Tuesday, 29 September 2015

PERCUTIAN DI PERAK SEPTEMBER - KUALA GULA

LOKASI KETIGA :
- Kuala Gula Sanctuary Resort,Kuala Kurau -


  Ni tempat penginapan saya...Jarak dari pekan Taiping lebih kurang 1jam...Kalau melalui lebuhraya boleh susur keluar di Plaza Tol Taiping (U) ....Wahhhhh best sangat..Ambil Superior room pun dah selesa luas..ada 1 katil king..ruang luas..tak cukup katil boleh jer tidur atas lantai..memg selesa kalau ada 8 orang pun..saya sukakan alam semulajadi..Kawasan yang tenang,damai dan bersih.Malam mendegar deruman ombak di bawah lantai chalet terasa macam berada diperkampungan nelayan.Sungguh mengasyikkan..nak cari ilham penulisan bagus ni...tapi hari tu masa saya mai malam hujan lebat..kira tak dapatlah merasai 100% suasana disini.Membuatkan hati ingin datang kembali kemari...Mentari pagi nampak jelas..cantik sangat..." SubhanaAllah"..tak puas menikmatinya sebab dah nak balik pula hehehe..maklumlah percutian yang singkat...

   Disini yang popularnya kita boleh melihat persinggahan burung perlbagai jenis dari luar negara singgah,tapi dia mengikut musim dalam bulan December.kalau nak rasa semua tu kena mai bulan december lah...nak mancing pun boleh,ada kawasan disediakan..dan ada macam-macam lah aktiviti yang disediakan..tapi kena keluar kos lain lah pulak tau..( melihat burung,lawatan menyusuri sungai,melawat tapak arkeologi,berjalan kaki menyusuri paya bakau ) - Harga dari RM200.00 keatas dan tertakluk kepada syaratnya jugak.

   Dan yang paling saya nak rasa ketam lembutnya ...nilah menu utama kat sini..bab makan saya memang suka..rasa sendiri baru dapat nilai atau rasa yang sebenar...suka atau tidak dah dapat makan baru kita citaaa ... Restorannya bersebelahan chalet jer..dekat jer...tak payah kelam kabut nak p cari kedai makan...Chalet ni tak sediakan menu tersebut.Sekoq ketam lembut rega RM8.00 tu masa saya makan lah...kot kot dia pun ikut harga pasaran tak tahulah...menu masakannya saya lebih suka kepada goreng tepung,masakan lain agak tak kena selera dengan saya.Kalau nak makan untuk malam menu ni kenalah p order siang siang...kalau lambat tak merasalah...saya cadangkan buat pesanan dulu...stocknya terhad ..

Lain lain cerita kena mai sindiri na...baru tahukan...citarasa kita manusia ni semua tak sama...Jadi mai sendiri dapat pengalaman baru....Harga Chalet RM170.00 ( ri tu mai musim cuti sekolah rega lebih sikit..tapi berpatutan...Satu Chalet pun dah luas SELAMAT MELANCONG DALAM MALAYSIA

No comments:

Post a Comment