HAKIKAT ZALIM PADA DIRI SENDIRI
Kita amat perlukan cahaya untuk berjalan dan bekerja, namun ramai yang sanggup meraba-raba melakukan kerja dalam gelap gelita. Hasilnya sedikit, tidak rapi dan banyak silap pula....
Begitu juga bicara 'amal' dalam agama.
Allah nilai amal kita melalui kerja tangan kerana kita adalah hamba dan kakitanganNya. Tangan Allah atas tangan kita. Namun, kita kini menilai amal hanya melalui kata-kata dan lafaz bibir sahaja.
Surah 48. Al Fath 10. Bahwasanya orang-orang yang berjanji setia kepada kamu sesungguhnya mereka berjanji setia kepada Allah. Tangan Allah di atas tangan mereka, maka barangsiapa yang melanggar janjinya niscaya akibat ia melanggar janji itu akan menimpa dirinya sendiri dan barangsiapa menepati janjinya kepada Allah maka Allah akan memberinya pahala yang besar.
Sebahagian kita tidak tahupun makna atau maksud apa yang diulang lafaz (dikata) sampai beribu kali. Jika faham pun tidak pula dihayati lalu perintah dari lafaz yang dibaca berulang kali itu tidak dipenuhi. Kita harap dengan mengulangi lafaz itu membuatkan Allah suka, padahal sebaliknya. (Surah 61 As-saff, 2-3)
Hari ini umat yang sedikit ilmunya lebih ramai yang gemar menunjuk-nunjuk berbanding mencari petunjuk. Bila pergi ceramah, sudah ada mental block yang membuatkan jiwa menolak dan mencari-cari salah dari apa yang disampaikan. Akhirnya tidak berpeluang mencari sisi baik dari majlis ilmu dan pulang kosong.
Walaupun kita mahu bersangka baik, namun rungutan ramai anak generasi harus diambil kira juga. Banyak ceramah agama yang panjang-panjang tetapi merewang tiada isinya. Akhirnya duduk berjam-jam hanya dapat melihat lawak jenaka yang tidak pun membuat orang ketawa. Fakta kosong atau kabur.
Kadang elok kita berpuasa, menahan diri dari berkata-kata. Cari LAILATULQADAR, dapatkan dahulu ilmu yang cukup untuk mengembalikan fitrah amalan kita mengikut ilmu Allah itu. Sudah berjaya mendapatkan semula ilmu yang mampu menghilangkan kejahilan kita, barulah sambung berceramah semula untuk 'memakan' kejahilan dan kebatilan umat. (Surah 17, Al-Israa':36)
Dengan ilmu yang tepat, ceramah itu akan jadi berkat. Ceramah 20 minit yang berdasarkan ilmu itu akan Insya ALLAH mampu memberi kefahaman, kesedaran dan tidak membosankan pendengar. Hasilnya lebih baik berbanding ceramah 2 jam yang dipenuhi cerita mimpi dan lawak jenaka yang tidak pun membuatkan orang ketawa.
KESIMPULAN
Janganlah bekerja dalam kegelapan dan meraba-raba. Janganlah beramal dengan jahil dan bersangka-sangka. Sudahlah hasilnya sedikit.., silap lah pula... (tiada gunanya).
Ambillah masa untuk mencari cahaya. Ambillah masa untuk belajar dan bertanya sehingga kita benar-benar memahaminya. Barulah nanti hasil amal/kerja kita jadi 'berkat' dan memuaskan hati. Kerja sedikit tetapi banyak hasilnya, dan tepat seperti mana yang dikehendakNya.
Kaji mengapa solat dan zakat kita jadi sia-sia
Kaji mengapa haji dan korban kita tidak diterima?
Kaji mengapa puasa kita hanya dapat lapar dan dahaga?
Kaji mengapa Allah tidak pandang pangkat dan ilmu kita
(QS: 8, Al-Anfaal: 35-36)
(QS: 29. Al 'Ankabuut: 67)
(QS: 22. Al Hajj : 37)
(QS: 3. Ali 'Imran :70, 71, 98, 99)
(QS: 5. Al Maa'idah: 15, 59, 68, 77, )
No comments:
Post a Comment