Tuesday 29 September 2015

PERCUTIAN DI PERAK SEPTEMBER - KUALA WOH

LOKASI KE EMPAT :
Kuala Woh,Tapah

  Tempat mandi manda setelah penat berjalan jalan di Taiping.Tempat perkelahan ni terletak di jalan menuju Cameron Highland..Jarak dari Plaza Tol Tapah lebih kurang 20minit sahaja.kalau nak singgah mandi boleh lah...Sungainya bersih,kawasannya pun bersih.Kemudahan awan tandas dan tempat persalinan disediakan dalam keadaan bersih,tempat bersantai pun ada banyak.kira sempurna untuk.suasana perkelahan.tempat perkhemahan juga ada disediakan..

   Cuma nak kasi tahu...mana yang pernah pergi sebelum ni kan kan...dulu masuk tak kena bayar...sekarang dah kena bayar mengikut individu untuk dewasa RM2.00 kanak kanak RM1.00 Parking RM2.00 kemudahan lain hari tu masih percuma...Bila ditanya kenapa sekarang kena bayar..katanya dah pengurusan baru...pada saya berbayar tu tak mengapa sebab kita datang cuma sekali sekala...yang saya mahukan jika sudah dikenakan silalah buat pengurusan yang sebaiknya untuk persekitaran tersebut supaya pengunjung datang dapat merasa keselesaanya...

.SELAMAT MELANCONG DALAM MALAYSIA











PERCUTIAN DI PERAK SEPTEMBER - KUALA GULA

LOKASI KETIGA :
- Kuala Gula Sanctuary Resort,Kuala Kurau -


  Ni tempat penginapan saya...Jarak dari pekan Taiping lebih kurang 1jam...Kalau melalui lebuhraya boleh susur keluar di Plaza Tol Taiping (U) ....Wahhhhh best sangat..Ambil Superior room pun dah selesa luas..ada 1 katil king..ruang luas..tak cukup katil boleh jer tidur atas lantai..memg selesa kalau ada 8 orang pun..saya sukakan alam semulajadi..Kawasan yang tenang,damai dan bersih.Malam mendegar deruman ombak di bawah lantai chalet terasa macam berada diperkampungan nelayan.Sungguh mengasyikkan..nak cari ilham penulisan bagus ni...tapi hari tu masa saya mai malam hujan lebat..kira tak dapatlah merasai 100% suasana disini.Membuatkan hati ingin datang kembali kemari...Mentari pagi nampak jelas..cantik sangat..." SubhanaAllah"..tak puas menikmatinya sebab dah nak balik pula hehehe..maklumlah percutian yang singkat...

   Disini yang popularnya kita boleh melihat persinggahan burung perlbagai jenis dari luar negara singgah,tapi dia mengikut musim dalam bulan December.kalau nak rasa semua tu kena mai bulan december lah...nak mancing pun boleh,ada kawasan disediakan..dan ada macam-macam lah aktiviti yang disediakan..tapi kena keluar kos lain lah pulak tau..( melihat burung,lawatan menyusuri sungai,melawat tapak arkeologi,berjalan kaki menyusuri paya bakau ) - Harga dari RM200.00 keatas dan tertakluk kepada syaratnya jugak.

   Dan yang paling saya nak rasa ketam lembutnya ...nilah menu utama kat sini..bab makan saya memang suka..rasa sendiri baru dapat nilai atau rasa yang sebenar...suka atau tidak dah dapat makan baru kita citaaa ... Restorannya bersebelahan chalet jer..dekat jer...tak payah kelam kabut nak p cari kedai makan...Chalet ni tak sediakan menu tersebut.Sekoq ketam lembut rega RM8.00 tu masa saya makan lah...kot kot dia pun ikut harga pasaran tak tahulah...menu masakannya saya lebih suka kepada goreng tepung,masakan lain agak tak kena selera dengan saya.Kalau nak makan untuk malam menu ni kenalah p order siang siang...kalau lambat tak merasalah...saya cadangkan buat pesanan dulu...stocknya terhad ..

Lain lain cerita kena mai sindiri na...baru tahukan...citarasa kita manusia ni semua tak sama...Jadi mai sendiri dapat pengalaman baru....Harga Chalet RM170.00 ( ri tu mai musim cuti sekolah rega lebih sikit..tapi berpatutan...Satu Chalet pun dah luas SELAMAT MELANCONG DALAM MALAYSIA

PERCUTIAN DI PERAK SEPTEMBER - ZOO TAIPING

LOKASI KEDUA :
- Zoo Taiping & Night Safari -

   Melawat zoo !!! dah bertahun tak masuk melihat binatang didalam zoo ni hehehe...kalau setakat kita orang dewasa ni tak ada pun nak singgah zoo..Disebabkan bawa anak-anak bercuti sekali bolehlah tumpang tuah sekali masuk hehehe..Datang masa musim cuti sekolah memang ramai lah...kebayakannya pelajar sekolah serta ibubapa yang membawa anak-anak bercuti...
   Sekarang tiket masuk RM17.00 bagi dewasa..RM8.50 bagi kanak-kanak.Tertakluk kepada syarat-syaratnya jugak,kalau hari tak cuti tak mahal lah agaknya.Untuk bersiar-siar @ bersantai dalam tu ada disediakan perkhidmatan keretapi.Jika rasa tak larak nak jalan dalam tu lebih kurang 14 hektar luasnya..boleh lenguh segala urat sendi jugak lah heheh..masa jalan-jalan tu tak rasalah kesengalanya..tunggu dah malam atau esok pagi  nya..memang sengal selutuh kaki..:-D..Pada saya lebih suka jalan kaki..dapat tengok dekat-dekat dan boleh ambil gambar..kalau naik keretapi tu dia jalan terus jer tak ada benhenti cuma kita dengar penerangan dari pemandu sahaja..perkhidmatan tu percuam jer..tapi kebanyakkannya jalan jer sambil santai-santai...cuaca pun redup jer hari tu...sebab nak hujan...kira selesalah jalan tu...hehehe itupun berpeluh jugak ketik ^_^
  Disini tak adalah yang istimewa..sekadar melihat binatang-binatang jer.lagi pun siang-siang kebanyakkannya tidoq...apa pun tak bley...patutlah dibuka waktu malam...malam dapat lah lihat diaorang berkeliaran agaknyalah...sebab kita tahupun binatang lair ni kebanyakannya aktif diwaktu malam..Jadi pilihlah masa yang sesuai untuk melawat binatang-bintang tu yer....Waktu siang bermula dari 8.30pagi - 6.00petang setiap hari..malam pula 8.00mlm - 12.00mlm..Dan waktu binatang diberi makan dari 8.18malam - 10.00malam..
  Harga tiket untuk siang dan malam ianya berbeza malam mahal sikit lah RM20.00 untuk dewasa RM10.00 untuk kanak-kanak tapi tertakluk kepada syaratnya juga.tapi sesekali tak salah pun kita belanja ahli keluarga kitakan....
Cerita selanjutnya silakan kunjungi sendiri...cari pengalaman berada dinegeri orang lain pula.SELAMAT MELANCONG DALAM MALAYSIA

PERCUTIAN DI PERAK SEPTEMBER - MEE UDANG MAK JAH

LOKASI PERTAMA :
- Restoran Mee Udang Mak Jah -


Yang sering diperkatakan...Popular kedai ni...P mana mana pun kalau pasai mee udang memang ramai yang cadangkan mai sini...Hakikatnya bila mai sini sebenarnya banyak restoran lain yang menjual mee udang..Restoran ni mungkin membuat promosi secara meluas..Alhamdulillah saya dah sampai dan dah merasa masakan mee udangnya...Bagi saya yang tak berapa nak minat makan udang saya bagi 60% untuk masakannya.Masakannya disini semua berasaskan udang...mintak menu apa pun ada udang..size udang tu dia...besaq habaq kat hang..hehehe puaslah makannya..nak yang besar orderlah jenis yang "special" tu semua udang besaq besaq dalam 5 @ 6 ekoq...Restoran agak besar,selesa dan servis yang bagus,cepat dan mesra...cuma parking agak tak selesa...depa takdaq sedia tempat paking yang luas.Ini adalah disebabkan faktor kawasan kampung,ada rumah kampung disekitarnya....kalau ada mai lalu taiping teringin nak jengah restoran ni singgah la...waktu operasinya dari jam 12.00 tengah hari...tutup tak tahu pula...lupa nak tengok...Yang saya tertarik disini cucuq udang dia sedappppp !!! tak daq dalam gambar lupa nak ambil hari tu...lapaq sangat kot hehehe....Itulah ceritanya serba sedikit...nak tahu selanjutnya kena p rasa sendiri na :-) :-)
SELAMAT MELANCONG DALAM MALAYSIA