PETUA UNTUK BERHENTI MEROKOK
==============================
1. Melengah-lengahkan -
Lengahkan tindak balas ke atas keinginan merokok seperti melambat-lambatkan mencari rokok. Sekiranya rokok ada di tangan, jangan dinyalakan terus, tunggu sekurang-kurangnya 5 minit. Keinginan untuk merokok ini kesudahannya akan hilang juga.
2. Tarik Nafas Panjang -
Tarik nafas anda dengan panjang sekurang-kurangnya 3 kali dengan perlahan-lahan.
3. Banyak Minum Air -
Minum air banyak-banyak. Sebaik-baiknya air galian atau air masak suam. Jangan minum air berkafein seperti kopi atau teh kerana minuman ini biasanya akan membuatkan anda ingin merokok selepas meminumnya.
4. Buat Sesuatu -
Buatlah sesuatu yang boleh mengalihkan fikiran anda daripada rokok. Contohnya bersiar-siar atau makan angin, telefon kawan, membaca buku, bermain muzik, membuat silang kata, berkebun dan sebagainya.
5. Kunyah Sesuatu -
Kunyah sesuatu seperti gula-gula getah, lobak merah, buah epal dan sebagainya. Elakkan sesuatu yang manis seperti gula-gula biasa.
6. Mandi atau Basuh Tangan -
Sekiranya anda berada di rumah, mandilah seberapa kerap atau basuh tangan setiap kali terasa hendak merokok.
7. Melakukan Senaman Regangan -
Lakukan senaman regangan setiap kali anda merasa mengantuk kerana tidak merokok.
.
.
LIKE dan FOLLOW kami , banyak info yang akan kami kongsikan
Jika bermanfaat silakan " SHARE "
===================================================
www.facebook.com / Nrz Enterprise
www.blogger.com / Nrz Santai D'Maya
No comments:
Post a Comment