Tuesday, 29 September 2015

PERCUTIAN DI PERAK SEPTEMBER - ZOO TAIPING

LOKASI KEDUA :
- Zoo Taiping & Night Safari -

   Melawat zoo !!! dah bertahun tak masuk melihat binatang didalam zoo ni hehehe...kalau setakat kita orang dewasa ni tak ada pun nak singgah zoo..Disebabkan bawa anak-anak bercuti sekali bolehlah tumpang tuah sekali masuk hehehe..Datang masa musim cuti sekolah memang ramai lah...kebayakannya pelajar sekolah serta ibubapa yang membawa anak-anak bercuti...
   Sekarang tiket masuk RM17.00 bagi dewasa..RM8.50 bagi kanak-kanak.Tertakluk kepada syarat-syaratnya jugak,kalau hari tak cuti tak mahal lah agaknya.Untuk bersiar-siar @ bersantai dalam tu ada disediakan perkhidmatan keretapi.Jika rasa tak larak nak jalan dalam tu lebih kurang 14 hektar luasnya..boleh lenguh segala urat sendi jugak lah heheh..masa jalan-jalan tu tak rasalah kesengalanya..tunggu dah malam atau esok pagi  nya..memang sengal selutuh kaki..:-D..Pada saya lebih suka jalan kaki..dapat tengok dekat-dekat dan boleh ambil gambar..kalau naik keretapi tu dia jalan terus jer tak ada benhenti cuma kita dengar penerangan dari pemandu sahaja..perkhidmatan tu percuam jer..tapi kebanyakkannya jalan jer sambil santai-santai...cuaca pun redup jer hari tu...sebab nak hujan...kira selesalah jalan tu...hehehe itupun berpeluh jugak ketik ^_^
  Disini tak adalah yang istimewa..sekadar melihat binatang-binatang jer.lagi pun siang-siang kebanyakkannya tidoq...apa pun tak bley...patutlah dibuka waktu malam...malam dapat lah lihat diaorang berkeliaran agaknyalah...sebab kita tahupun binatang lair ni kebanyakannya aktif diwaktu malam..Jadi pilihlah masa yang sesuai untuk melawat binatang-bintang tu yer....Waktu siang bermula dari 8.30pagi - 6.00petang setiap hari..malam pula 8.00mlm - 12.00mlm..Dan waktu binatang diberi makan dari 8.18malam - 10.00malam..
  Harga tiket untuk siang dan malam ianya berbeza malam mahal sikit lah RM20.00 untuk dewasa RM10.00 untuk kanak-kanak tapi tertakluk kepada syaratnya juga.tapi sesekali tak salah pun kita belanja ahli keluarga kitakan....
Cerita selanjutnya silakan kunjungi sendiri...cari pengalaman berada dinegeri orang lain pula.SELAMAT MELANCONG DALAM MALAYSIA

No comments:

Post a Comment