Wednesday 27 January 2016

RESEPI MEE REBUS SIAM



MEE REBUS SIAM
===============
.
.BAHAN BAHAN :
1½ kg mee kuning (dicelur)
½ kg taugeh (dibuang ekor, dicelur)
.
BAHAN KUAH :
.
1 cawan udang geragau* (rendam sebentar dgn air, toskan)
3 sudu makan udang kering* (rendam, toskan)
300 gm daging/tetelan (rebus hingga empuk dgn lebihan air)
2½ cm halia*
2 cm lengkuas*
2 batang serai*
6 ulas bawang putih*
2 biji bawang besar*
4 sudu makan penuh rempah kari ikan
6 sudu makan penuh tauco (jgn ambil airnya, dilecek separuh halus)
1 kg keledek (direbus dan lecek halus)
sedikit kacang tanah goreng (ditumbuk kasar-kasar)- (optional)
lebih kurang 1½ – 2 liter air (diambil dari air rebusan daging dulu, kalau tak cukup ditambah air biasa)
garam dan gula secukupnya
3 senduk minyak masak.
.
CARA CARA :
.
Kisar bahan-bahan * dan campurkan dgn rempah kari ikan. Gaul rata. Panaskan minyak dan tumis bahan tersebut hingga rempahnya garing. Masukkan daging,/tetelan, taucheo, keledek lecek, air/air rebusan daging, garam dan gula. Masukkan kacang tumbuk, dikacau sebentar dan sesuaikan rasanya dgn selera anda. Biarkan kuah mendidih baru diangkat.
.
BAHAN TABURAN :
.
Daun sup/bawang, lada hijau/merah, bawang goreng, tahu goreng, limau kasturi, telur rebus.
.
Nota: Kuah Mee Rebus ini biasanya mesti ada rasa sedikit manis (jgn terlalu manis pula) dan juga rasa tauconya. Rempah karinya pula jgn terlalu banyak, nanti jadi mee kari ! Saya gunakan rempah kari ikan sebagaimana yg diajar oleh ibu saya. Selain menjadi pemekat kuah, kacang tumbuk juga digunakan utk menambah rasa enaknya. Tak perlulah gunakan tpg jagung utk memekatkan kuah...

.
.

LIKE dan FOLLOW kami , banyak info yang akan kami kongsikan
Jika bermanfaat silakan " SHARE "
===================================================
Facebook / Nrz Enterprise
Blogger / Nrz Santai D'Maya

AKTIVITI MERANGSANG MINDA ANAK 3 - 5 TAHUN

 .
 .
AKTIVITI MERANGSANG MINDA ANAK 3 - 5 TAHUN
==========================================
.
Tujuh tahun pertama adalah tempoh paling penting dalam perkembangan seseorang kanak-kanak. Otak kanak-kanak umpama span yang menyerap apa saja yang tersaji di sekeliling mereka sama ada baik atau buruk. Inilah sebabnya pakar perubatan, pendidikan dan ilmuwan menyarankan ibu bapa supaya memberi perhatian khusus terutama dalam mendidik anak kerana pada usia begini, anak masih belum dapat membezakan antara yang baik dengan buruk.
.
Memang semua ibu bapa mengimpikan mempunyai anak yang cerdik, tetapi tidak ramai yang mampu menghantar anak ke prasekolah berprestij. Namun begitu, ada beberapa aktiviti yang boleh kita lakukan sendiri untuk membantu merangsang minda anak terutama yang berumur antara tiga hingga lima tahun.
Dalam tempoh ini, kanak-kanak sepatutnya meneroka persekitaran mereka sebagai persediaan untuk memasuki alam persekolahan. Ketika inilah kemahiran menyelesaikan masalah dan penggunaan bahasa untuk berunding mula terbentuk dalam otak mereka.
.
Kanak-kanak juga belajar kaedah mewujudkan koordinasi badan bagi melakukan sesuatu seperti menendang bola, kata jurucakap Akademi Paediatrik Amerika (AAP) dan pakar perkembangan kanak-kanak, Dr Michele Macias.
 .
Antara aktiviti yang dicadangkan ialah:
.
1. Masa berdua dengan anak
```````````````````````````````````````````
Walaupun inilah masanya anak kita belajar berdikari, mereka tetap mahukan kehadiran anda dalam pelbagai aktiviti yang dilakukan.
Menurut Dr Macias, meluangkan masa berdua dengan anak sambil berbual dan bertukar idea sebenarnya lebih bermanfaat untuk perkembangan otak si kecil berbanding menghantarnya mengikuti pelbagai aktiviti berbeza.
Masa berdua sangat penting kerana inilah saatnya anda boleh mengajarnya pelbagai kemahiran asas terutama membabitkan soal agama, budi pekerti dan mengenal peribadinya. Inilah juga masanya untuk anda memberikan teguran pada mana-mana kesalahannya dan memberitahu apa yang sepatutnya dia lakukan tanpa si kecil berasa malu berbanding jika ditegur di depan adik-beradik lain.
Malah, pada ketika inilah juga anda boleh bertanyakan perkara yang disukai atau sebaliknya. Biasanya ketika berdua ini sambil melakukan aktiviti kegemarannya, anak akan lebih mudah untuk berbicara dan meluahkan rasa hatinya.
2. Membaca buku bersama
``````````````````````````````````````
Membaca buku bukan saja baik untuk merangsang minda anak, malah ia menjadi saat berkualiti untuk benar-benar berhadapan dengan si kecil.
Kajian menunjukkan membaca buku dengan anak prasekolah dapat memperbaiki kemahiran si kecil mengenal huruf. Berbincang mengenai apa yang dibaca dengan anak dapat membantu meningkatkan pemahaman dan penguasaan bahasanya.
3. Bermain olok-olok
`````````````````````````````
Ini permainan yang amat digemari kanak-kanak di seluruh dunia. Kanak-kanak prasekolah berumur tiga hingga lima tahun mempunyai daya imaginasi yang tinggi. Ketika inilah mereka mula bermain dan berpura-pura menjadi guru, ibu, doktor, puteri, watak adi wira atau seumpamanya.
Selain menyeronokkan, permainan imaginasi atau olok-olok ini memberi peluang kepada si kecil mengenali peranan satu-satu watak yang dipilihnya. Anda boleh merangsang perkembangan minda anak dengan memasukkan satu masalah atau insiden supaya dia berfikir cara untuk menangani perkara berkenaan.
Idea yang dilahirkan mungkin boleh membuatkan anda ketawa tetapi ia sebenarnya bersesuaian dengan pengetahuannya. Pakar berkata bermain olok-olok juga boleh
membantu memperbaiki kemahiran bahasa kerana ia membabitkan pemikiran untuk melahirkan satu-satu perlakuan dengan kata-kata dan mengulang semula apa yang mereka dengar. Kemahiran bersosial juga menjadi lebih baik jika mereka bermain dengan adik-beradik lain.
4. Mempunyai kehidupan sosial
`````````````````````````````````````````````
Kanak-kanak sekarang amat akrab dengan teknologi. Tarikan teknologi ini memang hebat sehingga boleh membuatkan kanak-kanak terpaku dan tidak menghiraukan apa yang berlaku di sekeliling mereka. Malah, ia juga boleh membuatkan kanak-kanak hilang banyak kemahiran termasuk penguasaan bahasa, bersosial, berkongsi dan bertolak ansur, bahkan mereka tidak pandai menikmati keseronokan bermain
di luar rumah.
Galakkan anak bermain di luar bersama kawan-kawannya kerana ia akan membantu meningkatkan kemahirannya bersosial. Ketika bermain inilah dia belajar untuk berkawan, berkongsi, bertolak ansur, mengawal diri dan berunding - kemahiran yang sangat penting supaya dia boleh menjalani kehidupan dengan lebih baik.
Menurut Dr Macias, secara umumnya kemahiran bersosial yang lemah secara tidak langsung akan menjejaskan kesihatan, prestasi di sekolah dan peluang mendapatkan pekerjaan.
5. Bermain permainan yang ada peraturan dan menguji minda
`````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````
Ia akan mengajar kanak-kanak untuk bersabar, menunggu giliran dan mematuhi peraturan. Selain itu kanak-kanak juga akan belajar untuk menerima kekalahan. Mengingati peraturan dikatakan menjadi senaman untuk menguatkan daya ingatan. Permainan fizikal yang juga membantu koordinasi otak dan pergerakan anggota badan.
Mulakan dengan permainan yang mempunyai tiga atau empat peraturan mudah. Pilih permainan yang pendek dan boleh diselesaikan dengan cepat. Permainan menguji minda contohnya teka-teki, silang kata serta menyusun gambar atau warna merangsang minda anak untuk membayangkan jalan penyelesaiannya. Ia juga akan merangsang pergerakan otot jari mereka yang kecil.
6. Belajar bahasa lain
```````````````````````````````
Kajian menunjukkan kanak-kanak lebih cepat menguasai bahasa berbanding orang dewasa. Belajar bahasa kedua atau ketiga ketika kecil juga memberi rangsangan berganda kepada bahagian otak yang berperanan untuk menyimpan, menyusun dan mengucapkan kata-kata. Bahasa kedua juga membantu perkembangan kemahiran lisan, memperbaiki penguasaan perkataan dan membaca.
7. Menonton televisyen bersama-sama
```````````````````````````````````````````````````````
Ya, pada zaman moden ini kanak-kanak dan televisyen tidak dapat dipisahkan. Namun, pilihlah rancangan bercorak pendidikan yang bersesuaian dengan minatnya. Anda boleh menguji kefahaman anak dengan meminta dia bercerita mengenai apa yang ditontonnya termasuk rancangan kartun. Kehadiran anda membolehkan dia bertanya jika ada perkara yang tidak difahaminya.
Bagaimanapun hadkan masa menonton televisyen kepada satu atau dua jam saja setiap hari. Lebih baik jika tempoh ini turut merangkumi masa untuknya bermain permainan komputer.
8. Memasuki kelas kanak-kanak
``````````````````````````````````````````````
Ini termasuk kelas mempertahankan diri, muzik, lukisan atau apa saja bersesuaian dengan minat mereka. Ia boleh membantu mereka untuk belajar berinteraksi, bersosial, mendengar dan mematuhi arahan serta memperbaiki keseimbangan badan. Tidak kurang pentingnya, ia juga boleh meningkatkan keyakinan diri si kecil.
9. Aktiviti yang menyeronokkan
````````````````````````````````````````````
Carilah aktiviti menyeronokkan yang tidak terikat dengan peraturan. Ibu bapa juga perlu terbabit secara langsung dalam aktiviti anak. Ketika ini jangan cuba terlalu mengawal mereka kerana kita mahu anak-anak belajar kemahiran bermain dalam kumpulan dan memimpin selain berfikir secara kreatif bagi menjadikan permainan itu lebih menyeronokkan.

PERKHIDMATAN WELDING di kawasan TELUK INTAN



Memikirkan / tercari-cari PERKHIDMATAN WELDING di kawasan TELUK INTAN atau kawasan sekitar yang berhampiran
==================================================
.
Antara produk kami :
- PINTU PAGAR ( BUNGA MAS/BIASA )
- GRILL PINTU / TINGKAP
- ATAP AWNING
- WROUGHT IRON
- PENYIDAI KAIN
- PENUTUP LONGKANG
- KERJA KERJA BERKAITAN BESI
.
.
Jangan risau...$$$$(harga) boleh dirunding
Mungkin kami dapat membantu anda
.
.
- Hubungi kami untuk keterangan lanjut :
- Dwan 012 - 336 0861 ( Call / WhatsApp / Sms )
.
.
- Syarikat berdaftar di SSM
- Syarikat Bumiputra
.
LIKE dan FOLLOW kami , banyak info yang akan kami kongsikan
===================================================
Facebook / Nrz Enterprise
Blogger / Nrz Santai D'Maya

6 PETUA DEMAM DENGGI



6 PETUA DEMAM DENGGI
======================

Yang disyorkan ialah batang betik dan buah kiwi sebab mudah dapat mudah cari.
 .
6 tips bagi rawatan alternatif sebagai penawar demam denggi:
=========================================
.
1. Air Masak - Minum air suam / air masak dalam kuantiti yang banyak sekurang-kurangnya 3 liter sehari.
.
2. Jus Daun Betik - Jus daun betik juga dikatakan mujarab sebagai penawar denggi dengan menumbuk daun betik matang sehingga lumat dan dapatkan jusnya. Berikan satu sudu kecil jus daun betik kepada pesakit.
.
3. Buah Kiwi - Jus buah kiwi juga boleh dicuba dengan mengisar buah kiwi yang segar dan kemudian minum jusnya.
.
4. Sup Ketam Nipah - Reneh sup ketam nipah, kemudian beri kepada pesakit untuk dimakan dan pastikan sup ketam itu dihirup dalam kuantiti yang perlu. Anda boleh rujuk Khasiat Sup Ketam untuk tahu lebih lanjut.
.
5. Jus Kurma - Jus kurma juga sama konsepnya dengan buah kiwi tadi. Cuma kisar bersama-sama air suam dan berikanlah pesakit untuk minum waktu pagi dan petang.
.
6. Buah Tembikai - Makan tembikai dalam kuantiti yang banyak. Sebenarnya konsep ini adalah untuk mendapatkan jus tembikai tersebut bagi menggantikan cecair tubuh..
.
.
 LIKE dan FOLLOW kami , banyak info yang akan kami kongsikan
Jika bermanfaat silakan " SHARE "
===================================================
Facebook / Nrz Enterprise
Blogger / Nrz Santai D'Maya

KESABARAN dan JIWA KEPEMIMPINAN



KESABARAN dan JIWA KEPEMIMPINAN
==================================
.
Sudahkah Anda tahu?
.
Mungkin tak banyak yang menyedari, para Nabi yang diutus oleh Allah hampir semuanya pernah mengembala kambing. Nabi Musa, dia pengembala kambing. Nabi Daud, dia pengembala kambing. Nabi Isa dia pengembala kambing, bahkan Nabi Muhammad saw juga seorang pengembala.🐐
.
Terdapat 2 hal penting yang patut kita renungi dari proses pengembalaan kambing setiap Nabi dan Rasul. Ini merupakan bahagian dari tarbiyah robbaniyah, iaitu latihan KESABARAN dan JIWA KEPEMIMPINAN.
.
Kambing adalah binatang yang susah diatur, kambing yang satu pergi ke sini, kambing yang satunya lagi pergi ke sana, hilir mudik kesana kemari tanpa henti.
.
Ia memerlukan kesabaran yang lebih bagi setiap pengembala untuk menjaga kambing mereka. 😍🐐🐑🐏
.
Kesabaran itulah yang membentuk karakter Rasulullah saw untuk menjadi pemimpin besar umat di dunia. Selain latihan KESABARAN, dalam mengembala kambing juga memerlukan LEADERSHIP (kepemimpinan) dan pengurusan yang baik.
.
Para pengembala harus mampu mengarahkan haiwan gembalaannya ke padang yang subur dengan rumput yang menghijau. Di samping itu, perlu mengendalikan haiwan supaya tidak tersesat, melindungi haiwannya dari gangguan seperti dari haiwan pemangsa dan pencuri.
.
Ini semua merupakan membentuk karakter yang mempunyai sifat kepimpinan , pengurusan terbaik dan kesabaran yang tinggi.
.
.
LIKE dan FOLLOW kami , banyak info yang akan kami kongsikan
Jika bermanfaat silakan " SHARE "
===================================================
Facebook / Nrz Enterprise
Blogger / Nrz Santai D'Maya

QADA PUASA ATAS BILANGAN YANG TIDAK PASTI


QADA PUASA ATAS BILANGAN YANG TIDAK PASTI
==========================================
AL-KAFI LI AL-FATAWI :  (27 JANUARI 2016 / BERSAMAAN 17 RABIULAKHIR 1437H)
 .
.

Jika seseorang itu meninggalkan puasa Ramadhan atas sebab-sebab tertentu, maka dia wajib mengqadakan puasanya itu mengikut bilangan hari yang dia tinggalkan. Firman Allah SWT:
وَمَن كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ
Maksudnya: Dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain
Surah al-Baqarah, 2:185
Jika dia merupakan seorang yang memiliki uzur syarie, seperti sakit, lalu dia meninggalkan puasa Ramadhan dalam keadaan dia mampu untuk menggantikannya pada bila-bila waktu selepas Ramadhan, kemudian dia mati. Maka ke atas wali/warisnya untuk menunaikan puasa bagi pihak dia. Daripada Aisyah R.anha bahawa Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ مَاتَ وَعَلَيْهِ صِيَامٌ صَامَ عَنْهُ وَلِيُّهُ
Maksudnya: Barangsiapa yang mati sedangkan ke atasnya ada puasa (yang perlu diqadakan) maka walinya berpuasa bagi pihaknya.
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim
Daripada Ibn Abbas RA, beliau menceritakan:
جاء رجلٌ إلى النبيِّ صلى الله عليه وسلم فقال: يا رسولَ اللهِ إن أمي ماتتْ وعليها صومُ شهرٍ، أفأقضِيه عنها ؟ قال: نعم ، قال: فديْنُ اللهِ أحقُّ أن يُقْضَى
Maksudnya: Telah datang seorang lelaki kepada Nabi SAW dan berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya ibuku sudah wafat dan ke atasnya ada sebulan puasa yang perlu diqada, bolehkah aku menunaikannya bagi pihak beliau? Berkata Baginda SAW: Boleh. Adalah hutang kepada Allah itu lebih berhak untuk dilangsaikan.
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim
Wali bererti kaum kerabat dan keluarga. Perlu diperhatikan bahawa fidyah hanya dibayar jika seseorang yang meninggal sebelum sempat mengqadakan puasanya sedangkan dia mampu untuk berbuat sedemikian ketika hidup.
Para ulama membahagikan kaedah penentuan bilangan hari untuk puasa qada kepada dua; tahdidi dan taqribi.
Tahdidi bererti menentukan dengan tepat bilangan hari yang ditinggalkan, manakala taqribi ialah menggunakan anggaran berapa hari yang ditinggalkan kerana seseorang itu lupa berapa hari puasa yang telah dia tinggalkan.
Guru kami, Syeikh Muhammad bin Muhammad al-Mukhtar al-Shinqiti menjelaskan kaedah penentuan secara taqribi ini ialah dengan bertanya kepada seseorang itu seperti ini:
“Adakah telah tinggalkan 50 hari?”
“Terlalu sedikit”
“90 hari?”
“Terlalu banyak”
Maka jumlah taqribinya ialah 75 hari.
Berkenaan dengan fidyah, hendaklah seseorang itu berusaha mengqadakan puasanya setiap hari yang mungkin terlebih dahulu. Ini lebih bersifat ihtiyati (berhati-hati) dalam urusan agama berbanding terus membenarkan membayar fidyah sehingga mengabaikan tuntutan qada’.
Selain daripada itu, boleh juga ditanya kepada mufti negeri masing-masing untuk kepastian lanjut.
Semoga usaha kita untuk mengqada puasa-puasa yang lalu menjadi muhabasah kita untuk meraih kebaikan yang lebih besar daripada Allah SWT pada masa akan datang.
Wallahua`lam.
.
.