Wednesday 9 December 2015

RESEPI - AMOR KUEY TEOW GULUNG LASAGNE






" AMOR KUEY TEOW GULUNG LASAGNE "
======================================================
 
 Bahan-bahan (untuk sos Bechamel):
● 1 biji bawang besar
● 15 biji cengkih
● 12 cawan susu segar
● 1 cawan tepung serbaguna
● 3 helai daun salam
● 2 cawan marjerin Amor
● ½ sudu kecil serbuk buah pala
● 1 sudu kecil garam

Cara-cara membuat sos Bechamel:
1. Dalam periuk, panaskan marjerin Amor dan masak tepung perlahan-lahan sehingga berwarna kekuningan.

2. Sementara itu, di dalam periuk yang lain gorengkan bawang bersama dengan cengkih sehingga merenih. Masukkan daun salam dan biarkan merenih selama 2 minit.

3. Tuangkan susu panas ke dalam adunan tepung tadi dan pukul segera sehingga menjadi sos pekat yang bertekstur licin tanpa gumpal.

4. Akhir sekali tambahkan serbuk pala dan garam secukupnya. Sos Bechamel sudah sedia untuk digunakan.

Bahan-bahan (untuk lasagna):
● 8-10 keping chee cheong fun
● 6 tin ikan Tuna (dibuang airnya)
● 6-8 cawan sos Bechamel
● 2 cawan daun Kuchai
● 8 biji bawang Holland (digoreng bersama marjerin Amor sehingga berwarna kuning keemasan)
● 10 biji cili merah (dihiris)
● 4 cawan keju Parmesan (disagat/diparut)
● 4 cawan keju Mozarella (disagat/diparut)
● Garam dan lada sulah

Cara-cara penyediaan lasagna:
1. Sapukan sos Bechamel pada dasar loyang secara rata.
2. Kemudian, lapiskan kuey teow gulung pada dasar loyang dan sedikit lagi sos Bechamel.
3. Taburkan tuna memenuhi permukaan lapisan pertama lasagna dan kemudian letakkan bawang yang telah dimasak bersama dengan marjerin Amor. Selepas itu, taburkan kucai.
4. Selepas anda taburkan kucai, letakkan keju Mozarella dan keju Parmesan. Tuang semula sos Bechamel. Bubuhkan garam dan lada hitam untuk rasa. Lapikkan lapisan ini dengan kuey teow gulung dan ulangi semula proses lapisan lasagna ini sehingga habis. Akhir sekali, letakkan marjerin Amor pada lapisan teratas.
5. Bakar lasagna ini di dalam ketuhar bersuhu 180 darjah selsius selama 35-40 minit sehingga masak.
6. Hidangkan lasagna ketika panas dengan sedikit salad.

.
.
JOM SHARE DI WALL MASING-MASING :
JIKA BERMANFAAT silakan " SHARE "
===================================================
Sila follow dan like pagi dibawah:
Banyak info terkini akan kami kongsikan.
https://www.facebook.com/nrzenterprise
https://nrzenterprise.blogspot.com
.
.
.
Memikirkan / tercari-cari PERKHIDMATAN WELDING di kawasan TELUK INTAN atau kawasan sekitar yang berhampiran ???
.
.
Antara produk kami :
- PINTU PAGAR ( BUNGA MAS / BIASA )
- GRILL PINTU / TINGKAP
- ATAP AWNING
- SLIDING DOOR ( HOLLOW / BIASA )
- WROUGHT IRON
- STAINLESS STEEL
- PENYIDAI KAIN
- PENUTUP LONGKANG
- DAN KERJA-KERJA BERKAITAN BESI
.
.
Jangan risau... $$$$$ ( harga ) kami boleh berunding
Mungkin kami dapat membantu anda..
*** SYARIKAT BUMIPUTERA
*** SYARIKAT BERDAFTAR DI SSM
.
.
---->>> WHATSAPP sekarang : 012 - 336 0861
---->>> Dwan

No comments:

Post a Comment