Thursday 25 February 2016

RESEPI KEBAB ROTI PITA



RESEPI KEBAB ROTI PITA
=====================
.
BAHAN BAHAN :
.
3 keping roti pita mil penuh
200 g (1 cawan) daging dibuang lemak, dicincang
40 g (¼ biji) timun, dihiris nipis
25 g (1 biji) bawang besar, dicincang
25 g (1 biji) tomato, dihiris nipis
10 g (5 biji) cendawan cina hitam, direndam dan dihiris nipis
Beberapa helai daun salad
2 g (½ sudu teh) serbuk lada hitam
3 g (1 sudu teh) serbuk kari
5 g (1 sudu teh) campuran rempah (kulit kayu manis, jintan, dll)
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menggoreng
Mayonis rendah lemak dan sos cili (pilihan)
.
CARA CARA :
.
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang sehingga wangi.
2. Masukkan rempah, serbuk kari dan lada hitam sehingga wangi.
3. Masukkan daging dan tumis sehingga kering sedikit. Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa sehingga daging masak. Masukkan sedikit air jika terlalu kering.
4. Masukkan cendawan cina dan sambung memasak sehingga cendawan menjadi lembut.
5. Panaskan roti pita di atas kuali leper dengan api perlahan. Potong roti pita kepada dua dan belah bahagian dalam roti tersebut bagi membuat poket untuk memasukkan inti daging.
6. Masukkan salad bersih dan susunkan potongan timun dan tomato ke dalam poket roti pita.
7. Masukkan sesudu penuh inti daging ke dalam poket roti pita dan ratakannya di antara sayur-sayuran.
8. Letakkan sos cili dan mayonis di atas inti daging dan hidangkan.

.
.
Jika bermanfaat silakan share
LIKE dan FOLLOW kami, banyak info akan dikongsikan
======================================================
Mencari PERKHIDMATAN WELDING di TELUK INTAN atau sekitar kawasan berhampiran. Hubungi 012 - 336 0861 ( Dwan )
=======================================================
Facebook / Nrz Enterprise @ Blogger / Nrz Santai D'Maya

No comments:

Post a Comment