ENGKAU TIDAK PERNAH TAHU!
==========================
Kadang bingung juga aku. Cuba berbuat baik, dituduh cuba menunjuk baik. Menyebut-nyebut nama Allah, dituduh mempermainkan kalimah. Cuba menyebar kebaikan dituduh gila perhatian. Mahu popular. Mahu disanjung. Mahu itu dan mahu ini.
Hati tertanya-tanya. Engkau tahu apa? Lebih tepat lagi.. sebenarnya
engkau mahu apa? Engkau mahu aku duduk diam memangku tangan dan jangan
lagi bicara soal kebaikan?
Engkau mahu aku ralit menilik cermin hingga Izrail memberi salam lalu menyentap nyawaku dengan kejam? Engkau mahu aku kembali menemui Allah, menyerah pasrah dengan amalan yang kosong dan dosa yang tidak terhitung?
Dengar sini! Ini pengakuanku. Aku sendiri tidak tahu apa yang ku buat ini diterima sebagai amalan atau hanya mengundang kemurkaan Tuhan. Tapi jujur.. aku cuma mahu berusaha. Aku cuma tidak mahu duduk-duduk saja sekadar menunggu berakhirnya nyawa. Aku mahu mengisi perca masa dan reja usia yang ada mengumpul bekalan untukku bawa.. sekadar yang aku terdaya.
Sungguh! Aku menganggap apa yang ku rasa ini amanah yang perlu ku sampaikan. Meski pun ia tidak memberiku sebarang kebaikan, tapi ia tetap suatu kebaikan yang perlu ku sebarkan!
Barangkali engkau tidak mendapat faedah daripadanya hingga engkau tergamak menghina. Tapi bukankah di sana ada dia dan mereka? Barangkali ada yang memerlukannya!
Kalau engkau menganggap aku ini si pengemis yang kotor dan pengotor, maka adakah bagimu aku hanya layak duduk diam di tepi tong sampah, mengutip segala sisa makanan yang dibuang, untuk ku makan sehingga kenyang?
Apa engkau fikir si pengemis ini tidak boleh bekerja menghantar sebuku roti demi membeli sesuap nasi dengan usahanya sendiri?
Jangan bimbang! Bukankah roti itu sudah berbungkus cantik? Tidak ada yang akan keracunan kerana roti itu selamat dalam bungkusan. Tangan kotor ini tidak akan mencemarkan isinya!
Beristighfarlah! Barangkali fikiranmu yang dicemari prasangka. Melihat secebis usaha kebaikan pantas saja kau sandarkan kepada keburukan. Berhentilah menuding jari dan belajarlah melihat dirimu sendiri.
Dari berkata-kata yang membuahkan dosamu, lebih baik engkau mendoakan aku. Bukankah kebaikan dari doa itu akan kembali padamu?
Sudahlah. Berhenti mengadili aku kerana engkau tidak tahu apa yang ada dalam hatiku. Sungguh. Engkau tidak pernah tahu!
.
.
LIKE dan FOLLOW kami , banyak info yang akan kami kongsikan
Jika bermanfaat silakan " SHARE "
Coretan Bonda Nor
===================================================
Facebook / Nrz Enterprise
Blogger / Nrz Santai D'Maya

No comments:
Post a Comment