Thursday 17 December 2015

KONGSI PETUA

                                                        KONGSI PETUA DI DAPUR



PETUA DAGING CEPAT EMPUK
==============================

1) Semasa merebus atau memasak daging,masukkan sebatang camca kecil ke dalam periuk. Dipercayai camca ini menyerap lebih haba / kepanasan yang membantu proses melembutkan daging.

2) Anda juga boleh memilih untuk memasukkan beberapa helai daun nangka ke dalam masakan atau rebusan daging,jika tidak mahu menggunakan camca seperti petua di atas.

4) Selain itu,anda juga boleh masukkan beberapa tangkai daun betik ke dalam masakan untuk melembutkan daging.

5) Jika tiada tangkainyanya,anda juga boleh menggantikannya dengan betik muda.Pastikan anda kupas kulitnya,buang biji serta bersihkannya terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam mana-mana masakan berasaskan daging.

6) Kepingan tempe juga selalu digunakan untuk melembutkan gulai daging. Hanya masukkannya ke dalam masakan dan biarkan.

7) Perap daging yang telah dipotong dengan sedikit cuka makan selama lebih kurang 15 minit.Selepas itu toskannya hingga kering,lalu masak seperti biasa. Anda hanya perlu memastikan api dapur berada pada tahap sederhana ketika masakan daging itu hampir menggelegak. Hasilnya daging lebih cepat empuk dan rasanya juga amat sedap.

Anda juga boleh cuba menggunakan keratan batang ubi kayu.Pastikan batang ubi kayu itu dibersihkan terlebih dahulu.Masukkan ke dalam periuk ketika ia sedang mendidih sahaja. Biarkan selama 10 – 15 minit,lalu angkat serta asingkan batang ubi kayu tersebut.

9) Gaul daging bersama tepung dan perapkan dengan kicap selama 30 minit sebelum dimasak.

10). Tumbuk lumat buah keras,lalu masukkan ke dalam ramuan gulai daging. Daging akan lebih cepat empuk.


Bau hanyir masakan boleh mematikan selera. Cubalah salah satu cara di bawah ini untuk menghilangkan bau hanyir daging atau ayam.
===================================================================
1) Perap daging atau ayam dengan asam jawa, atau perahan limau nipis/kasturi/lemon, atau tepung gandum selama 10 minit. Bilas hingga bersih.

2) Lumur daging atau ayam dengan sedikit cuka masakan dan perap selama sejam. Bilas hingga bersih.






Petua Menghilangkan Bau Durian
======================================================
Petua Menghilangkan Bau Durian 1
Untuk menghilangkan bau durian di dalam kereta, letakkan beberapa keping roti dalam kereta. Tutup semua pintu dan tingkap. Biarkan beberapa jam,bau akan hilang dengan sendirinya.

Petua Menghilangkan Bau Durian 2
Untuk menghilangkan bau durian pada tangan,rendam tangan dalam air yang dicampurkan sedikit serbuk kopi. Bau durian akan hilang.

Petua Menghilangkan Bau Durian 3
Untuk menghilangkan mabuk bau durian, cuba minum air panas dibancuh dengan secamca garam





Petua Melembutkan Sotong Kering
======================================================
Petua Melembutkan Sotong Kering

 1 )Ramas beberapa helai daun betik yang cukup tua. Rendam bersama sotong kering selama 1-2 jam. Kemudian bersihkan sotong dan bilas dengan air. Terus boleh dimasak.

Petua Melembutkan Sotong Kering

 2 )Jemur kulit durianhingga kering dan kemudian tumbuk atau kisar hingga menjadi serbuk. Kemudian masukkan serbuk ini semasa merendam sotong kering selama setengah jam. Kemudian bersihkan sotong dan bilas dengan air. Terus boleh dimasak.

Petua Melembutkan Sotong Kering 

3 )Rebus seketul arang (abu kayu) bersama sotong kering hingga lembut. Tos dan bersihkan sotong. Terus boleh dimasak. 




Ikan yang disimpan lama dalam peti sejuk beku akan menjadi tawar dan rasa tidak segar. Untuk mengatasinya, rendam ikan dalam susu segar selama setengah jam sebelum dimasak. Hasilnya ikan akan berasa enak dimakan.

  
Ketika membeli ikan, pilihlah ikan yang bermata jernih (tidak merah) dan insang merah (tidak hitam atau pucat). Tekan sedikit isi ikan dengan jari. Ikan segar tidak akan meninggalkan bekas setelah ditekan






Petua Membersihkan Microwave
=======================
Petua Membersihkan Microwave 
1)Untuk menghilangkan bau microwave, masukkan segelas air ke dalam mangkuk tahan panas bersama 3 sudu perahan lemon. Masukkan ke dalam microwave dan didihkan selama 10 minit. Tutup suis dan biarkan dalam microwave sehingga sejuk. Kemudian keluar mangku berkenaan dan lap bahagian dalam microwave dengan air berkenaan dengan spanlembut.

Petua Membersihkan Microwave 
2)Bersihkan penutup microwave dengan span yang telah span yang telah dibasahkan dengan sedikit alkohol. Untuk kotoran kecil, renjiskan jus perahan lemon pada sekitar bahagian berkenaan dan biarkan selama setengah jam. Taburkan sedikit baking soda ke atasnya dan gosok perlahan dengan kain. Bilas dengan kain lembab dan keringkan dengan kain kering.


Petua Mengelakkan Pedih Bawang
========================
Petua Mengelakkan Pedih Bawang 
1)Simpan bawang yang hendak digunakan beberapa jam dalam petisejuk sebelum dipotong. Hasilnya mata anda tidak akan pedih.

Petua Mengelakkan Pedih Bawang 
2)Rendam bawang yang hendak digunakan dalam air garam selama 15 minit. Kemudian potong bawang tersebut seperti biasa. Hasilnya mata anda tidak akan pedih.



Kulit anda terkena minyak/air panas?
==========================

Cubalah rawat kulit melecur tersebut dengan mana-mana ikhtiar petua di bawah:

1. Sapukan bahagian kulit yang berkenaan dengan sedikit lendir daun lidah buaya / aloevera dan buah manjakani yang telah ditumbuk lumat.

2. Oleskan kapur sirih pada bahagian yang melecur. Biarkan hingga kering. Setelah kering oleskan lagi. Anda akan terasa selesa tanpa meninggalkan parut.

3. Tepek kopi serta merta pada bahagian yang berkenaan. Anda akan rasa pedih seketika. Selepas anggaran 10 minit tanggalkan. Anda akan dapati kulit tidak melecur atau melepuh.

4. Sapukan getah pelepah pisang pada bahagian yang berkenaan dengan sekata. Elakkan terkena air supaya kulit tidak melepuh.

5. Pecahkan sebiji telur dan kacau. Sapukan telur pada bahagian yang berkenaan menggunakan kapas. Apabila kering sapukan lagi.

6. Gosok perlahan-lahan bahagian berkenaan dengan cecair sabun mandi. Lakukan hingga rasa sakit hilang.

7. Sapukan ubat gigi, kicap atau marjerin pada bahagian berkenaan. Biarkan hingga kering. Elakkan dari terkena air anggaran selama setengah jam. Kulit akan berasa sedikit gatal dan mengelupas tetapi tidak mengelembung dan berair.

Nasi Hangit??!!!
=============

Cubalah petua-petua di bawah untuk hilangkan bau hangit nasi.

1) Cuci dan masukkan kulit bawang ke dalam periuk nasi yang hangit.

2) Masukkan sehelai daun sirih atau sekeping roti ke dalam periuk nasi sebaik sahaja nasi sudah kering. Keluarkan apabila baunya sudah hilang.

3) Ambil beberapa helai daun pandan, masukkan ke dalam mangkuk dan letakkan pada tengah-tengah nasi yang hangit.

4) Tutup periuk nasi dengan daun pisang.

5) Ambil semangkuk air dan letakkan di tengah-tengah periuknasi. Tutupkan dan angkat keluar apabila bau sudah hilang.

6) Masukkan beberapa tangkai lada kering di atas periuk nasi. Nasi hangit tidakakan berbau.

Petai sangat dikenali dengan baunya yang kuat. Berikut adalah antara cara yang boleh diamalkan untuk mengurangkan bau petai.

1) Rendamkan petai yang telah dipotong dengan air basuhan beras selama sejam. Kemudian bilas dengan air bersih dan bolehlah dimasak.

2) Masukkan terung dalam masakan ynag menggunakan petai.


Cubalah salah satu petua di bawah untuk mengelakkan percikan minyak ketika memasak:

1) Ambil sedikit daun pisang, carik-carikkan dan masukkan ke dalam kuali. Setelah daun tersebut kering dan hangus, keluarkan dan buan.

2) Masukkan sedikit garam kasar ke dalam minyak yang telah dipanaskan. Kemudian barulah menggoreng atau menumis.
 


Bekas menyimpan makanan yang sudah terlalu lama digunakan akan meninggalkan bau yang tidak sedap. Atasi masalah ini dengan merendamkan beberapa helai kertas suratkhabar di dalam bekas tersebut dan biarkan selama beberapa jam. Bau tersebut akan diserap oleh kertas suratkhabar dan bekas makanan anda tidak lagi berbau
 

Untuk mengekalkan kesegaran lada merah, anda perlu menyimpannya ke dalam plastik kedap udara. Dengan cara ini lada merah akan tahan lebih lama sehingga tiga atau empat minggu tanpa layu 

Gosok bahagian kuali atau periuk yang hitam dengan kertas pasir halus. Kemudian cuci dan sental dengan berus dawai kasar diikuti berus dawai halus bersama sabun cap kapak atau sabun mandi. Bilas dengan air bersih. Hasilnya kuali atau periuk anda akan bersih tanpa jelaga dan berkilat.

Cuba salah satu cara berikut untuk mengilatkan sudu dan garfu di rumah anda:

1) Rendam sudu dan garfu ke dalam bekas berisi air bersih dan kulit buah nanas selama beberapa jam. Kemudian basuh dengan sabun pencuci pinggan seperti biasa dan bilas hingga bersih.

2) Rendam sudu dan garfu ke dalam bekas berisi air asam jawa atau asam gelugur (asam keping) selama sejam. Kemudian lap dengan kain lembut hingga kering dan sapukan dengan minyak masak. Jemur seketika dan kemudian lap dengan kain bersih.
   


Bersihkan peti ais terlebih dahulu. Tutup suis dan keluarkan semua bahan yang terdapat dalam peti ais. Gunakan tuala basah untuk lap keseluruhan bahagian dalam peti ais. Biarkan kering.

Setelah kering, masukkan semula semua bahan dalam peti ais. Letakkan sedikit esen vanilla di dalam bekas kecil tanpa penutup dan masukkan ke dalam peti ais. Hasilnya peti ais anda akan berbau vanilla yang segar.
 
 Cuba petua berikut untuk menghalau semut di rumah anda:
1) Masukkan beberapa keping asam gelugur (asam keping) atau beberapa kuntun bunga cengkih ke dalam bekas gula untuk menghalau dan mengelak semut.Bau asam keping atau bunga cengkih tidak menghilangkanatau menukar rasa manis gula.

2) Siat-siat beberapa helai daun sirih dan taburkan pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.
3) Letakkan beberapa tangkai cili kering pada timbunan gula. Ini menghindarkan semut menghampiri gula.

4) Celup kain bersih ke dalam minyak masak dan ikat kain tersebut pada tempat yang dikerumni semut seperti baling gula, keliling meja dan sebagainya.

5) Masukkan beberapa biji bawang merah ke dalam bekas gula. Tak perlu kupas kulit bawang tersebut.

6) Bakar kulit telur hingga menjadi abu. Tabur abu ini pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.


















 
 



  

No comments:

Post a Comment