KAMI MENAWARKAN PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN (Welding) Grill tingkap , pintu, pagar , atap awning , sliding door atau kerja-kerja berkaitan besi untuk rumah,kedai,pejabat dan sebagainya..- KEUTAMAAN SEKITAR TELUK INTAN ,PERAK ATAU KAWASAN YANG BERHAMPIRAN.. TEL : Dwan 012 - 336 0861
Monday, 11 January 2016
RESEPI MINUMAN DALAM PANTANG
REBUSAN MANJAKANI
===================
Bahan-bahannya:
500 ml air
30 gm halia muda – di hiris
20 gm kunyit tua – di hiris
5 biji buah manjakani
2 keping asam keping.
Caranya:
1. Satukan semua bahan ke dalam periuk
2. Jerang di atas api sederhana hingga mendidih
3. Perlahankan api dan renehkan selama 10 minit
4. Tapis dan minum setelah suam.
REBUSAN PEGAGA
===============
Bahan-bahannya:
5 cawan air
50 gm pegaga
Caranya:
1. Rebus pegaga bersama air hingga tinggal anggaran 3 cawan.
2. Tapis dan minum setelah suam.
3. Amalkan 2 x sehari
4. Minuman air rebusan pegaga ini membersihkan darah dalam tubuh ibu yang baru melahirkan anak.
REBUSAN HALIA
==============
Bahan-bahannya:
1 ketul Gula Kabung
4 ketul size 4” Halia Tua (Di hiris)
2 batang serai (Di hiris)
1 Ikat Daun Pandan
3-4 batang Kayu Manis
2 Cubit Cengkih
Caranya:
1. Rebus semua bahan di atas dengan air ¾ penuh periuk.
NOTA : Bahan di atas untuk kegunaan 4 hari….selepas 4 hari buat yang baru
JUS HALIA KURMA
================
Bahan-bahannya:
200 gm halia
20 biji buah kurma
750ml air masak
Caranya:
1. Tumbuk halia hingga lumat.
2. Belah 2 biji kurma dan buangkan bijinya.
3. Jerang halia , kurma dan air dalam periuk. Renehkan selama 3 jam.
4. Bila mendidih, perlahankan api.
5. Tapis dan kemudian hidangkan panas atau suam.
REBUSAN MANJAKANI
===================
Bahan-bahannya:
5 biji buah manjakani
500ml air
2cm kunyit tua
2 keping asam keping
Caranya:
1. Satukan semua bahan dalam periuk
2. Jerang di atas api sederhana hingga mendidih
3. Perlahankan api dan renehkan selam 10 minit.
4. Tapis dan minum air ini setelah suam.
5. Manjakani berfungsi untuk mengering dan mengetatkan pangkal rahim. Tidak sesuai di minum oleh gadis kerana di takuti penyebab mandul.
.
.
LIKE dan FOLLOW kami , banyak info yang akan kami kongsikan
Jika bermanfaat silakan " SHARE "
===================================================
www.facebook.com / Nrz Enterprise
www.blogger.com / Nrz Santai D'Maya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment