Wednesday 23 December 2015

ZIKIR SEBELUM TIDUR DAN KEPENTINGAN MENJAGA KEASLIAN ZIKIR

ZIKIR SEBELUM TIDUR & KEPENTINGAN MENJAGA KEASLIAN ZIKIR

�� ينبغي المحافظة على ألفاظ الأذكار كما ثبتت في النص، وعلى عددها ووقتها

Seseorang sepatutnya menyebutkan lafaz-lafaz zikir sebagaimana yang telah disebutkan di dalam nas (Al-Quran dan Hadis).
Begitu juga, menyebutkan zikir dengan jumlah dan pada waktu yang telah ditetapkan oleh nas.

�� عن البراء بن عازب قال: قال النبي صلى الله عليه وسلم: "إذا أتيتَ مضجعك فتوضأ وضوءك للصلاة، ثم اضطجع على شقك الأيمن ثم قل:

Al-Bara' bin 'Azib radhiyallahu anhu berkata: Rasulullah shallallau alaihi wa sallam bersabda: "Jika engkau ingin tidur, maka hendaklah engkau berwudhu seperti wudhu untuk solat.

Kemudian, hendaklah engkau baring pada sisi badan sebelah kanan dan berkata:

"اللهم أسلمت وجهي إليك، وفوضت أمري إليك، وألجأت ظهري إليك،  رغبة ورهبة إليك، لاملجأ ولا منجا منك إلا إليك، اللهم آمنت بكتابك الذي أنزلت، ونبيك الذي أرسلت".

Aku serahkan wajahku kepada-Mu. Aku pasrahkan  urusanku kepada-Mu. Aku sandarkan belakangku kepada-Mu dalam keadaan harap dan takut kepada-Mu.

Tiada tempat berlindung dan melepaskan diri daripada-Mu melainkan kepada-Mu.

Ya Allah, aku beriman dengan kitab-Mu yang  Engkau telah turunkan; dan (aku beriman)  dengan NABI-MU yang  Engkau telah utuskan"

فإن مت من ليلتك فأنت على الفطرة، واجعلهن آخرما تتكلم به".

Maka, jika engkau mati pada malam tersebut, maka engkau (mati) atas fitrah. Jadikanlah perkataan-perkataan tersebut sebagai perkataan terakhir yang engkau sebutkan.

قال: فرددتها على النبي صلى الله عليه وسلم، فلما بلغْتُ: "اللهم آمنت بكتابك الذي أنزلت" قلت: (ورسولك)، قال: (لا، ونبيك الذي أرسلت). متفق عليه.

Al-Bara' berkata: Aku mengulangi perkataan-perkataan tersebut kepada Nabi shallallahu alaihi wa sallam. Apabila aku sampai pada perkataan: 'Ya Allah, aku beriman dengan kitab-Mu yang  Engkau telah turunkan'  aku berkata: dan (aku beriman)  dengan RASUL-MU . 

Baginda shallallahu alaihi wa sallam bersabda: Tidak, tetapi NABI-MU yang telah engkau utuskan". Muttafaqun Alaih.

�� قال ابن حجر: وأولى ما قيل في الحكمة في رده صلى الله عليه وسلم على من قال: (الرسول) بدل (النبي) أن ألفاظ الأذكار توقيفية ولها خصائص وأسرار لا يدخلها القياس فتجب المحافظة على اللفظ الذي وردت به.

Ibnu Hajar berkata: Pendapat yang paling sesuai dalam menyatakan hikmah kenapa baginda shallallahu alaihi wa sallam membantah  Al-Bara' daripada menyebutkan perkataan "Rasul"  sebagai ganti kepada perkataan "Nabi" adalah kerana lafaz-lafaz zikir adalah tauqifiah (iaitu terhad berdasarkan nas daripada Al-Qur'an dan Hadis) dan lafaz-lafaz tersebut mempunyai keistimewaan dan rahsia yang tidak dapat diqiyaskan. Oleh sebab itu, wajib memelihara lafaz zikir sebagaimana ianya datang.

�� وقال النووي: في الحديث ثلاث سنن
-إحداها الوضوء عند النوم وإن كان متوضأ كفاه.
-ثانيها النوم على اليمين.
-ثالثها الختم بذكر الله.
(فتح الباري ١١٢/١١)

An-Nawawi berkata: Terdapat 3 perkara Sunnah dalam hadis tersebut:
1- Wudhu ketika hendak tidur. Jika dia telah berwudhu sebelum itu, maka cukup baginya wudhu tersebut.
2- Tidur atas sisi badan sebelah kanan.
3- Menutup (sebelum tidur) dengan zikir. [Fathul Baari 11/112]

No comments:

Post a Comment