Thursday 31 December 2015

BILA BERKOMUNIKASI TENGOK HASILNYA








BILA BERKOMUNIKASI TENGOK HASILNYA...

Dua mingguyang lepas, Ibu bersembang dengan anak Ibu, Shaimaa' mengenai perihal berkomunikasi dengan anak yang belum betul-betul faham arahan kita ni.

Lalu dia berkongsi pengalamannya; Selama hari ni, bila dia hendak solat dan kedua-dua anaknya yang masih kecil Muhammad dan Yusuf, 2 dan 1 tahun tidak tidur, dia akan meminta si abang untuk jaga adiknya. Dia akan berkata begini,

" Muhammad, take care of Yusuf okay!" Maka Muhammad pun mengangguk tanda setuju.
Bila memberi salam, tersedarlah bahawa Muhammad cuba mengangkat Yusuf adiknya dan memegang di tengkok. Boleh bayang kan tak? Dan Yusuf menangis sebab sakit. Nampak Muhammad confuse sebab dia hendak mengangkat adiknya yYsuf kerana mama suruh 'take care'.

Pada kefahaman Muhammad itulah maksud 'take care'. Dia tidak ada niat pun nak sakitkan adiknya. Dia cuma nak 'take care'. 'Take Care' maksudnya angkat adik. Itulah kefahaman Muhammad. Beberapa kali jugalah kejadian begitu berlaku sebelum mama dia terperasan bahawa Muhammad salah faham.
Bila mamanya sudah faham apa yang Muhammad faham mengenai perkataan Take Care, dia tidak pula sibuk nak terangkan apa itu maksud Take Care, sebab dia tahu pada usia 2 tahun begitu, kefahaman anak memang belum menjangkau untuk diterangkan konsep kompleks.

Maka dia mengambil pendekatan mengubah perkataan daripada 'take care' atau 'jaga' kepada 'make adik happy' atau 'buat adik seronok'.

Semenjak itu, tidaklah terdengar Yusuf menangis kerana abangnya sakiti dia. Sekarang, bila mamanya suruh Make Adik Happy, Muhammad akan beri toys dan main seronok-seronok dengan adiknya Yusuf. Dapatlah mamanya solat dengan lebih tenang.

Inilah yang Ibu ingin kongsikan, kerana ramai ibu bapa, bila nampak anak-anak kecil sekecil 3 tahun ke bawh ini melakukan apa yang nampak sebagai kekasaran, cepat melenting dan menyangka dan yang lebih teruk melebel anak itu jahat.

Jikalah mama Muhammad tidak faham perkembangan berfikir anaknya Muhammad, sudah tentu dunia anaknya Muhammad itu penuh dengan keliru dan kegelapan. Nak buat baik, tapi orang marah pula.
Ibu berpesan dan to a certain extend merayu, janganlah cepat sangat bersangka buruk kepada anak-anak kecil ni. Jangan mengukur perbuatan mereka dengan perbuatan yang sama bila dilakukan oleh orang dewasa.
Contohnya, bila anak kecil 2-3 tahun itu menendang adik, janganlah terus menyangka dia ganas. Kadang-kadang dia melakukan demikian kerana dia ingat bila mengguna kaki pun boleh membelai. Dia belum ada awareness - atau lefahaman mengenai akhlak.

Oleh itu buka mata dan hati kita untuk melihat apakah yang anak kecil kita faham dan jika mereka salah faham akan komunikasi kita, maka bersabarlah membantu dia untuk faham.

" Maksud komunikasi anda adalah maklum balas yang anda terima."
.
.
 Memikirkan / tercari-cari PERKHIDMATAN WELDING di kawasan TELUK INTAN atau kawasan sekitar yang berhampiran ???
.
.
Antara produk kami :
- PINTU PAGAR ( BUNGA MAS / BIASA )
- GRILL PINTU / TINGKAP
- ATAP AWNING
- SLIDING DOOR ( HOLLOW / BIASA )
- WROUGHT IRON
- PENYIDAI KAIN
- PENUTUP LONGKANG
- DAN KERJA-KERJA BERKAITAN BESI
.
.
Jangan risau... $$$$$ ( harga ) kami boleh berunding
Mungkin kami dapat membantu anda..
*** SYARIKAT BUMIPUTERA
*** SYARIKAT BERDAFTAR DI SSM
.
.
---->>> WHATSAPP sekarang : 012 - 336 0861
---->>> Dwan
.
.
JIKA BERMANFAAT silakan " SHARE "
=========================
Banyak info terkini akan kami kongsikan.
https://www.facebook.com/nrzenterprise
https://nrzenterprise.blogspot.com

No comments:

Post a Comment