Monday 28 March 2016

PETUA UNTUK MENGUKUS

PETUA UNTUK MENGUKUS
========================
.
a. Biasanya anda akan menghadapi masalah apabila membuat kuih yang dikukus. Masalah timbul apabila kuih berkedut dan berair di bahagian atas. Sama ada adunan tidak betul atau pun sebab perkakasan. Jika adunan sudah betul maka anda perlu pastikan alat pengukus tidak melelahkan wap ke dalam masakan kuih.
.
b. Cara yang anda perlu biasakan apabila mengukus ialah dengan membiarkan air yang mencukupi,
menggelegak sebelum masukkan kuih. Bagi kuih seperti kueh lapis, seri muka kaswi dan lain-lain , pastikan anda selalu membuka tutup (2 -3 kali) pengukus dan lap bahagian dalam supaya air tidak menitik. Atau pun gunakan kain muslin (kain lampin bersih) atau kain tuala untuk menutup pengukus. Pastikan kain berada antara loyang dengan penutup pengukus. Juga anda boleh bungkuskan atau ikatkan pada penutup pengukus.
.
c. Pada zaman dahulu, suri rumah lebih kreatif memasak dengan menggunakan alat yang sedia ada sahaja. Misalnya untuk mengukus, mereka menggunakan kuali dan penutup periuk. Dalam kuali itu diletakkan 2 batang kayu/papan kecil supaya loyang boleh diletakkan di atasnya. Kadang-kadang diletakkan dawai/jaring atau batang besi yang diubahsuai. Kuali begini kemudiannya diletakkan kain buruk yang telah dibasahkan di sekeliling penutup periuk supaya wap tidak keluar.
.
d. Untuk membuat laksam contohnya, ada orang menggunakan periuk biasa(aluminum) , yang diisi air. Pes adunan laksam dituangkan atas tudung periuk yang leper dan bila sudah agak mengeras, diterbalikkan tudung periuk supaya laksam terwap dalam periuk. Laksam tersebut tidak masuk dalam air, sebaliknya melekat pada tudung periuk. Selepas 2 - 3 minit tudung periuk diangkat dan dikeluarkan laksam.
.
e. Kini, zaman sudah berubah dunia semakin maju. Tidak ramai orang sekarang yang mahu menggunakan kuali. Sudah ada periuk nasi eletrik yang siap dengan pengukus. Sudah ada pengukus bertingkat dan multi cooker. Namun jika terdesak, maka cara lama boleh digunakan asal kita tahu caranya. Malah kadang-kadang masak cara lama lebih sedap.

No comments:

Post a Comment