Saturday 19 December 2015

RESEPI - AIR MINUMAN

ANEKA RESEPI MINUMAN
======================
.
.

JOM SHARE DI WALL MASING MASING
JIKA BERMANFAAT silakan " SHARE "
.
.

Jom LIKE dan FOLLOW kami, banyak info terkini akan kami kongsikan
http://www.Facebook.com/nrzenterprise
http://nrzenterprise.blogspot.com




ICE LEMON TEA

1 uncang tea
Air panas secukupnya
Gula secukupnya
1 biji lemon ambil jusnya
1 biji lagi di hiris
ais secukupnya

Sediakan air tea seperti biasa
Perahkan jus lemon
Letakkan hirisan lemon dan kiub ais
Sedia di nikmati



 HONEYDEW MILKSHAKE
Resepi Oleh : Milkshake Recipe. org

1/2 cawan yogurt rendah lemak perasa vanilla
1/2 biji honey dew ~ buang kulit dan di dadu untuk mudah di kisar.
1 sudu besar apple juice ~ ita tak letak
4 sudu besar susu pekat manis ~ ita tambah boleh tambah lagi jika nak manis
sedikit air masak ~ untuk memudahkan buah di kisar
ais secukupnya

Masukkan semua bahan dalam mesen pengisar, kecuali ais
Kisar hingga halus
Tuang dalam gelas dan letakkan ketulan ais
Sedia di nikmati






 AIR BARLI

1/2 cawan barli ~ di cuci bersih
1 ketul gula batu
air secukupnya
1 helai daun pandan di simpul
gula secukup rasa

Barli di cuci bersih dan toskan airnya
Masukkan barli dalam periuk bersama daun pandan,dan air, dan rebus hingga barli kembang
Bila abarli dah kembang, ambil sedikit barli dan kisar halus
masukkan semula barli yang di kisar dalam periuk dan masak semula
Tambahkan gula batu dan biar sampai gula batu larut
Jika kurang manis tambah gula pasir secukup rasa. jangan manis sangat tau! air bali ni sedap manis-manis buah aje
Boleh di hidangkan panas atau dingin







 AIR KELAPA LEMON

1 biji air kelapa muda
isi kelapa muda
1 sudu besar air gula
1/2 biji lemon
ais secukupnya

Satukan air kelapa, isinya dan air gula dalam gelas
Perahjan jus lemon
Letakkan ais
Hidangkan dingin









FIZZI DRINK
Resepi Oleh : Kak Kida
Rujukkan Oleh : Resepi Kek dan Biskut Raya

Ais kisar secukupnya ~ ita guna ais aje
Buah Laici secukupnya ~ ita tak letak
Air Sprite secukupnya
Air Ribena secukupnya

Masukkan ketulan ais atau ais yang telah di kisar ke dalam gelas. Kemudian letakkan beberapa biji laici. Tuangkan air Sprite dan sedikit Ribena sebagai penyeri warna
Sedia di hidangkan


FANTA HIJAU HOMEMADE

3 kg gula pasir ~ boleh kurangkan jika tak suka manis
2 liter air
330 ml Oren Sunquick
1/2 botol pewarna hijau apple Star Brand
1/2 botol perasa pisang Star Brand
1 helai daun pandan di simpul

Gunakan periuk yang besar atau tinggi untuk memasak air
Tuangkan air, daun pandan dan gula ke dalam periuk dan masak atas dapur hingga gula larut dan air mendidih
Masukkan Oren Sunquick dan biarkan ia merenih sebentar
Masukkan pula pewarna hijau
Bila dah didih tutup api dan masukkan perasa pisang
Biarkan sejuk

Untuk menghidang, tuangkan dalam jug atau gelas, tambahkan air sejuk jika manis
Masukkan ketulan ais
Hidangkan dingin
AIR NENAS

1 biji nenas ~ buang kulit dan mata nenas , belah 2 dan buang empulur tengah
1/2 bahagian nenas tadi di potong dadu
1/2 bahagian nenas lagi di kisar halus
air secukupnya
gula ikut kemanisan
1 helai daun pandan di simpul

Satukan semua bahan dalam periuk dan masak hingga didih dan gula larut
Bila dah didih sejukkan
Hidangkan bersama ketulan ais
  
AIR JAGUNG

Kordial Jagung Red Man secukupnya
Air
Gula secukup rasa
1/2 tin Jagung manis dalam tin
1 tin susu cair
2 sudu besar Susu pekat manis

Masak air bersama gula. Ita masak air dalam 1 kole bersama 6 sudu besar gula.
Masak hingga air didih dan gula melarut
Masukkan Kordial jagung Red Man atau apa-apa brand yang terdapat di pasaran. Yang ni agak-agaklah kan ikut kepekatan dan aromanya.
Masak lagi hingga mendidih
Masukkan susu cair dan jagung dalam tin
Tutup api dan masukkan susu pekat manis. Rasa ikut kesesuaian citarasa.
Biarkan sejuk
Hidangkan bersama ketulan ais.

JUS TEMBIKAI

1/2 biji buah tembikai
kiub ais secukupnya

Potong tembikai dan buangkan kulitnya
masukkan tembikai dalam blender dan kisar
Jika tembikai kurang manis boleh tambahkan air gula
hidangkan dengan kiub ais
 
FAIR LADY
 
 Air oren secukupnya
1 tin laici dalam tin
nata de coco secukupnya
1 sudu teh biji selasih di rendam dalam air panas hingga kembang
ais batu secukupnya

Mula-mula sediakan air oren dahulu. Ita guna air oren Sunquick. Rasa kan manis air oren secukup rasa.
Masukkan nata dalam jug, diikuti buah laici dan airnya serta biji selasih
Tuangkan air oren tadi dan ketulan ais
Sedia di nikmati
 
AIR MATA KUCING

Buah mata kucing kering secukupnya
1 buku gula Melaka
2 buku gula batu
Gula mengikut kemanisan
air secukupnya
Daun pandan di simpul

Cuci buah mata kucing hingga bersih.
Masukkan dalam periuk bersama air dan daun pandan dan rebus hingga kembang dengan api sederhana.
Masukkan pula gula Melaka dan gula batu dan masak hingga gula hancur dan sedikit pekat.
Perasakan dengan gula
Siap dihidangkan panas atau sejuk.


BLUE OCEAN

1 botol kecil minuman soda warna biru ~ ita guna air Mountendew
1 sudu besar oren Sunquick
Nata de coco secukupnya ~ anggaran 2 sudu besar untuk satu gelas
1 sudu teh biji selasih ~ rendam dgn air panas hingga kembang
air secukupnya

Masukkan oren Sunquick ke dalam gelas
Kemudian masukkan nata de coco
Tuangkan air soda biru mountendew
Masukkan juga biji selasih dan ketulan air
Sedia di hidangkan
Jangan lupa sediakan sudu semasa menghidang, kerana air ini perlu di kacau bila ingin di nikmati.



SIRAP SELASIHKU SAYANG

Ibu sirap rose secukupnya 1 tin laici
Air masak atau air mineral secukupnya
1 1/2 camca besar biji selasih, rendam dalam 1 cawan air panas hingga kembang
Ais kiub secukupnya

Masukkan laici bersama airnya ke dalam jug, tuang ibu sirap rose secukupnya, kacau dan tuang air. Masukkan biji selasih tadi, kacau rata dan letak ais kiub, rasa dan jika ok boleh hidangkan. Sedap diminum sejuk.
  

JUS KEDONDONG ASAM BOI

12 biji buah kedondong
10 biji asam boi jenis putih
4 biji limau kasturi, perah jusnya
3 liter air mineral (atau air masak), kurang lebih
Gula secukup rasa
Ais kiub secukupnya

-Rebus 5 biji asam boi dengan 1 liter air dan 2 camca besar gula pasir hingga gula larut.

-Sejukkan.

-Sementara itu cuci buah kedondong hingga bersih (sental kulit buah dengan berus hingga kelihatan hijau) atau boleh juga kikis dengan pisau.

-Potong kecil isi buah dan buang bijinya. Ketepikan.
Kikis isi asam boi yang telah direbus tadi, buang bijinya.
Air rebusan digunakan untuk mengisar buah kedondong dan tapis dalam jug.

-Tambah baki air mineral tadi, kacau dan rasa, jika kurang manis bole tambah gula.

-Masukkan jus limau kasturi dan baki 5 biji asam boi.
Kacau dan biarkan sekejap.

-Tambah ais kiub secukupnya dan boleh hidangkan.
Sedap diminum sejuk.
 

JUS TEMBIKAI PUDINA LEMON

1 Cawan Tembikai sebaiknya yang tiada biji jika ada biji boleh buang dahulu biji
1/2 cawan timun di potong dadu
1/2 cawan Jus Lemon Segar
beberapa Helai Daun Pudina
Segelas Air Kosong

Cara Buat
Kisarkan Semua Bahan Tadi sampai sebati
Untuk hiasan boleh letakkan hirisan lemon dan daun pudina juga
SMOOTHIES HONEYDEW MINT

Perlukan sesuatu minuman hijau yang manis tanpa gula dan rasa segar dari mint@pudina adalah minuman yang terbaik untuk mulakan hari anda..

Bahan-bahan
1 cawan honeydew
1 biji limau nipis
Beberapa helai daun pudina
1 gelas air kelapa
Beberapa ketul ais untuk beri kesan segar pada minuman

Cara buat
Campurkan honeydew,air kelapa ,daun pudina dan ais,perahkan limau nipis dan kisar sehingga sebati..boleh terus nikmati...
Jangan lupa mencuba nanti...

TEH TARIK DANGDUT

Bahan-bahan ( 1 gelas )

2 UNCANG TEH
3 SB SUSU PEKAT
2 SB SUSU CAIR (option)
AIR PANAS (IKUT SUKATAN GELAS)

Cara-cara

-REBUS TEH TU DENGAN SETENGAH CAWAN AIR...PASTIKAN TEH TU PEKAT.. (PASTIKAN TEH TU JADI PEKAT, BIASANYA SAYA REBUS SETENGAH CAWAN AIR DAN BILA PEKAT AIR AKAN TINGGAL 1/3 CAWAN JE...)
-1 CAWAN AIR PANAS,CAMPUR SUSU PEKAT DENGAN SUSU CAIR LEPAS TU TARIK SAMPAI BERBUIH
-LEPAS TU MASUKAN SUSU KE DALAM GELAS SEKALI DENGAN BUIH-BIUH TU..
-AKHIR SEKALI BARU MASUKAN TEH YG PEKAT TADI KE DALAM SUSU.. MASUKKAN TEH TU SLOW2...
*SUKATAN AIR DAN SUSU IKUT SUKA KITE SENDIRI NAK MANIS ATAU TIDAK...SUKATAN AIR PUN SAME....IKUT SAIZ GELAS KITA...KALU NK SENANG KITE SUKAT DULU AIR MENGIKUT GELAS YG KITE NK GUNA...
   
AIR DETOX UNTUK KEMPISKAN PERUT

Bahan - bahan:
1 biji Lemon - dipotong bulat
1/2 biji timun dipotong bulat
1 biji limau - dipotong bulat
10 -15 helai daun pudina
1/2 inci halia - dihiris tebal
Air kosong - 1 liter

Cara - cara:
1) Masukkan kesemua bahan kedalam botol yang bertutup.
2) Masukkan air & tutup padat
3) Biarkan semalaman di dalam peti ais.
4) Keesokan pagi sedia diminum.



1 comment: