Monday, 28 March 2016

PETUA MEMASAK BBQ

PETUA MEMASAK BBQ
=====================
.
a. Cara yang terbaik ialah dengan mengunakan batu bata merah sebagai tempat BBQ. Letakkan, sebesar mana batu bata yang di kehendaki di atas lantai rapat rapat.Kemudian, jadikan longkang dengan meletakkan lagi batu bata di atasnya.Sebaiknya gunakan 2 lapis batu.
.
b. Bakar arang sehingga menjadi bara dan apabila api telah berhenti, tinggal bara sahaja. Kipas semua abu keluar dan mula panggang atas bara.
.
c. Jangan kipas bara semasa memasak. Abu dari bara tidak baik untuk kesihatan. Tanpa api naik ke makanan, makanan yang dimasak akan menjadi lembut dan gebu.
.
d. Jika anda ingin jadikan tempat BBQ sebagai oven. letakkan penutup yang sesuai dan pastikan apabila membuat " longkang", gunakan batu bata yang berlubang.
.
e. Cara ini paling baik untuk kambing, lembu dan kerbau.

No comments:

Post a Comment