Friday, 1 January 2016

NIKMAT BERSAHABAT

NIKMAT BERSAHABAT ��

�� Bersahabat ni adalah satu anugerah dari Allah. Kalau hidup kita takde sahabat di sisi, hidup akan jadi bosan, takde kemanisan, tertekan, resah, rasa kosong dan macam - macam ada ��

�� TAPI, ramai di kalangan kita hari ni tak dapat rasai KEMANISAN BERSAHABAT.
Apa itu kemanisan bersahabat ??

�� Korang tahu, macamana Nabi shallallahu alihi wasallam mencintai Sayyidina Abu Bakar? Sehingga Nabi kata, kalau aku boleh ada kekasih selain Allah, nescaya Abu Bakar adalah kekasihku!

�� Korang tahu macamana Abu Bakar cintakan Nabi shallallahu alaihi wasallam ?? Sehingga beliau sanggup menahan sakit di gigit ular di dalam gua semata-mata nak halang binatang tu sengat nabi yang amat dia cintai

�� Korang tahu tak, macamana Nabi shallallahu alaihi wasallam cintakan Sayyidina Umar ? Sehingga Nabi kata, kalaulah ada nabi selepas aku, nescaya Umarlah nabi. Dan korang tahu macamana Sayyidina Umar mencintai Nabi ? Sehingga Umar kata, beliau lebih mencintai Nabi dari keluarga dan dirinya sendiri!!m
Kalau korang baca kisah nabi dan sahabat, bagaimana mereka saling cinta mencintai kerana Allah, korang akan dapat rasakan bahawa indahnya bersahabat!

�� Persoalannya, kita hari ni macamana ??

�� Kita tak suka bersahabat dengan orang yang selalu tegur kesalahan kita. Kita lagi suka bersahabat dengan kawan yang tak tegur kita, bahkan buat dosa sama-sama dengan kita.

�� Kalau kita kaki rokok/vapers, kita akan suka kawan dengan kaki rokok/vapers.
Kalau kita kaki korea/barat dan lain-lain, kita akan suka kawan dengan mereka.

�� Manakala, orang yang selalu tegur kita, nak
bimbing kita, nak selamatkan kita dari maksiat, kita BENCI dia, pulau dia, jauhi dia dan sebagainya.

�� Percayalah, kemanisan bersahabat hanya akan di rasai bila kita menunaikan HAK-HAK PERSAHABATAN.

�� Tegur menegur, bimbing membimbing ke arah kebaikan, suport ke arah kebaikan, sering mengingatkan kita tentang Allah , saling mendoakan, cegah kita dari maksiat, tak buat dosa sama-sama, bekerjasama dalam dakwah dan tarbiah, menyelamatkan kita time kita lemah semangat dan hampir jatuh, dan sebagainya.

Itulah HAK UKHWAH.

�� Tapi hari ni, ramai yang tak tunaikan hak ni. Sebab tu tak ramai yang merasai nikmat berukhwah dan bersahabat SESAMA JANTINA.

�� Yang mana, akibat dari tak dapat rasa nikmat ukhwah dan persahabatan sesama jantina, maka ramailah yang memilih jalan couple dan ikhtilat bagi memuaskan diri.

�� Sahabat ku teman ku saudara ku...

�� Kalau korang tak dapat rasai lagi nikmat bersahabat, atau, kalau korang masih tak jumpa lagi sahabat yang betul-betul memberi perubahan pada kita. Carilah mereka
Dan, kalau korang dah jumpa sahabat yang baik, maka, peganglah mereka erat-erat!

�� Ingatlah pesanan Imam Syafie:
Jika engkau mempunyai teman yang selalu membantumu dalam rangka ketaatan kepada Allah, maka peganglah dia erat-erat, jangan pernah kau lepaskannya. Kerana mencari teman yang baik itu susah, tetapi melepaskannya sangat mudah sekali…”

wallahua'lam.

�� Ya Allah, kurniakanlah kami sahabat yang baik, yang mendekatkan diriku denganMu ya Allah. Dan, jauhilah aku dari bersama orang-orang yang menjauhkanku dari Mu Ya Allah

�� ERTI TEMAN DALAM HIDUP KITA ��

�� Ada yang DATANG bersama CERIA
�� Bawa SENYUMAN semanis GULA
�� Ada yang DATANG bermuram DURJA
�� Bawa DERITA sepedih LUKA
�� Cukup sempurna kita BERSAUDARA
�� Berbagai PERISA terima SEADANYA
�� Ramai yang DATANG dalam HIDUP kita
�� Mereka memberi PENGALAMAN berharga
�� Ramai yang PERGI meninggalkan kita
�� Mereka memberi KENANGAN mengusik JIWA.
�� DATANG dan PERGI saudara tercinta
�� Tetap ku IRING di dalam DOA.

No comments:

Post a Comment