KAMI MENAWARKAN PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN (Welding) Grill tingkap , pintu, pagar , atap awning , sliding door atau kerja-kerja berkaitan besi untuk rumah,kedai,pejabat dan sebagainya..- KEUTAMAAN SEKITAR TELUK INTAN ,PERAK ATAU KAWASAN YANG BERHAMPIRAN.. TEL : Dwan 012 - 336 0861
Tuesday, 29 December 2015
MENGAPA SAMBUT MAULID NABI
MENGAPA SAMBUT MAULID NABI
Kita sekarang berada di tengah-tengah kehangatan dan keharuman hari-hari memperingati kelahiran junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW.Alhamdulillah, sebenarnya, sekelumit manapun ingatan dan perasaan kasih terhadap Nabi SAW yang dicampakkan oleh Allah SWT dalam hati kita, ia adalah kurniaan istimewa dan amat bermakna dari-Nya kepada kita.
Jika di hari-hari dalam bulan Rabiulawal ini ingatan dan kerinduan kita terhadap Nabi SAW lebih terasa oleh sebab pelbagai acara dan majlis yang giat diatur dan dianjur maka itu sebenarnya suatu kelebihan dan nikmat yang sudah kena pada tempatnya.Namun, sudah menjadi lumrah alam, setiap yang baik dan bermanfaat itu tetap akan ada lawan dan tentangannya sama ada secara zahir dan terbuka atau secara tersembunyi seperti bisikan nafsu dan iblis dalam diri kita, yang saban masa cuba menghalang kita daripada mendekati amal soleh dan kebajikan.Begitulah juga hakikatnya dengan amalan dan kebiasaan yang tersebar luas di kalangan umat Islam serata alam meraikan Maulid Nabi kita Muhammad SAW.
Kemeriahan dan keriangan yang rata-rata dirasai majoriti Umat sedikit-sebanyak terganggu dengan suara-suara yang mempertikaikan dan mempermasalahkan sambutan Maulid Nabi SAW ini.Menginsafi situasi ini, Relung Cahaya kali ini mengajak kita menjawab semula suatu soalan yang sepatutnya sudah terang dan nyata bagi setiap fitrah yang sejahtera.
Kenapa dan mengapakah kita menyambut Maulid Nabi SAW?
Sebenarnya sambutan Maulid Nabi SAW seperti yang difahami dan dihayati oleh para kekasih Allah dan Rasul-Nya yang sejati tidaklah terhad kepada hari dan bulan Rabiulawal sahaja.Sebab itulah para ulama pewaris Nabi SAW dipelbagai pelosok dunia Islam sehingga ke hari ini sentiasa menjadikan sambutan Maulid Nabi SAW sebagai majlis untuk meraikan pelbagai munasabah yang penting seperti kesyukuran, kunjungan tetamu, memohon hajat ataupun sebagai pengisian tetap amalan harian, mingguan dan bulanan.Ini adalah tanda makrifah mereka yang tinggi terhadap kandungan dan hakikat sambutan Maulid Nabi SAW yang sebenarnya menjadi penyubur dan pengobar ikatan kasih kita dengan Nabi SAW yang merupakan pintu utama kita untuk sampai kepada Allah SWT.Sesungguhnya terasa lemah dan kerdil jika hendak diungkapkan dengan perkataan hakikat sebenar tautan kasih dan hak Nabi SAW yang terpikul di pundak kita dan jika diberikan kekuatan untuk melakukannya sekalipun maka halaman dan ruang sebesar manakah yang cukup besar untuk menyenaraikan satu persatu segala makna dan faham yang berkaitan dengan persoalan yang begitu agung ini?Dalam kemampuan dan ruang yang terbatas marilah kita menghimbau secara ringkas asas-asas kenapa kita perlu menyambut Maulid Nabi SAW, di sepanjang masa dan ketika, termasuklah di hari dan bulan yang memang terpilih untuk untuk peristiwa agung tersebut.Kita menyambut Maulid kerana kasih kita terhadap Rasulullah SAW. Sambutan itu adalah gerak naluri yang melimpah daripada perasaan kasih terhadap Baginda SAW yang ada dalam diri. Ia adalah tanda dan bukti lahiriah dan amali kasih kita terhadap Baginda SAW. Perasaan kasih yang memang diajar sendiri oleh Baginda SAW sebagai suatu perintah Allah SWT ke atas hamba-hamba-Nya.Perasaan kasih yang merupakan sebahagian daripada keimanan kepada Allah SWT sendiri. Kalaupun ada perbezaan dalam beberapa hal-hal rinci berkenaan Maulid, kita semua sepakat bahawa kita wajib mencintai Baginda SAW lebih daripada semua makhluk termasuk diri kita sendiri, seperti yang termaktub dalam pelbagai sabda nabi SAW.Kita menyambut Maulid sebagai ibadah dan untuk beribadat. Mengingat, mengenang, menyebut nama nabi SAW dan berselawat ke atas Baginda SAW adalah ibadah. Berselawat dan memuji Nabi SAW perbuatan Allah SWT dan suatu amalan yang diperintahkan dengan jelas oleh-Nya seperti dalam firman Allah SWT yang bermaksud: Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (melimpahkan rahmat dan keampunan) ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kalian berselawat (mendoakan rahmat) baginya dan mengucapkan salam penghormatan kepadanya. (al-Ahzaab: 56)Bukankan ini merupakan pengisian-pengisian utama majlis-majlis Maulid Nabi SAW?
Maulid turut diisi dan disekalikan dengan solat fardu berjemaah, solat-solat sunat, iktikaf di masjid-masjid, tilawah al-Quran, majlis ilmu, zikir, sedekah, menjamu makan sesama Islam, berukhuwah dan bermahabbah sesama Islam, bergotong-royong dan seumpamanya yang semuanya adalah ibadah.Bagi kebanyakan daripada kita, jika tidak menghadiri majlis-majlis Maulid ini, mungkin masa tersebut tak akan mampu kita isi dengan ibadah yang lebih baik daripadanya atau mungkin sahaja digunakan kepada perkara-perkara yang tidak berfaedah.Kita menyambut Maulid Nabi SAW kerana dengannya kita mengagungkan dan membesarkan syiar agama Allah SWT. Mengagungkan dan membesarkan syiar-syiar Islam adalah suatu suruhan dan ajaran yang jelas seperti yang termaktub pada firman Allah SWT yang bermaksud: Dan sesiapa yang memuliakan syiar (tanda-tanda) Tuhan, sesungguhnya ia adalah suatu manifestasi dari hati yang bertakwa kepada Allah. (al-Hajj: 32)Dalam begitu banyak syiar Islam, bukan nabi SAW itu sendiri merupakan syiar terbesar dan teragung. Bukankah nabi SAW, dengan ketentuan Allah SWT, yang telah mengajar dan memperkenalkan kepada kita segala syiar yang lain dalam Islam?Kita menyambut Maulid Nabi SAW untuk memantapkan lagi pijakan hati dan akal kita dalam kehidupan beragama kerana bukankah dalam majlis-majlis Maulid Nabi SAW kita meriwayatkan kembali sirah dan keistimewaan Baginda SAW.Bukankah cara ini telah tercatat dalam al-Quran sebagai kaedah berkesan untuk memantapkan pegangan dan perjalanan kita sebagai mana firman Allah yang bermaksud: Dan tiap-tiap berita dari berita Rasul-Rasul itu, Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) untuk menguatkan hatimu dengannya. (Hud:120)Di dalam majlis-majlis Maulid, terutama yang dibimbing oleh para ulama, apresiasi terhadap sirah Nabi SAW dilaksanakan dengan cara yang tersendiri yang mampu menggerakkan hati dan akal sekali gus serta menimbulkan sentuhan yang seni. Ia pasti tidak sama dengan kajian yang sifatnya formal dan akademik semata-mata.Kaedah BerdakwahKita menyambut Maulid Nabi SAW sebagai suatu kaedah berdakwah dan menyampaikan risalah Islam di tengah-tengah masyarakat.Majlis-majlis Maulid terbukti berkesan sebagai medan untuk menarik minat masyarakat untuk bersama-sama berhimpun sejenak memperbaharui iman mereka. Dalam majlis-majlis ini masyarakat diajak mendekati dan beradab dengan Nabi SAW.Mereka dijamu dengan pelbagai pelbagai santapan rohani dan aqli yang sangat mereka perlukan dalam perjalanan hidup mereka. Mereka diajak membetulkan kembali senarai keutamaan dalam hidup mereka dengan tentunya kembali meletakkan Allah dan rasul-Nya di atas segala yang lain.Hinggakan segala jamuan dan santapan jasmani yang turut menjadi ciri majlis-majlis Maulid tidaklah sunyi daripada menjadi hidangan yang penuh berkat, insya-Allah.Adakah hidangan dalam majlis seumpama ini sama sahaja keberkatannya berbandingan dengan hidangan-hidangan lain? Sudah tentu tidak. Bahkan ia merupakan keberkatan bagi yang dijamu dan kebajikan besar bagi yang menjamu.Jika ditilik dari sudut segala persiapan yang dibuat untuk menganjurkan majlis-majlis Maulid, kita akan mendapati bahawa ia membuka begitu banyak pintu kebajikan yang boleh dikongsi oleh semua. Yang alim dan yang jahil, yang kaya dan yang miskin, yang tua dan yang muda, lelaki dan wanita, semuanya ada peranannya dan sumbangannya dalam majlis-majlis sambutan Maulid.Kita menyambut Maulid nabi kerana sudah menjadi fitrah manusia bahawa memperingati tarikh kelahiran seseorang itu merupakan cara dan tanda kita mengasihinya dan seluruh kehidupannya.Menjadi kebiasaan manusia menganggap istimewa dan meraikan sedikit atau banyak hari kelahirannya sendiri atau mereka yang dikasihinya. Selain daripada isteri, suami, anak-anak, keluarga dan teman terdekat, manusia juga sering meraikan hari-hari kelahiran, kematian atau hari-hari peristiwa penting dalam kehidupan orang dan tokoh yang mereka sanjung.Maka tepatlah jika hari kelahiran tokoh segala tokoh, Nabi kita Muhammad SAW, kita raikan dengan sewajarnya. Apatah lagi jika mengenangkan bahawa kelahiran nabi kita bukanlah sama tarafnya dengan kelahiran insan biasa.Sebagai nabi, walaupun belum diutuskan secara rasmi, kelahiran dan kehidupan baginda SAW sebelumnya sudahpun dipenuhi pelbagai keistimewaan yang diberikan istilah khusus iaitu Irhas.Nabi kita sendiri menganggap hari kelahirannya sebagai hari yang istimewa sehingga menjadi asas untuk baginda SAW berpuasa sunat pada hari Isnin. Sabda Baginda SAW yang bermaksud, Padanya (hari Isnin) aku dilahirkan dan padanya (hari Isnin wahyu pertama) diturunkan kepadaku. ( Syarah Sahih Muslim, Imam Nawawi Jld 8 H: 235)Kita telah menghimbau beberapa sebab utama yang mulia di sebalik sambutan terhadap Maulid. Jika begitu jelas, banyak dan pelbagai asas-asasnya untuk kita menyambut Maulid kenapa masih ada yang mempertikaikan?Daripada pengamatan kita, suara-suara yang bernada sumbang dan tidak selari dengan suara majoriti umat dalam menyambut Maulid ini dapat dikenal-pasti sebab dan puncanya.Pepatah hikmah menyatakan, Iza 'Urifa al-Sabab, Batolal 'Ajab! (Apabila sudah diketahui sebabnya, tidak ada yang perlu dihairankan lagi!)Jika diamati, suara-suara utama yang suka dan berani mempertikaikan, memperlekeh dan mempersoalkan sambutan Maulid dari neraca agama datangnya daripada aliran dan madrasah pemikiran tertentu dalam Islam.Yang perlu diingat, pada hakikatnya aliran ini bukanlah aliran arus perdana dan bukannya aliran majoriti ummah dari dahulu hinggalah sekarang. Hujah mereka dalam isu-isu sebegini telah dijawab para ulama muktabar dulu dan kini.Bahkan dalam isu sambutan Maulid ini, pandangan para pemuka, pendokong dan mereka yang cenderung kepada aliran ini sendiri adalah tidak sepakat. Sebahagian daripada mereka tidak menolak dan bahkan turut mengakui kelebihan amalan ini.Maka jika sebab dan asas untuk menyambut Maulid Nabi SAW sudah begitu jelas. Tiada pula di sana sebab dan asas untuk mempertikaikan atau menolaknya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment