Tuesday, 22 December 2015

WAHAI PERINDU SYURGA

WAHAI PERINDU SYURGA

Moga kelak kamu akan temui bahagia.

Allah tidak nilai pada banyaknya amal kita
Tapi Allah nilai pada keikhlasan beramal untukNya.

Ramai orang menyangka perubahan itu berlaku secara fizikal.
Sedangkan yang perlu diubati dan diubah adalah hati di dalam jiwa.

Luangkanlah masa untuk kita mendidik jiwa kita
Itulah raja pada setiap anggota badan kita.

Bukankah Nabi S.A.W bersabda, " di dalam diri manusia ada seketul daging. Jika baik daging itu maka baiklah seluruh anggotanya. Jika jahat daging itu maka jahatlah seluruh anggotanya. Ketahuilah bahawa daging itulah hati."

Maka laburkanlah masa kita untuk perbaiki hati kita.
Didiklah ia dengan :

1) jirusan al-Quran - ia mampu membersihkan hati
2) ketengan qiyamullail - ia mampu melapangkan hati
3) menziarahi kubur dan ingati mati - ia akan melembutkan hati yang keras
4) berkawan dengan orang soleh- ia mencegah kita dari berbuat kemungkaran dan maksiat
5) menuntut ilmu - ia memberikan cahaya dan hidayah berterusan dalam kehidupan.

Keburukan akhlak kita bermula dari kepincangan hati kita.

Investlah masa untuk perbaiki hati.
Nescaya anda akan melihat kesannya pada peribadi dan perwatakan anda.

Moga kita dikurniakan hati yang berterusan suci lagi membersihkan !!

No comments:

Post a Comment