Thursday 25 February 2016

RESEPI SAYUR BALUTAN FUCUK


RESEPI SAYUR BALUTAN FUCUK
===========================

.
BAHAN BAHAN :
.
6 keping fucuk (saiz 6x6 inci), direndam sehingga lembut dan dilap
60 g (½ cawan) bunga kubis, dipotong kecil
50 g (½ cawan) brokoli, dipotong kecil
108 g (½ batang) lobak merah, dipotong memanjang
3 biji cendawan butang, ditoskan dan dihiris nipis
100 g (1 cawan) sengkuang, dihiris
11 g (5 keping) cendawan shiitake, dihiris nipis
10 g (2 ulas) bawang putih, dicincang
1 ikat daun sup, dibuang akarnya dan bersihkan
7 g (1 sudu makan) sos tiram
180 ml (¾ cawan) stok ayam buatan sendiri
7 g (1 sudu makan) tepung jagung, dicampur dengan ½ cawan
stok ayam buatan sendiri
15 ml (1 sudu makan) minyak
Garam dan lada sulah secukup rasa
.
CARA CARA :
.
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi.
Kemudian masukkan lobak merah, diikuti oleh bunga kubis, brokoli,
sengkuang, cendawan shiitake dan cendawan butang. Tumis sebentar.
2. Tuangkan stok ayam bersama sos tiram dan renehkan di atas api sederhana
selama 10 minit. Tambahkan garam dan lada sulah secukup rasa. Akhir
sekali, masukkan campuran tepung jagung dan padamkan api. Ketepikan
dan biarkan sejuk sebentar. Bahagikan kepada 6 bahagian.
3. Hamparkan 1 keping fucuk. Letakkan 1 bahagian sayur-sayuran yang
telah dimasak di atas kepingan fucuk dan balut kemas dengan berhati-hati
supaya fucuk tidak koyak. Ikat dengan kemas menggunakan batang daun
sup. Ulangi langkah ini sehingga semua sayur-sayuran habis digunakan.
4. Letakkan sayur-sayuran yang dibalut dengan fucuk dalam pengukus dan
kukus selama 5 minit.
5. Hidangkan semasa panas..
.
.
Jika bermanfaat silakan share
LIKE dan FOLLOW kami, banyak info akan dikongsikan
======================================================
Mencari PERKHIDMATAN WELDING di TELUK INTAN atau sekitar kawasan berhampiran. Hubungi 012 - 336 0861 ( Dwan )
=======================================================
Facebook / Nrz Enterprise @ Blogger / Nrz Santai D'Maya

No comments:

Post a Comment