAPP sekarang : 012 - 336 0861
---->>> Dwan
.
.
JIKA BERMANFAAT silakan " SHARE "
=========================
Banyak info terkini akan kami kongsikan.
https://www.facebook.com/nrzenterprise
https://nrzenterprise.blogspot.com

RESEPI - SUP TULANG






SUP TULANG

BAHAN-BAHAN :
3kg tulang + daging..
(rebus hingga separuh masak)
7 ulas bawang merah*
5 ulas bawang putih*
2 inci halia*
2 inci kulit kayu manis
5 kuntum bunga lawang
akar daun sup
garam & perasa
daun sup & bawang
bawang goreng

CARA-CARA :
Tumbuk bahan bertanda (*)..
tumiskan semua bahan2 diatas hingga kekuningan.. masukkan kedalam daging yang sedang direbus..
terus merebus hingga daging menjadi lembut..
rasa garam & perasa..
masukkan kedalam mangkuk..
taburkan daun sup & bawang dan bawang goreng

PERKHIDMATAN WELDING di kawasan TELUK INTAN

Memikirkan / tercari-cari PERKHIDMATAN WELDING di kawasan TELUK INTAN atau kawasan sekitar yang berhampiran ???
.
.
Antara produk kami :
- PINTU PAGAR ( BUNGA MAS / BIASA )
- GRILL PINTU / TINGKAP
- ATAP AWNING
- SLIDING DOOR ( HOLLOW / BIASA )
- WROUGHT IRON
- PENYIDAI KAIN
- PENUTUP LONGKANG
- DAN KERJA-KERJA BERKAITAN BESI
.
.
Jangan risau... $$$$$ ( harga ) kami boleh berunding
Mungkin kami dapat membantu anda..
*** SYARIKAT BUMIPUTERA
*** SYARIKAT BERDAFTAR DI SSM
.
.
---->>> WHATSAPP sekarang : 012 - 336 0861
---->>> Dwan
.
.
=========================
Banyak info terkini akan kami kongsikan.
https://www.facebook.com/nrzenterprise
https://nrzenterprise.blogspot.com

RESEPI - JAPENESE COTTON CHEESE CAKE







JAPENESE COTTON CHEESE CAKE

BAHAN A
160g cream cheese
25g butter
120g susu segar


BAHAN B
40g tepung kek
30g tepung jagung

BAHAN C
4bji kuning telur

BAHAN D
4bj putih telur
1/8 sudu kecil cream of tartar
100g gula castor
Secubit garam

CARA-CARA :
Sediakan loyang 8"
Griskan loyang dan alaskan kertas minyak
Balutkan bhagian bawah loyang dgn aluminium foil
1- masakkan bahan A cara double boile hingga cheese cair dan pekat matikan api.
2- masukkan bahab B dan gaul hingga sebati
3- masukkan bahan C (satu persatu)
4- gaul sebati adunan cheese hga sebati dan ke tepikan
5- pukul bahan D hingga pekat dan bertanduk
6- masukkan adunan cream cheese gaul sebati
7- tuangkan adunan kek ke dlm loyang
8- bakar kek guna teknik water bath selama 40minit pd suhu 160·c guna api bawah shaja /bakarbsehingga masak
.
.
Memikirkan / tercari-cari PERKHIDMATAN WELDING di kawasan TELUK INTAN atau kawasan sekitar yang berhampiran ???
.
.
Antara produk kami :
- PINTU PAGAR ( BUNGA MAS / BIASA )
- GRILL PINTU / TINGKAP
- ATAP AWNING
- SLIDING DOOR ( HOLLOW / BIASA )
- WROUGHT IRON
- PENYIDAI KAIN
- PENUTUP LONGKANG
- DAN KERJA-KERJA BERKAITAN BESI
.
.
Jangan risau... $$$$$ ( harga ) kami boleh berunding
Mungkin kami dapat membantu anda..
*** SYARIKAT BUMIPUTERA
*** SYARIKAT BERDAFTAR DI SSM
.
.
---->>> WHATSAPP sekarang : 012 - 336 0861
---->>> Dwan
.
.
JIKA BERMANFAAT silakan " SHARE "
=========================
Banyak info terkini akan kami kongsikan.
https://www.facebook.com/nrzenterprise
https://nrzenterprise.blogspot.com

ISLAM DAN KELAHIRAN NABI ISA



ISLAM DAN KELAHIRAN NABI ISA

Apabila Nabi Muhammad (saw) menyuruh umatnya berpuasa sunat pada hari A’syura kerana baginda melihat Yahudi berpuasa pada hari tersebut kerana bergembira dengan peristiwa terselamatnya Nabi Musa as dan kaumnya dari Firaun dan bala tenteranya.
Baginda menyatakan “ Kita orang Islam adalah lebih berhak untuk menyambut kegembiraan tersebut dari mereka”.

Rasulullah menyuruh berpuasa tanpa bertanya dengan lebih lanjut mengenai benarkah tarikh 10 Muharram itu hari terselamatnya Nabi Musa padahal Rasulullah sedia maklum bahwa kalendar orang Yahudi amat berbeza dengan kalendar Arab. Ini adalah kerana perkara tersebut bukan hanya sekadar tarikh atau masa tapi tumpuan ialah kepada peristiwa yang penuh signifikan dan bermakna dalam Islam , tidak kira bila dan dimana ia berlaku.

Apa yang penting ialah peristiwa itu merupakan manifestasi kurniaan Allah yang termaktub didalam al-Quran. Nabi Musa ialah salah seorang Nabi yang wajib kita imani dalam Islam. Maka peristiwa tersebut berhak untuk orang Islam bergembira dengannya.

Keterkaitan agama kita bersempena dengan hari-hari serta musim yang signifikan dan penuh bermakna adalah sesuatu yang unik dan memiliki hubungan yang mendalam antara satu sama lain.
Jika kita perhatikan rukun Islam kelima iaitu haji, ia penuh dengan rahsia-rahsia yang tersirat disebalik ibadat-ibadat yang terdapat dalam amalan haji. Ianya berkaitan dengan peristiwa-peristiwa dalam lipatan sejarah yang pernah berlaku dimasa lampau keatas hamba-hamba Allah yang soleh.

Bermula dengan tawaf sempena pembinaannya oleh Nabi Ibrahim dan anaknya mendirikan bangunan Ka’bah kemudian mengelilinginya 7 kali. Sa’ie antara Safa dan Marwah adalah bersempena larian Siti Hajar berulang alik 7 kali mencari air. Melontar jumrah di 3 tempat ialah bersempena lontaran batu oleh Nabi Ibrahim, Nabi Ismail dan Siti Hajar ke arah syaitan yang cuba menggoda mereka.
Ibadah korban pula bersempena peristiwa Nabi Ibrahim diperintah Allah untuk menyembelih anaknya kemudian digantikan dengan kambing(kibash) . Wuquf di Arafah bersempena pertemuan Nabi Adam dan Siti Hawwa . Peristiwa –peristiwa ini semua sekaligus menjadi syi’ar agama ini yang wajib kita agungkan sebagai tanda taqwa kita kepada Allah.

Firman Allah “ Barangsiapa yang mengagungkan(ta'zhim) syi’ar Allah maka sesungguhnya ia adalah dari ketaqwaan hati “. (Surah al-Hajj;:32)
`Hari-hari’ tersebut diikat dengan makna dan hakikat yang mendalam dalam syariat sehingga Allah mengabadikan peristiwa-peristiwa tersebut dalam ibadah haji umat ini. Ini adalah termasuk didalam ertikata ` mengingati HARI-HARI Allah ’ sepertimana firmanNya “Dan ingatkanlah mereka mengenai hari-hari Allah, sesungguhnya didalamnya terdapat tanda-tanda untuk setiap orang yang sabar dan bersyukur.”. (Surah Ibrahim:5 ).

Ini adalah tanda kerahiman dan kasih sayang Allah yang mana zat-Nya tidak dapat dicapai oleh akal manusia namun Allah telah menciptakan dari kalangan makhluknya yang dijadikan syi’ar agama lalu pengagungan kita terhadap perkara-perkara tersebut bermakna pengagungan kita kepada Allah.
Oleh itu, hati yang bergembira dengan kelahiran salah seorang Rasul yang membawa hidayat petunjuk iaitu Nabi Isa adalah sesuatu yang terpuji. Tarikh 25 Disember yang didakwa orang Kristian sebagai kelahiran Nabi Isa ,samaada ia benar atau tidak hari kelahiran Nabi Isa adalah tidak menjadi masalah kerana hakikat tidak tertakluk kepada tarikh tapi kepada peristiwa tersebut.

Bagaimana tidak , didalam Surah Maryam, peristiwa kelahiran Nabi Isa dirakam secara terperinci sejak ibu Nabi Isa iaitu Maryam (as) mula mengandungkannya, bagaimana ketika mengandung, ketika sakit hendak melahirkan, juga dirakam saat selepas melahirkan dan beberapa hari setelah melahirkan apabila Nabi Isa bercakap sedang baginda masih bayi. ( Surah Maryam : 16-34)
Nabi Isa menyebut dengan lisannya yang fasih “Dan keselamatan ke atasku ketika aku dilahirkan dan ketika aku wafat dan ketika aku akan dibangkitkan kelak”. (Surah Maryam : 33)
Kegembiraan kita terhadap kelahiran Rasul yang membawa kurniaan keselamatan ini adalah sesuatu yang dituntut didalam Quran, firman Allah “Katakanlah (Wahai Muhammad): ‘Dengan kurnia Allah dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira’. Kurnia Allah dan rahmat-Nya itu adalah lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan ". (Surah Yunus : 58)

Berkenaan dengan perkataan `Krismas’ itu sendiri , ianya tidak lagi mempunyai makna asal seperti mana dalam akidah orang Kristian kerana perayaan Krismas kini disambut lebih berbentuk kebudayaan. Analisa yang teliti mendapati makna keagamaan telah ditanggalkan dari perayaan Krismas. Sama halnya kita diperboleh menggunakan perkataan Januari, Februari, November, Disember dan lain-lain yang pada asalnya nama berhala atau dewa bagi bangsa Rom.
Namun kini makna dan pengertian berhala atau dewa orang Rom telah dikosongkan dari nama-nama tersebut.

Ucapan tahniah dari orang Islam sempena kelahiran Nabi Isa ialah dengan pengakuan bahawa baginda ialah seorang hamba Allah, seorang Nabi dan Rasul pilihan Allah. Tanda kecintaan dan kegembiraan kita kepada salah seorang utusan Allah. Jika terdapat peluang yang baik, terangkanlah kepada saudara Kristian kita siapa Nabi Isa yang sebenar.
Mudah-mudahan mereka mendapat hidayat dengan menonjolkan agama kita adalah agama yang penuh kasih sayang dan kecintaan sepertimana Raja Najashi yang beragama Kristian memeluk Islam setelah mendengar kisah Nabi Isa didalam Surah Maryam yang dibaca oleh sahabat Rasulullah bernama Abdullah bin Ja’far (ra).

Pada kesempatan ini ,kita mengucapkan tahniah kepada sekalian alam diatas kelahiran Nabi Muhammad Rahmatan lil a’lamin, Nabi Isa dan kelahiran sekalian Nabi dan Rasul.
Selamat dan salam ke atas Nabi Isa pada kelahirannya, pada hari turunnya diakhir zaman memimpin umat ini kepada Allah ,pada hari kewafatannya dan pada hari kebangkitannya diakhirat kelak.
Sabda Nabi Muhammad (saw) , “ Aku lebih berhak dan lebih hampir dengan Nabi Isa ibni Maryam didunia dan di akhirat. (Riwayat Muslim )
.
.
 JIKA BERMANFAAT silakan " SHARE "
=========================
Banyak info terkini akan kami kongsikan.
https://www.facebook.com/nrzenterprise
https://nrzenterprise.blogspot.com

(Artikel diatas di olah dari kalam al-Habib Ali al-Jufri)

KENAPA ORANG BAIK ???






KENAPA ORANG BAIK SERING TERSAKITI?

Kerana orang baik selalu mendahulukan orang lain. Dalam semesta kebahagiaannya, ia tidak menyediakan untuk dirinya sendiri, kecuali hanya sedikit.

KENAPA ORANG BAIK SERING TERTIPU?
Kerana orang baik selalu memandang orang lain tulus seperti dirinya. Ia tidak menyisakan sedikitpun prasangka bahawa orang yang ia pandang penyayang mampu mengkhianatinya

KENAPA ORANG BAIK SERING DI HINA?
Kerana orang baik tak pernah diberi kesempatan membela dirinya. Ia hanya harus menerima, meski bukan ia yang memulai perkara.


KENAPA ORANG BAIK SERING MENITISKAN AIR MATA?
Kerana orang baik tidak ingin membagi kesedihan. Ia terbiasa mengubati sendiri lukanya, Dan percaya bahwa suatu masa Allah akan mengganti kesedihannya dengan kebahagiaan.
 

TAPI, KENAPA ORANG BAIK TAK PERNAH MEMBENCI YANG MELUKAINYA?
Kerana orang baik selalu memandang bahwa di atas semua, Allah-lah hakikatnya. Jika Allah yang mengarahkan gerak gerik hidupnya, bagaiman ia akan mendebat kehendak-Nya.

Itulah sebabnya orang orang baik tidak memiliki dendam dalam kehidupannya.
 

Semoga Allah terus memudahkan dan menguatkan kita semua dan anak keturunan kita, menjadi orang orang yang baik. Yang terus tekun belajar berbagi kebaikan dan mencuba menyinari semesta disekitar walaupun baru mampu dengan cahaya yang kecil sekalipun.

Aamiin Ya Arhamar Rahimin.

Wednesday, 30 December 2015