Assalamualaikum semua.
Hampir hujung minggu ini, moga kita terus terdorong untuk berbuat baik insyaAllah.
Mari sama-sama kita renungi hadis ini.
Daripada Abu Hurairah RA katanya Rasulullah SAW bersabda (maksudnya),
"Allah 'Azza wa Jalla berfirman: Apabila hambaKu berkata akan berbuat kebajikan, Aku tulis baginya (pahala) satu kebajikan, sekalipun belum dilaksanakannya.
Tetapi apabila dilaksanakannya, Aku tulis untuknya (pahala) sepuluh kebajikan.
Apabila dia berujar akan berbuat kejahatan, Aku ampuni dia selama belum dilaksanakannya.
Apabila dilaksanakannya, Kutulis untuknya balasan satu kejahatan."
Sabda Rasulullah SAW selanjutnya: "Malaikat berkata: Wahai Tuhan! Inilah hambaMu, dia bermaksud hendak berbuat kejahatan (padahal Allah melihat).
Jawab Allah: Amatilah dia! Jika dilaksanakannya, tuliskan baginya balasan yang setimpal. Tetapi jika tidak dilaksanakannya, tuliskan baginya pahala satu kebajikan, kerana dia takut kepadaKu."
Rasulullah saw. melanjutkan lagi sabdanya, "Apabila keislaman kamu lebih meningkat, maka tiap-tiap kebajikan yang dilakukannya ditulis (pahalanya) sepuluh sampai tujuh ratus ganda. Dan tiap-tiap dia melakukan kejahatan ditulis (balasannya) setimpal dengan kejahatannya itu sampai dia mati."
(Riwayat Muslim)
Bagaimana? Sudah termotivasi untuk terus berbuat baik?
No comments:
Post a Comment