Tuesday 12 January 2016

ANTROPOLOGI MAKANAN MELAYU - MAKAN BERALASKAN DAUN PISANG

Antropologi Makanan Melayu - Makan Beralaskan Daun Pisang

A. Makan beralas daun pisang bukannya suatu budaya yang baharu bagi masyarakat Malaysia.Pada zaman sebelum dan selepas Merdeka, orang Melayu di kampung biasa makan berlapik upeh dan daun pisang. Mereka juga membawa bekal yang dibungkus dengan daun pisang semasa bekerja di sawah.

B. Bagi hidangan ini, nasi panas dihidangkan di atas daun pisang bersama aneka sayur-sayuran, pelbagai kuah kari, jeruk serta keropok papadum. Secara tradisinya nasi daun pisang ini merupakan makanan vegetarian bagi masyarakat India. Daun pisang digunakan kerana dipercayai, apabila nasi yang panas dihidangkan di atas daun pisang, ia akan melepaskan satu tindakan dari lapisan atas daun pisang yang dapat membantu sistem penghadaman.

C. Ia juga dapat memupuk semangat setiakawan dan kekeluargaan apabila kita ramai-ramai dapat berkongsi apa sahaja yang dihidangkan. Dengan kata lain, tiada sempadan atas daun pisang.
.
.
 LIKE dan FOLLOW kami , banyak info yang akan kami kongsikan
Jika bermanfaat silakan " SHARE "
===================================================
www.facebook.com / Nrz Enterprise
www.blogger.com / Nrz Santai D'Maya

PERKHIDMATAN WELDING di kawasan TELUK INTAN

Memikirkan / tercari-cari PERKHIDMATAN WELDING di kawasan TELUK INTAN atau kawasan sekitar yang berhampiran
.
.
Antara produk kami :
- PINTU PAGAR ( BUNGA MAS/BIASA )
- GRILL PINTU / TINGKAP
- ATAP AWNING
- WROUGHT IRON
- PENYIDAI KAIN
- PENUTUP LONGKANG
- KERJA KERJA BERKAITAN BESI
.
.
Jangan risau...$$$$(harga) boleh dirunding
Mungkin kami dapat membantu anda
.
.
- Hubungi kami untuk keterangan lanjut :
- Dwan 012 - 336 0861 ( Call / WhatsApp / Sms )
.
.
- Syarikat berdaftar di SSM
- Syarikat Bumiputra
.
LIKE dan FOLLOW kami , banyak info yang akan kami kongsikan

===================================================
www.facebook.com / Nrz Enterprise
www.blogger.com / Nrz Santai D'Maya
.
.



Memikirkan / tercari-cari PERKHIDMATAN WELDING di kawasan TELUK INTAN atau kawasan sekitar yang berhampiran
.
.
Antara produk kami :
- PINTU PAGAR ( BUNGA MAS/BIASA )
- GRILL PINTU / TINGKAP
- ATAP AWNING
- WROUGHT IRON
- PENYIDAI KAIN
- PENUTUP LONGKANG
- KERJA KERJA BERKAITAN BESI
.
.
Jangan risau...$$$$(harga) boleh dirunding
Mungkin kami dapat membantu anda
.
.
- Hubungi kami untuk keterangan lanjut :
- Dwan 012 - 336 0861 ( Call / WhatsApp / Sms )
.
.
- Syarikat berdaftar di SSM
- Syarikat Bumiputra
.
LIKE dan FOLLOW kami , banyak info yang akan kami kongsikan

===================================================
www.facebook.com / Nrz Enterprise
www.blogger.com / Nrz Santai D'Maya

PETUA UNTUK MENGELAK KUCING BERAK MERATA

Petua Untuk Mengelak Kucing Berak Merata.

a. Kucing memiliki sifat 'this is my territory' yakni di mana kawasan yang dia sudah tandakan, di situlah kawasan yang akan dia lalui setiap hari. Kawasan yang ditanda samada tempat untuk dia makan, tempat tidur, tempat bersantai, tempat bermain dan tempat membuang najis.


b. Kucing akan membuang najisnya di tempat yang sunyi. Ia akan berak di kawasan sunyi seperti sebelah/belakang peti ais, sebelah meja/sofa, sudut-sudut yang manusia tidak lalui dan tempat gelap. Kadang-kadang kucing juga berak atas pakaian dan permaidani.

c. Sekiranya kucing anda berak di tempat yang tidak sepatutnya, buang najis tersebut dan cuci tempat yang kotor dengan sabun dan air bersih sehingga hilang bau dan warnanya. Selepas itu, ambil cuka dan
semburkan cuka tersebut di tempat yang sudah dibersihkan.

d. Kemudian, belai kucing anda dan bermain dengannya. Ia bertujuan agar tahap angin dalam badan anda menurun gara-gara terhidu bau najis yang 'wangi'.

e. Sekiranya anda ingin kucing tadi berak di bilik mandi, calitkan sedikit pada tepi mangkuk tandas or lantai tandas. Pastikan tempat itu tidak ada orang ramai. Perhatikan jika kucing hendak membuang lagi, bawa kucing itu ke tempat yang sudah dicalitkan sambil sapu-sapu belakang atas bontot kucing di sebelah ekor.

f. Jika anda menggunakan “litterbox” pula, pastikan ia diletak di kawasan yang tersorok dan letak najisnya dalam litterbox tersebut dan alaskan dengan carpet, kain atau surat khabar lama. Ia bertujuan agar kawasan itu tidak kotor. Sebab, kucing anda akan kais-kais 'tanah tiruan' dalam “litterbox” tersebut..
.
.
 LIKE dan FOLLOW kami , banyak info yang akan kami kongsikan
Jika bermanfaat silakan " SHARE "
===================================================
www.facebook.com / Nrz Enterprise
www.blogger.com / Nrz Santai D'Maya

PETUA BERSIHKAN KERANG

PETUA BERSIHKAN KERANG

Kerang sukar dibersihkan kerana berpasir.

Petua untuk membersihkannya:
Ambil beberapa batang serai lalu ditumbuk tetapi jangan sehingga hancur. Rendam dengan air sama cukup dengan kerang. Gaul dengan tangan. Biarkan selama 10 minit dan tos. Anda akan dapati kulit kerang akan lebih bersih.

Petua : Untuk mudah kopek kerang:
Macam mana caranya? Ok, semasa anda hendak rebus kerang tu campurkan sedikit minyak masak dalam anggaran satu sudu makan. Dengan cara ini, kulit kerang itu akan terbuka sedikit dan mudahlah anda mengopek dan mengeluarkan isi kerang tu...Ok, Selamat mencuba!
.
.
LIKE dan FOLLOW kami , banyak info yang akan kami kongsikan
Jika bermanfaat silakan " SHARE "
===================================================
www.facebook.com / Nrz Enterprise
www.blogger.com / Nrz Santai D'Maya

RESEPI IKAN CENCARU SUMBAT SAMBAL

IKAN CENCARU SUMBAT SAMBAL

4 ekor ikan cencaru ~ siang, cuci bersih dan belah belakangnya
sedikit garam
sedikit kunyit
minyak untuk mengoreng

Bahan Sambal di kisar atau di tumbuk

5 tangkai cili kering ~ buang biji dan rendam hingga lembut
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 inc belacan bakar
1 inc halia
1 sudu besar jus asam jawa
1 batang serai

1 sudu besar gula pasir atau gula Melaka
garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis

Ikan cencaru, di siang tetapi jangan belah bahagian perut, belah bahagian belakang antara kedua-dua belah tulang.
gaulkan dengan garam dan kunyit ketepikan

Dalam kuali, panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan kisar hingga harum
Perasakan dengan garam dan gula dan masak hingga sambal pekat dan kering.
Angkat dan sejukkan

.
.
 
LIKE dan FOLLOW kami , banyak info yang akan kami kongsikan
Jika bermanfaat silakan " SHARE "
===================================================
www.facebook.com / Nrz Enterprise
www.blogger.com / Nrz Santai D'Maya

MASA KECIL YANG BAHAGIA PENUH NOSTALGIA

Masa Kecil Bahagia ( Mengimbau kenangan di desa zaman kanak-kanak yang penuh nostalgia tanpa gajet )

Mungkin tidak semua orang merasakan masa kecil yang bahagia,beruntung buat kita bagi anak-anak seperti kita yang pernah main bola di lumpur.. :-D

























DOA IFTITAH MERUPAKAN SEBAHAGIAN SUNAT HAIAH DALAM SEMBAHYANG

Doa iftitah merupakan sebahagian sunat Haiah dalam sembahyang. Sembahyang yang tiada sunat haiah sepertilah manusia yang tidak berjangut, tiada alis mata, tiada bula mata, tiada rambut dan sebagainya: Sabda Rasulullah SAW : "Tiadalah sempurna seorang manusia sehingga dia bertakbir, memuji Allah Jalla Wa'azza, menyanjungiNya dan dia membaca apa-apa (ayat) yang mudah daripada al-Quran".

Jika kita tidak menghayatinya hati akan lalai kepada perkara lain, kita mesti tumpukan kepada apa yang dibaca dan disebut oleh lidah. bila kita bertakbir, lidah menyebut allah Maha Besar, manakala hati pula mesti turut membesarkan Allah. Berdustalah jika pada ketika itu hati memandang kepada yang lain lebih besar daripada Allah atau membiarkan hawa nafsu menguasai jiwa. Jika berlaku juga begitu kita hendaklah segera bertaubat dan beristghfar mengharap ampunan Allah.

Begitulah juga semasa membaca doa iftitah, bila kita berkata, terjemahannya: "Aku menghadapkan wajahku kepada (Tuhan) yang menjadikan langit dan bumi"

Kita hendaklah sedar bahawa bukan wajah zahir yang dihadapkan kepada Allah kerana Allah itu tidak bertempat tetapi wajah batin (hati) mesti dihadapkan kepada Allah sahaja. ertinya hati tidak berpaling kepada perkara lain selain Allah. kita mesti memusatkan tujuan dan tumpuan kita kepada Allah semata-mata. sepatutnya kita merasa malu kepada Allah, kalau lidah berkata menghadap Allah tetapi hati kita mengingatkan benda selainNya.

Seterusnya apabila membaca: Maksudnya: "Dalam keadaan cenderung dan berserah"
Kita telah mengaku bahawa kita berserah diri kepada Allah, suka kepada kebaikan dan kesejahteraan. jika kita mengaku muslim, ertinya kaum muslim sekeliannya selamat daripada bencana lidah dan tangan kita. jika diluar sembahyang berlaku sebaliknya, jadilah kita seorang pendusta. waliyazubillah.

Begitulah juga kita berkata: "....Dan tiadalah aku daripada golongan orang-orang musyrikin"
Ketika kita faham di dalam hati bahawa kita bukan golongan musyrikin dan kita memelihara diri dari syirik tersembunyi. Ertinya hati berwaspada daripada memuja-muja manusia dan selain Allah, niat dan tumpuan hanya kepada Allah. Kita patut malu dan takut jadi syirik walau sedikit kerana kita telah mendakwa kita bukan golongan musyrik.

Seterusnya kita membuat pengakuan yang bermaksud: "Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidupku dan matiku kerana Allah Tuhan seru sekelian alam"

Ketika ini hendaklah sedar bahawa kita telah berada di hadapan Tuhan. Kita telah mengaku sebagai hamba, tiada apa pada kita, segalanya kita buat untuk Allah dan mengharapkan keredhaanNya. kita sedar bahawa Allah menguasai hidup dan mati kita tidak sepatutnya kita buat sesuatu kerana kepentingan diri dan membelakangi Allah.

Seterusnya kita mengaku bahawa tiada sekutu bagi Allah dan kita adalah orang yang menyerah diri. Hati yang menghayati apa yang diucapkan akan merasa rendah diri apabila berhadapan dengan Allah dan menetapkan hati kepada Allah.

Semoga kita membaca doa iftitah dengan memahami dan menghayati serta mengkhusukkan sembahyang kita...
.
.
LIKE dan FOLLOW kami , banyak info yang akan kami kongsikan
Jika bermanfaat silakan " SHARE "
===================================================
www.facebook.com / Nrz Enterprise
www.blogger.com / Nrz Santai D'Maya