Tuesday, 29 September 2015

PERCUTIAN DI PERAK SEPTEMBER - KUALA WOH

LOKASI KE EMPAT :
Kuala Woh,Tapah

  Tempat mandi manda setelah penat berjalan jalan di Taiping.Tempat perkelahan ni terletak di jalan menuju Cameron Highland..Jarak dari Plaza Tol Tapah lebih kurang 20minit sahaja.kalau nak singgah mandi boleh lah...Sungainya bersih,kawasannya pun bersih.Kemudahan awan tandas dan tempat persalinan disediakan dalam keadaan bersih,tempat bersantai pun ada banyak.kira sempurna untuk.suasana perkelahan.tempat perkhemahan juga ada disediakan..

   Cuma nak kasi tahu...mana yang pernah pergi sebelum ni kan kan...dulu masuk tak kena bayar...sekarang dah kena bayar mengikut individu untuk dewasa RM2.00 kanak kanak RM1.00 Parking RM2.00 kemudahan lain hari tu masih percuma...Bila ditanya kenapa sekarang kena bayar..katanya dah pengurusan baru...pada saya berbayar tu tak mengapa sebab kita datang cuma sekali sekala...yang saya mahukan jika sudah dikenakan silalah buat pengurusan yang sebaiknya untuk persekitaran tersebut supaya pengunjung datang dapat merasa keselesaanya...

.SELAMAT MELANCONG DALAM MALAYSIA











No comments:

Post a Comment