Monday 21 December 2015

RESEPI - ANEKA PENCUCI MULUT / PUDING / DESERT








PUDING JAGUNG

BAHAN-BAHAN :

80 gm tepung kastard
200 ml susu segar
1 cawan jagung berkrim
1½ sudu besar serbuk agar-agar
400 ml Santan Kelapa M&S
300 ml air
100 gm gula pasir
Garam

CARA-CARA :

1. Larutkan tepung kastard dengan sedikit susu. Tapiskan ke dalam periuk.
2. Masukkan baki susu, jagung, serbuk agar-agar, santan, air, gula dan garam.
3. Kacau atas api perlahan hingga pekat.
4. Tuangkan campuran puding ke dalam loyang atau acuan (basahkan dulu) dan biar keras.
5. Simpan di dalam peti sejuk sebelum disajikan.

Sumber : ResepiMalaysian

.
.



TAT TELUR

UNTUK KULIT :
1) 500 gm tepung gandum
2) 1 ½ cawan majerin
3) 1 sudu besar lemak sayur
4) 2 sudu besar gula
5) 1 biji telur

UNTUK KASTAD :

 1) 1 cawan susu cair
2) 4 biji telur
3) 1 cawan gula
4) 1 cawan air biasa
5) 1 sudu makan tepung kastad
6) ½ teh vanilla
7) ½ sudu teh pewarna kuning

CARA-CARA:

Untuk kulit:
1) Sapu rata minyak pada acuan bermangkuk kecil. Panaskan ketuhar pada suhu
180°c.
2) Gaul kesemua bahan kecuali telur menjadi seperti serbuk roti.
3)Masukkan telur dan gaul rata.
4) Canai setebal ½ cm dan terap bulat. Letakkan kulit tat di dalam dulang acuan.
5) Cucukkan kulit dengen garfu untukhilangkan gelembung angin.
6) Bakar selama 10 minit pada suhu 180C.

Untuk kastad :
1) Gaul semua semua bahan sehingga sebati.
2) Tuang ke atas kulit tat yg telah dibakar separuh masak
3) Bakar semula untuk 5 minit.
4) Sejukkan dan hidang.


Sumber : ResepiMalaysian
.
.


PUDING KARAMEL TANPA TELUR


BAHAN-BAHAN :


Bahan Karamel:
2 sudu besar gula dijadikan karamel.

Bahan Puding:
Bahan A:
1 paket agar-agar serbuk (*saya guna agar-agar serbuk 25gm)
12 cawan air (3 liter)
2 cawan gula
** Semua bahan di atas dimasak.

Bahan B:
1/2 cawan susu pekat manis (*biasa orang guna 1 tin susu cair)
*saya guna susu pekat sebab xde susu cair.. he3
3 sudu besar tepung jagung
1/2 cawan air
sedikit esen vanila
sedikit pewarna kuning
** Campurkan semua bahan di atas.

CARA-CARA :
1. Masak bahan A sehingga mendidih.
2. Masukkan bahan B ke dalam bahan A. Kacau sehingga sebati dan agak likat.
3. Setelah pekat, tuang ke dalam acuan karamel.
4. Sejukkan di dalam peti sejuk.


Sumber : ResepiMalaysian
.
.


.
.

PUDING ROTI


BAHAN-BAHAN :
4 keping roti, disapu mentega
450ml susu segar
3 biji telur
25g gula
1 sudu besar tepung kastard

CARA-CARA :
1.Potong roti sesuka hati dan susun di dalam loyang.
2.Panaskan susu di atas api(jangan sampai mendidih).
3.Pukul telur dan gula sampai kembang dan masukkan susu yang telah dipanaskan.
4.Masukkan tepung kastard dan kacau hingga sebati.
5.Tuang campuran atas susunan roti. Biarkan selama 15min supaya roti kembang.
6.Bakar 20-30min pada suhu 180. Kemudian sejukkan.


Sumber : ResepiMalaysian
.
.

 
 
PUDING CENDOL GULA MELAKA

BAHAN-BAHAN :
 10gram serbuk agar agar
 150-200gram cendol
 4cawan air
 1cawan gula
 1kotak santan brand KARA 
1st garam

Step 1: Bahan A

CARA-CARA :

1. Didihkan 4cawan air. masak agar agar. kemudian masukkan 1cawan gula, masak hingga agar & gula menjadi larut (mendidih) sudah mendidih, masukkan cendol yg sudah ditapis air nya. tunggu mendidih sat . . tutup api.
2. Masukkan santan kotak, kacau rata. kemudian masukkan garam. kacau rata sehingga semua sebati.
3. Masukkan dlm acuan, sejukkan. selepas puding beku, Corak carik kan dgn garpu permukaan atas. sbb kat atas ni nk letak adunan gula melaka.

Step 2: Bahan B
  10gram serbuk agar agar
  5cawan air
  200g gula melaka *potong kecik
  3helai daun pandan
 
CARA-CARA :
1. Masukkan semua bahan step 2 dalam periuk . . masak dgn api yang perlahan, supaya daun pandan sempat kuar bau dan aroma nya.
2. Selepas mendidih . . TAPIS dan tuang kedalam bekas Puding cendol tadi. sejukkan normal dalam 30minit. selepas tu boleh lah masuk peti ais

Tips untuk acuan :
Basahkan dengan sedikit air. supaya mudah keluarkan dari acuan nanti untuk dipotong
 
Sumber : ResepiMalaysian
.
.
 KOKTAIL KASTARD


 
 BAHAN-BAHAN :
1. 1 tin buah2an koktail campuran
2. 1 tin nata de coco
3. 1 tin nenas kiub
4. ceri merah dibelah dua (optional)
5. agar2 merah ~ yg ni k.nor tak letak

UNTUK KUAH KASTARD :
1 tin susu cair (IDEAL)
2 sudu besar tepung kastard (larutkan dlm sedikit air)
6 sudu besar gula (kalau tak suka manis kurangkan sbb air koktail tu dah manis)
2 sudu kecil esen vanilla

CARA-CARA :
1. Susu cair dimasukkan ke dalam periuk dan di masak atas api yg sederhana.
2. Kemudian masukkan gula, larutan tepung kastard td dan esen vanilla.
3. Kacau hingga pekat. Jangan berhenti kacau sbb takut kastard tu bergentel.
4. Bila campuran susu dan kastard td tu dah bertukar warna kekuningan dan pekat, boleh la tutup api. Ketepikan dan sejukkan.
5. Satukan campuran buah2an koktail, nanas kiub, agar1, ceri dan nata de coco td ke dalam mangkok besar. Masukkan sekali air di dalam tin buah2an koktail dan nanas td.
6. Kemudian masukkan 3 - 4 sudu kuah kastard yg dimasak td ke dalam campuran koktail td atau ikut suka nak letak banyak mana, nak pekat ke nak cair. 7. Gaul sebati dan kemudian sejukkan.
8. Kalau suka bolehlah dihiaskan dgn ceri merah. Lagi sedap kalau ditabur kacang tanah yg dimesin kasar.

TAMBAHAN BAHAN-BAHAN:
 epal merah
epal hijau
buah pear
buah lai
oren
kiwi
anggur
strawberi
kiwi
kesemua buah2 ni dipotong dadu kecuali anggur dan strawberi
.
.
Sumber : ResepiMalaysian 
.
.
 


 
AGAR-AGAR LAPIS GULA MELAKA

BAHAN A:
10/11 gm serbuk agar-agar
150 gm gula melaka + 1 sudu makan gula pasir
870 ml air2-3 helai daun pandan (simpul)

BAHAN B :
10/11 gm serbuk agar-agar
150 gm gula pasir
870 ml santan (dari 2 biji kelapa parut putih)- saya gunakan 400ml santan KARA + 470 ml air) - ni kes mls nak perah lerr..
1 sudu teh garam

BAHAN C :
Loyang berukuran 8"x 8"x 3"
sedikit pewarna cokelat (optional)
Cara-Cara
1) Masak Bahan A sehingga mendidih. Masak pula Bahan B sehingga mendidih.
2) Tuang ke dalam loyang sebanyak 200ml agar-agar plain (Bahan A). Biarkan sebentar sehingga ia hampir keras, baru dituangkan lapisan kedua iaitu 200 ml agar2 santan (Bahan B). Biarkan sehingga lapisan kedua ini hampir keras juga.
3) Kemudian tuangkan lapisan seterusnya berselang-seli, plain dan coklat. Ulangi melapis sehingga agar-agarnya habis digunakan.
4) Agar-agar yg hendak digunakan itu haruslah berada di atas api yg kecil, supaya ia senantiasa cair dan mudah bila dibancuh dgn pewarna.
5) Setelah selesai melapisnya, tunggu hingga ia sejuk, barulah didinginkan dalam peti sejuk. Enak dihidangkan dalam keadaan dingin.
 
.
Sumber : ResepiMalaysian
.
.
 


TAU FU FAH

BAHAN-BAHAN :
300g kacang soya
2.5 liter air
2 helai daun pandan
2 sudu tepung jagung
1 sudu teh serbuk GDL/sekko (beli di kedai kek)

BAHAN UNTUK AIR GULA:
Secawan gula
2 cawan air
Sehelai daun pandan

CARA-CARA :
-Rendam kacang soya 5 - 6 jam
-Bagi yang takut kena sakit lutut dan 'gout', buang kulit dan kotiledon kacang tersebut dengan meramas - ramasnya. Kalau tak takut, teruskan ke bahagian #3.
-Kisar kacang soya tersebut menggunakan pengisar makanan.
-Tapis hasil kisaran menggunakan penapis (guna penapis teh tarik pun boleh)
-Ambil satu bekas atau periuk, dan masukkan 2 cawan air soya yang dikisar tadi, lepas tu masukkan 2 sudu tepung jagung dan 1 sudu teh serbuk GDL. (INGAT: Sediakan 2 periuk yang berasingan, 1 untuk masak air soya, satu lagi tempat untuk mengeraskan tau fu fah)
-Air soya yang banyak tadi dimasak bersama 2 helai pandan dalam periuk dengan api yang besar, dan digaul sentiasa. MESTI digaul sentiasa supaya air kacang soya tak berkerak.
-Kacau sehingga ia membuih ke atas dan tutup api.
-Kacau bekas yang berisi air soya, serbuk GDL dan tepung jagung tadi supaya sebati.
-Lepas tu, tuangkan semua air soya panas ke dalam bekas berisi campuran tu. JANGAN DIKACAU!
-Lepas tu, buang buih yang terdapat di atas air soya yang bakal menjadi tau fu fah itu. Tunggu selama sejam untuk tau fu fah mengeras.
-Sambil menunggu tau fu fah mengeras, masak air gula.

Cara masak air gula ni mudah je, macam masak mi megi. Didihkan secawan gula pasir bersama 2 cawan air (masukkan sehelai daun pandan yang disimpul).
Untuk resepi tau fu fah yang lebih MANTAP, klik di sini.

Tips:
Kacang soya dan air tidak perlu disukat mengikut isipadu yang terlalu tepat, konsep yang anda harus faham ialah; kalau nak kisar kacang soya, air jangan terlalu banyak. Kalau
lebih, ia akan menyebabkan air soya anda cair dan membuatkan tau fu fah anda kurang mantap dan best.

'Practice does make perfect', iaitu berlatih selalu membuat tau fu fah sehingga anda mahir dengannya.

Saya membuat tau fu fah 4 kali seminggu untuk menghasilkan tau fu fah yang boleh dikritik keluarga dan rakan - rakan saya. Sekarang saya tidak lagi perlu menyukat isipadu kacang atau air. Saya hanya menggunakan konsep "jangan lebih air, nanti soya
tak pekat, tau fu fah pun tak menjadi".

Serbuk GDL juga perlu diberi perhatian kerana kalau terlebih, tau fu fah anda akan terasa masam.

Tepung jagung pula jangan terlalu banyak tapi, tetapi kalau lebih sedikit atau kurang sedikit, it's ok. Tidak begitu ketara sangat.
.
Sumber : ResepiMalaysian
.
.
 
 AGAR-AGAR KASTAD JELLY
 
BAHAN-BAHAN:
500ml air
220g gula pasir
1tin susu cair
3 sb (rata) tepung kastad + bancuh dengan 1/2 cawan air
1 paket (11 g) serbuk agar-agar -(saya buat yang 10g )
2 paket sumi jelly (dibelah dua)- 

CARA-CARA:
1.Dalam periuk masukkan air,gula,susu cair .Masak hingga mendidih.
2.Kemudian masukkan bancuhan tepung kastad,kacau seketika dan masukkan serbuk agar-agar.
3.Masak hingga mendidih dan pekat.Tapiskan ke dalam loyang.
4.Tunggu sehingga suam barulah dimasukkan jelly tadi (kalau masuk panas-panas jelly akan cair),susun jelly ikut kreativiti.
5.Sejukkan dalam peti ais baru sedap dimakan.
.
Sumber : ResepiMalaysian
.
.
 
 PUDING COKLAT CARAMEL

BAHAN-BAHAN
Bahan A

½ cawan gula-buatkan caramel

Bahan B

1 tin susu cair
1 cawan air
4 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
4 sudu besar gula perang
1 sudu besar serbuk koko
3 sudu besar tepung jagung
Hiasan-buah laici dalam tin

CARA MEMBUAT
1. Gaulkan semua bahan B dan tapiskan dalam loyang yang berisi caramel.
2. Kukuskan selama 30 minit dengan api sederhana.
3. Sejukkan dan terbalikkan dalam pinggan besar.
4. Hiaskan dengan buah laici atau sebarang buah koktel.

.
Sumber : ResepiMalaysian
.
.
 
PUDING CARAMEL

BAHAN-BAHAN:
400cc(400ml) susu segar/susu cair
5 sudu besar gula halus
3 biji telur- pada suhu bilik
2 biji telur kuning-pada suhu bilik
2-3 titik esen vanila
[ KARaMEL ]
5 sudu besar gula
2 sudu besar air

CARA-CARA:
-Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
-Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.
-Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih.
-Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
-Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit
-Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.
-Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.
-Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais

.
Sumber : ResepiMalaysian
.
.
.

PUDING CENDOL

BAHAN-BAHAN :
Bagi Lapisan Bawah
500ml air
180gm gula pasir
300ml santan pekat
10gm agar - agar powder
500gm cendol
sedikit garam
Bagi Lapisan Atas
500ml air
200gm gula merah
300ml santan pekat
10gm agar - agar powder
1 biji kuning telur
sedikit garam

CARA-CARA:
Bagi Lapisan Bawah
Masakkan air, agar-agar powder dan gula sehingga mendidih.
Masukkan santan dan garam. Biarkan mendidih sedikit.
Masukkan cendol. Kacau sedikit. Angkat. Tuangkan kedalam acuan. Tips : untuk acuan. Basahkan dengan sedikit air. Lapikkan dengan plastic (saiz plastic mestilah lebih besar dari acuan) supaya mudah keluarkan dari acuan nanti untuk dipotong.
Bagi Lapisan Atas
Masakan gula merah dengan sedikit air (drp 500ml dalam resepi ye) sehingga gula hancur. Tapiskan air gula.
Masukkan air gula + baki air dan agar-agar powder. Masak sehingga mendidih.
Kocoh kuning telur di dalam santan. Tuangkan santan kedalam adunan. Masukkan garam. Biar mendidih sekejab. Padamkan api.


Tips : Sebelum tuang adunan atas, pastikan adunan bawah sudah keras dan cucuk dengan garpu di serata adunan.
Tips 2 : Tuang adunan lapisan atas perlahan-lahan. Sebaik-baiknya tahan adunan dengan sudu supaya adunan jatuh dengan perlahan.

.
Sumber : ResepiMalaysian
.
.


PUDING GULA HANGUS

BAHAN-BAHAN
3 sudu besar gula pasir
1 tin susu pekat
7 biji telur ayam
1 cawan air

CARA-CARA:
Mula2 cairkan gula dalam loyang atas api sederhana kecil. Masak sampai gula tu kekuningan. Pastu bila dah cair... lenggang2 loyang tu biar gula tu rata.
Kepuk telur sampai berbuih pastu masukkan susu pekat tadi. Kacau rata.......baru masukkan air.
Last sekali tuang atas gula yang dah beku tadi....boleh kukus sampai masak...Kukus tu dalam 45 minit gitulaaa........
Bila dah sejuk terlangkupkan.....boleh la dijamu untuk keluarga.......
 

.
Sumber : ResepiMalaysian
.
.
PUDING SUSU BUAH-BUAHAN :


BAHAN-BAHAN :
1 paket serbuk agar2 (11gm)
2 biji telur 

4 cawan air
1/2 tin susu cair

1 cawan gula
2-3 sudu besar tepung kastad
1 tin fruit cocktail

CARA-CARA:
1. masak agar2 dengan air dan gula hingga larut.
2. pukul telur dan campurkan tepung kastad, kacau rata dan ketepikan.
3. bila campuran agar2 larut, masukkan susu cair. bila mendidih, masukkan campuran telur dan tepung kastad. masukkan fruit cocktal.
4. masukkan kedalam loyang atau acuan disukai. sejukkan dan hidangkan.
 

.
Sumber : ResepiMalaysian.
.
.
 Memikirkan / tercari-cari PERKHIDMATAN WELDING di kawasan TELUK INTAN atau kawasan sekitar yang berhampiran ???
.
.
Antara produk kami :
- PINTU PAGAR ( BUNGA MAS / BIASA )
- GRILL PINTU / TINGKAP
- ATAP AWNING
- SLIDING DOOR ( HOLLOW / BIASA )
- WROUGHT IRON
- STAINLESS STEEL
- PENYIDAI KAIN
- PENUTUP LONGKANG
- DAN KERJA-KERJA BERKAITAN BESI
.
.
Jangan risau... $$$$$ ( harga ) kami boleh berunding
Mungkin kami dapat membantu anda..
*** SYARIKAT BUMIPUTERA
*** SYARIKAT BERDAFTAR DI SSM
.
.
---->>> WHATSAPP sekarang : 012 - 336 0861
---->>> Dwan
.
.

JIKAN BERMANFAAT silakan " SHARE "
=========================
Banyak info terkini akan kami kongsikan.
https://www.facebook.com/nrzenterprise
https://nrzenterprise.blogspot.com

No comments:

Post a Comment