Thursday, 17 September 2015

PEMBINAAN BENGKEL WELDING

Bismillahirrahmanirrahim....
-Alhmadulillah pagi ini hujan turun mencurah-curah..moga jerebu yang kita alami ketika ini mampu berkurangan..sesak nafas jugak dengan keadaan jerebu yang agak lama...Aktiviti luaran atau tempat terbuka terpaksa dikurangkan...Tak pastilah hujan yang hadir ini buatan ataupun hujan yang semula jadi..apa-apa pun
tetap bersyukur dengan semuanya dengan keizinkan oleh-Nya...
-Sedang melayan hujan lebat,sambil santai-santai saja lah nak kongi cerita...Sekarang ni bengkel dalam proses pembinaan...tak la besar mana sekadar mampu mengikut modal yang ada...seperti pepatah mengatakan " Ukur Baju Dibadan Sendiri ".Itulah kemampuan atau modal yang kami ada.
-Ini semua adalah cita-cita atau azam wan...dia inginkan sebuah bengkel untuk memanfaatkan ilmunya yang sedia ada.Dulu beliau belajar dalam bidang perusahaan di Institut Latihah Perindustian,Kuantan,Pahang.Dari ilmu yang ada inilah cita-citanya yang ingin melebarkan sayap peniagaan kami.Dan pernah membuka perniagaan bengkel welding perkongsian bersama rakan-rakan.Tapi keadaan tidak menyebelahi kami..Bengkel telah dipecah masuk.Semua peralatan dikebas..Berputih matalah ketika itu.Dah tak ada rezeki kami..nak pusing modal semula pun tak ada,sebab bengkel pun baru setahun jagung beroperasi.Redha dan pasrahlah kami semua ketika itu..Nak dikeluh kesahkan pun tak ada gunanya.Perkara dah terjadi..Kami anggap itu bukanlah rezeki kami lagi.Kemudian kami beralih arah bermula berniaga secara kecil-kecilan dalam talian,menjual perlbagai produk.Maklumlah bermastautin di bandar ni mana cukup setakat makan gaji.Altalnative sentiasa kami cari..nak cari modal buka perniagaan sendiri tak ada..kami belajar dari menjadi ejen dropship..marketing promosikan produk.Kami juga ada mengikuti program orang-orang dah berjaya untuk belajar lebih mendalam dalam perniagaan.Dari program itu kami makin mengenali cara atau atika dalam perniagaan.Yelah nak bejaya bukan mudah..Harus sentiasa belajar dan terus belajar.Tak perlu malu jika kita tak tahu sesuatu perkara..daripada berlagak pandai sebagai orang yang tahu semua.Kami kutip semua pengalaman sebagai satu inspirasi atau idea.
-Kami tak pernah putus asa.sentiasa terus berusaha mencari idea-idea untuk melebarkan sayap.Jatuh,rebah dalam satu perniagaan itu adalah perkara biasa.Mana ada kejayaan yang kita miliki tiada dugaannya..semua kena harungi dengan sabar dan tabah..ambil segala pengalaman sebagai motivasi diri.Diri sendiri yang harus memotivasikan diri untuk terus bersemangat..Alhamdulillah dengan semua itu syarikat kami masih berada disaat ini..dah lebih kurang 2 tahun lebih..tak lah memperolehi kejayaan yang baik..sekadar berjalan lancar tanpa mengalah.
-Kini cita-cita semakin mendekati...semoga berjalan dengan lancar dalam pembinaan bengkel kami ini...dipermudahkan segalanya dengan izin dariNya.Saya sebagai penyokong kuat,ibu ayah serta kawan-kawan sentiasa doakan yang terbaik buat beliau..Moga terus maju dengan cemerlang.

Salam September
" Harus ada CINTA dalam MELAKUKAN sesuatu pekerjaan "
Nrz Enterprise
nrzenterprise.blogspot.com
Dwan 012-336 0861


Nrz Collection's
Nurie 016 - 295 6046



No comments:

Post a Comment