Wednesday, 30 December 2015

ADAKAH ANDA KETAGIH GAJET ? JANGAN JADI KURANG AJAR DEPAN KAWAN !!







ADAKAH ANDA KETAGIH GAJET ? JANGAN JADI KURANG AJAR DEPAN KAWAN !!

Pembaca yang dihormati,
Awal petang ini saya membaca sedikit tips tentang ketagihan gajet dalam kalangan anak-anak. Mata saya juga tertumpu kepada ketagihan gajet dalam kalangan orang dewasa. saya rasa dah confirm diagnosis saya dan ramai lagi orang dewasa di luar sana juga ketagihan gajet. Kalau selalunya saya mengingatkan ibubapa untuk menghentikan penggunaan gajet kepada kanak-kanak harini saya mahu memberikan beberapa das tembakan kepada diri sendiri dan kepada pembaca yang lain bahawa anda juga ketagihan gajet.
"prevention is better than cure"
Pembaca yang dihormati,
Ini adalah makna gajet dari online search;
gadget
(ˈɡædʒɪt)
n

1. a small mechanical device or appliance
2. any object that is interesting for its ingenuity or novelty rather than for its practical use
(http://ift.tt/1Ub2ANM)

Saya seorang doktor perubatan, dulu gajet saya adalah stetoskop, setiap kali saya ke wad atau klinik pasti ianya tidak akan lekang dari leher saya sehingga adakalanya ketika saya berjalan keluar negeri atau balik bercuti ke kampung ianya juga saya bawa. perassaan rasa" tidak selamat" tanpa stetoskop itu ada. Tetapi gajet saya memang berguna.. maka abaikan definisi nombor 2 itu.
Ini satu lagi definisi gajet: an often small mechanical or electronic device with a practical use but often thought of as a novelty (http://ift.tt/1ShnVGS)

Kini stetoskop bukan lagi gajet utama saya, pun begitu saya masih ingat tatacara menggunakan stetoskop, saya tidak sewenang-wenangnya meletakkan stetoskop saya ke atas dada pesakit saya. Saya pasti akan meminta izin dengan alasan yang kukuh untuk menggunakannya.
Kini saya tidak mempunyai gajet untuk dibawa ke klinik atau wad semenjak saya menjadi pakar psikiatri. Tetapi saya sedar, sepertimana orang lain saya juga membawa telefon pintar sebagai alat komunikasi. Dulu saya hanya mempunyai applikasi wassap di tablet yang jarang saya guna kerana beranggapan ianya akan menyusahkan hidup saya jika saya mempunyai aplikasi wassap di telefon saya, malah saya juga tidak mempunyai pelan data internet.

Namun perubahan zaman dan keperluan di mana pelajar-pelajar saya atau pun doktor-doktor kerap menghubungi saya melalui applikasi wassap maka saya pun "kononnya terpaksa" menginstall wassap dalam talian telefon yang baru.

Saya tidak pernah minta izin untuk menjawap panggilan telefon atau membaca pesanan-pesanan di dalam telefon bila ianya berbunyi. Mengapa saya menjadi begitu kurang ajar? Oh mungkin kerana semua orang mempunyai pemahaman yang sama bahawa bila signal kemasukan pesanan ringkas berbunyi anda dimaafkan untuk menjawab (buat alasan sendiri...anda pun begitu kan? baik mengaku!!)
Saya terus dengan perangai kurang ajar saya, memikirkan "alah orang lain pun buat benda yang sama" tetapi saya sedar saya juga akan "marah dan geram" jika orang lain tidak menumpukan perhatian dalam mesyuarat atau dalam perbincangan kerana melayan telefon atau pesanan ringkas atau wassap. Punyalah baik kadang-kadang saya yang menyuruh pelajar saya menjawab penggilan telefon bila saya dengar ianya berdering!! Perghhh... baik sangat lah kan dengan alasan fleksibel dan bertolak ansur.
Walaupun saya sedar saya marah tapi saya tetap gagal mebuat sebarang teguran (lemahnya iman) sebab saya tahu I can't "Walk the talk" kalau saya tegur. Nanti orang akan kata "cakap tak serupa bikin" kan ke kena balik kat muka saya?
Hmmm...sehinggalah bila saya berhadapan dengan banyak masalah gajet dlaam kalangan klien-klien saya di klinik. Mereka adalah kanak-kanak dan remaja. Letih kalau saya kena senaraikan masalah mereka... ok tak apalah ini sebahagiannya, sila fahamkan dan hadamkan..
.
1. Tidak mahu ke sekolah kerana mahu bermain dengan smartfon.... saya siap pergi buat lawatan ke rumah lagi nak bawa semula pelajar ni ke sekolah semula...sungguh kecewa bila tahu kisah sebenar rupanya emak pun khayal layan FB kat rumah dan tak kisah anak tak pergi sekolah!

2. Menangis (tantrum) bila emak ayah ambik telefon

3. Malam pun tidur berebut hanfon denagn emak ayah.. mak risaukan radiasi kononnya tapi masih beri juga kepada anak

4. Geram bila emak kata " anak saya ni Ok doktor, bagi tablet senyaplah, senang saya nak masak dan buat kerja rumah" Allahuakbar... anak baru umur setahun kak oii... tolonglah!

5. Emak ayah terlalu bangga anak-anak berjaya dalam peperiksaan UPSR/PT3 hatta naik kelas yang lebih bagus pun.. "saya hadiahkan anak saya smartfon, sebab kesian tengok anak saya balik selalu murung dan bercerita dengan kawan-kawan yang ada smartfon). Menyesal tak sudah karang encik!

6. Anak darjah 4 dah ada wassap group... senang nak buat kelas tambahan... cikgu sekolah mana ni... mari jumpa saya! ni seolah-olah menggalakkan penggunaan gajet!!

7. "Anak saya memberontak sebab kalah bila main game online... habis dibuangnya semua barang kat rumah" hmm... rasakan

Dan saya ada banyak lagi dialog-dialog yang terpahat di ingatan saya tentang ketagihan gajet ini.
Penangan berdas-das kena kepada saya bila jeng-jeng jeng...satu malam, kami sekeluarga makan malam di luar dan saya rasa amat terganggu dengan salah seorang ahli keluarga saya yang sibuk membelek telefonnya. Saya menjadi marah, geram dan merasakan tidak dihargai berada di meja makan tersebut.
Syukur saya sudah biasa untuk transform masalah kepada peluang.. maka saya ambil peluang ini untuk berkongsi rasa dan menyedarkan ibu bapa semua... prevention of gadget addiction starts with us ..parents.
Jangan menyuruh anak berhenti gajet tapi kita tetap melayan smartfon semacam. Tunjukkan contoh dan teladan yang betul... inilah yang paling sukar...believe me this is the most difficult part.
Jadi saya kongsikan di sini beberapa tips untuk ibu bapa memulakan kempen anti ketagihan gajet. saya telah pun berjaya melakukannya beberapa tips yang diberikan;

1. Jangan pegang telefon atau letak atas meja. Keluarkan hanya bila perlu.

2. Beritahu rakan-rakan kita yang kita hanya akan melihat mesej ditelefon bila ada kecemasan …hormati rakan anda kalau tak mereka rasa tidak dihormati (ya saya rasa begitu kalau saya bercakap awak buat tak kisah dan layan mesej!)

3. Sekiranya anda suka sangat melayan media sosial ber facebook tak sudah-sudah, pastikan anda pos sesuatu yang tidak menimbulkan kontroversi. Ini kerana bila ianya kontroversi, akan ada orang lain yang komen dan anda jadi marah, maka bermulalah episod berbalas-balas komen di FB. Terkadang kita menunjukkan kebodohan kita sendiri dengan penggunaan bahasa yang kasar dan tidak hikmah. Ini akan menyebabkan anda sentiasa memegang telefon anda, akhirnya satu kerja pun tak boleh nak buat. Masa habis begitu saja...

4. Fikirlah bila kita bersama rakan-rakan, adakah anda menghormati rakan anda atau anda lebihkan gajet? Ini sangat penting terutamanya di rumah bila bersama anak-anak atau suami atau isteri. Semua orang ada dua mata, bila mata dah tumpu ke gajet mana boleh berikan tumpuan kepada anak kan?

5. Jangan guna telefon dalam mesyuarat tanpa minta izin atau keluar dari bilik meeting, itu kurang ajar namanya

6. Kawal diri anda. Sepatutnya teknologi membantu kita bukan memusnahkan kita. Kita yang kontrol penggunaan gajet bukan gajet yang kawal kita, nampak gaya sekarang kita semua telah dikawal oleh gajet. Berpada-padalah.

7. Pada sesiapa yang ingin membeli gajet baru cuba tanyakan diri sendiri apakah kita sebenarnya sangat perlu kepada gajet?

Cukuplah untuk kali ini ada banyak lagi panduan untuk ibu bapa dan mereka yang telah ketagihan gajet... saya akan kongsikan lagi dan tunggukan buku "11Tips mengelakkan ketagihan gajet"
lakukan aktiviti luar bersama
menghayati ciptaan Allah

Semoga kita semua beroleh menfaat dari perkongsian ini, analisa diri, jangan malu untuk mengaku salah. Ayuh ibu bapa kita perbaiki diri kita. Mulakan dari sekarang. It is NOW or NEVER
.
.
Perkongsian dari : Dr Norzila Zakaria
.
.
SHARE DI WALL MASING MASING
JIKA BERMANFAAT silakan " SHARE "
=======================================================
Jom LIKE dan FOLLOW kami, banyak info terkini akan kami kongsikan
http://www.facebook.com/nrzenterprise
http://nrzenterprise.blogspot.com

No comments:

Post a Comment