MENJELANG DETIK KELAHIRAN KEKASIH
Lagi beberapa detik untuk kita berada di hari keputeraan Baginda Nabi
Muhammad s.a.w. Selawat dan restu Allah untuk junjungan kami Baginda
Nabi Muhammad s.a.w, Nabi yang mulia, kepada keluarga Baginda dan para
sahabat Baginda amnya.
Alhamdulillah, syukur kita kepada Allah kerana hari ini masih dikurniakan nikmat terbesar iaitu nikmat Islam dan nikmat Iman.
Terfikir kembali dengan dua nikmat yang terbesar itu, bagaimana
perjuangan dan pengorbanan Baginda Nabi Muhammad s.a.w dalam
menyampaikan dan menyebarkan agama Allah yang tercinta ini.
Tidak
sanggup kita membayangkan keadaan Nabi di saat baginda dicela, dicaci,
dibaling batu, dituduh sebagai pendusta, dicuba untuk dibunuh, belum
lagi keadaan diri Baginda Nabi yang sakit, kepala baginda luka, gigi
baginda patah, darah mengalir dengan banyak dari muka baginda kerana
berjuang di medan perang.
اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍ
Justeru, mari kita sama-sama menjadikan hari keputeraan Baginda Nabi
Muhammad s.a.w sebagai ‘turning point’ atau sebagai ‘starting point’
untuk kita melazimi melakukan kebaikan. Cara yang paling mudah adalah
berselawat ke atas baginda Nabi Muhammad s.a.w.
“Barang siapa
berselawat kepadaku dalam sehari seratus kali, maka Allah mendatangkan
baginya seratus hajat, tujuh puluh untuk akhirat dan tiga puluh untuk
dunianya. ” [Riwayat Ibnu Majar dan Jabir]
Sudahkah kita berselawat pada hari ini??
Adakah kita tetap berselawat kepada baginda Nabi s.a.w sehingga ke hari ini??
Sudahkah kita menambah bilangan selawat kita kepada baginda Nabi s.a.w dari sehari ke sehari??
Dari Ka’ab bin ‘Ujrah RA:
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا
صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ
مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا
بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ
مَجِيدٌ.
“Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan kepada
keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah berselawat kepada Ibrahim dan
keluarga Ibrahim, Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.
Ya Allah, Berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau
telah memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha
Terpuji (lagi) Maha Mulia.” [Riwayat Bukhari dan Muslim]
Jika jawapannya belum, berselawatlah.
Jujur bahawa berselawat keatas baginda Nabi Muhammad s.a.w bukan perkara yang sia-sia.
No comments:
Post a Comment