Tuesday 19 January 2016

ENGKAU TIDAK PERNAH TAHU!



ENGKAU TIDAK PERNAH TAHU!
==========================

Kadang bingung juga aku. Cuba berbuat baik, dituduh cuba menunjuk baik. Menyebut-nyebut nama Allah, dituduh mempermainkan kalimah. Cuba menyebar kebaikan dituduh gila perhatian. Mahu popular. Mahu disanjung. Mahu itu dan mahu ini. 

Hati tertanya-tanya. Engkau tahu apa? Lebih tepat lagi.. sebenarnya engkau mahu apa? Engkau mahu aku duduk diam memangku tangan dan jangan lagi bicara soal kebaikan?

Engkau mahu aku ralit menilik cermin hingga Izrail memberi salam lalu menyentap nyawaku dengan kejam? Engkau mahu aku kembali menemui Allah, menyerah pasrah dengan amalan yang kosong dan dosa yang tidak terhitung?

Dengar sini! Ini pengakuanku. Aku sendiri tidak tahu apa yang ku buat ini diterima sebagai amalan atau hanya mengundang kemurkaan Tuhan. Tapi jujur.. aku cuma mahu berusaha. Aku cuma tidak mahu duduk-duduk saja sekadar menunggu berakhirnya nyawa. Aku mahu mengisi perca masa dan reja usia yang ada mengumpul bekalan untukku bawa.. sekadar yang aku terdaya.

Sungguh! Aku menganggap apa yang ku rasa ini amanah yang perlu ku sampaikan. Meski pun ia tidak memberiku sebarang kebaikan, tapi ia tetap suatu kebaikan yang perlu ku sebarkan!

Barangkali engkau tidak mendapat faedah daripadanya hingga engkau tergamak menghina. Tapi bukankah di sana ada dia dan mereka? Barangkali ada yang memerlukannya!

Kalau engkau menganggap aku ini si pengemis yang kotor dan pengotor, maka adakah bagimu aku hanya layak duduk diam di tepi tong sampah, mengutip segala sisa makanan yang dibuang, untuk ku makan sehingga kenyang?

Apa engkau fikir si pengemis ini tidak boleh bekerja menghantar sebuku roti demi membeli sesuap nasi dengan usahanya sendiri?

Jangan bimbang! Bukankah roti itu sudah berbungkus cantik? Tidak ada yang akan keracunan kerana roti itu selamat dalam bungkusan. Tangan kotor ini tidak akan mencemarkan isinya!

Beristighfarlah! Barangkali fikiranmu yang dicemari prasangka. Melihat secebis usaha kebaikan pantas saja kau sandarkan kepada keburukan. Berhentilah menuding jari dan belajarlah melihat dirimu sendiri.

Dari berkata-kata yang membuahkan dosamu, lebih baik engkau mendoakan aku. Bukankah kebaikan dari doa itu akan kembali padamu?

Sudahlah. Berhenti mengadili aku kerana engkau tidak tahu apa yang ada dalam hatiku. Sungguh. Engkau tidak pernah tahu!
.
.
 LIKE dan FOLLOW kami , banyak info yang akan kami kongsikan
Jika bermanfaat silakan " SHARE "
Coretan Bonda Nor
===================================================
Facebook / Nrz Enterprise
Blogger / Nrz Santai D'Maya

RESEPI TELUR DADAR SEDAP





TELUR DADAR SEDAP
=================
.
BAHAN-BAHAN :
- 2 biji telur
- Garam (secukup rasa)
- Cili (dipotong)
- Bawang besar (dihiris)
- Mayonis
- Minyak
.
CARA-CARA :
- Pertama, pecahkan telur ke dalam mangkuk kemudian letakkan secubit garam.
- Kedua yang juga rahsia untuk menjadikan telur dadar gebu adalah mayonis. Masukkan mayonis ke dalam mangkuk dan kacau sehingga sebati. Pastikan mayonis anda telah berada dalam suhu bilik kerana jika sejuk ia akan menyebabkan mayonis berketul.
- Kemudian masukkan cili yang dipotong dan bawang besar. Anda juga boleh menambah bahan lain seperti udang, daging ataupun isi ayam. Kacau semula untuk dua minit.
- Panaskan minyak terlebih dahulu dan selepas kuali sudah panas tuangkan perlahan-lahan ke dalam kuali.
- Apabila lapisan bawah sudah sedikit masak, terbalikkan telur tersebut ke bahagian yang lagi satu.
- Hidangkan bersama nasi putih bersama sup atau dimakan begitu sahaja.
.
.
LIKE dan FOLLOW kami , banyak info yang akan kami kongsikan
Jika bermanfaat silakan " SHARE "
===================================================
Facebook / Nrz Enterprise
Blogger / Nrz Santai D'Maya

RESEPI SOTONG SUMBAT KELAPA



SOTONG SUMBAT KELAPA
======================
.
BAHAN-BAHAN :
2 ekor sotong yg besar
1/2 biji kelapa parut - ambil putih sahaja
1 batang serai - dikisar
1 sudu teh jintan manis
1 inc halia - dikisar
5 tangkai cili kering - direndam hingga lembut dan dikisar
4 ulas bawang merah - dikisar
4 ulas bawang putih - dikisar
secubit garam
sedikit air asam jawa

.
CARA-CARA :
Sotong dicuci tetapi jgn dibuang kepalanyer.
Cili kering, serai, halia, bawang merah dan bawang putih dikisar halus. Kemudian gaulkan dgn kelapa parut. Tambahkan air asam, garam dan serbuk jintan manis. kacau rata.
Setelah itu sumbatkan kedalam sotong kemas2 dan masukkan semula kepala sotong dan disemat semula kemas2 dgn lidi. Ketepikan
.
KUAH SOTONG
=============
.
BAHAN-BAHAN :
1 gengam cili kering - direndam hingga lembut dan dikisar
1/2 cawan santan pekat
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 batang serai - dititik
3 helai daun limau perut dihiris
1 helai dau kunyit - dimayang halus
sedikit belacan
sedikit air asam
garam dan gula secukup rasa
.
CARA-CARA :
Kisar cili kering, bawang merah, bawang putih dan belacan. Kemudian tumis dalam kuali hingga garing dan harum. Masukkan serai yg dititik. dan masak hingga kuah agak kering. Kemudian masukkan santan pekat dan air asam. Biaria didih. masukkan daun limau perut, daun kunyit, garam dan gula secukup rasa. Setelah kuah didih dan pecah minyak masukkan sotong dan masak lagi hingga sotong benar2 masak dan empuk. Biarkan hingga kuahnyer pekat sedikit. Setelah sesuai rasanyer bolehlah diangkat dan dihidangkan.
.
.
LIKE dan FOLLOW kami , banyak info yang akan kami kongsikan
Jika bermanfaat silakan " SHARE "
===================================================
Facebook / Nrz Enterprise
Blogger / Nrz Santai D'Maya
.

PETUA SURI RUMAH UNTUK MEMBELI BELAH

PETUA SURI RUMAH UNTUK MEMBELI BELAH
======================================

1. Beli sayur-sayuran dan buah-buahan dari ladang organik (menggunakan baja organik / kompos dan tanpa racun makhluk perosak).

2. Beli makanan segar. Makanan sejuk beku menggunakan 10 kali ganda tenaga untuk dihasilkan.

3. Beli produk keluaran tempatan. Ia menjimatkan bahan api dan mengurangkan pelepasan karbon dioksida yang keluar semasa proses penghantaran.

4. Beralih ke barangan yang boleh digunakan semula. Ini mengurangkan barang buangan dan menjimatkan sumber tenaga. Lampin pakai buang adalah bahan yang tidak boleh lupus dengan sempurna.

5. Jangan beli barang-barang yang diperbuat daripada haiwan atau tumbuhan terancam bagi mengekalkan biodiversiti yang menjamin keseimbangan alam sekitar.

6. Bawa bekas mengisi makanan sendiri apabila membeli makanan untuk dibawa pulang. Ini akan mengurangkan penggunaan bekas "styrofoam" yang tidak boleh lupus.

7. Rancang pembelian untuk mengelakkan daripada membeli barangan yang tidak perlu. Cara ini juga akan membantu anda untuk berjimat.

8. Rancang tempat untuk membeli belah bagi menjimatkan bahan api dan masa. Belilah barang keperluan dengan sekali pergi sahaja. Sebaik-baiknya kurangkan memandu bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas atau berjalanlan untuk mengurangkan pencemaran udara.

9. Bertukar kepada petrol tanpa plumbum. Ia mengurangkan pelepasan plumbum ke atmosfera.

10. Pilih peralatan bebas kloroflorokarbon (CFC) serta mesra alam yang menjimatkan tenaga. CFC boleh memusnahkan lapisan ozon dan menyebabkan pemanasan global.

11. Sewa/pinjam barang yang jarang digunakan. Menyewa lebih menjimatkan ruang penyimpanan barang dan wang.

12. Beli barangan terpakai seperti buku, perabot, peralatan memasak dan lain-lain. Ia merupakan salah satu amalan penggunaan semula.

13. Bawa beg sendiri untuk membeli-belah. Beg plastik tidak boleh dilupuskan dan mengambil masa antara 150 sehingga 500 tahun untuk diuraikan.

14. Gunakan bateri yang dicaj semula dan tanpa cadmium untuk semua peralatan elektronik yang memerlukan bateri.

15. Pilih barang yang kurang menggunakan bungkusan bagi mengurangkan sisa pepejal.
Membeli barangan secara pukal dan yang boleh diisi semula kandungannya lebih murah dan menjimatkan pembungkusan.

16. Fikir dahulu sebelum membeli. Beli apa yang anda perlu dan bukan yang anda mahu.

17. Lakukan pembelian secara atas talian (online) untuk mengurangkan kos pengangkutan. Akan tetapi, berhati-hati semasa melakukan pembelian secara atas talian dan elakkan diri anda dari ditipu.

18. Beli barangan yang diperbuat daripada kertas atau bahan kitar semula.
.
.
 LIKE dan FOLLOW kami , banyak info yang akan kami kongsikan
Jika bermanfaat silakan " SHARE "
===================================================
Facebook / Nrz Enterprise
Blogger / Nrz Santai D'Maya

PERKHIDMATAN WELDING di kawasan TELUK INTAN

Memikirkan / tercari-cari PERKHIDMATAN WELDING di kawasan TELUK INTAN atau kawasan sekitar yang berhampiran
==================================================
.
Antara produk kami :
- PINTU PAGAR ( BUNGA MAS/BIASA )
- GRILL PINTU / TINGKAP
- ATAP AWNING
- WROUGHT IRON
- PENYIDAI KAIN
- PENUTUP LONGKANG
- KERJA KERJA BERKAITAN BESI
.
.
Jangan risau...$$$$(harga) boleh dirunding
Mungkin kami dapat membantu anda
.
.
- Hubungi kami untuk keterangan lanjut :
- Dwan 012 - 336 0861 ( Call / WhatsApp / Sms )
.
.
- Syarikat berdaftar di SSM
- Syarikat Bumiputra
.
LIKE dan FOLLOW kami , banyak info yang akan kami kongsikan
===================================================
Facebook / Nrz Enterprise
Blogger / Nrz Santai D'Maya


Memikirkan / tercari-cari PERKHIDMATAN WELDING di kawasan TELUK INTAN atau kawasan sekitar yang berhampiran
==================================================
.
Antara produk kami :
- PINTU PAGAR ( BUNGA MAS/BIASA )
- GRILL PINTU / TINGKAP
- ATAP AWNING
- WROUGHT IRON
- PENYIDAI KAIN
- PENUTUP LONGKANG
- KERJA KERJA BERKAITAN BESI
.
.
Jangan risau...$$$$(harga) boleh dirunding
Mungkin kami dapat membantu anda
.
.
- Hubungi kami untuk keterangan lanjut :
- Dwan 012 - 336 0861 ( Call / WhatsApp / Sms )
.
.
- Syarikat berdaftar di SSM
- Syarikat Bumiputra
.
LIKE dan FOLLOW kami , banyak info yang akan kami kongsikan
===================================================
Facebook / Nrz Enterprise
Blogger / Nrz Santai D'Maya


 Memikirkan / tercari-cari PERKHIDMATAN WELDING di kawasan TELUK INTAN atau kawasan sekitar yang berhampiran
==================================================
.
Antara produk kami :
- PINTU PAGAR ( BUNGA MAS/BIASA )
- GRILL PINTU / TINGKAP
- ATAP AWNING
- WROUGHT IRON
- PENYIDAI KAIN
- PENUTUP LONGKANG
- KERJA KERJA BERKAITAN BESI
.
.
Jangan risau...$$$$(harga) boleh dirunding
Mungkin kami dapat membantu anda
.
.
- Hubungi kami untuk keterangan lanjut :
- Dwan 012 - 336 0861 ( Call / WhatsApp / Sms )
.
.
- Syarikat berdaftar di SSM
- Syarikat Bumiputra
.
LIKE dan FOLLOW kami , banyak info yang akan kami kongsikan
===================================================
Facebook / Nrz Enterprise
Blogger / Nrz Santai D'Maya

Memikirkan / tercari-cari PERKHIDMATAN WELDING di kawasan TELUK INTAN atau kawasan sekitar yang berhampiran
==================================================
.
Antara produk kami :
- PINTU PAGAR ( BUNGA MAS/BIASA )
- GRILL PINTU / TINGKAP
- ATAP AWNING
- WROUGHT IRON
- PENYIDAI KAIN
- PENUTUP LONGKANG
- KERJA KERJA BERKAITAN BESI
.
.
Jangan risau...$$$$(harga) boleh dirunding
Mungkin kami dapat membantu anda
.
.
- Hubungi kami untuk keterangan lanjut :
- Dwan 012 - 336 0861 ( Call / WhatsApp / Sms )
.
.
- Syarikat berdaftar di SSM
- Syarikat Bumiputra
.
LIKE dan FOLLOW kami , banyak info yang akan kami kongsikan
===================================================
Facebook / Nrz Enterprise
Blogger / Nrz Santai D'Maya

RESEPI NASI GORENG PATTAYA



NASI GORENG PATTAYA
====================

BAHAN-BAHAN:


1 mangkuk nasi
1 labu bawang besar – dimayang halus
3 ulas bawang putih – dimayang halus
1 genggam sayur campur
1 ketul dada ayam – hiris nipis
3 biji cili padi/3 sudu cili kering
1 kiub pati ayam
Sedikit minyak
Sedikit garam
4 biji telur


CARA-CARA:
1. Tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili sehingga naik bau.
2. Masukkan dada ayam yang dihiris nipis, kiub pati ayam, garam dan sayur campur.
3. Gaul semua bahan kemudian masukkan nasi. Setelah siap menggoreng nasi, ketepikan.
4. Pukul telur, campur secubit garam dan buat seperti telur dadar. Perlahankan api.
5. Gunakan non-stick pan besar lebih mudah. Dadarkan telur senipis mungkin. Setelah telur agak masak, letakkan nasi goreng tadi di tengah-tengah dan bungkuskan.
6. Telangkupkan atas pinggan, maka siap! Bolehlah letakkan sos.

.
.
 
LIKE dan FOLLOW kami , banyak info yang akan kami kongsikan
Jika bermanfaat silakan " SHARE "
===================================================
Facebook / Nrz Enterprise
Blogger / Nrz Santai D'Maya

SEJARAH AWAL NO PLAT DI MALAYSIA



SEJARAH AWAL NO PLAT DI MALAYSIA
================================
Sejarah pendaftaran kenderaan bermula selepas British
datang ke Tanah Melayu menjelang Perang Dunia Pertama.
Pemberian nombor plat A B C D dan lain-lain ditentukan
berdasarkan kemampuan penduduk di sesebuah negeri untuk
memiliki kenderaan.


Kenapa Perak bermula dengan A ?
Plat kenderaan di Perak bermula dengan huruf A kerana
ketika itu, penduduk Perak merupakan orang pertama yang
mampu untuk memakai kereta dan Perak juga mencatatkan
jumlah pemilikan kenderaan paling tinggi ketika itu. Ketika
itu, Perak lebih maju berbanding negeri-negeri lain kerana
adanya bijih timah.


Kebanyakannya kereta yang dipakai di negeri ini bukanlah
dari penduduk tanah melayu itu sendiri tetapi dipakai oleh
pemerintah British bertugas di Perak.


Pada tahun 1914, jalan raya dibina menghubungkan ke Kinta
membuatkan penggunaan kereta semakin meluas.


Berdasarkan penentuan sebegitu maka dapat dikatakan
bahawa negeri kedua yang memiliki kereta ialah Selangor
(Plat B) di ikuti oleh Pahang (Plat C) dan Kelantan (Plat D).


Penentuan plat kenderaan selepas itu kemudiannya diubah
berdasarkan huruf permulaan sesebuah negeri.
Plat lesen kenderaan di Malaysia bermula dengan huruf
tertentu mengikut negeri/fungsi.


Permulaan Huruf Pendaftaran Kenderaan Mengikut Negeri :


A = Negeri Perak


B = Selangor


C = Pahang


D = Kelantan


E = Sabah-Sebelum tahun 1980-an

EJ: Jesselton (Sekarang Kota Kinabalu sejak 1968)
ES: Sandakan
ET: Tawau
ED: Lahad Datu
EU: Keningau
EK: Kudat
EL: Labuan

F = -tiada-

G = -tiada-

H = Teksi

I = -tiada-

J = Johor

K = Kedah

KV = Langkawi

L = Labuan

M = Melaka

N = Negeri Sembilan

O = -tiada-

P = Pulau Pinang

Q = Sarawak
QA dan QK: Kuching
QB: Sri Aman
QC: Samarahan
QL: Limbang
QM: Miri
QP: Kapit
QR: Sarikei
QS: Sibu
QT: Bintulu

R = Perlis

S = Sabah, dulu E
SA: Kota Kinabalu
SB: Beaufort
SD: Lahad Datu
SK: Kudat
SS: Sandakan
ST: Tawau
SU: Keningau

T = Terengganu

U = -tiada-
V = -tiada-

W = Kuala Lumpur
X = -tiada-
Y = -tiada-

Z = Tentera
Z: Pemerintah Tertinggi Tentera Malaysia
ZA ke ZD: Tentera
ZL: Tentera Laut Malaysia
ZU: Tentera Udara Malaysia
ZZ: Kegunaan staf Kementerian Pertahanan
Malaysia

JMF: Askar Timbalan Setia Negeri Johor
pengetahuan am...
.
.
 LIKE dan FOLLOW kami , banyak info yang akan kami kongsikan
Jika bermanfaat silakan " SHARE "
===================================================
Facebook / Nrz Enterprise
Blogger / Nrz Santai D'Maya

ANTTOPOLOGI MAKANAN MELAYU - KEROPOK LEKOR


ANTTOPOLOGI MAKANAN MELAYU - KEROPOK LEKOR
==============================================

a. Keropok lekor atau keropok batang merupakan sejenis makanan tradisional pantai timur Semenanjung Malaysia, khususnya di Terengganu. Keropok ini diperbuat daripada isi ikan laut dan campuran sagu dan sedikit garam. Terdapat juga keropok yang dicampurkan dengan tepung kanji. Keseluruhan ramuan tersebut akan diuli dan digentel panjang bertali, sebelum direbus di dalam air panas.

b. Kandungan ikan yang tinggi menjadikan keropok lekor sebagai makanan berprotin tinggi yang kaya dengan iodin semulajadi. Keropok lekor boleh dimakan segar sebaik sahaja diangkat dengan dicicah air lada (sos cili) yang pedas. Pada masa ini, pembuatan keropok lekor telah pun tersohor di beberapa negeri lain selain Terengganu.

c. Keropok lekor biasanya tidak tahan lama. Bagaimanapun, sekiranya hendak disimpan dengan lebih lama, keropok lekor hendaklah dibalut dengan plastik dan diletakkan di tempat sejuk beku bagi mengelakkan baunya mencemari makanan lain. Apabila hendak dimakan, ia perlu dibasuh dan direbus semula dengan air yang dicampurkan sedikit garam, sekiranya tidak keropok berasa tawar.

d. Selain daripada dimakan segar, keropok lekor juga boleh dipotong pendek dan digoreng sekali lagi bagi menghasilkan keropok yang lebih rangup. Keropok lekor yang dicampur dengan tepung kanji biasanya lebih rangup apabila digoreng, tetapi akan bertukar menjadi liat apabila sudah sejuk. Keropok lekor yang menggunakan campuran sagu tidak akan menjadi liat walaupun ia sudah sejuk selepas digoreng.

e. Keropok lekor juga boleh diproses dengan lebih lanjut untuk dijadikan keropok keping. Keropok lekor yang telah direbus akan dipotong nipis-nipis dan dijemur untuk dijadikan kepingan keropok kering yang dikenali sebagai keropok keping. Keropok keping ini akan menjadi kembang apabila digoreng dalam minyak yang panas dan ia amat sedap apabila dimakan dengan sos cili.
.
.
 LIKE dan FOLLOW kami , banyak info yang akan kami kongsikan
Jika bermanfaat silakan " SHARE "
===================================================
Facebook / Nrz Enterprise
Blogger / Nrz Santai D'Maya

POTONG RAMBUT DAN KUKU KETIKA HAID



"Soalan ini selalu ditanya pada guru-guru agama dan sudah dijawab dengan jelas sekali. Namun saya cuba menjelaskan sekali lagi dalam ruangan ini. Semoga Allah Taala menguatkan iman kita untuk beramal dengan yakin selepas ini tanpa mempersoalkan hukum-hukum ranting ini kerana banyak lagi perkara asas yang belum kita ketahui.

Dalam surah al-Baqarah ayat 222, Allah SWT berfirman yang bermaksud: Dan mereka bertanya kepadamu (Muhammad) tentang haid. Katakanlah ia adalah suatu yang kotor. Kerana itu jauhilah (jangan menggauli) isteri pada waktu haid...”
Dalam buku ‘al-Fiqh 'Ala al-Mazahib al-Arba'ah (Fekah menurut Keempat Mazhab) mengemukakan: “Yang haram bagi seorang yang sedang dalam keadaan junub (termasuk datang bulan) untuk dia kerjakan adalah amalan-amalan keagamaan yang bersyarat dengan adanya wuduk seperti solat sunat dan wajib.”

Justeru, kita mengetahui tidak disyaratkan adanya wuduk untuk memotong rambut atau kuku. Dengan penjelasan di atas, dapat difahami bahawa tidak ada larangan (dalam erti kata haram) untuk membuang rambut yang gugur dan memotong kuku seperti mana yang saudari tanyakan.

Mungkin orang yang melarang itu menduga bahawa badan manusia menjadi najis ketika ia dalam keadaan junub. Dugaan ini agak mengelirukan. Nabi SAW tidak mewajibkan orang yang berjunub, termasuk yang datang bulan untuk segera mandi. Ia diwajibkan mandi, ketika hendak solat atau membaca al-Quran. Bahkan ada sebuah riwayat yang menyatakan bahawa Nabi SAW pernah berdiri untuk solat berjemaah, tiba-tiba Baginda teringat bahawa Baginda belum mandi dan segera pergi mandi kemudian melaksanakan solat. Demikianlah yang diriwayatkan oleh keenam perawi hadis yang utama (kecuali Imam al-Tirmizi) melalui sahabat Nabi, Abu Hurairah.

Boleh jadi juga, pandangan itu diambil daripada kefahaman hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Abu Daud melalui Ali bin Abi Talib yang menyatakan, “Sesiapa yang mengabaikan satu bahagian dari tempat tumbuhnya rambut ketika mandi junub sehingga tidak terkena air, maka Allah akan memperlakukan begini dan begini di neraka.”

Riwayat ini di samping memiliki kelemahan dalam sanadnya, juga tidak menyebut mengenai rambut yang dipotong. Pada hemat saya, pandangan yang seperti saudari tanyakan itu sangat menyulitkan, sedangkan agama memberikan kemudahan-kemudahan termasuk dalam persoalan mandi wajib.
Sekiranya hukum memotong kuku atau menggunting rambut tidak haram, adakah larangan tersebut bermaksud makruh?

Terdapat ulamak memakruhkan kita memotong kuku, mencukur/menggunting bulu dan rambut, membuang darah (berbekam) dan seumpamanya semasa sedang berjunub dan semasa haid dan nifas. Mereka ialah Imam al-Ghazali dan Abu al-Faraj as-Syirazi (seorang ulamak dari mazhab Hanbali). Berkata Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya’ Ulumiddin; “Tidak sepatutnya seseorang mencukur rambut, memotong kuku, mencukur bulu kemaluannya serta membuang sesuatu dari badannya pada ketika ia sedang berjunub kerana seluruh juzuk pada badannya akan dikembalikan kepadanya di akhirat kelak, lalu ia akan kembali berjunub.[1] Dikatakan bahawa; setiap bulu (yang dicukurnya ketika berjunub itu) akan menuntut dari tuannya dengan sebab junub yang ada padanya (kerana dicukur ketika sedang berjunub)” (Dinaqalkan dari kitab al-Iqna’, jil. 1, hlm. 91).
Mereka berdalilkan hadis yang dikatakan dari Rasulullah s.a.w. yang berbunyi;
لا يقلمن أحد ظفراً ، ولا يقص شعراً ، إلا وَهوَ طاهر
“Janganlah sesiapa memotong kukunya dan menggunting rambut kecuali ketika ia suci” (Riwayat al-Ismaili dari Saidina ‘Ali r.a.)

Namun jumhur ulamak tidak bersetuju dengan pandangan tersebut. Menurut mereka; tidak ada dalil dari Nabi s.a.w. yang menegah orang berjunub atau wanita yang sedang haid atau nifas dari melakukan perkara-perkara yang disebut tadi. Adapun hadis di atas, ia adalah munkar dan maudhu’ (yakni palsu), tidak harus sekali-kali dijadikan hujjah (lihat; Syarah Sohih al-Bukhari, oleh; Imam Ibnu Rajab).
Berkata Imam ‘Atha’ (seorang Tabi’in terkenal); “Harus orang yang berjunub untuk berbekam, memotong kuku dan mencukur rambut sekalipun tanpa mengambil wudhuk terlebih dahulu”(Riwayat Imam al-Bukhari). Imam Ahmad tatkala ditanya berkenaan hukum orang berjunub yang berbekam (yakni mengeluarkan darah dari kulitnya), mencukur rambut, memotong kuku dan mewarnai rambut atau janggutnya, ia menjawab; “Tidak mengapa (yakni harus)”.

Syeikh Atiyah Saqar dalam fatwanya juga menegaskan; pendapat Imam al-Ghazali itu tidak ada sebarang dalil untuk menyokongnya. Syeikh ‘Atiyah kemudiannya menaqalkan ulasan Imam Ibnu Taimiyyah yang berkata; aku tidak mengetahui ada sebarang dalil yang memakruhkan membuang rambut dan kuku oleh orang berjunub. Malah Nabi s.a.w. ada bersabda kepada orang kafir yang baru masuk Islam;
ألق عنك شعر الكفر ثم اختتن
“Buangkanlah darimu rambut/bulu kekufuran (yakni rambut/bulu yang tumbuh semasa kamu kafir), kemudian berkhatanlah” (HR Imam Ahmad dan Abu Daud dari ‘Uthaim bin Kulaib r.a. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no; 1580).

Di dalam hadis di atas Nabi s.a.w. hanya menyuruh orang yang baru masuk Islam itu agar berkhatan dan membuang rambut/bulu di badannya. Tidak ada arahan dari baginda supaya ia melakukannya selepas mandi, menunjukkan bahawa membuang rambut/bulu dan berkhitan itu harus dilakukan sama ada sebelum mandi atau selepas mandi.

Dalam buku al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, az-Zuhaili menulis, “Tidak makruh dalam pandangan mazhab Hambali bagi seseorang yang junub, atau dalam keadaan haid, atau nifas menggunting rambutnya, kukunya sebelum mandi.”

Pada hemat saya, pada hari kemudian, walaupun manusia dibangkitkan secara jasmani, tetapi tubuh kita bukan lagi sebagaimana keadaannya dalam kehidupan dunia.
Al-Quran menyatakan bahawa wanita-wanita penghuni syurga (yang tua sekalipun) akan dijadikan Allah SWT sebagai gadis-gadis remaja, penuh cinta dan sebaya dengan suami-suami mereka.
Ini sebagai mana yang disebut dalam surah al-Waqiah ayat 35 dan 36 iaitu: “Sesungguhnya Kami sudah ciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan yang istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh)".

Dalam hal mandi wajib, mazhab Abu Hanifah meletak garis panduan bahawa wajib membasahi seluruh anggota badan yang dapat disentuh oleh air selama hal itu tidak menyulitkan. Dalam konteks kemudahan itu, ulama membincangkan wajib tidaknya rambut yang digulung atau diikat sebahagian atas sebahagian yang lain, untuk diurai terlebih dulu baru mandi.

Abu Hanifah tidak mewajibkannya, cukup membasahi. Imam Malik juga tidak mewajibkan mengurai rambut yang bersanggul selama ikatannya tidak terlalu ketat sehingga air dapat mengalir ke dalam. Alasan mereka adalah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, bahawa Ummu Salamah bertanya kepada Nabi SAW, “Aku adalah seorang wanita yang mengikat rambutku, apakah aku harus mengurainya dalam rangka mandi junub?” Nabi menjawab, “Tidak! Cukup engkau menuangkan air ke atas kepalamu sebanyak tiga kali.”
Imam Syafie, walaupun mengharuskan menguraikan sanggul apabila air tidak mengena rambut, namun beliau berpendapat bahawa agama memaafkan bahagian dalam dari rambut yang terikat untuk tidak terkena air.
Jika diteliti dalil-dalil dan pendapat di atas ternyata Rasulullah SAW tidak memberatkan para wanita yang berambut panjang untuk mengurai seluruh rambutnya bagi menjirus air ketika mandi junub untuk mengelakkan dari kesukaran. Apalagi jika berkaitan memandikan rambut yang telah gugur itu lebih menyukarkan. Sedangkan prinsip syariah ialah meringankan tanpa membebankan penganutnya.

Di sini juga saya bawakan jawapan Imam Ibn Taymiah bila ditanya tentang hal ini di dalam kitabnya Ghiza' al-albab, 1/382).Beliau berkata: "Tidak aku ketahui hukum makruh membuang rambut dan bulu dan kuku ketika junub, bahkan Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya seorang mukmin tidak najis (tubuhnya) sama ada hidup ataupun mati", malah Nabi memberitahu: "Buangkan darimu bulu-bulu kufur (yang tidak dicukur semasa kafir) dan berkhatanlah (apabila masuk Islam)."
Maka jelaslah bahawa dibenarkan, bahkan tidak dilarang untuk memotong kuku mencukur atau membuang apa-apa yang lebih daripada kebiasaannya yang tumbuh di tubuh kita semasa dalam hadas besar. Islam adalah yang mudah, maka jangan kita mempersulitkan diri kita dlm beramal." (rujukan Ustazah Shahidah Sheikh Ahmad)
.
.
 LIKE dan FOLLOW kami , banyak info yang akan kami kongsikan
Jika bermanfaat silakan " SHARE "
===================================================
Facebook / Nrz Enterprise
Blogger / Nrz Santai D'Maya