Monday, 28 March 2016

BERBAGAI RAGAM MANUSIA DI MEDIA SOSIAL

BERBAGAI RAGAM MANUSIA DI MEDIA SOSIAL
=======================================
.
Ada yang leka bersocial, sehingga melupakan Hak Tuhannya.
Ada yang bercouple bermesra, sehingga melupakan Perintah RasulNya
Ada pula yang mendahulukan temannya, lalu meninggalkan hak ibu bapanya.
Ada pula yang lupa dirinya, sehingga memalukan ahli keluarganya.
Ada juga yang lupa perihal ahli keluarganya lalu lupa asal usul hidupnya.
Ada yang cuba menonjolkan diri sehingga memalukan kehidupan dirinya.
Ada yang pendiam, mengumpat pula hatinya.
Ada yang mulutnya kepoh, tapi hatinya kosong.
Ada yang pembohong, lalu guna agama untuk tutup bohongnya.
Ada yang jahil tapi berlakon macam dirinya berilmu.
Ada yang tidak berilmu, tapi mengaku ahli ilmu.
Ada yang berilmu tapi suka pula membodohkan orang. Tak berilmu.
Ada yang rasa dirinya hebat, memaki hamun pula siapa yang silap.
Ada yang sudah tersilap, sombong pula mengakui dirinya silap.
Ada yang pandai menasihati, tapi tak ambil iktibar pula buat dirinya.
Ada yang kuat berselfie, rupanya cuba mempromote diri.
Ada yang berbadan kental, bermegah megah pula dengan kentalnya.
Ada yang sudah bersuami, tapi masih tak sedar diri.
Ada yang sudah berbini tapi perangai, masih budak sekolah lagi.
Ada yang baru pergi ta'lim, sudah berasa dirinya 'alim.
Ada yang berjubah berkopiah tapi mata meliar berkeliar.
Ada yang berniqab di wajah, tapi bermesra dengan ajnabi tak sudah ² .
Ada yang berpakaian agama di gambar, tapi bersenyum smiley diambil mudah.
Ada yang tunjuk hero nak selesaikan semua isu, padahal dia bukan lah ahlinya.
Ada pula yang berpakaian sendat, berbangga pula bila berbuat maksiat.
Ada yang berwajah cantik, tapi yang dikejar like & pujian followers.
Ada yang followers ramai, tapi langsung tak membawa manfaat...

.
Semoga Allah ampunkan dosa kita. Kebodohan kita, kealphaan kita, kesombongan kita. Semuanya kerana kita telah jauh dari Rasulullah.
.
Ya Allah, ampunkan dosa mataku, telingaku, dan lidahku. Mereka buat salah ketika mereka tidak sedar, sedangkan aku buat salah ketika diriku sedar.

No comments:

Post a Comment