Thursday 31 December 2015

GIGI ANDA BERUBAH WARNA?








GIGI ANDA BERUBAH WARNA?

Perubahan warna gigi (penstainan) menimbulkan kebimbangan kepada orang ramai kerana ia boleh menjejaskan senyuman kita. Keadaan ini boleh terjadi kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa. Ia boleh dikategorikan kepada:
 

• Intrinsik - Perubahan berlaku di dalam struktur gigi yang disebabkan oleh faktor-faktor internal
• Ekstrinsik - Perubahan berlaku pada permukaan luar gigi yang disebabkan oleh faktor-faktor eksternal

Bagaimanakah perubahan warna gigi terjadi?
Warna gigi boleh berubah menjadi:

• Kekuningan
• Coklat
• Hitam
• Hijau
• Kelabu kebiruan
• Putih legap

Sebab-sebab
Penstainan intrinsik boleh disebabkan oleh:
• Kerosakan gigi (karies)
• Ubat-ubatan seperti pengambilan tetrasiklina (tetracycline) semasa dalam kandungan atau kanak-kanak(di bawah 12 tahun)
• Pengambilan fluorida yang berlebihan semasa tempoh pembentukan gigi
• Kecederaan gigi yang menyebabkan pendarahan pulpa
• Gigi yang telah mati disebabkan trauma atau rosak
• Masalah kesihatan dan gangguan semasa tempoh pembentukan dan proses pertumbuhan gigi
• Masalah kongenital saluran hempedu
• Jangkitan semasa proses pertumbuhan gigi
• Pertambahan usia
• Faktor keturunan

Penstainan ekstrinsik boleh disebabkan oleh:
• Tahap kebersihan mulut yang tidak baik .
• Makanan dan minuman seperti teh, kopi, wain merah dan kola / minuman berkarbonat.
• Penggunaan tembakau
• Penggunaan secara berpanjangan bahan kumur yang mengandungi klorheksidina (chlorhexidine)
• Tabiat mengunyah sireh pinang
• Pengambilan ubat-ubatan yang berpanjangan seperti tambahan zat besi
• Bakteria dalam mulut.

Kesan Akibat Penstainan Gigi
Individu yang mengalami penstainan gigi mungkin akan mempunyai kurang keyakinan diri disebabkan penampilan yang kurang menarik.

Bolehkah Penstainan Gigi Dihilangkan?
Penstainan ekstrinsik boleh dihilangkan dengan penskaleran dan penggilapan (polishing) manakala penstainan intrinsik memerlukan kaedah rawatan yang lebih rumit.

Rawatan Oleh Doktor Pergigian
Dapatkan pemeriksaan di klinik pergigian. Anda mungkin memerlukan rawatan:
• Penskaleran dan penggilapan (polishing)
• Pemutihan gigi
• Restorasi menggunakan tampalan sewarna gigi atau restorasi tak langsung (seperti venir dan korona)

Apa Yang Anda Boleh Lakukan Untuk Mencegah Gigi Berubah Warna?
• Amalkan penjagaan kesihatan pergigian yang baik.
• Dapatkan pemeriksaan pergigian secara berkala.
• Elakkan penggunaan tembakau, kopi dan minuman lain yang boleh mewarnakan gigi.
• Hentikan tabiat merokok
• Cuba gunakan ubat pemutih gigi.
• Beri tunjuk ajar kepada kanak-kanak tentang penggunaan ubat gigi berfluorida bagi mengelakkan penggunaan yang berlebihan.
• Kenal pasti antibiotik yang diberi kepada anak anda bagi mengelakkan daripada pengambilan tetrasiklina dan kumpulannya.
• Guna alat pelindung mulut semasa aktiviti lasak seperti berbasikal dan ragbi untuk mengelakkan kecederaan gigi..
.
.
Memikirkan / tercari-cari PERKHIDMATAN WELDING di kawasan TELUK INTAN atau kawasan sekitar yang berhampiran ???
.
.
Antara produk kami :
- PINTU PAGAR ( BUNGA MAS / BIASA )
- GRILL PINTU / TINGKAP
- ATAP AWNING
- SLIDING DOOR ( HOLLOW / BIASA )
- WROUGHT IRON
- PENYIDAI KAIN
- PENUTUP LONGKANG
- DAN KERJA-KERJA BERKAITAN BESI
.
.
Jangan risau... $$$$$ ( harga ) kami boleh berunding
Mungkin kami dapat membantu anda..
*** SYARIKAT BUMIPUTERA
*** SYARIKAT BERDAFTAR DI SSM
.
.
---->>> WHATSAPP sekarang : 012 - 336 0861
---->>> Dwan
.
.
JIKA BERMANFAAT silakan " SHARE "
=========================
Banyak info terkini akan kami kongsikan.
https://www.facebook.com/nrzenterprise
https://nrzenterprise.blogspot.com

No comments:

Post a Comment