Monday, 11 January 2016

MOTIVASI DIRI - TERUSKAN MELANGKAH MENJADI BAIK

Salam semua selamat pagi ... pagi ni saya bawak sahabat saya saudara Latfy dan sukarelawan sarapan di satu kedai roti bakar di bandar pasir puteh Kelantan. Kedai ni terletak di satu selekoh berhampiran BSN Pasir Puteh. Roti bakar kedai ni dia taruk sejenis keju or kaya apa entah ... sedappp sangat ...

Dulu seminggu sebelum abah meninggal masa abah tengah sakit abah pernah mintak belikan roti bakar ni. Masa tu hari jumaat. Hati jadi berdebar2 takut tak dapat penuhi permintaan abah sebab biasanya hari jumaat kedai kebanyakannya  tutup kat Kelantan ni.

Tapi sebab itu permintaan abah dan mungkin ianya permintaan terakhir abah saya gagahkan diri keluar pergi ke kedai ni ... dengan harapan kedai ni bukak dan dapatlah beli roti bakar untuk abah. Tapi sangat mustahil sebab jumaat kedai kebanyakannya tutup.

Tapi bila sampai di kedai tu Ya Allahhhh .. kedai tu bukak !! Dan memang kedai tu satu2nya kedai makan yang bukak hari tu. Allahuakbarrr ... terus menitis air mata. Terus order roti bakar. Tuan kedai tu bagi tahu biasanya mereka tutup hari jumaat tapi hari tu mereka bukak.

Ya Allah ... nasib baik datang jugak walaupun hati kuat sangat kata mustahil kedai bukak pada hari jumaat.

Rupa2nya permintaan abah itu adalah cara Allah nak menguji setakat mana saya sebagai anak sanggup berkorban tanpa banyak soal untuk abah.

Seringkali Allah nak uji kita sebagai anak setakat mana kita sanggup berkorban untuk kedua orang tua kita. Dulu masa saya kecik abah sanggup buat apa saja untuk saya. Pinjam duit merata2 nak belikan buku rujukan. Naik motor pergi ziarah saya di sekolah asrama tapi motor tu pancit. Abah tolak motor dalam hujan berpuluh2 kilometer jalan kaki dengan mak ... satu kedaipun tak bukak sebab hari jumaat. Abah pinjam duit nenek beli T Shirt putih nak main sukan ... Abah berhutang merata-rata ... masa nak ke US abah beli baju coat bundle utk saya RM25 ringgit pinjam duit kawan abah. Mak rendam dalam air panas nak hilangkan bau bundle. Abah beli dye dan rendam baju coat tu agar warna pudar baju coat bundle tu hilang ... abah buat apa saja untuk saya ...

Tapi bila abah dah tua dah sakit kita sebagai anak banyak pulak alasan untuk buat yg terbaik terutama di saat abah dah terlantar.

Pegilah ... keluarlah ... bantulah setakat yang terdaya selagi kita mampu ... Bantulah semua orang yang memerlukan bantuan walau hanya dengan doa. Allah sentiasa beri kita peluang untuk dapat pahala dan jadi orang baik-baik.

Kita je sentiasa menolak peluang dan buta hati tak nampak itu adalah peluang kita untuk ke syurga.

Rindu abah sangat2 hari ni. Pesan abah agar jadi orang baik-baik dan ajak orang jadi baik ni saya genggam erat sampai sekarang.

Terima kasih abah sebab sentiasa di sisi biarpun abah dah 4 tahun pergi ... Abah sentiasa ada dalam diri ...

Jommmmm kita jadi orang baik-baik.

# Share Petikan Dari Facebook

No comments:

Post a Comment