Wednesday 9 December 2015

PETUA - PETUA DI DAPUR

1. BERAS
 
Beras yang disimpan lama biasanya akan mudah diserang kutu beras dan lambat laun menjadi kulapuk yang tidak sihat. Untuk memastikan beras anda sentiasa dalam keadaan baik dan bebas dari kutu, anda boleh cuba petua ini.

BAHAN-BAHAN:

 Daun belimbing buluh


CARA-CARA:
1. Ambillah lima helai daun belimbing buluh dan masukkan ke dalam bekas simpanan beras.
2. Biarkan daun belimbing tersebut dan anda dapat lihat, kutu beras akan mula beransur hilang.

2. SABUN MANDI
 
Pasti sakit mata melihat lipas yang banyak berkeliaran di ruang dapur anda bukan? Jika dibiarkan lama-lama bilangan lipas yang ada bakal bertambah. Cuba petua ringkas ini.

BAHAN-BAHAN:
Sebuku sabun mandi


CARA-CARA:
1. Ambil sebuku sabun mandi dan potong kecil.
2. Tempatkan ketulan kecil sabun ini di setiap kawasan yang mempunyai lipas. Biarkan sahaja dan
lihatlah hasilnya.

3. LAKSA
 
Laksa yang dimasak seharian biasanya akan menjadi basi jika tidak diletakkan di dalam peti sejuk. Namun ada cara untuk menjadikannya tahan lama dan lambat basi. Selain itu, asam keping juga membantu memutih dan
membersihkan laksa. Jom cuba petua ini.

BAHAN-BAHAN:
1 paket Laksa
1 keping Asam keping


CARA-CARA:
1. Panaskan air dan rebus laksa seperti biasa.
2. Masukkan asam keping bersama dan biarkan sehingga laksa masak.

4. TERUNG
 
Terung yang telah dikupas untuk dimasak atau dibuat ulam biasanya akan menjadi hitam. Bagaimanapun, ia boleh dielakkan jika anda mencuba petua yang dipaparkan di bawah ini.

BAHAN-BAHAN:

Daging
Air kelapa muda



CARA MEMBUAT:
1. Cuci dan potong terung yang hendak digunakan mengikut kesukaan anda.
2. Kemudian rendamkan terung tadi ke dalam air.
3. Masukkan garam dan rendam seketika. Jika anda mahu menggunakannya barulah dikeluarkan dari air garam tadi.

5. DAGING
 
Pasti akan hilang selera makan dibuatnya sekiranya masakan daging yang kita makan masih berbau hamis daging. Namun usah risau kerana ada cara untuk menghilangkan bau yang kurang menyenangkan ini.

BAHAN-BAHAN:
Daging
Air kelapa muda



CARA MEMBUAT:
1. Cuci daging dengan air bersih.
2. Masukkan air ke dalam kuali.
3. Kemudian masukkan daging.
4. Akhir sekali masukkan air kelapa muda dan rebus sehingga empuk atau separuh empuk.


6. GARAM
 
Tangan akan terasa pijar dan pedih sekiranya kita memotong cili kering yang banyak. Tambahan lagi sekiranya menyediakan cili kering untuk masakan kenduri. Ada cara mudah untuk menghilangkannya. Cara-caranya ialah:

BAHAN-BAHAN:
Garam


CARA-CARA:
1. Bilas tangan anda dengan air bersih.
2. Lumurkan dengan garam. Biar seketika sehingga kering.
3. Bilas semula sehingga bersih. InsyaAllah tangan anda tidak pedih lagi.

7. TELUR
 
Telur rebus sangat senang disediakan namun kadang kala jika dimasak terlalu lama, kulit telur akan menjadi retak dan kelihatan kurang menarik. Ada cara untuk mengelakkan kulit telur retak semasa direbus. Jom ikuti petua di bawah ini.

BAHAN-BAHAN:
Telur
Air
Garam

CARA MEMBUAT:
1. Masukkan telur ke dalam periuk berisi air dan dijerang di atas api.
2. Masukkan garam dan biarkan ia masak.
3. Angkat dan lihat hasilnya. Telur tetap kelihatan cantik biarpun direbus dalam jangka masa yang lam

 8. PISANG GORENG

Pisang goreng rangup memang enak dimakan. Tetapi tidak semua orang pandai membuat pisang goreng yang rangup. Sebaliknya pisang yang digoreng akan menjadi keras dan liat. Untuk membuat pisang goreng rangup anda boleh mencuba petua ini.

BAHAN-BAHAN:
Tepung gandum
Garam
Kunyit
1 sudu makan minyak masak


CARA MEMBUAT:
1. Satukan tepung, garam dan kunyit di dalam sebuah mangkuk. Masukkan air dan kacau sebati.
2. Masukkan minyak masak. Kacau sebati.
3. Potong pisang. Celupkan ke dalam bancuhan tepung tadi.
4. Panaskan kuali dengan minyak masak.
5. Goreng pisang tadi sehingga masak dan berwarna kekuning-kuningan. Sedia dihidang.

9. TIMUN
 
Kadang-kadang apabila kita menikmati ulaman timun atau menikmatinya bersama nasi lemak, kita akan berasa timun itu pahit dan langsung tidak boleh dimakan. Ada petua yang boleh digunakan untuk menghilangkan atau mengurangkan rasa pahit timun tersebut. Anda boleh ikuti petua ini.

BAHAN-BAHAN:
Timun

CARA MEMBUAT:
1. Potong hujung timun di bahagian atas.
2. Potong hujung timun di bahagian bawah.
3. Dengan menggunakan lebihan bahagian timun yang dipotong tadi, gosoklah kedua-dua bahagian hujungnya sehingga keluar buih putih.
4. Kemudian bolehlah dipotong seperti biasa dan dicuci.

10. PUCUK UBI
 
Pucuk ubi mempunyai getah dan sudah pasti sebelum memasaknya kita harus membuang getahnya terlebih dahulu. Untuk membuang getah pucuk ubi juga mempunyai caranya. Anda boleh ikuti petua ini.

BAHAN-BAHAN:
Pucuk ubi
Garam
Air

CARA MEMBUAT:
1. Bilas daun pucuk ubi sehingga bersih.
2. Panaskan air ke dalam periuk atau kuali sehingga mendidih. Masukkan daun pucuk ubi tadi. Masukkan garam. Kacau seketika.

11. PETAI
 
Ulam memang menjadi penyedap dalam makanan. Namun ulam akan cepat layu jika dibiarkan terdedah terlalu lama. Anda tahu cara mudah mengekalkan kerangupan ulam-ulaman ini? Cara-caranya ialah rendamkan seketika ulam ini ke dalam air yang dicampurkan dengan sedikit cuka dan biarkan seketika. Lihatlah hasilnya.
12. BENDI
 
Bendi, selain dijadikan pelbagai masakan istimewa, ia juga sering dijadikan ulam. Ketika memasaknya, tentu anda menghadapi masalah kerana ia mengeluarkan lendir dan melekit. Ada caranya untuk mengelakkan bendi berlendir ketika anda memasaknya.Anda boleh mencuba petua yang dipaparkan di sini.

BAHAN-BAHAN:
Bendi
Cuka
Gula

LANGKAH-LANGKAH:
1. Bilas bendi dengan air sehingga bersih.
2. Potong tangkai bendi yang tidak diperlukan.
3. Masukkan bendi ke dalam periuk yang telah diisi air.
4. Kemudian masukkan garam.
5. Akhir sekali masukkan cuka dan rebus seketika. Angkat dan toskan.

13. NENAS
 
Pasti anda pernah mengalami masalah kuali berkarat. Kini ada cara mudah menghilangkan karat kuali tanpa anda menggunakan sabun atau sebarang bahan kimia yang berbahaya. Caranya mudah sahaja dan anda boleh ikuti petua di bawah ini.

BAHAN-BAHAN:
Kuali
Kulit nanas

CARA-CARA:
1. Potong kulit nanas secara memanjang.
2. Gosokkan kulit nanas di permukaan kuali anda yang berkarat.
3. Bilas dengan air sehingga bersih. Lakukan secara berkala. Insya Allah karat kuali anda pasti hilang dengan mudah.


14. KACANG HIJAU
 
Kacang hijau mengambil masa yang agak lama untuk lembut dan empuk. Apa kata anda cuba petua ringkas ini setiap kali memasak bubur pulut hijau. Rasakan kehebatan petua tradisi ini.


BAHAN-BAHAN:
 Kacang hijau
Sudu

CARA-CARA:
1. Rebus kacang hijau.
2. Masukkan sudu dan biarkan masak hingga empuk
.
.
JOM SHARE DI WALL MASING-MASING :
JIKA BERMANFAAT silakan " SHARE "
===================================================
Sila follow dan like pagi dibawah:
Banyak info terkini akan kami kongsikan.
https://www.facebook.com/nrzenterprise
https://nrzenterprise.blogspot.com
.
.
.
Memikirkan / tercari-cari PERKHIDMATAN WELDING di kawasan TELUK INTAN atau kawasan sekitar yang berhampiran ???
.
.
Antara produk kami :
- PINTU PAGAR ( BUNGA MAS / BIASA )
- GRILL PINTU / TINGKAP
- ATAP AWNING
- SLIDING DOOR ( HOLLOW / BIASA )
- WROUGHT IRON
- STAINLESS STEEL
- PENYIDAI KAIN
- PENUTUP LONGKANG
- DAN KERJA-KERJA BERKAITAN BESI
.
.
Jangan risau... $$$$$ ( harga ) kami boleh berunding
Mungkin kami dapat membantu anda..
*** SYARIKAT BUMIPUTERA
*** SYARIKAT BERDAFTAR DI SSM
.
.
---->>> WHATSAPP sekarang : 012 - 336 0861
---->>> Dwan
 

No comments:

Post a Comment