Monday, 28 March 2016

KETAWA ADALAH PENAWAR SEMULAJADI BAGI KESIHATAN


 KETAWA ADALAH PENAWAR SEMULAJADI BAGI KESIHATAN
====================================================
.
Ketawa adalah penawar semulajadi bagi kesihatan anda. Ianya dapat mengatasi tekanan, sakit dan konflik. Ketawa dapat meringankan beban anda, memberi harapan serta menyokong kesihatan kedua-dua kesihatan mental dan fizikal. 
.
- MENGURANGKAN STRESS
Menurut Dr. Dhilip Kumar seorang pakar perubatan semulajadi, apabila seseorang ketawa kadar hormon stress seperti kortisol dan adrenalin akan cenderung untuk menurun. Hormon-hormon inilah yang memberi tekanan terhadap sistem ketahanan tubuh yang boleh mendorong kepada jangkitan, penyakit dan kesihatan yang tidak baik. Kajian menunjukkan bahawa ketawa membantu mengurangkan stres dan meningkatkan daya ketahanan tubuh secara semulajadi.
.
- MEMPERBAIKI ALIRAN DAN TEKANAN DARAH

Telah terbukti bahawa ketawa dapat menurunkan atau mengimbangkan tekanan darah dan meningkatkan aliran darah vaskular. Ianya dapat membantu untuk melancarkan kembali peredaran darah dan meningkatkan oksigen di dalam darah. Selain dari itu ketawa merupakan terapi terbaik memerangi penyakit jantung
.
- PENYEMBUHAN SEMULAJADI

Ketawa akan menyebabkan pengeluaran banyak hormon endorfin yang berfungsi meninggatkan kelegaan dan kesejahteraan diri. Apabila anda ketawa ianya akan melegakan ketegangan fizikal dan tekanan otot santai sehingga 45 minit. Dengan banyak ketawa dapat mengurangkan stres dan akan meningkat daya mencegah penyakit. Malah ianya sangat bermanafaat untuk rawatan penyakit kanser dan HIV.
.
- MEMPERBAIKI PERNAFASAN DAN SEBAGAI URUTAN

Menurut Dr. Dhilip Kumar lagi, individu yang selalu rasa tertekan, bimbang dan marah kebiasaannya mengalami pernafasan laju dan pendek. Ini akan memudaratkan tahap kesihatan mereka. Ketawa dapat membaiki cara pernafasan dan menyediakan urutan sitematik pada otot abdomen, limpa, hati, buah pinggang serta usus. Ianya juga meningkatkan sistem pernafasan, peredaran darah dan saraf.
.
- MERUPAKAN SATU SENAMAN

Kajian menunjukkan 100 kali ketawa adalah bersamaan dengan tenaga 10 minit mendayung atau 15 minit mengayuh basikal. Kerana itu selepas ketawa anda akan sering terasa penat sebab ketawa mengunakan tenaga yang banyak.
.
Untuk tujuan penyembuhan ketawa dengan mudah dan kerap adalah sumber terbaik bagi bagi menyelesaikan banyak masaalah bekait dengan kesihatan. Ianya pengubatan semulajadi yang dianugerahkan tuhan kepada manusia secara percuma.
.
Namun seperti ubat-ubat yang lain ianya perlu diambil dengan betul dan tidak melebihi had. Jika ketawa secara melampau dan tidak dilakukan secara sepatutnya ianya tidak lagi menjadi ubat sebaliknya menjadi mudarat.

1 comment:

  1. Harrah's Philadelphia - Casino - JSH Hub
    Harrah's 제주도 출장안마 Philadelphia - Casino at 김제 출장샵 Harrah's Philadelphia Casino. 과천 출장샵 View details 영주 출장샵 for Harrah's Philadelphia in Philadelphia, Address: 777 Harrah's Boulevard, 이천 출장안마 Chester, PA

    ReplyDelete