Assalamualaikum...Salam Jumaat Buat Semua...
Alhamdulillah masih diberi peluang untuk bernafas lagi buat saat ini....
.
.
HIDUP PENUH DENGAN UJIAN
==============================
.
Ia memang begitu. Menerima pujian
selalunya menggembirakan hati. Hati terasa berada di awang-awangan.
Namun kegembiraan dipuji - akhirnya - menjadi tercela apabila sedikit demi sedikit muncul perasaan riyak, takbur dan ujub dalam diri.
.
Malah akibat pujian berterusan, manusia mulai berasa yakin mereka
termasuk dalam golongan terbaik sehingga tanpa sedar memuji-muji diri
sendiri. Ia berlaku dalam banyak keadaan. Allah SWT melalui terjemahan
ayat 49, surah an-Nisa' ada menyebut:
'Tidakkah engkau perhatikan (dan berasa pelik wahai Muhammad) kepada orang-orang yang membersihkan (memuji) diri sendiri?
(Padahal perkara itu bukan hak manusia) bahkan Allah jualah yang berhak
membersihkan (memuji) sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan
syariat- Nya) dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan
balasan mereka) sedikit pun.'
.
Mengkritik atau menegur salah satu kerjaya paling mudah. Modalnya hanya air liur. Dan ramai yang begitu. Biarkan mereka.
.
Namun kita perlu lebih ke hadapan dalam menilai apa yang disebut orang.
Kritikan atau teguran ikhlas - sesungguhnya - merupakan penawar mujarab
buat mereka yang mampu menerimanya.
.
Akhirnya, kita boleh
bertanya kepada diri sendiri apakah yang boleh diperbaiki untuk menjadi
manusia yang lebih baik. Kita perlu berfikir. Ada masanya ia perlu
diamati dengan tekun dan ada ketikanya ia perlu dibiarkan berlalu.
No comments:
Post a Comment