Saturday 19 December 2015

RESEPI - BUBUR / PENGAT




BUBUR MUTIARA SAGU

Bahan:
250 gr sagu mutiara500 ml air
150 gr gula pasir
2 lbr daun pandan
1 ltr air untuk merendam

Sos santan:
250 ml santan
½ sdt garam
 

Cara membuat:
• Rendam sagu mutiara dalam air 1 ltr selama lk. 1 jam.Tapiskan.
• Masak 500 ml air, daun pandan dan gula pasir hingga mendidih, tuang sagu mutiara, masak terus sambil diaduk hingga kental dan mendidih. Angkat.
• Masak semua bahan sos sambil diaduk agar santan tidak pecah, mendidih. Angkat.
• Sajikan bubur Mutiara dengan Sos santan




BUBUR JAGUNG PISANG

 Bahan-bahan:

1 cawan isi jagung
3 biji pisang nangka- potong kecil
1 sudu makan sagu mata ikan
2 cawan santan pekat
1 cawan gula
1 cawan air
1 helai daun pandan - simpulkan
1/2 sudu teh garam

Cara penyediaan:
Masukkan air, jagung, pisang, garam,gula dan daun pandan dalam periuk. Masakkan sehingga mendidih.
Masukkan sagu mata ikan dan santan. Sentiasa kacau perlahan-lahan supaya tidak pecah minyak sehingga mendidih.







BUBUR JAGUNG & SAGU

BAHAN-BAHAN :

2 batang jagung manis
1/2 cawan sago
Gula melaka secukupnya
Gula pasir secukupnya
Santan kelapa secukupnya
1/4 sudu kecil garam - secukupnya
2 helai daun pandan

CARA MEMASAK :

Didihkan air dalam periuk sehingga mengelegak kemudian masukkan semua biji sago . Masak sampai sago kembang dan boleh la dimasukkan dalam bekas yang sesuai serta biarkan sampai sejuk .

Bersihkan semua jagung dan potong ambil biji jagung . Masukkan santan secukupnya , biji jagung , gula melaka , gula pasir secukupnya dan daun pandan ke dalam periuk yang sesuai . Masak sampai jagung empuk serta kuah bubur mendidih , kacau sekali-sekala dan boleh la dimasukkan sedikit garam untuk membangkitkan rasa lemak kuah bubur ni . Tambah lagi santan atau sedikit air jika kuah terlalu pekat .

Potong sago tadi menjadi bentuk empat segi dan masukkan dalam bubur , ikut pada kita nak masukkan berapa banyak ketulan sago ni ke dalam bubur . Kacau semua bahan-bahan dan rasa bubur ni jika masih kurang manis boleh la ditambah gula lagi . Biarkan bubur masak serta ketulan sago mesra dengan kuah dan sekali-sekala kacau bubur supaya semua bahan cukup mesra . Bila dah masak boleh la ditutup api dapur .
Selamat Mencuba 
 




BUBUR BARLI

Bahan-bahan
● 100 gm barli
● 1 tin jagung manis buang airnya
● 1500 ml air
● 400ml santan
● 1 cawan gula
● 7 sudu makan sagu biji (basuh dan toskan )
● 2 helai daun pandan ( disimpul) Sedikit garam

Cara-cara
1. Basuh barli dan toskan. Rebus barli bersama air dan daun pandan sehingga kembang.
2. Apabila kembang masukkan jagung dan gula. Biar mendidih.
3. Masukkan pula santan , sagu dan garam.
4. Kacau sehingga ia mendidih dan angkat.








 




 BUBUR LEMAK

Bahan-bahan:

1/2 cawan beras dimasak dengan 5 cawan air.
sedikit halia diketuk
1/2 cawan ikan bilis direndam sebentar dan tumbuk halus
2 ulas bawang putih diketuk
sedikit karot didadu
sedikit kacang panjang dihiris halus atau kacang peas
1/2 biji kentang didadu
1/2 cawan santan
garam secukup rasa

***kicap pedas jika suka

Cara membuatnya:

1. Masak beras hingga lembut dan menjadi bubur. Perlahankan api.Masukkan ikan bilis, bawang dan sayuran. Didihkan dan biar kentang empuk.
2.Masukkan santan dan garam.







UBUR CANDIL TEPUNG PULUT

Bahan-bahannya:

2 cawan tepung pulut
1 sudu kecil air kapur
air secukupnya untuk menguli
7 helai daun pandan - disiat dan disimpul
2 cawan santan pekat
air secukupnya
1 cawan gula
pewarna merah, hijau dan kuning

Cara-caranya:
1. Uli tepung pulut bersama air kapur dan air hingga menjadi seperti doh, tidak melekat pada jejari tangan.
2. Bahagikan tepung pulut kepada 3 bahagian dan warnakan setiap bahagian dengan merah, hijau dan kuning.
3. Rebus hingga mendidih air dalam periuk dan masukkan candil berwarna sebahagian-sebahagian.
4. Bila candil telah timbul, tapis dan masukkan dalam bekas yang berisi air masak sejuk. Buat hingga habis.
5. Dalam periuk lain masak gula bersama air secukupnya. Masukkan daun pandan. Bila gula telah hancur dan air mendidih, masukkan pula santan. Perlahankan api dan kacau selalu hingga kuah ini mendidih sekali lagi.
6. Tapiskan candil tadi dan masukkan dalam kuah, biar mendidih sekali lagi barulah tutupkan api. Pastikan api sentiasa kecil ke sederhana dan hendaklah sentiasa dikacau agar santan tidak berketul-ketul









PENGAT NANGKA DAN PISANG MUDAH

Bahan-bahan
Nangka dalam 20 ulas
Pisang dalam sesisir
5 sudu besar gula (kalau kurang sila tambah ye)
Garam secukup rasa
2/3 helai daun pandan wangi.
Semangkuk santan bersamaan 2 biji kelapa.

Cara
Masukkan semua dalam periuk, kacau sehingga masak dgn perlahan







BUBUR CANDIL KELEDEK + SAGU

Bahan-bahan:

1/5 kg keledek lenyek
2 cawan santan pekat
tepung pulut secukupnya
tepung sagu ubu 11/2 cawan
3 keping manisan sederhana besar
1 senduk gula merah
gula sekiranya kurang manis
5 helai daun pandan
secubit garam
Air secukupnya
1 genggam sagu biji dicuci dan ditos

Cara-caranya:
1. Uli keledek lenyek dengan tepung sagu dan tambah tepung pulut sedikit-sedikit hingga tidak melekat pada tangan.
2. Didihkan air dan mula gentel-gentel adunan kecil-kecil dan masukkan dalam air mendidih tadi hingga gentelan tepung tadi timbul.
3. Toskan.
4. Sementara itu masak manisan dan gula merah bersama 1 cawan air dan simpulan daun pandan hingga gula-gula itu larut. Tapiskan.
5. Di periuk lain masukkan air gula dan air secukupnya untuk kuah hingga mendidih. Masukkan santan dan garam. Sentiasa dikacau agar santan tidak berketul. Masukkan sagu biji pula.
6. Bila kuah mendidih masukkan candil yang ditoskan tadi, kacau dengan lembut dan biar di atas api seketika
 
 




BUBUR MERAH PUTIH

Bahan:
• 2 cawan beras pulut dicuci bersih
• 7 cawan santan cair
• 2 cawan santan pekat
• 3 helai daun pandan
• 1 ketul gula melaka
• 1/2 cawan gula pasir (ikut manis)
• (durian jika suka)

Cara:
1. Masak beras pulut dengan santan cair hingga kembang.
2. masukkan santan pekat kacau rata.
3. ketepikan 5 senduk,masukkan garam biar serasa.
4. lebihan pulut tadi masukkan gula merah dan gula putih biar rasa manisnya
 





BUBUR KACANG DURIAN

Bahan-bahannya:
250 gm kacang hijau - direndam lebih kurang 2-3 jam
1 mangkuk durian - mangkuk ice cream 1.5 liter tu
200ml santan - saya guna santan kotak ajer
1 buku gula melaka yang sedang
air secukupnya anggaran 1 liter (kalau x cukup tambah sedikit.
2 helai daun pandan - disimpul

Cara:
1. Kacang hijau direndam hingga kembang, toskan dan jerang atas dapur bersama 1 liter air atau boleh lebihkan sedikit. Rebus kacang hijau hingga kembang dan mendidih biar lama sedikit.
2. Masukkan gula melaka, dan masak sehingga gula melaka cair kacau2kan masukkan pula daun pandan durian dan santan, masak hingga bubur mendidih agak lama dengan api sederhana sambil di kacau2 selalu.
3. Padamkan api hidangkan panas bersama teh o tawar. ada orang makan bubur kacang durian bersama roti atau biskut kream cracker saya makan gitu ajer..cubalah sedapp
 
 






PENGAT UBI KAYU

Bahan-Bahan:
400 gm ubi kayu yang direbus empuk
1 cawan santan pekat
¾ air gula melaka
1 helai daun pandan
Gula pasir

Cara:
1-Masukkan air dalam periuk
2-Rebuskan ubi kayu di dalam periuk dengan air tadi.taruh sedikit garam
3-Biarkan mendidih hingga empuk.toskan ubi kayu telah empuk.
4-Masukkan santan, gula melaka, daun pandan,ubi kayu yang telah di rebuskan tadi dan gula.kedalam periuk
5-Kacau perlahan-lahan sehingga sedikit mendidih.
6.Siap dan hidangkan.Lagi sedap tambh sedkit pulut dalam hidangan,untuk penambah selera.






BUBUR KELADI

BAHAN-BAHAN:
500 gm keladi | dipotong dadu dan direbus
300 gm gula merah
300 ml air
100 gm cha cha
1 sudu makan sagu
1 liter santan
1 helai daun pandan
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:
1. Renihkan santan bersama dengan air.
2. Kemudian masukkan semua bahan dan biarkan mendidih sekali lagi.
3. Perasakan dengan garam dan sedia untuk dihidang.
Penggunaan daun pandan menaikkan lagi rasa lemak santan.
 
 







PENGAT UBI KAYU

BAHAN-BAHAN:
11/2 kg ubi kayu | dipotong kecil
1 liter santan
240 gm gula pasir
240 gm gula merah
1 helai daun pandan
Sedikit garam

CARA MEMASAK:
1. Rebus ubi kayu sehingga lembut dan ketepikan.
2. Di dalam periuk masukkan santan bersama dengan daun pandan, gula pasir, gula merah dan sedikit garam.
3. Masak sehingga mendidih.
4. Kemudian masukkan ubi kayu dan masak sehingga beberapa minit.
5. Sedia untuk dinikmati.

Guna ubi kayu yang sedang matang untuk rasa pengat yang enak. Elakkan menggunakan ubi kayu yang agak tua kerana ia mempunyai banyak sabut
 







PENGAT PISANG GULA MELAKA

BAHAN-BAHAN:
10 biji pisang | dihiris
1.2 liter santan pekat
200 ml air
100 gm gula
½ sudu teh garam
200 gm sago
300 ml gula melaka
2 helai daun pandan

CARA MEMASAK:
1. Masak santan bersama daun pandan dan air sehingga hampir mendidih.
2. Kemudian masukkan gula melaka, gula dan garam. Biarkan sehingga gula larut.
3. Masukkan sago dan masak sehingga kembang.
4. Akhir sekali masukkan pisang dan sedia untuk dihidangkan.
Enak juga dimakan sejuk untuk mendapatkan rasa yang berbeza daripada biasa
 






BUBUR NANGKA BERSAGU

BAHAN-BAHAN:
500 gm nangka
1 liter santan pekat
200 ml air
½ sudu teh garam
200 gm sago
2 helai daun pandan

CARA MEMASAK:

1. Masak santan pekat, daun pandan dan air sehingga sedikit mendidih.
2. Kemudian masukkan garam dan gula . Tunggu sebentar sehingga gula hancur.
3. Kemudian masukkan sago dan nangka.
4. Biarkan sehingga sago kembang dan sedia untuk dihidangkan.
Gunakan jenis nangka madu untuk rasa yang lebih enak.








BUBUR GANDUM

BAHAN-BAHAN:
500 gm gandum
1 liter santan
200 ml air
½ sudu teh garam
200 gm gula
2 helai daun pandan

CARA MEMASAK:
1. Masak gandum sehingga lembut. Toskan.
2. Selepas itu masukkan santan, air dan daun pandan. Masak sehingga mendidih.
3. Kemudian masukkan garam dan gula ke dalamnya. Biarkan sehingga ia larut.
4. Sedia untuk dihidangkan.
Gandum baik untuk menyejukkan badan


 



.

Memikirkan / tercari cari PERKHIDMATAN WELDING di kawasan TELUK INTAN atau kawasan sekitar yang berhampiran ???
WhatsApp 012 - 336 0861 ( Dwan )
.
.
=======================================================
Jom LIKE dan FOLLOW kami, banyak info terkini akan kami kongsikan
http://www.Facebook.com/nrzenterprise
http://nrzenterprise.blogspot.com

No comments:

Post a Comment