Monday 28 March 2016

ANTROPOLOGI MAKANAN ORANG MELAYU - KUIH TEPUNG PELITA


ANTROPOLOGI MAKANAN ORANG MELAYU  - KUIH TEPUNG PELITA
==========================================================
.

a. Kuih tepung pelita adalah sejenis kuih tradisional yang sedap dan enak rasanya. Tepung pelita merupakan sejenis kuih yang manis tetapi tidak tahan lama. Tepung pelita merupakan pada asasnya dibuat daripada santan dan tepung beras dan dimasak dalam bekas yang diperbuat dari daun pisang. Ditengah-tengahnya pula diisi dengan air gula yang menjadikannya rasa lemak manis. Ia mudah rosak dan tidak tahan lama.
.
b. Pada asasnya tepung pelita terdiri daripada dua bahagian, iaitu bahagian atas atau dikenali sebagai kepala, lembut dan dibuat daripada santan dan bewarna putih. Bahagian bawahnya pula dibuat dari tepung beras dan biasanya bewarna kehijauan dan lebih keras sedikit dari bahagian kepala tetapi masih dibuat lembut.
.
c. Kuih tepung pelita adalah kuih lembut dalam bekas daun pisang dan popular di Malaysia, Indonesia, dan Singapura. Kuih ini pelita terdiri daripada 2 lapisan yang bewarna hijau di bawah dan lapisan santan putih di atas, yang dikenali sebagai kepala. Ia sejenis kuih manis dan amat digemari di pantai timur.
.
RESEPI KUIH TEPUNG PELITA
==========================
.
BAHAN LAPISAN BAWAH :
 30gm tepung jagung
1 sudu besar jus pandan atau pewarna hijau
300 ml air
100gm gula
10 helai daun pandan besar
secubit kapur makan (dicampur dengan jus pandan)
.
BAHAN LAPISAN ATAS :
15gm tepung beras
½ biji kelapa parut (8 oz santan)
Sedikit garam
.

CARA CARA :
.
- Campurkan semua ramuan untuk lapisan bawah dan kacau hingga pekat jernih masakkan di atas api yang sederhana.
- Masukkan perwana hijau dan kacau rata.
- Masukkan ke dalam daun pandan yang dibentukkan seperti mangkuk separuh penuh.
- Masakkan campuran lapisan atas dan kacau sehingga pekat di atas api yang sederhana.
- Curahkan ke atas lapisan bawah sehingga penuh
- Kukus sebentar di antara 3 hingga 5 minit.

No comments:

Post a Comment