INFO KULIT KAYU MANIS
Kulit kayu manis adalah pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar untuk
menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran rempah ratus yang
digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia. Ia
digunakan untuk menumis, menambah wangian pada air gula, membuat
cinnamon roll dan pai epal serta membuat wangian. Pengambilan setengah
sudu serbuk kayu manis setiap hari atau merendam sepotong kulit kayu
manis ke dalam minuman teh dapat menurunkan paras gula dalam darah
pesakit diabetis.
INFO KETUMBAR
Ketumbar bersifat hangat, kekacangan, berempah, dan macam oren. Ia
boleh didapati dalam bentuk biji atau kisar. Biji ketumbar kisar cepat
hilang rasanya apabila disimpan. Ketumbar berperanan sebagai bahan
pemekat dan ramuan utama masakan India. Apabila direneh, ia diminum
sebagai ubat bersin tradisional. Biji ketumbar juga digunakan untuk
menjeruk sayur, membuat roti, sosej, bir di negara luar Asia. Ia harus
disimpan dalam plastik kedap udara untuk mengekalkan mutunya.
INFO BUNGA LAWANG
Bunga lawang adalah salah satu bahan dalam 5 rempah serbuk Cina. Ia
digunakan sama ada dalam bentuk asal atau hanya bahagian-bahagian untuk
menambah rasa ke dalam masakan daging dan ternakan lain yang direneh
lama untuk menghasilkan aroma yang kuat. Bunga lawang kisar digunakan
dalam masakan salai untuk menguatkan aroma masakan tersebut. Juga
digunakan dalam masakan kari, dan minuman teh. Bunga lawang dipercayai
dapat membantu menghadamkan makanan serta melegakan sakit dada, sakit
sengal tulang dan kembung perut.
INFO BAWANG MERAH
Bawang merah merupakan bahan wajib dalam masakan yang disediakan sama
ada dimasak atau dibuat kerabu, Memakan bawang merah setiap hari boleh
membantu pertumbuhan tisu tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis.
Selain itu, bawang merah juga mengurangkan tekanan darah tinggi, awet
muda, menghindar kanser perut, mencairkan darah, mengelak serangan
jantung, strok, mengurangkan risiko Alzheimer dan mengurangkan tahap
gula bagi pesakit kencing manis.
INFO BAWANG PUTIH
Bawang putih mempunyai aroma yang kuat dan tajam seperti campuran
pedas, pahit dan sedikit masam bergantung kepada jenis masakan. Bawang
putih dapat menaikkan aroma masakan daging, ikan dan juga sayuran.
Sekiranya mahu membeli bawang putih, pastikan kepalanya kering dan
masih terlindung di dalam kulitnya. Jika umbi akar kelihatan kehijauan,
ia bermakna bawang putih sudah terlalu tua atau tidak dikeringkan dengan
baik. Bawang putih yang terlalu tua akan terus merenyuk walaupun hanya
dengan sentuhan lembut.
INFO BAWANG BESAR
Bawang besar boleh didapati dalam bentuk segar, beku, tin, jeruk atau
dikeringkan. Digunakan dalam setiap masakan, sos, stew, sup, salad
segar, atau bahan hiasan hidangan. Bawang besar lebih mudah dikupas jika
direndam di dalam air mendidih selama 10 saat dan kemudiannya dicelup
ke dalam air sejuk sebelum kulitnya dikupas. Bagi mengelak mata berair
ketika mengupas, eloklah dibasuh dahulu dengan air sejuk atau letakkanya
di dalam peti ais selama 10 minit sebelum mengupas. Cara lain adalah
dipotong di bawah air yang mengalir atau biarkannya basah ketika
memotong.
INFO BUAH KERAS
Buah keras banyak digunakan dalam masakan Indonesia & Malaysia
sebagai pemekat kuah. Ia dikisar menjadi pes bersama rempah lain untuk
memekat dan menyedapkan rasa masakan berkari. Buah keras harus dimasak
sebelum dimakan, kerana kandungan toksiknya tinggi ketika mentah.
Masukkan buah keras yang sudah ditumbuk lumat ke dalam masakan daging
untuk melembutkannya selain menambahkan lemak masakan tersebut.
INFO BIJAN (LENGA)
Bijan digunakan sebagai perasa dalam makanan dan rasanya sederhana
manis. Bijan dipanggang atau digoreng dalam minyak panas sebelum
dicampurkan dengan makanan lain. Ia juga berfungsi sebagai bahan hiasan
untuk roti, biskut, kek dan 'roll' selain digunakan dalam kuah sos,
bahan adunan, nasi pilaf, makanan bergula dan masakan bergoreng.
Kandungan minyaknya tinggi dan mudah rosak jika terdedah pada suhu
tinggi.
Bijan berkesan untuk menguatkan tubuh badan, baik
untuk hati dan limpa serta sesuai untuk mereka yang mengalami masalah
kekurangan darah.
INFO CENGKIH
Bunga Cengkih mempunyai rasa tajam, kuat, manis, berangin, pahit dan
kelat. Baunya paling menusuk antara rempah-ratus lain hingga
meninggalkan kesan kebas di dalam mulut.
Bunga Cengkih elok
dibeli dalam bentuk asalnya kerana bentuk serbuk cepat merosot rasanya.
Kisaran bunga cengkih selalunya digunakan dalam membuat kek. Bunga
cengkih digunakan dalam masakan nasi beriyani, dan sering digunakan
dengan jintan putih dan kulit kayu manis. Untuk menentukan kualiti bunga
cengkih yang bagus, masukkannya ke dalam secawan air. Bunga cengkih
yang elok akan terapung secara menegak manakala yang tidak elok akan
tenggelam atau terapung secara mendatar...
.
.
.
JOM SHARE DI WALL MASING-MASING :
Jika bermanfaat ?? Sila " SHARE "
======================================================
Sila follow dan like pagi dibawah:
Banyak info terkini akan kami kongsikan.
https://www.facebook.com/nrzenterprise
https://nrzenterprise.blogspot.com
.
.
.
Memikirkan / tercari-cari PERKHIDMATAN WELDING di kawasan TELUK INTAN atau kawasan sekitar yang berhampiran ???
.
.
Antara produk kami :
- PINTU PAGAR ( BUNGA MAS / BIASA )
- GRILL PINTU / TINGKAP
- ATAP AWNING
- SLIDING DOOR ( HOLLOW / BIASA )
- WROUGHT IRON
- STAINLESS STEEL
- PENYIDAI KAIN
- PENUTUP LONGKANG
- DAN KERJA-KERJA BERKAITAN BESI
.
.
Jangan risau... $$$$$ ( harga ) kami boleh berunding
Mungkin kami dapat membantu anda..
*** SYARIKAT BUMIPUTERA
*** SYARIKAT BERDAFTAR DI SSM
.
.
---->>> WHATSAPP sekarang : 012 - 336 0861
---->>> Dwan
No comments:
Post a Comment