Saturday 2 January 2016

AIR KELAPA LEMON

Air Kelapa Lemon

Bahan-bahan utama :
1 biji kelapa muda - diambil air dan isinya
1 biji lemon - diperah ambil jusnya
2 sb gula - ikut kemanisan masing-masing
Kiub ais
* kalau tak de lemon, guna limau kasturi pun boleh...

Campurkan kesemua bahan diatas, sejukkan dan hidangkan..

PERKHIDMATAN WELDING di kawasan TELUK INTAN

Memikirkan / tercari-cari PERKHIDMATAN WELDING di kawasan TELUK INTAN atau kawasan sekitar yang berhampiran ???
.
.
Antara produk kami :
- PINTU PAGAR ( BUNGA MAS / BIASA )
- GRILL PINTU / TINGKAP
- ATAP AWNING
- SLIDING DOOR ( HOLLOW / BIASA )
- WROUGHT IRON
- PENYIDAI KAIN
- PENUTUP LONGKANG
- DAN KERJA-KERJA BERKAITAN BESI
.
.
Jangan risau... $$$$$ ( harga ) kami boleh berunding
Mungkin kami dapat membantu anda..
*** SYARIKAT BUMIPUTERA
*** SYARIKAT BERDAFTAR DI SSM
.
.
---->>> WHATSAPP sekarang : 012 - 336 0861
---->>> Dwan
.
.
=========================
Banyak info terkini akan kami kongsikan.
https://www.facebook.com/nrzenterprise
https://nrzenterprise.blogspot.com

HIKMAH UMUR TUA

HIKMAH UMUR TUA

Mengapa bila meningkat usia, banyak perkara yang digemari sewaktu muda semakin kurang menyeronokkan? Ustaz kata lihatlah sesuatu yang Allah takdirkan dengan mata hati supaya kita dapat muhasabah diri. Contoh contoh yang diberikan.

SATU •
Bila tua, keinginan untuk makan sedap sedap semakin berkurangan. Nafsu makan sudah tiada. Hikmahnya : Perbanyakkan puasa sunat ataupun mengqada’ puasa puasa yang pernah ditinggalkan sewaktu muda.

DUA •
Bila tua, kerap terjaga di waktu malam dan mata sukar lelap.
Hikmahnya : Bangunlah untuk berkiamulail, mengerjakan solat solat sunat sepertitp tahajjud, solat taubat dan lain lain. Barangkali sewaktu muda tidak pernah melakukannya, maka Allah bagi peluang untuk melakukannya sebelum berakhir usia.

TIGA •
Bila tua, sudah tidak gemar menonton tv. Tidak lagi ada rancangan tv yang diminati.
Hikmahnya : Waktu yang terluang itu, perbanyakkan membaca AlQuran. Mungkin sewaktu muda tidak pernah khatam, maka sewaktu tua ini berusahalah untuk khatam, paling tidak pun sekali setahun.

EMPAT •
Bila tua dan sudah bersara, banyak waktu lapang. Banyak waktu senggang. Anak anak sudah dewasa dan mempunyai keluarga sendiri, jadi kita boleh mengurus masa dengan lebih bermanfaat. Sisa sisa usia yang Allah pinjamkan bolehlah digunakan untuk hal hal berfaedah yang manfaatnya boleh menjadi peneman kita di alam barzah/akhirat kelak. Banyakkan menghabiskan masa berkorban keluar ke jalan Allah.. buat usaha maqami, menghadiri majlis ilmu, belajar alQuran, bertalakki dengan ustaz/ustazah/alhafiz dan lain lain  program yang berfaedah.

Wallahualam.

ADAB MEMASAK

Adab Memasak....Sama-sama amalkannya..

CARILAH MASA UNTUK MEMBACA Al QURAN

✿:: AL-QURAN KALAMULLAH ::✿

✿~ Kepada yang MAMPU, hafallah..
✿~ Kepada yang TIDAK MAMPU, bacalah..
✿~ Kepada yang LEMAH, bergurulah..

JANGAN biarkan Al Quran memburuk di atas almari, jangan tinggalkan Al-Quran bersendirian..sesungguhnya kitab mukjizat lagi SUCI nan MULIA
itu tidak sepatutnya diperlakukan sedemikan rupa..

Jika buku ilmiah, majalah, novel boleh dibaca sehingga Habis, jika di alam maya, boleh seharian mengadap berjam-jam lamanya..jika surat khabar , kita belek lembarannya 5 kali sehari dan khatam isi kandungannya sehari 3 kali....KENAPA tidak dengan Al-Quran?

CARILAH MASA untuk membaca AL Quran..

Jika tidak boleh membaca 1 juzuk sehari, bacalah 2 - 3 helai sehari..atau 1 muka surat sehari atau membaca setakat mana terdaya dan mampu...

“Orang MAHIR dalam bidang Al-Quran maka ia bersama para Nabi dan syuhada..adapun orang yang MEMBACA DENGAN GAGAP (tidak mahir) namun hatinya TERTAMBAT kepadanya, maka ia memperolehi DUA PAHALA.”
(Hadis riwayat Muslim)

MOHONLAH KEKUATAN dari Allah untuk melawan NAFSU MALAS kita kerana sesungguh tiada daya dan upaya, hanya kepada Allah TEMPAT PERTOLONGAN..

Ada satu Hadis Nabi saw yang mengatakan kepada sesiapa saja yang membaca Al-Quran, mempelajarinya dan mengamalkanya, maka akan dipakaikannya kepada KEDUA IBU BAPA NYA pada hari kiamat MAHKOTA DARI CAHAYA yang sinarnya bagaikan sinar matahari, dan dikenakan kepada kedua orang tuanya DUA PERHIASAN yang nilai tidak tertanding oleh dunia..masyaAllah, terlalu indah..rebutlah PELUANG yang ada untuk ibu dan ayah kita..♥♥

:: InsyaAllah, semoga ISTIQAMAH dalam membaca AL-QURAN ...

BUBUR LAMBUK KEDAH (KANJI)

BUBUR LAMBUK KEDAH.

BAHAN -BAHAN:

1) 2 pot beras
2) 3 ulas bawang merah dimayang
3) 2 ulas bawang putih dimayang halus
4) 1 inci halia dimayang halus
5) 2 batang serai diketuk
6) 1 sudu teh halba
7) 1 sudu the lada hitam
8) ½ cawan daging dipotong halus
9) ½ cawan udang hidup
10) Santan secukupnya dari 1 biji kelapa

CARA - CARA :

1) Panaskan minyak. Tumiskan bawang-bawang bersama halba dan lada
Hitam sehingga wangi.

2) Masukan daging dan udang serai kacau sebentar.

3) Masukkan santan cair secukupnya dan beras dan garam.

4) Masak Sehingga Beras pecah2 masukan pati santan sehingga mendidih.

5) Siap untuk d hidang...

JANGAN KAMU BERKAHWIN DENGAN PEREMPUAN YANG BERSIFAT DENGAN 6 SIFAT

Jangan kamu berkahwin dengan perempuan yang bersifat dengan 6 sifat..

Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya' Ulumuddin (kitab Tassawuf yang terkenal) ada mengatakan ungkapan arab yang bermaksud: "Janganlah kamu menikahi 6 jenis perempuan iaitu:

1. Al-Annanah (suka mengeluh) ialah : perempuan yang banyak mengeluh dan mengadu, selalu membalut kepalanya sebagai tanda sakit. (menandakan dia rasa terbeban dengan tugasan hariannya, kerana malas atau memang sifat semulajadinya suka mengeluh walaupun disebabkan perkara kecil. Perempuan tersebut berpura-pura sakit supaya suaminya tidak membebaninya dengan tugasan harian). Menikahi perempuan yang sengaja buat-buat sakit tidak ada faedah padanya.

2. Al-Mananah: perempuan yang memberikan sesuatu kepada suaminya (suka mengungkit-ngungkit). Sampai satu masa dia akan mengatakan : saya telah melakukan untuk kamu itu ini.

3. Al-Hananah : perempuan yang suka merindui dan mengingati bekas suami atau anak daripada bekas suami. (Perempuan seperti ini tidak akan menghargai suaminya walaupun suaminya berusaha memuaskan segala kemahuannya)

4. Al-Haddaqah : menginginkan setiap perkara dalam perbelanjaannya (boros) dan suka membeli belah sehingga membebankan suaminya untuk membayar pembeliaannya.

5. Al-Barraqah : terdapat dua makna yang pertama, suka berhias sepanjang masa (melampau dalam berhias) supaya wajahnya nampak lebih anggun dan mempersona, kat suami xbuat pun! Makna kedua ialah : perempuan yang tidak mahu makan, maka dia tidak akan makan kecuali bila bersendirian dan dia akan menyimpan bahagian tertentu untuk dirinya sendiri.

6. Al-Syaddaqah : perempuan yang banyak cakap (merepek emo tak tentu arah).

PETUA UNTUK MELEGAKAN ANGIN DALAM BADAN

Petua Untuk Melegakan Angin Dalam Badan

Pilihan 1: Campurkan air perahan bawang merah setengah cawan dengan halba rebus setengah cawan. Kemudian, campurkan sedikit madu asli dan kacau sehingga sebati dan minum. Amalkan setiap hari.

Pilihan 2: Kupas seulas bawang putih yang sederhana besarnya dan makan mentah-mentah. Badan akan menjadi hangat dan angin akan keluar. Rasa mual dan pening akan berakhir.

Pilihan 3: Ambil 5 ulas bawang putih dan bakar tetapi jangan sampai hangus. Kemudian, makanlah bawang tersebut. Hasilnya, angin dalam badan akan keluar.

Pilihan 3: Rebus buah mata kucing bersama halia dan gula melaka. Minum air tersebut setelah suam. Lebih elok diamalkan selepas memakan nasi.

Berikut adalah makanan yang menyebabkan angin dalam badan:

• Kacang
• Sayuran seperti brokoli
• Kobis
• Taugeh
• Bawang
• Asparagus
• Buah-buahan seperti pear, epel dan peach
• Bijirin seperti roti gandum
• Minuman ringan dan jus buah
• Susu dan produk daripada susu dan keju
• Makanan dalam peket yang mempunyai laktus di dalamnya seperti roti, bijirin dan sos salad.

a. Banyakkan minum air kosong.
b. Kurangkan udara yang anda sedut.
c. Makan perlahan-lahan dan kunyah lebih.
d. Elakkan makan gula-gula keras dan mengunyah gula-gula getah

INDAHNYA TEDUHAN SYURGA

INDAHNYA TEDUHAN SYURGA

“Anda mahu berpayung teduh atau berjemur di bawah panas mentari?”

Jika diberi pilihan untuk duduk dalam teduh dan panas, pastinya manusia yang waras akan memilih untuk teduh kerana ia sesuai dengan fitrah manusia. Pernah Rasulullah melarang seorang sahabat berdiri tanpa sebab di bawah terik matahari kerana nazarnya:

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ  بَيْنَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْطُبُ إِذَا هُوَ بِرَجُلٍ قَائِمٍ فَسَأَلَ عَنْهُ فَقَالُوا أَبُو إِسْرَائِيلَ نَذَرَ أَنْ يَقُومَ وَلَا يَقْعُدَ وَلَا يَسْتَظِلَّ وَلَا يَتَكَلَّمَ وَيَصُومَ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُرْهُ فَلْيَتَكَلَّمْ وَلْيَسْتَظِلَّ وَلْيَقْعُدْ وَلْيُتِمَّ صَوْمَهُ

Ertinya: Abdullah ibn ‘Abbas menceritakan: PAda suatu hari ketika Rasulullah SAW sedang berkhutbah, kelihatan seorang lelaki sedang berdiri (di tengah panas). Baginda lantas bertanya tentang perihalnya. Para sahabat menjawab: “Dia adalah Abu Isra’il yang bernazar untuk berdiri (di tengah panas matahari), tidak mahu duduk, tidak  mahu berteduh, tidak mahu bercakap dan (dia sedang) berpuasa.” Rasulullah lantas bersabda: “Suruhlah dia bercakap (seperti biasa), berteduh, duduk dan sempurnakan puasanya (seperti biasa) (Sahih al-Bukhari).

Tahukah anda, “TEDUH DAN PANAS” biasa dikiaskan sebagai syurga dan neraka oleh Allah dalam al-Quran:

وَمَا يَسْتَوِي الْأَعْمَى وَالْبَصِيرُ (19) وَلَا الظُّلُمَاتُ وَلَا النُّورُ (20) وَلَا الظِّلُّ وَلَا الْحَرُورُ (21)

Ertinya: Dan tidaklah sama orang buta dengan orang yang melihat. Dan tidaklah sama gelap-gelita dengan cahaya yang terang-benderang, Dan tidaklah sama suasana yang “TEDUH DENGAN YANG KENCANG PANASNYA” (Fatir [35:19-21]).

Buta atau celik, gelap atau cahaya dan “TEDUH ATAU PANAS” dalam ayat ini bukan membawa maksud hakiki, sebaliknya menjadi kiasan antara yang baik dan yang buruk (Tafsir al-Qurtubi). Ia dijelaskan oleh ayat lain:

مَثَلُ الْفَرِيقَيْنِ كَالْأَعْمَى وَالْأَصَمِّ وَالْبَصِيرِ وَالسَّمِيعِ هَلْ يَسْتَوِيَانِ مَثَلًا أَفَلَا تَذَكَّرُونَ

Ertinya: Bandingan dua golongan (yang kafir dan yang beriman) itu samalah seperti orang yang buta serta pekak, dengan orang yang celik serta mendengar; kedua golongan itu tidaklah sama keadaannya. (Setelah kamu mengetahui yang demikian) maka tidakkah kamu mahu mengambil peringatan dan insaf? (Hud [11:24]).

Benar! Syurga itu sangat indah teduhnya. Allah sengaja menyebut godaan mendapat teduh dan mengelak panas dalam al-Quran kerana mahu menggalakkan hambaNya terutama sekali orang Arab yang menerima al-Quran pada zaman Rasulullah SAW agar terkecur air liurnya mendengar keindahan teduhan syurga:

مَثَلُ الْجَنَّةِ الَّتِي وُعِدَ الْمُتَّقُونَ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ أُكُلُهَا دَائِمٌ وَظِلُّهَا تِلْكَ عُقْبَى الَّذِينَ اتَّقَوْا وَعُقْبَى الْكَافِرِينَ النَّارُ (35)

Ertinya: Sifat Syurga yang dijanjikan kepada orang yang bertaqwa itu ialah air sungainya sentiasa mengalir di sekitar tamannya; makanannya kekal tidak putus dan “NAUNGANNYA SENTIASA TEDUH.” Itulah kesudahan usaha orang yang bertaqwa, sedang kesudahan usaha orang-orang yang kafir pula ialah neraka (al-Ra’d [13:35]).

Dalam ayat lain Allah juga berfirman:

وَأَصْحَابُ الْيَمِينِ مَا أَصْحَابُ الْيَمِينِ (27) فِي سِدْرٍ مَخْضُودٍ (28) وَطَلْحٍ مَنْضُودٍ (29) وَظِلٍّ مَمْدُودٍ (30)

Ertinya: Dan puak kanan, - alangkah bahagianya keadaan puak kanan itu? Mereka bersenang-lenang di antara pohon bidara yang tidak berduri. Dan pokok pisang yang tersusun rapi buahnya, Dan “TEDUHAN YANG TETAP TERBENTANG”, (al-Waqi’ah [56:27-30]).

Teduhan syurga bukan calang-calang! Panjangnya menjangkau logik manusia. Sabda Rasulullah SAW:

إِنَّ فِي الْجَنَّةِ شَجَرَةً يَسِيرُ الرَّاكِبُ فِي ظِلِّهَا مِائَةَ عَامٍ لَا يَقْطَعُهَا وَاقْرَءُوا إِنْ شِئْتُمْ
{ وَظِلٍّ مَمْدُودٍ }

Ertinya: Dalam syurga ada sejenis pokok yang panjang teduhannya. Jika seorang penunggang berjalan di bawah teduhannya selama 100 tahun pun masih tidak putus teduhannya. Jika kamu mahu (lebih faham), maka bacalah (Firman Allah pada ayat 30 surah al-Waqi’ah): Dan “TEDUHAN YANG TETAP TERBENTANG” (Sahih al-Bukhari & Muslim).

Selepas ini jika hati tergerak mahu melakukan dosa, cubalah barang seketika berdiri di tengah terik sinaran matahari. Semoga panas matahari yang hanya secebis kecil dari bakaran neraka itu dapat “menghanguskan terus rasa jahat mahu melakukan dosa kita.” Saya percaya “terapi panas dan teduh ini” cukup berkesan mendidik jiwa kita. Ya Allah! Bantulah kami untuk berusaha mendapat teduhan syurga di akhirat kelak.

TANYALAH DIRI

"Ketahuilah bahawa Allah selalu mengawasi segala gerakgeri dan tingkah lakumu.
Kerana itu, kerjakanlah yang baik-baik."
(Imam Al- Ghazali)

TANYALAH DIRI

Tanya pada diri, bila kali terakhir aku menangis
mengenangkan dosa-dosa yang pernah aku
lakukan?

Tanya pada diri, bila kali terakhir aku seronok
mengenangkan nikmatnya beribadah di
sepertiga malam?

Tanya pada diri, kenapa aku semakin jauh dari
Allah?

Tanya pada diri, kenapa aku tak lagi rindukan
Rasulullah?

Tanya pada diri, kenapa aku tak lagi membaca
al-Quran, berzikir mengagungkan Allah?

Tanya pada diri, kenapa aku terlalu cintakan
dunia?

Tanya pada diri, kenapa aku tak muhasabah
semua persoalan ini?

Dah tanya pada diri?

~ Peringatan bersama ~

HANYA ALLAH TUHANKU

HANYA ALLAH TUHANKU

Apabila seorang hamba Allah mengalami kesulitan hidup, maka pertama-tama ia cuba mengatasinya dengan upayanya sendiri. Bila gagal ia mencari pertolongan kepada sesamanya, khususnya kepada raja, penguasa, hartawan; atau bila dia sakit, kepada doktor. Bila hal ini pun gagal, maka ia berpaling kepada Khaliqnya, Tuhan Yang Maha Besar lagi Maha Kuasa, dan berdo'a kepada-Nya dengan kerendah-hatian dan pujian. Bila ia mampu mengatasinya sendiri, maka ia takkan berpaling kepada sesamanya, demikian pula bila ia berhasil kerana sesamanya, maka ia takkan berpaling kepada sang Khaliq.

Kemudian bila tak juga memperolehi pertolongan dari Allah, maka dipasrahkannya dirinya kepada Allah, dan terus demikian, mengemis, berdo'a merendah diri, memuji, memohon dengan harap-harap cemas. Namun, Allah Yang Maha Besar dan Maha Kuasa membiarkan ia letih dalam berdo'a dan tak mengabulkannya, hingga ia sedemikian terkecewa terhadap segala sarana duniawi. Maka kehendak-Nya mewujud melaluinya, dan hamba Allah ini berlalu dari segala sarana duniawi, segala aktiviti dan upaya duniawi, dan bertumpu pada rohaninya.

Pada peringkat ini, tiada terlihat olehnya, selain kehendak Allah Yang Maha Besar lagi Maha Kuasa, dan sampailah dia tentang Keesaan Allah, pada peringkat haqqul yaqin (* tingkat keyakinan tertinggi yang diperolehi setelah menyaksikan dengan mata kepala dan mata hati). Bahawa pada hakikatnya, tiada yang melakukan segala sesuatu kecuali Allah; tak ada penggerak tak pula penghenti, selain Dia; tak ada kebaikan, kejahatan, tak pula kerugian dan keuntungan, tiada faedah, tiada memberi tiada pula menahan, tiada awal, tiada akhir, tak ada kehidupan dan kematian, tiada kemuliaan dan kehinaan, tak ada kelimpahan dan kemiskinan, kecuali kerana ALLAH.

Maka di hadapan Allah, ia bagai bayi di tangan perawat, bagai mayat dimandikan, dan bagai bola di tongkat pemain polo, berputar dan bergulir dari keadaan ke keadaan, dan ia merasa tak berdaya. Dengan demikian, ia lepas dari dirinya sendiri, dan melebur dalam kehendak Allah. Maka tak dilihatnya kecuali Tuhannya dan kehendak-Nya, tak didengar dan tak dipahaminya, kecuali Ia. Jika melihat sesuatu, maka sesuatu itu adalah kehendak-Nya; bila ia mendengar atau mengetahui sesuatu, maka ia mendengar firman-Nya, dan mengetahui lewat ilmu-Nya. Maka terkurniailah dia dengan kurnia-Nya, dan beruntung lewat kedekatan dengan-Nya, dan melalui kedekatan ini, ia menjadi mulia, redha, bahagia, dan puas dengan janji-Nya, dan bertumpu pada firman-Nya. Ia merasa enggan dan menolak segala selain Allah, ia rindu dan senantiasa mengingati-Nya; makin mantaplah keyakinannya pada-Nya, Yang Maha Besar lagi Maha Kuasa. Ia bertumpu pada-Nya, memperolehi petunjuk dari-Nya, berbusana nur ilmu-Nya, dan termuliakan oleh ilmu-Nya. Yang didengar dan diingatnya adalah dari-Nya. Maka segala syukur, puji, dan sembah tertuju kepada-Nya.

- Kitab Futuuhul Ghaib, Sheikh Abdul Qadir Al Jailani