KAMI MENAWARKAN PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN (Welding) Grill tingkap , pintu, pagar , atap awning , sliding door atau kerja-kerja berkaitan besi untuk rumah,kedai,pejabat dan sebagainya..- KEUTAMAAN SEKITAR TELUK INTAN ,PERAK ATAU KAWASAN YANG BERHAMPIRAN.. TEL : Dwan 012 - 336 0861
Monday, 21 December 2015
MENARA CONDONG,TELUK INTAN
" MENARA CONDONG,TELUK INTAN "
Dibina pada tahun 1892 oleh Leong Choon Cheong dan Ceylon terletak di Teluk Intan. Menara ini adalah sebuah binaan peninggalan British dan pada asalnya merupakan tempat takungan air bagi penduduk sekitar Teluk Intan semasa musim kemarau dan kejadian kebakaran.
Pernah juga menara ini berfungsi sebagai penunjuk arah kepada kapal-kapal ke Teluk Intan. Menara condong ini dilengkapi dengan sebuah jam gadang yang dibeli dari London buatan Firma J.W. Benson – Ludgatehill London.
Didapati pengaruh senibina Cina yang paling kuat pada Menara Jam Condong. Ini adalah kerana ia berkonsep sebuah "Pagoda". Walaupun pembinaannya pada zaman pemerintahan British, namun pengaruh Cina, penderma dan kontraktor telah berjaya dalam memperjuangkan budaya untuk dihayati.
Ini jelas didapati pada fasad bangunan menara jam ini seperti gerbang, bumbung genting dan hiasan jubin yang menunjukkan kekayaan budaya dan senibina Cina.
.
.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment