Tuesday, 29 December 2015

TARBIAH DIRI - BERCAKAP YANG SIA SIA BOLEH MENGERASKAN HATI

BERCAKAP YANG SIA SIA BOLEH MENGERASKAN HATI KITA

Setiap hari kita bercakap bermacam-macam perkara. Ada yang baik ada juga yang buruk.
Kedua-dua bentuk percakapan ini bergantung kepada tahap iman, akhlak dan faktor suasana kita sehari-harian.
Percaya atau tidak, semakin banyak kita bercakap semakin tinggi pula peluang untuk kita bercakap hal yang sia-sia.

Semakin banyak kita bercakap hal yang sia-sia, semakin membuatkan hati kita keras dan gelap tiada cahaya.
Diriwayatkan bahawa Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam berkata:
لاَ تُكْثِرُوا الكَلاَمَ بِغَيْرِ ذِكْرِ اللهِ فَإِنَّ كَثْرَةَ الكَلاَم بِغَيْرِ ذِكْرِ اللهِ قَسْوَةٌ لِلْقَلْبِ، وَإِنَّ أَبْعَدَ النَّاسِ مِنَ اللهِ القَلْبُ القَاسِي
"Janganlah banyak bercakap melainkan ucapan mengingati Allah. Sesungguhnya percakapan tanpa mengingati Allah itu mengeraskan hati. Dan sesungguhnya orang yang paling jauh daripada Allah ialah orang yang keras hatinya."
(HR At-Tirmizi)

Umar Al-Khattab (wafat 23H) pernah berkata:
مَنْ كَثُرَ كَلَامُهُ، كَثُرَ سَقْطُهُ، وَمَنْ كَثُرَ سَقْطُهُ، كَثُرَتْ ذُنُوبُهُ، وَمَنْ كَثُرَتْ ذُنُوبُهُ، كَانَتِ النَّارُ أَوْلَى بِهِ
"Siapa yang banyak percakapannya, banyaklah salahnya. Siapa yang banyak salahnya, banyaklah dosanya. Siapa yang banyak dosanya, maka neraka lebih patut untuknya".
(Syu'ab al-Iman no. 4640)

Kata Ibn Mas'ud (wafat 32H):
والله الذي لا إله إلا هو ما على الأرض أحق بطول سجن من اللسان
"Demi Allah yang mana tiada Tuhan selain Dia, tiada di atas muka bumi ini yang lebih berhak untuk lama dipenjarakan (ditahan) selain daripada lisan."
(Jami' al-'Ulum wa al-Hikam)

Semoga kita dapat baiki percakapan kita sehari-hari. Sama-samalah kita berusaha agar percakapan kita terhindar dari terjerumus ke dalam kategori lagha dan leka.

No comments:

Post a Comment