Sunday 3 January 2016

RASA KEBAS KAKI DAN TANGAN

RASA KEBAS KAKI DAN TANGAN

''Semoga Bermanfaat.''

✿Sakit di bahagian bahu.
-Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

✿Kebas tangan :
-Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.

✿Kebas tangan kiri dan lengan :
-Tanda-tanda lemah atau sakit jantung.
Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.

✿Kebas kaki :
-Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.

✿Sakit tapak kaki :
-Menandakan buah pinggang lemah.
Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

✿Sakit tumit kaki :
-Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

✿ Rasa panas di tapak kaki :
- Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

✿Gatal di celah-celah jari kaki :
- Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

✿✿TANDA-TANDA DALAMAN KEPALA. ✿✿
- Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

✿ Pening / sakit di bahagian depan kepala :
-Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

✿ Pening /sakit di bahagian belakang kepala
-Bahagian atas : Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
-Bahagian bawah (tengkuk). :Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

✿Sakit kepala dan rasa gas keluar dari telinga :
-Menandakan penyakit migrain.

✿ Bisul terjadi di kepala:
-Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

✿Rasa pening yang memusing
- Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

✿Mulut / kerongkong / lidah loya / muntah.
-Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.

✿ Muntah darah
-Darah merah :
Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
- Darah hitam:
Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

✿Lidah rasa tegang dan pendek :
-Tanda sakit jantung.

✿Keluar air liur yang pekat :
-Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

✿Kerap kencing :
-Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran

✿ Air kencing berkapur :
-Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.

✿ Air kencing berminyak :
- Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.

✿ Air kencing pekat berwarna coklat :
- Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.

✿Air kencing berdarah :
-Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

✿✿ BUANG AIR BESAR ✿✿

✿Cirit -birit / kerap buang air besar :
-Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar
. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.

✿Sembelit:
-Membersihkan toksin dari usus kecil.

✿Najis berdarah
- Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
- Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.

✿Najis berwarna hitam :
- Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

✿Badan:
-Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.

✿Sakit menyucuk :
- Proses menyeimbangkan urat saraf.

✿Sakit sengal:
- Menandakan luka di dalam badan.

✿Sakit menyentap:
- Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.

✿ Sakit menegang :
- Proses melancarkan pengaliran darah.

✿ Badan terasa berat/ malas/ lenguh .
-Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan

✿Badan terasa panas .
-Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

✿Badan terasa ringan :
- Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

✿Rasa takut mengejut.
- Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

✿ Cepat naik darah / marah :
- Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

✿ Rasa bimbang dan takut :
●-Sistem paru-paru yang lemah.

✿ Rasa seronok atau bimbang tanpa sebab :
- Sistem jantung yang lemah.
- Sistem saraf otak yang lemah.
- Masalah pengaliran darah.

HAKIKAT ZALIM PADA DIRI SENDIRI

HAKIKAT ZALIM PADA DIRI SENDIRI

Kita amat perlukan cahaya untuk berjalan dan bekerja, namun ramai yang sanggup meraba-raba melakukan kerja dalam gelap gelita. Hasilnya sedikit, tidak rapi dan banyak silap pula....

Begitu juga bicara 'amal' dalam agama.

Allah nilai amal kita melalui kerja tangan kerana kita adalah hamba dan kakitanganNya. Tangan Allah atas tangan kita. Namun, kita kini menilai amal hanya melalui kata-kata dan lafaz bibir sahaja.

Surah 48. Al Fath 10. Bahwasanya orang-orang yang berjanji setia kepada kamu sesungguhnya mereka berjanji setia kepada Allah. Tangan Allah di atas tangan mereka, maka barangsiapa yang melanggar janjinya niscaya akibat ia melanggar janji itu akan menimpa dirinya sendiri dan barangsiapa menepati janjinya kepada Allah maka Allah akan memberinya pahala yang besar.

Sebahagian kita tidak tahupun makna atau maksud apa yang diulang lafaz (dikata) sampai beribu kali. Jika faham pun tidak pula dihayati lalu perintah dari lafaz yang dibaca berulang kali itu tidak dipenuhi. Kita harap dengan mengulangi lafaz itu membuatkan Allah suka, padahal sebaliknya. (Surah 61 As-saff, 2-3)

Hari ini umat yang sedikit ilmunya lebih ramai yang gemar menunjuk-nunjuk berbanding mencari petunjuk.  Bila pergi ceramah, sudah ada mental block yang membuatkan jiwa menolak dan mencari-cari salah dari apa yang disampaikan. Akhirnya tidak berpeluang mencari sisi baik dari majlis ilmu dan pulang kosong.

Walaupun kita mahu bersangka baik, namun rungutan ramai anak generasi harus diambil kira juga. Banyak ceramah agama yang panjang-panjang tetapi merewang tiada isinya. Akhirnya duduk berjam-jam hanya dapat melihat lawak jenaka yang tidak pun membuat orang ketawa. Fakta kosong atau kabur.

Kadang elok kita berpuasa, menahan diri dari berkata-kata. Cari LAILATULQADAR,  dapatkan dahulu ilmu yang cukup untuk mengembalikan fitrah amalan kita mengikut ilmu Allah itu. Sudah berjaya mendapatkan semula ilmu yang mampu menghilangkan kejahilan kita, barulah sambung berceramah semula untuk 'memakan' kejahilan dan kebatilan umat. (Surah 17, Al-Israa':36)

Dengan ilmu yang tepat, ceramah itu akan jadi berkat. Ceramah 20 minit yang berdasarkan ilmu itu akan Insya ALLAH mampu memberi kefahaman, kesedaran dan tidak membosankan pendengar. Hasilnya lebih baik berbanding ceramah 2 jam yang dipenuhi cerita mimpi dan lawak jenaka yang tidak pun membuatkan orang ketawa.

KESIMPULAN

Janganlah bekerja dalam kegelapan dan meraba-raba. Janganlah beramal dengan jahil dan bersangka-sangka. Sudahlah hasilnya sedikit.., silap lah pula... (tiada gunanya).

Ambillah masa untuk mencari cahaya. Ambillah masa untuk belajar dan bertanya sehingga kita benar-benar memahaminya. Barulah nanti hasil amal/kerja kita jadi 'berkat' dan memuaskan hati. Kerja sedikit tetapi banyak hasilnya, dan tepat seperti mana yang dikehendakNya.

Kaji mengapa solat dan zakat kita jadi sia-sia
Kaji mengapa haji dan korban kita tidak diterima?
Kaji mengapa puasa kita hanya dapat lapar dan dahaga?
Kaji mengapa Allah tidak pandang pangkat dan ilmu kita 

(QS: 8, Al-Anfaal: 35-36)
(QS: 29. Al 'Ankabuut: 67)
(QS: 22. Al Hajj : 37)
(QS: 3. Ali 'Imran :70, 71, 98, 99)
(QS: 5. Al Maa'idah: 15, 59, 68, 77, )

KENAPA PEREMPUAN SELEPAS KAHWIN AKAN BERISI ?

Isteri : Kenapa perempuan, selepas kahwin akan berisi?

Suami : Biasalah perkara macam tu, Saidatina Aisyah RA pun selepas kahwin semakin berisi. (Dari hadith yang diceritakan oleh Saidatina Aisyah RA, diawal perkahwinan dengan Rasulullah SAW mereka berlumba lari, Saidatina Aisyah RA menang. Selepas beberapa ketika usia perkahwinan, Rasulullah SAW mengajak isterinya untuk berlumba lari dan berjaya mengalahkan isterinya. Lalu Saidatina Aisyah RA menceritakan bahawa ketika itu beliau sudah berisi.)

Nampak 'hikmahnya'.
1. Suami tidak meletakkan isu wanita hamil atau bersalin dan menyusukan anak sebagai alasan isteri menjadi gemuk kerana Saidatina Aisyah RA tidak memiliki zuriat (tidak hamil atau menyusukan anak).

2. Suami memandang kecantikan seorang isteri bukan pada fizikal, tetapi disebalik yang tersembunyi iaitu kecantikan dalaman seperti sifat keibuan, penyabar, penyayang dan santun dengan keluarga.

3. Seorang suami apabila melihat keindahan akhlaq seorang isteri, akan melihat nur di wajah isterinya yang mana akan mencantikkan wajah isteri dengan sendirinya. Kerana rupa yang cantik tidak menjanjikan akhlaq yang cantik namun akhlaq yang indah insyaAllah akan membiaskan nur di wajah isteri.

PERSAHABATAN SAMPAI AKHIRAT

7 JENIS PERSAHABATAN HANYA 1 SAMPAI AKHIRAT :

1. TA'ARUFFAN
Persahabatan yang terjalin secara kebetulan, seperti pernah bertemu di stesyen kereta api, hotel, hospital, pejabat pos, ATM, dan lainnya.

2. TAARIIHAN
Persahabatan yang terjalin kerana faktor sejarah, misalnya teman sekampung, satu kelas, satu sekolah, satu asrama, dan sebagainya.

3. AHAMMIYYATAN
Persahabatan yang terjalin karana faktor kepentingan tertentu seperti rakan bisnes, politik dan sebagainya.

4. FAARIHAN
Persahabatan yang terjalin kerana faktor hobi, seperti teman futsal, badminton, memancing, dan sebagainya.

5. AMALAN
Persahabatan yang terjalin kerana kerjaya, misalnya sama-sama guru, doktor, arkitek dan sebagainya.

6. ADUWWAN
Sahabat tetapi musuh, depan kita bukan main dia baik lagi tapi bila belakang kita ... Allah! Pijak semut pun tak mati! Talam dua muka. Seperti firman Allah SWT : "Kalau kamu mendapat kebaikan atau kesenangan, ia menyakitkan hati mereka, bila kamu ditimpa musibah, mereka senang hati ..." (Surah Ali Imran : 120)

Rasulullah SAW mengajarkan doa : "Allahumma Ya Allah ... selamatkanlah aku dari sahabat yang bila melihat kebaikanku dia bersembunyi tetapi bila dia melihat keburukanku dia sebarkan."

7. HUBBAN LIMAANAN
Sebuah ikatan persahabatan yang lahir batin, tulus saling cinta dan sayang kerana ALLAH Azza wa jalla, saling menolong, menasihati, menutupi aib sahabatnya, memberi hadiah, bahkan diam-diam dipenghujung malam, ia doakan sahabatnya. Boleh jadi ia tidak bertemu tetapi ia cinta sahabatnya kerana Allah Ta'ala.

Dari 7 macam persahabatan di atas, 1 hingga 6 akan LENYAP. Yang tinggal hanya 1 ikatan persahabatan iaitu persahabatan yang ke-7. Persahabatan yang terjalin kerana Allah Taala seperti firman Allah SWT : "Pada hari itu (Kiamat) sahabat - sahabat karib akan menjadi musuh bagi yang lain kecuali persahabatan kerana ketaqwaan" (Surah Az-Zukhruf :67)

Sahabat sekelian, Semoga dieratkan persahabatan kita kerana Allah.
Semoga persahabatan kita berhijrah dari No2 ke No7.  إنشاءالله.

Saya menyayangi sahabat semua kerana Allah.. Tlg jgn sia2kan kasih syg ini krn ia sgt berharga di akhirat kelak. ‍‌‌‌‌‍

DOA UNTUK IBU BAPA

DOA UNTUK IBU BAPA - SAYANGLAH MEREKA MELEBIHI KASIH MEREKA KEPADA KITA.

Dari Abdullah Umar RA berkata:

Rasulullah SAW bersabda “Keredhaan Allah adalah di bawah keredhaan kedua-dua ibu bapa dan kemurkaan Allah adalah di bawah kemurkaan kedua-dua ibu bapa.” (HR Tirmizi dan di tashih oleh Ibnu Hibban dan Hakim)

Dato’ Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata….. .

” Setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada )”………. nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu…”

Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa baik yang hidup mahupun yang sudah tiada. Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah. Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh-sungguh. Tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita, berdoa dengan bersungguh-sungguh dan dengan benar-benar doa. Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah.

Ya Allah,

Rendahkanlah suaraku bagi mereka; Perindahlah ucapanku di depan mereka; Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,

Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku, peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,

Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku, atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku, jadikanlah itu semua penyebab hilngnya dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah, hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,

Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku, Izinkanlah mereka memberi syafa’at untukku. Tetapi jika sebalikn ya, maka izinkanlah aku memberi syafa’at untuk mereka, sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu,ampunan-Mu serta rahmat-Mu

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah yang Maha Pengasih di antara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..

Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu hidup kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita menghisap darahnya, tenaganya, airmatanya, keringatnya.

Istighfarlah, Istighfarlah

Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. Atau kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang memperdulikan dan mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka seksanya didahulukan didunia ini.

TIGA GOLONGAN PEMBACA AL QURAN

TIGA GOLONGAN PEMBACA AL-QURAN

Ibn al-Qudamah menukilkan riwayat, dari al-Hasan rahimahullah, bahawa beliau menyebutkan:

قُرَّاءُ الْقُرْآنِ ثَلاثَةٌ :

Pembaca-pembaca al-Quran itu ada tiga:

رَجُلٌ اتَّخَذَهُ بِضَاعَةً ،

(Golongan Pertama) Orang yang mengambilnya bagaikan barang dagangan,

يَنْقُلُهُ مِنْ مِصْرٍ إِلَى مِصْرٍ ،

Dibawanya dari satu tempat ke satu tempat,

يَطْلُبُ بِهِ مَا عِنْدَ النَّاسِ ،

Dengannya mereka mencari (ganjaran atau kedudukan dari) apa yang dimiliki manusia.

وَقَوْمٌ قَرَأُوا الْقُرْآنَ : حَفِظُوا حُرُوفَهُ ، وَضَيَّعُوا حُدُودَهُ ،

Dan, (Golongan Ke-2) Kaum yang membaca al-Quran, menghafal huruf-hurufnya, tetapi melanggar batasan-batasannya,

وَاسْتَجَرُّوا بِهِ الْوُلَاةَ ، وَاسْتَطَالُوا بِهِ عَلَى أَهْلِ بِلادِهِمْ ،

Mereka meminta upah dari bacaannya kepada para pemimpin, dan mereka menyusahkan dengannya (yakni: dengan hafalan alQuran mereka) warga masyarakat di negeri mereka.

فَقَدْ كَثُرَ هَذَا الضَّرْبُ فِي حَمَلَةِ الْقُرْآنِ ،

Semakin ramai golongan sebegini di kalangan pembawa (yang membaca dan menghafal) al-Quran.

قَالَ الْحَسَنُ : لا كَثَّرَهُمُ اللَّهُ ،

Al-Hasan berkata (menambah dengan doa): Semoga Allah tidak menambah ramaikan mereka.

وَرَجُلٌ قَرَأَ الْقُرْآنَ ، فَبَدَأَ بِمَا يَعْلَمُ مِنْ دَوَاءِ الْقُرْآنِ ، فَوَضَعَهُ عَلَى دَاءِ قَلْبِهِ ،

Dan (Golongan ke-3) Orang yang membaca al-Quran, lalu dia mulakan dengan apa yang dia ketahui sebagai ubat dari al-Quran, lalu diletakkannya (dengan membacanya) untuk (menyembuhkan) penyakit di dalam hatinya.

فَأَسْهَرَ لَيْلَهُ ، وَهَمِلَتْ عَيْنَاهُ ، وَتَسَرْبَلُوا بِالْحُزْنِ ، وَارْبَدُّوا بِالْخُشُوعِ ،

Lalu, dia menghidupkan malamnya, dan (bacaan al-Quran) membasahkan kedua matanya. Mereka diselubungi kesedihan, dan mereka dibaluti kekhusyukan,

وَرَكَدُوا فِي مَحَارِيبِهِمْ ، وَخَنُّوا فِي بَرَانِسِهِمْ ،

Dan mereka kekal di tempat-tempat beribadah mereka, dan mereka bersembunyi di sebalik jubah besar mereka (dari dilihat orang).

فَبِهِمْ يَسْقِي اللَّهُ الْغَيْثَ ، وَيُنْزِلُ النَّصْرَ ، وَيَدْفَعُ الْبَلاءَ ،

Lalu, dengan (sebab) mereka (yakni: hubungan mereka dengan al-Quran), Allah turunkan hujan, dan menghantarkan bantuan pertolongan, serta menghalang bala (dari menimpa),

وَاللَّهُ لَهَذَا الضَّرْبُ فِي حَمَلَةِ الْقُرْآنِ أَقَلُّ مِنَ الْكِبْرِيتِ الأَحْمَرِ

Demi Allah, untuk golongan ini, dari para pembawa (yang membaca dan menghafal al-Quran, (mereka ini sangat sedikit,) lebih sedikit dari belerang merah (satu bahan yang sangat jarang dan sukar ditemui).

[ar-Riqqah wal-Buka']

MILKY RAMBUTAN

MILKY RAMBUTAN

1 tin buah rambutan dalam tin
1 tin susu cair atau susu segar
gula secukup rasa jadikan air gula
ketulan ais
Air jika perlu
Biji selasih yang di rendam

Masukkan buah rambutan dan airnya serta susu kedalam jug
masukkan air gula dan rasakan secukup rasa
tambah air jika perlu
Letakkan ketulan ais dan biji selasih
Sedia di hidangkan dingin

KELAZATAN IMAN DARI EMPAT PENDENGARAN

KELAZATAN IMAN DARI EMPAT PENDENGARAN

Kelazatan Iman; "Dan manusia itu terdapat empat pendengaran. Empat jenis orang dengan empat jenis pendengaran yang berbeza. Dan ketahuilah, dengan pendengaran kita akan mengetahui apa yang kita akan lakukan. Sungguh semua kebaikan itu terletak di mana? Yakni Di pendengaran kita."

"Pendengaran pertama adalah pendengaran Abu Jahal. Pendengaran ini adalah bilamana diberi peringatan, masuk dari telinga kanan akan keluar dari telinga kiri. Hatinya berada dalam keadaan keras. Tak boleh nak terima peringatan daripada sesiapa lagi. Muhasabahlah, dengar dan muhasabah."

"Adakah kita dalam golongan sebegitu? kita telah banyak menghadiri Majlis demi Majlis, Maulid demi Maulid, khutbah jumaat demi khutbah jumaat, berzikir demi berzikir. Adakah kita orang yang hanya sekali lalu yang masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri? Ini jenis pendengaran orang pertama. Orang sebegini tidak dapat mengambil manfaat apa-apa."

"Pendengaran yang kedua adalah orang itu hadir dalam majlis seperti sebegini. Telah mendengar dan telah masuk cahaya ke dalam telinganya, dan masuk ke dalam hatinya. Dia merasakan sedap. Dia merasakan peringatan itu." Masya Allah, tukang pencaramah ini. Bagus, Mumtaz."

"Zaman sekarang begitu banyak orang yang mencari penceramah yang paling lawak untuk dia dengar dan dipujinya. Ceramah ini bagus, menghidupkan. Lebih baik daripada dia duduk di rumah, tengok televisyen, cerita yang lagha, tengok wayang dan sebagainya. Lebih baik dia duduk di majlis sebegini. Dia tengok ustaz mengajar dalam keadaan ketawa dan sebagainya."

"Jenis orang yg kedua, peringatan masuk ke dalam hati tetapi dia tiada niat untuk mengamalkan apa yang dia dengar. Maka terhenti disitu. Yang penting itu ilmu, tetapi jika tidak diamalkan, ianya adalah perkara tidak benar. Betul majlis sebegini mempunyai kelebihan yang banyak. Diberi keampunan daripada Allah سبحانه وتعالى. Tetapi hasil daripada majlis seperti ini perlu ada."

"Adakah hanya duduk disini dengar sedapnya ceramah dan selepas itu keluar, habis. Inilah pendengaran yang kedua. Dirinya tidak mengambil manfaat yang banyak. Pendengaran yang ketiga. Masuk di dalam majlis, duduk bersama-sama dan mendengar, penuh adab. Duduk dalam penuh adab. Kerana apa?"

"Bilamana duduk tidak betul, pendengaran susah nak masuk ke dalam hati. Pandang kanan, pandang kiri, pandang handphone dan sebagainya. Ilmu susah nak masuk ke dalam hati. Maka dia duduk dengan betul, beradab dan berakhlak dalam majlis kerana inginkan sesuatu faedah kepada hatinya. Kerana dia tahu kehidupan ini adalah sementara."

"Jadi orang yang ketiga, dia duduk dalam majlis sebegini dan cahaya orang yang memberi peringatan masuk ke dalam telinganya, masuk ke dalam hatinya. Dia berniat nak mengamalkan apa yang didengarinya. Niat dah ada, bagus! Tapi disebabkan bukan kebiasaan dia, apabila dia nak buat perkara sunat, dia rasa tak sedap nak buat amalan tersebut akibat kata-kata orang dan ianya bukanlah kebiasaan bagi dirinya."

"Sehingga syaitan berjaya buat dia meninggal segala perkara sunat dan merasa cukuplah dengan hanya buat perkara yang fardhu. Terhenti di situ. Niat dah hadir, tapi amalnya terhenti di situ. Akibat hasutan daripada syaitan dia berhenti di situ. Orang ini belum dapat hidayat yang betul."

"Tapi pendengaran yang keempat mendapat faedah yang terbesar. Mereka akan mengambil faedah yang betul-betul berfaedah. Dia datang ke majlis sebegini, dia beradab dan mendengar peringatan yang disampaikan. Merasakan peringatan yang diterima bukan datang daripada pendakwah, tetapi datangnya kerana Allah سبحانه وتعالى. Dia merasakan ingin memperbetulkan dirinya. "

"Dia merasa tawaduk. Dia berkata kepada dirinya sediri; "Siapapun yang berada di hadapan, aku ingin betulkan diri aku, aku ingin bersihkan hati aku. Hati aku semakin keras dan banyaknya maksiat telah aku lakukan. Aku duduk di majlis ini aku mahukan peringatan."

"Maka masuk peringatan tersebut ke dalam hatinya kerana peringatan itu bercahaya dan selepas itu dia pun berniat mahu beramal. Selepas keluar daripada majlis dia bertaubat kepada Allah سبحانه وتعالى dan beramal dengan apa yang dia dengar. Dia merasakan apa yang dia inginkan adalah perkara yang agung."

"Amalan adalah perkara yang agung dan besar. Jadi dia tidak akan mahu kotorkan amalannya dengar sifat Kibir, Riak, sombong dan berasa malu beribadah kerana manusia. Dia tidak peduli apa yang orang lain cakap. Bila nak berzikir dia berzikir, Bila dia nak solat dia solat. Dia nak jadi hamba Allah سبحانه وتعالى. Bukan hamba manusia. Orang seperti begini akan merasakan kelazatan didalam beribadah."

"Zaman sekarang kita telah tahu sedapnya rasa makanan, minuman dan sebagainya. Kelazatan yang zahir. Tetapi hati kita sebetulnya boleh dapat kelazatan yang lebih tinggi jikalaulah dia boleh merasa. Cinta bila sesama manusia, kita boleh rasa sedap di dalam hati kita kan? Dalam ibadah juga ada kelazatannya yang boleh dinikmati."

"Berselawat mempunyai kelazatan. Berzikir dan tasbih punyai kelazatan. Istighfar juga punyai kelazatan. Tetapi kita tidak dapat merasakannya. Sungguh kasihan. Tanyalah dengan diri sendiri. Adakah kita pernah rasa atau tidak rasa? Adakah kita redha dengan keaadan kita yg telah berumur berpuluhan tahun tapi tak pernah merasakan kelazatan ini seumur hidup? Sungguh rugi. Sungguhlah rugi."

SETIAP LANGKAHMU ADALAH MENUJU KEKUBUR

SETIAP LANGKAHMU ADALAH MENUJU KEKUBUR

Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani berkata:

“Wahai orang yang terpenjara di dalam penjara hawa nafsu. Wahai hamba makhluk! Wahai orang yang tidak mengetahui akibat urusannya, orang-orang yang tidak mengetahui tentang makhluk dan Allah, serta tak tahu apa yang menjadi hak dan kewajipannya. Jika engkau tidak berakal, maka jadilah orang yang berakal dengan mengingati kematian. Kerana, mengingatnya merupakan kunci segala kebaikan dan keselamatan.

Jika engkau mengingati mati, maka hal-hal yang tidak berguna akan terputus darimu. Jika ketamakanmu melemah dan cita-citamu berkurang, engkau akan kembali dan menyerahkan urusan-urusanmu seluruhnya kepada Allah Azza wa Jalla.

Wahai anak muda! Tidak ada keberuntungan bagimu hingga engkau mengetahui nikmat-nikmat-Nya, dan nikmat-nikmat-Nya itu menenggelamkanmu dalam Tauhid, kemudian engkau fana(lebur) dalam Tauhid itu dari memandang kepada selain-Nya. Maka, bagaimana Allah akan mencintai orang yang mengeluhkan-Nya, membantah dan melawan-Nya?

Cinta, kerinduan dan kedekatan kepada-Nya itu tidak akan teguh bersama hal ini. Jika cinta itu benar, maka tidak akan ada rasa sakit ketika takdir itu datang kepadamu. Jika cinta itu berkuasa, akan hilang penentangan dan tuduhan. Setiap langkahmu adalah menuju kuburan. Engkau sedang melakukan perjalanan ke alam kubur!”