Tuesday 12 January 2016

ANTROPOLOGI MAKANAN MELAYU - MAKAN BERALASKAN DAUN PISANG

Antropologi Makanan Melayu - Makan Beralaskan Daun Pisang

A. Makan beralas daun pisang bukannya suatu budaya yang baharu bagi masyarakat Malaysia.Pada zaman sebelum dan selepas Merdeka, orang Melayu di kampung biasa makan berlapik upeh dan daun pisang. Mereka juga membawa bekal yang dibungkus dengan daun pisang semasa bekerja di sawah.

B. Bagi hidangan ini, nasi panas dihidangkan di atas daun pisang bersama aneka sayur-sayuran, pelbagai kuah kari, jeruk serta keropok papadum. Secara tradisinya nasi daun pisang ini merupakan makanan vegetarian bagi masyarakat India. Daun pisang digunakan kerana dipercayai, apabila nasi yang panas dihidangkan di atas daun pisang, ia akan melepaskan satu tindakan dari lapisan atas daun pisang yang dapat membantu sistem penghadaman.

C. Ia juga dapat memupuk semangat setiakawan dan kekeluargaan apabila kita ramai-ramai dapat berkongsi apa sahaja yang dihidangkan. Dengan kata lain, tiada sempadan atas daun pisang.
.
.
 LIKE dan FOLLOW kami , banyak info yang akan kami kongsikan
Jika bermanfaat silakan " SHARE "
===================================================
www.facebook.com / Nrz Enterprise
www.blogger.com / Nrz Santai D'Maya

No comments:

Post a Comment