Doa iftitah merupakan sebahagian sunat Haiah dalam sembahyang.
Sembahyang yang tiada sunat haiah sepertilah manusia yang tidak
berjangut, tiada alis mata, tiada bula mata, tiada rambut dan
sebagainya: Sabda Rasulullah SAW : "Tiadalah sempurna seorang manusia
sehingga dia bertakbir, memuji Allah Jalla Wa'azza, menyanjungiNya dan
dia membaca apa-apa (ayat) yang mudah daripada al-Quran".
Jika
kita tidak menghayatinya hati akan lalai kepada perkara lain, kita mesti
tumpukan kepada apa yang dibaca dan disebut oleh lidah. bila kita
bertakbir, lidah menyebut allah Maha Besar, manakala hati pula mesti
turut membesarkan Allah. Berdustalah jika pada ketika itu hati memandang
kepada yang lain lebih besar daripada Allah atau membiarkan hawa nafsu
menguasai jiwa. Jika berlaku juga begitu kita hendaklah segera bertaubat
dan beristghfar mengharap ampunan Allah.
Begitulah juga semasa
membaca doa iftitah, bila kita berkata, terjemahannya: "Aku menghadapkan
wajahku kepada (Tuhan) yang menjadikan langit dan bumi"
Kita
hendaklah sedar bahawa bukan wajah zahir yang dihadapkan kepada Allah
kerana Allah itu tidak bertempat tetapi wajah batin (hati) mesti
dihadapkan kepada Allah sahaja. ertinya hati tidak berpaling kepada
perkara lain selain Allah. kita mesti memusatkan tujuan dan tumpuan kita
kepada Allah semata-mata. sepatutnya kita merasa malu kepada Allah,
kalau lidah berkata menghadap Allah tetapi hati kita mengingatkan benda
selainNya.
Seterusnya apabila membaca: Maksudnya: "Dalam keadaan cenderung dan berserah"
Kita telah mengaku bahawa kita berserah diri kepada Allah, suka kepada
kebaikan dan kesejahteraan. jika kita mengaku muslim, ertinya kaum
muslim sekeliannya selamat daripada bencana lidah dan tangan kita. jika
diluar sembahyang berlaku sebaliknya, jadilah kita seorang pendusta.
waliyazubillah.
Begitulah juga kita berkata: "....Dan tiadalah aku daripada golongan orang-orang musyrikin"
Ketika kita faham di dalam hati bahawa kita bukan golongan musyrikin
dan kita memelihara diri dari syirik tersembunyi. Ertinya hati
berwaspada daripada memuja-muja manusia dan selain Allah, niat dan
tumpuan hanya kepada Allah. Kita patut malu dan takut jadi syirik walau
sedikit kerana kita telah mendakwa kita bukan golongan musyrik.
Seterusnya kita membuat pengakuan yang bermaksud: "Sesungguhnya
sembahyangku, ibadahku, hidupku dan matiku kerana Allah Tuhan seru
sekelian alam"
Ketika ini hendaklah sedar bahawa kita telah
berada di hadapan Tuhan. Kita telah mengaku sebagai hamba, tiada apa
pada kita, segalanya kita buat untuk Allah dan mengharapkan
keredhaanNya. kita sedar bahawa Allah menguasai hidup dan mati kita
tidak sepatutnya kita buat sesuatu kerana kepentingan diri dan
membelakangi Allah.
Seterusnya kita mengaku bahawa tiada sekutu
bagi Allah dan kita adalah orang yang menyerah diri. Hati yang
menghayati apa yang diucapkan akan merasa rendah diri apabila berhadapan
dengan Allah dan menetapkan hati kepada Allah.
Semoga kita membaca doa iftitah dengan memahami dan menghayati serta mengkhusukkan sembahyang kita...
.
.
LIKE dan FOLLOW kami , banyak info yang akan kami kongsikan
Jika bermanfaat silakan " SHARE "
===================================================
www.facebook.com / Nrz Enterprise
www.blogger.com / Nrz Santai D'Maya
No comments:
Post a Comment