Wednesday 23 December 2015

MAULIDUR RASUL 1437H : PEPERANGAN YANG DISERTAI RASULULLAH

MAULIDUR RASUL  1437H : Peperangan yang disertai Rasulullah
.
.
.
 


Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wassalam telah menyertai beberapa perang semasa hayat baginda.
Perang yang terjadi semasa hayat baginda terbahagi kepada ghazwah (perang yang disertai Nabi) dan sariyah (perang yang tidak disertai Nabi).
Mari sama-sama kita hayati sedikit sebanyak semangat jihad yang ditunjukkan oleh salah seorang sahabat nabi yang tidak asing lagi iaitu Khalid Al-Walid, ikon pahlawan Islam yang tidak pernah kalah dalam peperangan.

Pemuda gagah yang menggegarkan dunia ini lahir pada 592 Masihi. Khalid Al-Walid memeluk Islam selepas Perjanjian Hudaibiyah yang menyaksikan bagaimana seorang panglima perang bakal menempa nama sebagai antara jeneral perang yang tidak pernah kalah dalam peperangan sebaris dengan Alexander The Great dan Genghis Khan.

Diceritakan ketika Khalid Al-Walid sedang tenat di atas katil, Khalid ditemani oleh seorang sahabatnya dan ketika itu, Khalid bertanyakan soalan.

"Lebih daripada ratusan perang aku hadapi. Kenapakah tidak aku syahid dan mati di tengah medan perang dan kenapakah aku mati di atas katil? Aku rindukan syahid di tengah medan perang."

"Tidak Khalid!" tutur sahabat Khalid itu membuatkan kening Khalid terangkat. Mata sahabatnya itu ditenung dalam oleh Khalid, cuba mencari keikhlasan di sebalik tuturannya.

"Kenapa wahai sahabatku?" tanya Khalid dalam nada suara yang lemah. Usianya ketika itu sudah mencecah 58 tahun dan bukan sedikit musuh mati di tangannya, bukan sikit perang dihadapinya.

"Kau kena tahu Khalid bila junjungan besar nabi kita, Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wassalam memberikan gelaran "PEDANG ALLAH" untuk kau Khalid, Bila kau dibunuh oleh musuh Allah, ianya sekaligus bermaksud bahawa pedang Allah telah dirosakkan oleh musuhnya. Allah tidak akan membenarkan perkara itu."

Mari berselawat !!

No comments:

Post a Comment