Wednesday 23 December 2015

TARBIAH DIRI - SAKIT DAN LUKA







SAKIT DAN LUKA

Sakit dan luka adalah sebahagian daripada perjalanan hidup..
Kadang-kadang ada masanya kita sukar untuk melupakannya 
Sukar untuk move on daripada perkara yang perit yang sudah berlaku..
Segala babak dan watak-watak yang datang dalam hidup kena meninggalkan parut seolah-olah takkan hilang..sering bermain di fikiran..

Ye..bagi org lain..
“Move on jela”
“Redha je la”

Namun tak mudah bagi kita..
Melafazkan aku redha memanglah mudah. Namun sukar bagi kita..
Allah sahaja yang tahu..
Di saat ini..Apa yang kita perlu lakukan ialah cari penawarnya..
Bukan sahaja meninggalkannya dan cuba melupakannya ..tapi cari penawarnya..

Apa penawarnya?
SOLAT!!
DOA!!
BACA AL-QURAN dan DENGAR ORANG BACA AL-QURAN

Jika kita down..rasa sedih dihenyak pilu..
Pasti sukar kadang2 untuk meraih khusyuk di dalam solat..
Jadi..apa yg perlu dilakukan ialah kita berserah segalanya kepada Allah..semasa solat kita anggap bahawa tika itu hnya kita dan Allah sahaja..tkda yg lain..hnya kita dan Allah sahaja di dalam fikiran..berserah sepenuhnya mengharapkan kekuatan darinya..

Doa!!..Mintalah pada Allah..
Di saat itu pasti mudah kamu menangis..jadi jgnlah kamu menangis kerana dunia.. tetapi menangislah kerana Allah menguji kita tanda Allah sayangkan kita . sedangkan kita ..
Sedangkan kita sibuk memikirkan kesedihan dunia yg melanda diri kita..kita alpa..percayalah dunia ini tidak layak untuk ditangisi..

Baca Al-quran..
Berusahalah untuk membacanya..walaupun tergagap..jika tidak ada kelapangan dengarlah orang mengaji..
Hayati kesyahduan alunan al-quran
Rasakan getaran kalimannya..
Hati kita akan kembali mencapai ketenangan dan insyaAllah akan membuka pintu kita untuk Move On..

Semoga Bermanfaat
.
Memikirkan / tercari-cari PERKHIDMATAN WELDING di kawasan TELUK INTAN atau kawasan sekitar yang berhampiran ???
.
.
Antara produk kami :
- PINTU PAGAR ( BUNGA MAS / BIASA )
- GRILL PINTU / TINGKAP
- ATAP AWNING
- SLIDING DOOR ( HOLLOW / BIASA )
- WROUGHT IRON
- STAINLESS STEEL
- PENYIDAI KAIN
- PENUTUP LONGKANG
- DAN KERJA-KERJA BERKAITAN BESI
.
.
Jangan risau... $$$$$ ( harga ) kami boleh berunding
Mungkin kami dapat membantu anda..
*** SYARIKAT BUMIPUTERA
*** SYARIKAT BERDAFTAR DI SSM
.
.
---->>> WHATSAPP sekarang : 012 - 336 0861
---->>> Dwan
.
.
=========================
Banyak info terkini akan kami kongsikan.
https://www.facebook.com/nrzenterprise
https://nrzenterprise.blogspot.com

MENJELANG DETIK KELAHIRAN KEKASIH

MENJELANG DETIK KELAHIRAN KEKASIH

Lagi beberapa detik untuk kita berada di hari keputeraan Baginda Nabi Muhammad s.a.w. Selawat dan restu Allah untuk junjungan kami Baginda Nabi Muhammad s.a.w, Nabi yang mulia, kepada keluarga Baginda dan para sahabat Baginda amnya.
Alhamdulillah, syukur kita kepada Allah kerana hari ini masih dikurniakan nikmat terbesar iaitu nikmat Islam dan nikmat Iman.

Terfikir kembali dengan dua nikmat yang terbesar itu, bagaimana perjuangan dan pengorbanan Baginda Nabi Muhammad s.a.w dalam menyampaikan dan menyebarkan agama Allah yang tercinta ini.
Tidak sanggup kita membayangkan keadaan Nabi di saat baginda dicela, dicaci, dibaling batu, dituduh sebagai pendusta, dicuba untuk dibunuh, belum lagi keadaan diri Baginda Nabi yang sakit, kepala baginda luka, gigi baginda patah, darah mengalir dengan banyak dari muka baginda kerana berjuang di medan perang.

اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍ
 Justeru, mari kita sama-sama menjadikan hari keputeraan Baginda Nabi Muhammad s.a.w sebagai ‘turning point’ atau sebagai ‘starting point’ untuk kita melazimi melakukan kebaikan. Cara yang paling mudah adalah berselawat ke atas baginda Nabi Muhammad s.a.w.

“Barang siapa berselawat kepadaku dalam sehari seratus kali, maka Allah mendatangkan baginya seratus hajat, tujuh puluh untuk akhirat dan tiga puluh untuk dunianya. ” [Riwayat Ibnu Majar dan Jabir]

Sudahkah kita berselawat pada hari ini??

Adakah kita tetap berselawat kepada baginda Nabi s.a.w sehingga ke hari ini??

Sudahkah kita menambah bilangan selawat kita kepada baginda Nabi s.a.w dari sehari ke sehari??
Dari Ka’ab bin ‘Ujrah RA:
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.
“Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah berselawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim, Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia. Ya Allah, Berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” [Riwayat Bukhari dan Muslim]

Jika jawapannya belum, berselawatlah.
Jujur bahawa berselawat keatas baginda Nabi Muhammad s.a.w bukan perkara yang sia-sia.

PERKHIDMATAN WELDING di kawasan TELUK INTAN

PERKHIDMATAN WELDING di kawasan TELUK INTAN
.
.
Memikirkan / tercari-cari PERKHIDMATAN WELDING di kawasan TELUK INTAN atau kawasan sekitar yang berhampiran ???
.
.
Antara produk kami :
- PINTU PAGAR ( BUNGA MAS / BIASA )
- GRILL PINTU / TINGKAP
- ATAP AWNING
- SLIDING DOOR ( HOLLOW / BIASA )
- WROUGHT IRON
- STAINLESS STEEL
- PENYIDAI KAIN
- PENUTUP LONGKANG
- DAN KERJA-KERJA BERKAITAN BESI
.
.
Jangan risau... $$$$$ ( harga ) kami boleh berunding
Mungkin kami dapat membantu anda..
*** SYARIKAT BUMIPUTERA
*** SYARIKAT BERDAFTAR DI SSM
.
.
---->>> WHATSAPP sekarang : 012 - 336 0861
---->>> Dwan
.
.
=========================
Banyak info terkini akan kami kongsikan.
https://www.facebook.com/nrzenterprise
https://nrzenterprise.blogspot.com/

ANEKA RESEPI KETAM

KETAM MASAK CILI BERTELUR



BAHAN-BAHAN :
5 Ekor ketam (di cuci dan di belah 2)
1 Ulas bawang besar (cincang halus)
3 Ulas bawang putih ( cincang halus)
5 sudu besar Cili giling
1/2 cawan air asam
Garam dan gula untuk perasa
1 biji telur ayam (di pukul)

CARA-CARA :
-Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bila dah layu bawang besar tu, masukkan bawang putih, kacau rata..
-Masukkan cili giling, api biar sederhana... bila dah pecah minyak, masuk air asam dan ketam.. tunggu sampai ketam masak, tutup dengan penutup kuali supaya ketam cepat masak..
-Bila dah menidih masukkan garam, gula, gaul rata... agak2 rasa secukupnya, dan ketam pun masak, pecah telur dalam kuah sambal, kacau rata telur dan gaul ke semua bahagian ketam biar bersalut..

.
Sumber : ResepiNasiGoreng
.
.

KETAM KAM HEONG



BAHAN-BAHAN :
1. 1 biji bawang besar - blender
2. 2 Ulas bawang kecik - blender
3. 4 sudu besar udang kering direndam – blender
4. Setangkai daun kari
5. 8 tangkai cili kering yang dipotong kecil
6. 2 sudu besar serbuk kari yang dibancuh dengan sedikit air
7. Sos tiram
8. Kicap pekat
9. Ketam. Haha. Ketam patut nombor satu tadi. Ketam tu goreng separuh masak dulu ye..

CARA-CARA :
1. Tumis bahan kisar sampai garing
2. Masukkkan daun kari dan lada kering yang dipotong tadi tu. Cuci dulu cili kering tu. Buang bijik.
3. Pastu masukkan la serbuk kari yang dibancuh dengan air, sos tiram and kicap pekat
4. Last sekali masukkan ketam.

.
Sumber : ResepiNasiGoreng
.
.

KETAM KUKUS



BAHAN-BAHAN :
- Bawang besar
- Bawang merah
- Bawang putih
- Halia
- Cili padi
- Asam keping
- Serai (diketuk)
- Garam
- Daun bawang (hiasan)




CARA-CARA :
Hiris semua bawang dan halia, serai pula diketuk hingga pecah, then masukkan je semua bahan-bahan tadi (kecuali daun bawang) dan ketam ke dalam loyang atau bekas yang tahan panas. Jangan lupa taburkan garam secukup rasa

.
Sumber : ResepiNasiGoreng
.
.

KETAM MASAK LEMAK CILIPADI


BAHAN-BAHAN :
3 ekor ketam segar
1 batang serai, dititik
1 helai daun kunyit, carikkan
2 cawan santan pekat
1 keping asam gelugor
Bahan untuk kisar halus:
5 biji cili api
2 biji cili merah
1/2 biji bawang besar
1 inci kunyit hidup
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
Secubit belacan
 

CARA-CARA :
 Bersihkan ketam, dan leraikan bahagian kaki yang bersepit. Ketuk kulit ketam dengan lesung batu sehingga kulit sedikit pecah supaya senang dimakan kemudian.
Gaulkan ketam dengan bahan kisar halus dan masak seketika selama lebih kurang 5 minit. Kemudian masukkan pati santan. Boleh juga dicairkan kuah dengan sedikit air jika terlalu pekat.
Perlahankan api dan kacau supaya santan tidak berketul. Masukkan asam keping, serai dan daun kunyit.
Masukkan garam dan gula secukup rasa dan masak sehingga mendidih.

.
Sumber : ResepiNasiGoreng
.
.




KETAM MASAK MERAH

BAHAN-BAHAN :
6 ekor ketam (dibersihkan dan direbus bersama garam dan serai ketuk hingga 3/4 masak & toskan)
2 sudu makan cili giling
sos cili secukupnya
1 sudu makan sos ikan
1 sudu makan sos tiram
sedikit kicap manis
3 helai daun limau purut
sedikit air asam jawa
garam dan gula/madu secukupnya
sedikit hirisan daun sup dan daun bawang
bahan-bahan kisar :
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 labu bawang besar
2 batang serai
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
 

CARA-CARA :
Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi. Kemudian, masukkan cili giling dan tumis lagi hingga pecah minyak.
Masukkan sos cili, sos tiram, sos ikan dan kicap manis. Kacau sebati. Kemudian masukkan air secukupnya.
Apabila sudah mendidih, masukkan ketam, daun limau purut, garam, gula/madu dan air asam jawa. Kacau rata-rata.
Apabila sudah masak, tutupkan api. Taburkan daun sup dan daun bawang. Hidangkan panas-panas
 

.
Sumber : ResepiNasiGoreng
.
.

TAUHU SUMBAT KETAM

BAHAN-BAHAN :

5 keping tauhu
1kg ketam rebus dan ambil isi shj
1 biji bawang besar dicincang kecil
2 ulas bawang putih dicincang kecil
Sedikit daun bawang dan sup di cincang kecil
Sedikit serbuk lada hitam dan lada sula
Garam
2 biji telur
 
CARA-CARA :
Goreng tauhu sedikit kekuningan, tunggu sejuk Lepas tu hancur-hancurkan isi tauhu tersebut.
Untuk intinya, tumis bawang merah dan putih sehingga wangi, masukan ketam yg telah dicincang kecil sehingga masak. Kemudian masukan isi tauhu yg dihancurkan tadi. Tabur kan lada hitam dan lada sulah. Perasakan garamnya. Akhir sebaru dimasukan daun sup dan daun bawang, kacau sekata. tutup api.
Setelah siap bahan inti, sumbatkan inti tersebut kedalam kulit ketam tadi sehingga padat.
Setelah tu pukul 2 biji telur tadi dengan sedikit garam.kulit yg telah disumbat tadi dicelupkan kedalam telur . Kemudian goreng sekali lagi.
Maka siaplah untuk dihidang
.
Sumber : ResepiNasiGoreng
.
.

SINGAPORE CHILI CRAB

BAHAN-BAHAN :
2 ekor ketam saiz besar
2 camca besar sos cili
1 camca besar cuka makan
Garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan air
1 biji telur, dipukul sedikit
6 biji bawang merah*
4 biji cili merah*
1/2 inci belacan*
2 biji buah keras*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*(*dikisar halus)
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Hirisan cili merah, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan

CARA-CARA :
Ketam dibersihkan, kerat kaki2 kecik, buang kulit kerasnya, jangkir ketam diketuk sedikit, ketam tu dikerat dua setiap ekor, kalau nak seko2 pun bolehh...
Lap kering2 dan lumur dengan sedikit garam, goreng dalam minyak panas hingga ketam berubah warn jadi kemerahan. Angkat dan toskan.
Keluarkan minyak dan tinggalkan untuk menumis. Masukkan bahan kisar halus dan sos cili tadi, tumis hingga terbit minyak, guna api sederhana dan kacau selalu. Masukkan cuka, air dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Masukkan ketam, gaul rata dan masak sekejap. Tuang telur tadi disekeliling ketam. Biar sekejap dan gaul rata2 hingga menyaluti ketam tadi. Masak hingga pekat, matikan api. Alih dalam pinggan sesuai dan tabur dengan bahan2 hiasan. Hidangkan segera...
  .
Sumber : ResepiNasiGoreng
.
.

KETAM BLACKPEPPER

BAHAN-BAHAN :
Ketam sekilo – cuci dan salut dengan tepung jagung
1 genggam biji lada hitam -tumbuk
1 biji bawang besar – potong dadu
2 biji bawang putih – potong halus
halia sebesar ibu jari – mayang halus
2 sudu kicap pekat
2 sudu sos tiram
sedikit minyak untuk menggoreng
1 pokok daun bawang
1 pokok daun ketumbar
sedikit air
garam dan gula secukup rasa
 
CARA-CARA :
Goreng ketam sampai masak – jangan overcook nanti isi dia keras dan kering
Dah siap goreng ketam, tumis bawang putih , bawang besar dan halia hingga layu
Bila dah layu, masukkan lada hitam yang telah ditumbuk kacau sebati
Dah sebati masukkan kan kicap dan sos tiram
Kacau dan masukkan sedikit air
rasakan garam dan gula
bila mendidih, masukkan ketam, kacau rata selam 5 minit dan masukkan daun bawang.
Kuah akan pekat sendiri sebab ketam dah digoreng dengan tepung jagung
Bila dah masak, tutup api . Taburkan daun ketumbar.
Sedia dihidangkan
.
Sumber : ResepiNasiGoreng
.
.
GULAI KETAM DENGAN NENAS

BAHAN-BAHAN :

6 ekor ketam
1 biji nenas ~ buang kulit, belah 8, buang empulur tengahnya dan potong sederhana kecil
2 batang serai ~ di titik
2 cm halia ~ di tumbuk atau kisar
2 cm kunyit ~ di tumbuk atau dikisar
15 tangkai cili padi ~ di tumbuk atau di kisar
6 ulas bawang merah ~ di tumbuk atau di kisar
2 ulas bawang putih ~ di tumbuk atau di kisar
400 ml santan pekat
3 helai daun salam
200 ml air
garam secukup rasa

CARA-CARA :
Panaskan minyak
Tumiskan serai
Masukkan bahan yang di kisar atau di tumbuk halus tadi
Tumis hingga harum dan terbit minyak
Tuangkan santan dan air, masak hingga didih sambil di kacau supaya santan tidak pecah minyak
Masukkan ketam dan kacau hingga sebati
Perasakan dengan garam
Akhir sekali masukkan nenas dan masak hingga nenas lembut sedikit.
Angkat dan hidangkan
.
Sumber : ResepiNasiGoreng
.
.
TOMYAM PUTIH KETAM

BAHAN-BAHAN :
Air secukupnya
1 bj Bawang besar, dipotong baji
5 bj Cili Padi, diketuk
1 inci Halia, di ketuk
1 inci Lengkuas, dipotong nipis, diketuk
2 btg Serai, diketuk
2 ulas Bawang putih, diketuk
Beberapa helai Daun limau purut
1 bj limau nipis, di ambil jus
2 ekor Ketam, dibersihkan dan dipotong dua
2 ekor Sotong, di porong bulat
1 sb sos ikan
1/2 batang Lobak merah
50 gm Cendawan tiram
1 bj Tomato
100 gm Bunga Kobis
1 btg Saleri
1/2 sb Susu Pekat manis
Garam secukup rasa




CARA-CARA :
1. Didalam periuk, masukkan air, bahan bahan yang diketuk, bawang dan ketam.
2. Apabila sudah mendidih, masukkan daun limau purut, sos ikan dan garam secukup rasa.
3. Masukkan sayuran (kecuali tomato) dan sotong. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit jus perahan limau nipis. Jangan guna semua kalau sudah cukup rasa.
4. Masukkan susu pekat manis.
5. Apabila sayuran sudah empuk boleh la masukkan tomato. Biarkan seketika dan boleh lah padam kan api.
6. Siap untuk di hidang.

 .
.
KETAM GORENG RANGUP

BAHAN-BAHAN
500 gm ketam - di potong dua jika ketam besar potong 4
secukup serbuk kunyit
secukup garam
Ketam yang di bersihkan di perap sebentar dengan garam dan kunyit
BAHAN 2
Bahan ini di jadikan pes untuk salutan. Bancuh dengan air tidak terlalu pekat
3 tbs tepung gandum
1 tbs tepung beras
secubit garam
air ikut kepekatan
sedikit minyak

CARA-CARA
Panaskan minyak sederhana panas masukan ketam yang telah di perap kunyit kedalam larutan tepung. Salut kesemua ketam dan goreng ketam sehingga garing . Bila kesemua ketam di goreng dengan lebihan minyak gorenglah bawang untuk di taburkan pada ketam.

.
Sumber : AnekaResepiMasakan
.
.

KETAM GORENG TELUR MASIN
 

 BAHAN-BAHAN :
2 ekor Ketam
4 sudu besar Mentega (LiNa Pg gn 25g sahaja)
3 biji Bawang Putih dicincang
6 btg cili padi dipotong
Daun kari lebih kurang setangkai
3 biji telur masin direbus (LiNa Pg 2 biji gn semua sekali)
1/2 tin Susu Cair (LiNa Pg gn 4sudu besar shj)
Sedikit garam dan gula
2 sudu besar tepung jagung
 

CARA-CARA :
Bersihkan ketam dan potong dua. Ketuk-ketuk la sikit bahagian sepit yg keras tu bagi retak. So bila nak mkn nanti senang sikit. Kemudian kukus ketam hingga 3/4 masak. Bila dah masak, celup isi ketam ke dalam air ais dalam 20 saat. Tujuannya untuk elakkan ketam tu overcooked dan isinya kekal pejal.
Lumurkan ketam dengan tepung jagung dan garam. Kemudian goreng seketika. Angkat, toskan dan ketepikan.
Cairkan mentega dalam kuali yang panas, kemudian masukkan bawang putih, cili padi, daun kari, dan telur masin. Kacau-kacau sehingga berbuih. Setelah berbuih masukkan susu cair. Kacau dan kacau lagi biar semuanya sebati. Tunggu sehingga kuah memekat. Bila dah pekat bolehlah rasa dan tambah apa yang perlu. Gula dan garam biar secukup rasa.
Bila kuah dah secukup rasa, masukkan ketam yg telah digoreng tadi. Balik-balikkan biar hingga kuahnya mesra, bersalut dan sebati dengan ketam. Boleh tutup api dan siap untuk dihidang!

.
Sumber : AnekaResepiMasakan
.
.

KETAM MASAM MANIS

BAHAN-BAHAN :
2 ekor ketam - dibersihkan dan dibelah dua
3 sudu bsr cili sos
1/4 cwn cili kering dikisar
2 sudu bsr sos tiram
2 bj bwg besr dihiris
sedikit air
5 helai daun limau purut
sedikit minyak
sedikit kunyit serbuk
sedikit serbuk lada hitam
sedikit garam
sedikit gula
perasa

BAHAN HIRIS :

1 inci halia
3 ulas bawang putih
  

CARA-CARA 
Gaul ketam yang telah dibersihkan dengan sedikit garam,serbuk kunyit serta serbuk lada hitam. Ketepikan.
Panaskan minyak.Goreng ketam setengah masak. Ketepikan.
Dengan minyak yang berbaki masukkan bahan hiris. Goreng sehingga naik bau.
Masukkan cili kering. Biar cili masak. Bila cili dah masak masukkan sos tiram daun limau purut dan sos cili.
Gaul rata. Masukkan juga sedikit air, garam gula serta sedikit perasa. Masukkan ketam yang telah digoreng tadi. Gaul rata.
Biar sos mereneh dan memekat serta meyelaputi ketam tadi. Masukkan bawang besar. Biar bawang sedikit layu dan bolehlah diangkat

.
Sumber : AnekaResepiMasakan
.
.

 JIKA BERMANFAAT silakan "SHARE "
=========================
Banyak info terkini akan kami kongsikan.
https://www.facebook.com/nrzenterprise
https://nrzenterprise.blogspot.com
 

HIMPUNAN DOA UNTUK DIRI SENDIRI SERTA ANAK-ANAK

HIMPUNAN DOA
 
Harus simpan satu album doa khas untuk anak-nak atau untuk diri sendiri jugak .. Nanti senang nak ajar anak-anak syurga kita berdoa.
.
.































Memikirkan / tercari-cari PERKHIDMATAN WELDING di kawasan TELUK INTAN atau kawasan sekitar yang berhampiran ???
.
.
Antara produk kami :
- PINTU PAGAR ( BUNGA MAS / BIASA )
- GRILL PINTU / TINGKAP
- ATAP AWNING
- SLIDING DOOR ( HOLLOW / BIASA )
- WROUGHT IRON
- STAINLESS STEEL
- PENYIDAI KAIN
- PENUTUP LONGKANG
- DAN KERJA-KERJA BERKAITAN BESI
.
.
Jangan risau... $$$$$ ( harga ) kami boleh berunding
Mungkin kami dapat membantu anda..
*** SYARIKAT BUMIPUTERA
*** SYARIKAT BERDAFTAR DI SSM
.
.
---->>> WHATSAPP sekarang : 012 - 336 0861
---->>> Dwan
.
JIKA BERMANFAAT silakan " SHARE "
=========================
Banyak info terkini akan kami kongsikan.
https://www.facebook.com/nrzenterprise
https://nrzenterprise.blogspot.com

RESEPI - DAGING KICAP BERLADA




DAGING KICAP BERLADA
BAHAN-BAHAN :




1/2kg daging ( dipotong )
4 sudu besar kicap pekat
4 sudu besar sos tomato
1 sudu kecil cuka
2 keping asam keping
2 biji bawang besar (dihiris bulat)
½ sudu besar lada hitam (ditumbuk kasar)
2 biji tomato (dipotong empat)

Bahan-bahan untuk dikisar
½ inci halia
10 tangkai cili kering
8 ulas bawang merah
8 ulas bawang putih
Bahan hiasan
2 tangkai daun bawang (dipotong)
2 helai daun salad
3 biji tomato ceri

CARA-CARA :
1) Panaskan ½ cawan minyak masak di dalam kuali.
2) Tumis bahan-bahan yang telah dikisar sehingga naik bau.
3) Setelah itu, masukkan daging dan gaul sehingga sebati. Pastikan api tidak terlalu kuat.
4) Setelah sebati, masukkan ½ cawan air dan gaul lagi.
5) Apabila daging sudah empuk, masukkan pula kicap pekat, sos tomato, cuka dan lada hitam.
6) Bubuh garam secukup rasa dan gaul sehingga daging benar-benar masak.
7) Kemudian, masukkan hirisan bawang besar dan tomato.
8) Akhir sekali, tabur daun bawang sebagai hiasan.
.
.
 Memikirkan / tercari-cari PERKHIDMATAN WELDING di kawasan TELUK INTAN atau kawasan sekitar yang berhampiran ???
.
.
Antara produk kami :
- PINTU PAGAR ( BUNGA MAS / BIASA )
- GRILL PINTU / TINGKAP
- ATAP AWNING
- SLIDING DOOR ( HOLLOW / BIASA )
- WROUGHT IRON
- STAINLESS STEEL
- PENYIDAI KAIN
- PENUTUP LONGKANG
- DAN KERJA-KERJA BERKAITAN BESI
.
.
Jangan risau... $$$$$ ( harga ) kami boleh berunding
Mungkin kami dapat membantu anda..
*** SYARIKAT BUMIPUTERA
*** SYARIKAT BERDAFTAR DI SSM
.
.
---->>> WHATSAPP sekarang : 012 - 336 0861
---->>> Dwan
.
Sumber : DapurImpiana
JIKA BERMANFAAT silakan " SHARE "
=========================
Banyak info terkini akan kami kongsikan.
https://www.facebook.com/nrzenterprise
https://nrzenterprise.blogspot.com